Khamis, 17 Januari 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HUJAH BERNAS BAWANI

Posted: 17 Jan 2013 07:10 PM PST


RCI THE X FILES

Posted: 17 Jan 2013 07:03 PM PST


Azmin jangka Parlimen bubar hujung Februari

Posted: 17 Jan 2013 06:44 PM PST

Azmin jangka Parlimen bubar hujung Februari

 

(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 17 Jan: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menjangkakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan selepas perayaan Chap Goh Meh, hujung Februari ini.


"Saya jangkakan DUN dan Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja selesainya perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari akan datang," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai rundingan kerusi DUN dan Parlimen di Sabah melibatkan Parti Progresif Sabah (SAPP).
Kata Azmin, pendirian SAPP untuk bertanding 40 kawasan DUN di Sabah tidak munasabah kerana perlu mempertimbang peranan Pakatan Rakyat dan 'sahabat baru' iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

"Di Sabah ada 60 DUN. Kalau 40 sudah diwakili SAPP, di mana peranan KEADILAN, DAP dan PAS ? Sekarang kita ada 'sahabat baru' iaitu APS dan PPS," katanya.
"Saya sendiri terlibat dengan beberapa perbincangan bersama Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.
"(Namun) SAPP harus lebih munasabah dalam permintaan kerusi untuk kita boleh meneruskan perbincangan. Ia harus dimuktamadkan segera," kata Azmin.


"Kita ambil sikap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang bersedia untuk mewujudkan muafakat untuk berhadapan BN di Sabah khususnya," tambah Ahli Parlimen Gombak itu.
Parlimen Malaysia automatik akan bubar apabila tempoh mandat kerajaan semasa berakhir pada 28 April tahun ini.

PENGKHIANAT WAJIB DIHUKUM MATI

Posted: 17 Jan 2013 12:14 AM PST

TAK TAHU LAH NAK DIKATAKAN APA LAGI..KALAU HAKIIM NEGARA INI MEMANDANG SEPI RCI YANG MENDEDAHKAN TENTANG PENGKHIANAT NEGARA MMEMBERIKAN KAD PENGENALAN UNTUK KEKAL BERKUASA.

PENGKHIANAT NEGARA PERLU DIJATUHI HUKUMAN KERANA MEMBERIKAN WARGANGARA KEPADA RAKYAT ASING SEMATA-MATA UNTUK MENGEKALKAN KUASA.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PKR dakwa RCI buktikan Mahathir 'pengkhianat'
 
Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa perkembangan terbaru siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah membuktikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang "pengkhianat negara".
Azmin memberi alasan, semua agensi dan institusi kerajaan yang didakwa memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi pada masa itu berada di bawah pentadbiran Mahathir.

"Kita sedang meneliti perkembangan dan keterangan saksi, beberapa kejutan telah berlaku, (beberapa) nama-nama disebut, (dan perkara ini) tidak mengejutkan kita.

"Memang kita fahami ini satu usaha terancang yang diketuai mantan PM dan bagi saya beliau pengkhianat negara kerana bagi kad pengenalan kepada warga asing untuk kekalkan kuasa politik Umno," dakwanya.

Tiada ulasan: