Addin |
- Berita Panas Ni Pasti Tidak Di Siarkan Di Media Pencacai Umno BN
- Video Najib DI AIBKAN Oleh Rakyat Pulau Pinang Tersebar..
- Najib Menggelepar!! Peminat PSY Datang Konsert Pakai Baju BERSIH
- Artis Popular Ni Hadiri Kuliah Dato' Dr. Haron Din
Berita Panas Ni Pasti Tidak Di Siarkan Di Media Pencacai Umno BN Posted: 11 Feb 2013 08:29 AM PST SABAH 11 Feb: Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor. Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina. Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu, malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang. Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi Sabah. Panelis lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah. Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau. Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan 'Ini kalilah!'. Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah. Diikuti Forum Perdana Suara Anak Sabah (Suasa) di Restoran Pelancongan, Keningau. Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan Anwar ke Sarawak pada hari ini. Program dimulakan dengan ceramah Anwar 'Solusi Baram' di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong. 7.00 malam ini, Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri. Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam. Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng. ~keadilandaily |
Video Najib DI AIBKAN Oleh Rakyat Pulau Pinang Tersebar.. Posted: 11 Feb 2013 06:00 AM PST PULAU PINANG 11 Feb: Ternyata tidak semua yang hadir menyaksikan persembahan artis Pop Korea Selatan, Psy di Pulau Pinang hari ini menyokong BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Ia dibuktikan menerusi satu rakaman video pendek menunjukkan orang ramai mengatakan 'tidak' kepada Najib ketika perdana menteri itu memberi ucapan di majlis tersebut. Semasa Najib bertanya 'Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) " ia dikuti dengan sorakan 'yes' di kalangan penonton. Namun ketika Najib berkata ' Are You ready for BN' (Adakah anda sedia untuk BN?), penonton beramai-ramai menjawab 'no' dengan kuat. Ramai di kalangan pengunjung juga dilapor memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah- seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini. Malah ada di antara mereka tanpa segan silu memakai baju perhimpunan Bersih di majlis Rumah Terbuka anjuran BN Pulau Pinang itu. Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata kepada Malaysiakini, beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan menyokong Pakatan Rakyat. BN sebelum ini dikritik hebat kerana membawa masuk artis yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style itu dengan bayaran lebih RM1 juta, ketika penyanyi tempatan pula dipinggirkan. Terdahulu, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor hadir bersama anak mereka, Ashman dan Nooryana Najwa pada jam 10.48 pagi di padang Kolej Han Chiang. Mereka disambut persembahan tarian singa dan perarakan Chingay. Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen. |
Najib Menggelepar!! Peminat PSY Datang Konsert Pakai Baju BERSIH Posted: 11 Feb 2013 02:49 AM PST Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut.Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan. Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy..Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti. Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot?Apabila Najib melaungkan.. "Are you ready for Psy??"Jawab yang hadir.."READY!!!"Najib ulang sekali lagi... "Are you ready for Psy??"Sekali lagi jawapannya dari yang hadir.."READY!!!"Tapi bila Najib laung " ARE YOU READY FOR BN??..Malang sungguh buat Najib bila hadirin menyahutnya dengan "NOOOOOOOOOOOO!!!!!"Kah..kah..kah... what a shame... Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu.Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong. Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional disukarkan mereka ini.. ~anak sungai derhaka |
Artis Popular Ni Hadiri Kuliah Dato' Dr. Haron Din Posted: 10 Feb 2013 09:13 PM PST 10 Feb 2013: Kuliah Perdana Bukit Gantang -- Alhamdullilah, dalam ribuan hadirin di surau Ma'arof Taman Simpang Bukit Gantang rupa-rupanya terdapat seorang artis yang popular ditanahair ini berada sama dalam majlis ilmu tersebut. Majlis ilmu tersebut ialah Kuliah Perdana dengan tajuk "Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah" yang berlangsung disurau ini di sampai oleh YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din iaitu Timbalan Mursyidul Am PAS. Artis yang dimaksudkan ialah Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun,seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia. Beliau juga salah seorang pelakon dalam filem popular tanahair "KL Gangster". Menurut Adam Corrie,beliau datang bersama isteri-nya serta ahli keluarga yang sememangnya tinggal di Kemunting Taiping. Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa, semakin ramai artis-artis tanahair mendampingi majlis ilmu yang disampaikan oleh pimpinan PAS dan bersama dengan jemaah yang memperjuangkan Islam ditanahair ini. ~orangni |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan