Jumaat, 1 Februari 2013

Addin

Addin


Gempar!! Zambry Kadir Bakal Di Sepak Macam Ali Rustam

Posted: 01 Feb 2013 03:08 PM PST

 1) ADUN Pangkor, Zambry Abd Kadir dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai.

2) Ahmad Husni Hanadzlah pula disebut-sebut bertanding di dua kerusi sama ada Dun Hulu Kinta atau Dun Manjoi.

3) Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Pengerusi BN Perak pula dijangka akan bertanding di Dun Rungkup jika beliau menjadi calon menteri besar.

Saya jarang jumpa Zambry

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Ahmad Husni Hanadzlah menafikan hubungannya dengan Menteri Besar Haram, Zambry Abd Kadir semakin renggang.

Menurutnya, dakwaan kononnya hubungan antara beliau dengan Zambry tidak begitu baik adalah tidak benar sama sekali. Katanya, mungkin faktor tempat tinggal yang menyebabkan mereka jarang berjumpa menyebabkan timbul spekulasi hubungan mereka renggang.

"Saya tinggal di Kuala Lumpur manakala Zambry berada di Perak. Disebabkan kekangan tersebut, kami tidak rapat seperti dahulu terutama untuk minum bersama.

"Sebagai Menteri Kewangan II, banyak kerja yang perlu saya lakukan begitu juga dengan menteri besar yang perlu laksanakan tugas-tugasnya,"katanya ketika ditemui pada Majlis Pra-Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, disini, semalam.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tiada apa-apa yang berlaku antara beliau dan Zambry kerana mereka saling menyokong antara satu sama lain.

Menurut beliau, orang ramai tidak perlu percaya dengan khabar angin tersebut kerana politik bukan hanya tentang pilihan raya.

"Kita perlukan pilhan raya untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi masa depan rakyat. Setelah apa yang kami buat, takkan tiba-tiba kami berdua bergaduh pula," katanya.

Ahmad Husni berkata, Zambry mempunyai matlamat dan kerjanya sendiri termasuk dirinya menyebabkan mereka jarang bertemu kerana rajin bekerja.

Ini kerja pembangkang

Tindakan pihak pembangkang yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN memperlihatkan mereka kekeringan idea untuk menarik sokongan rakyat.

Zambry berkata, cubaan untuk melaga-lagakan beliau dengan Husni bertujuan menunjukkan Umno dan BN Perak lemah.

"Ia (isu berkenaan) bukanlah khabar angin tetapi satu spekulasi yang sengaja digembar-gemburkan. Mereka tak tahu apa yang boleh dilakukan, isu timbul apabila sesetengah pihak melihat kekuatan Umno dan BN Perak.

"Oleh itu, mereka cucuk sana, cucuk sini. Jadi jangan layanlah," katanya ketika mengulas isu itu selepas bersama-sama Ahmad Husni dalam Majlis Pra Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, di sini semalam.

Zambry menegaskan, isu itu juga merupakan satu lagi agenda politik yang cuba dibawa oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN.

"Mereka seperti sudah kekeringan idea dengan mereka-reka cerita kononnya kami tidak sehaluan.

"Mereka turut menimbulkan isu bahawa Husni akan menggantikan saya untuk kerusi Menteri Besar," katanya.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang tidak menolak kemungkinan Zambry akan bertanding di kawasan Parlimen pada Pilihanraya Umum ke-13.

Jika spekulasi ini benar, Zambry bakal menerima nasib yang sama seperti ketua menteri Melaka, Ali Rustam yang dikatakan akan ditendang ke Pusat dan bertanding di parlimen Jasin, itu pun sekiranya BN menang dalam keadaan Pakatan Rakyat bersiap sedia memerintah Malaysia buat kali pertama sejak merdeka 55 tahun lalu.


Iklan C (ii)


Sambutan Hebat Debat Hassan Ali Dan Noh Omar.. Saksikanlah!!

Posted: 01 Feb 2013 08:16 AM PST


"Debat" JOM TOLAK PAKATAN antara pendebat terhebat, terunggul dan tersohor Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dengan Presiden NGO Islam, Melayu dan Raja, Tiga Jalur, JATI, Hasaan Aqidah Ali di Sijangkang, Kuala Langat Selangor telah berjalan dengan sambutan cukup "hebat". Hadirin kebanyakannya ialah wanita UMNO.

Apa yang jelas "DEBAT HEBAT" tersebut bolehlah dirungkaikan sebagai bukannya JOM TOLAK PAKATAN tetapi lebih merupakan JOM KEKALKAN PAKATAN.

Intipati cercaan kedua "pendebat" seperti dijangkakan ialah 1) Kalimah Allah  2) Isu air  3) Janji Warga ibu tunggal tidak dilaksanakan  4) PAS jadi kuda tunggangan DAP.


Ingatkan macai-macai UMNO yang berhujah sedemikian rupa...Pemimpin tinggi mereka pun otak lebih kurang sama juga.

Rakyat dah muak, jijik dan naik muntah dengar hujah-hujah bertaraf sampah dari pemimpin-pemimpin UMNO.

Rakyat secara keseluruhannya sudah bertekad mau melakukan perubahan.. Maukan supaya UMNO menjadi pembangkang selepas PRU 13.

Nasihat Omakkau.. cukuplah membuat fitnah...Kedudukkan UMNO pasti akan berubah. ~omakkau



Iklan C (ii)


Pelakon Popular Afdlin Shauki Bersama Anwar Dan Pimpinan Hamas Di Pejabat Keadilan

Posted: 01 Feb 2013 02:43 AM PST


KUALA LUMPUR: Kunjungan delegasi Hamas ke ibu pejabat KEADILAN pagi tadi disambut meriah pimpinan KEADILAN.Hubungan persaudaraan yang erat jelas terpancar apabila ketua delegasi iaitu Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi memeluk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena kunjungan tersebut.

Waled turut menyarungkan mafla bercorak bendera Palestin kepada pimpinan KEADILAN. Sebuah kek berbentuk masjid turut dipotong dan dijamu kepada wartawan yang hadir.

Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Dr Hafizi Mohd Nor dan duta yang juga pengarah dan pelakon popular, Afdlin Shauki turut bersama dalam pertemuan itu.Dalam sidang media itu, NGO yang aktif memperjuang hak rakyat Palestin itu turut menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah AS$700,000 (RM2.175 juta) bagi membina semula Masjid Nour Al Hamidi di Gaza yang musnah dibom tentera Israel.

Selain Waled, wakil Hamas yang hadir ialah bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Gaza, Ahmad Al-Kurd, Dr Nazim Syeikh Ahmad Yassin (saudara kepada pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yassin) dan Abd Nabi Al-Rantissi (saudara kepada pengasas bersama Hamas, Abdel Aziz al-Rantissi).

Antara pimpinan KEADILAN yang hadir pula adalah Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ketua Biro Antarabangsa. ~keadilandaily




Iklan C (ii)


Panas!! SPRM Panggil Shafie Afdal Berkenaan Kes Bayar RM1.5 Juta Pada Zahida Rafik?

Posted: 01 Feb 2013 01:19 AM PST

KUALA LUMPUR 1 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyiasat pemberian RM1.5 juta kepada seorang artis terkenal, Zahida Rafik.Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, seorang pegawai SPRM memberitahu akan memanggil Shafie selepas mendapat keterangan daripada Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Memang sepatutnya amalan neutral mana-mana siasatan, kedua pihak pengadu dan yang diadu dipanggil memberi keterangan."Peranan SPRM yang sepatutnya ialah menyiasat mana-mana transaksi yang mencurigakan, tanpa perlu menunggu aduan orang ramai," katanya kepada Keadilandaily.

Tambah Latheefa, beliau difahamkan pelakon berkenaan telah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM, namun sesi tersebut dibuat secara 'diam-diam'. Manakala Zuraida belum dipanggil setakat ini.Latheefa pagi ini menemani Noor Azman Azemi, 39, bekas pemandu Zahida Rafik yang dipanggil SPRM untuk membantu siasatan aduan yang dibuat Zuraida.

Pada 18 April 2012, Zuraida mendedahkan, transaksi RM1.5 juta itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011  (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.

Kata Latheefa, siasatan dibuat dibawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Azman disoal kira-kira 20 soalan oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Timbalan Pegawai Penyiasat selama kira-kira sejam setengah.

Azman ketika ditemui Keadilandaily berkata, beliau mahu Zahida membersihkan namanya yang tercemar kerana reputasi kerjanya yang rosak hingga menyukarkannya mendapat pekerjaan.Pada 2 Mac 2012 akhbar Harian Metro muka hadapan melaporkan Zahida kehilangan RM200,000 dan kemudiannya menuduh Azman melarikan wang tersebut. ~keadilandaily


Iklan C (ii)


Ahli Umno Terima Geran Tanah Daripada Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 31 Jan 2013 11:30 PM PST

GUA MUSANG: Tanpa mengendahkan amaran Umno, sebahagian besar ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir tetap hadir pada majlis penyampaian geran tanah semalam. Lebih menggembirakan lagi apabila 54 ahli Umno yang hadir pada program berkenaan semalam menerima sendiri geran tanah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seorang peneroka Mat Omar, 60 yang mendiami RKT Lebir sejak 1981 berkata, Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah sudah lama menjanjikan mahu menyelesaikan masalah pemilikan tanah.

"Namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. Beliau hanya cakap sahaja. Selepas lama menunggu kami mengusahakan sendiri dengan menyertai jawatankuasa khas ditubuh kerajaan negeri. "Kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran premium RM10 sahaja bagi lot rumah seluas suku ekar. Kalau ikut proses biasa saya difahamkan kena bayar RM2,000 bagi setiap lot," katanya di sini semalam.

Beliau mengakui peneroka dibawa ke RKT Lebir pada 1980 bagi menguatkan Umno di Gua Musang. Malah tapisan dibuat memastikan hanya ahli Umno diterima sebagai peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Pada majlis semalam Mat Omar juga menyerahkan sumbangan yang dikutip dalam kalangan peneroka bagi mengisi dana lebuh raya rakyat kepada Menteri Besar. Adun Paloh dalam kenyataan media hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak sepatutnya memberi geran tanah kepada peneroka kerana kawasan itu diurus Kesedar sejak sekian lama.



Kemarahan Nozula dapat dilihat apabila kira-kira 40 peneroka warga emas dikumpul di simpang tiga di Paloh 2 membantah penyampaian geran tersebut. (gambar)

Mereka berhimpun dengan membawa pelbagai sepanduk yang ditulis tidak mahu kerajaan negeri campurtangan di Kesedar. Ahli Umno di RKT Lebir, Mahmud Abdul Rahman, 61 berkata, beliau juga menerima panggilan telefon daripada seorang pemimpin Umno supaya keluar menyertai demontrasi. "Saya pun pelik dengan perbuatan mereka, sedangkan kita susah payah datang dari kampung sejak berpuluh tahun lalu untuk mendapatkan tanah sendiri.

"Sebelum ini macam-macam pemimpin Umno buat tomahan termasuk kononnya geran tanah palsu. Biar pun sebagai ahli Umno saya tidak boleh terima tindakan mereka," katanya. Beliau juga berkata, geran hak tanah lebih penting berbanding demontrasi yang tidak ada tujuan dan merugikan peneroka sendiri.

Penghuliu Mukim Chalil, Norazmi Abdullah berkata, kesemua 172 peneroka diberi peluang untuk memohon mendapatkan geran lot kediaman mereka tanpa mengira menyokong parti mana. Katanya, sebahagian besar peneroka termasuk ahli dan penyokong Umno mengisi borang permohonan kecuali mereka yang mempunyai jawatan dalam Umno. "Mereka takut kerana ada tekanan pemimpin Umno di atas. Namun saya percaya mereka juga akan mengikut jejak 54 ahli Umno yang sudah mendapat geran hari ini," katanya. ~harakahdaily




Iklan C (ii)


Mahathir Belasah Ibrahim Ali

Posted: 31 Jan 2013 10:14 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama menjelang Pilihan Raya 2013.

Ibrahim yang lantang itu adalah pengasas Perkasa dan presiden yang tercetus akibat ancaman pembakaran bible, terbaru dalam kontroversi "Allah".

Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu, mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa Melayu jika menggunakan "Allah" sebagai tujukan kepada tuhan mereka.

"Allah" itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka.

"Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak," tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. "Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran.

"Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik," bekas perdana menteri itu menambah.

Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya "Allah" adalah eksklusif kepada Islam tetapi "ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini".

"Saya menganggap cubaan untuk mengaitkan sokongan Ibrahim kepada Umno bersamaan dengan apa yang beliau katakan adalah pendirian Umno sebagai nakal," kata bekas presiden parti itu.

"Ibrahim bukan ahli Umno. Beliau boleh menyokong Umno tetapi beliau bukan seorang jurucakap Umno."
Dr Mahathir di acara sebagai penaung Perkasa. Mahathir yang pada 2011 menasihatkan Umno supaya tidak bermusuh dengan Perkasa jika mahu memenangi kembali undi Melayu yang hilang pada Pilihan Raya 2008, dilihat menjauhkan diri dengan pendirian keras kumpulan tersebut.

"Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menggunakan perbezaan agama untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.

"Biarkan kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Jangan benarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu-isu agama," katanya dan merayu kepada semua pihak untuk menghentikan "penyalahgunaan" mereka dalam isu sensitif ini.

Perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu mengingatkan bahawa kontroversi "Allah" telah telah diselesaikan tahun lalu "melalui penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus untuk menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa Melayu mereka dan dalam pengajaran tetapi tidak boleh digunakan di seluruh negara".

Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah "Allah" mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.

Umat Islam dan pemimpin Kristian telah bertelagah dalam isu penggunaan kalimah "Allah" walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 memutuskan umat Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan Arab itu.

Umat Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.

Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.

Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.

Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah "Allah" daripada terus berlarutan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara "musuh-musuh Islam" akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib telah mendesak kerajaan agar tidak berlengah-lengah mengambil tindakan terhadap Ibrahim diatas gesaannya agar bible dibakar, dengan mengatakan jika tindakan terus ditangguh terhadap ahli politik veteran itu, memberikan kesan kepada imej kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Kakitangan Awam Bakal Dapat Durian Runtuh

Posted: 31 Jan 2013 06:34 PM PST

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.
   
"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis dihadiri lebih 3,000 penjawat awam itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Muhyiddin berkata kerajaan sangat menghargai jasa dan peranan penjawat awam yang pada masa sama telah menjadi "mata dan telinga" kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat keseluruhan.

Beliau berkata, melalui penjawat awam, kerajaan mendengar segala rintihan rakyat yang kemudiannya akan bertindak untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan.

Timbalan Perdana Menteri juga menzahirkan rasa bangga dengan peranan penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi negara sehingga lahir sebagai sebuah negara yang dikagumi.

"Saya bangga dengan peranan penjawat awam ini kerana segala yang kita sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik daripada sebelum ini," katanya.

Beliau juga mahukan penjawat awam di semua sektor dapat memastikan setiap peruntukan pada belanjawan yang diumumkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata soal politik tidak akan diambil kira dalam membangunkan Kelantan kerana yang penting adalah memastikan rakyat negeri itu sama-sama menikmati pembangunan negara.

Pada sesi dialog selepas itu, Muhyiddin berkata kerajaan sama sekali tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata pihak tertentu tidak boleh membandingkan saiz penjawat awam di Malaysia dengan negara lain kerana keadaan itu sangat berbeza sama sekali.

Muhyiddin jturut menafikan negara akan muflis seperti dakwaan pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk membangunkan negara.

"Selagi kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah, kita tidak akan menjadi negara yang bankrap kerana kita ada segala kemampuan," katanya.

Beliau juga berkata segala bentuk bantuan terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan pada masa hadapan jika keadaan ekonomi yang baik ketika ini dapat diteruskan lagi.  ~bernama


Addin :

Candu pilihanraya buat kakitangan awam..


Iklan C (ii)


Tiada ulasan: