Tukar Tiub |
- KALAU AGAMA HINDU TAK BENARKAN - BAGAIMANA?
- KERAJAAN HARAM BUAT KERJA HARAM
- KENAPA SABAH HANYA DAPAT 5% ROYALTI MINYAK?
- TIPU PILIHAN RAYA - KITA TURUN KE JALAN RAYA
KALAU AGAMA HINDU TAK BENARKAN - BAGAIMANA? Posted: 30 Jan 2013 04:30 PM PST JALAN LAIN KE SYURGA Kalimah Syurga dan Neraka hak Hindu KUALA LUMPUR 30 Jan. - Penganut-penganut agama lain tidak mempunyai hak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah suci Syurga dan Neraka kerana tindakan seumpama itu amat bertentangan dengan kedudukan Agama Hindu agama asal Tanah Melayu. Sehubungan itu bekas Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penganut-penganut bukan Hindu sedar tentang kedudukan tersebut terutama kedaulatan Agama Hindu sebagai Agama Asal Persekutuan Tanah Melayu supaya mereka lebih bijak membawa diri dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif. |
KERAJAAN HARAM BUAT KERJA HARAM Posted: 30 Jan 2013 06:30 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB kerajaan hari ini kerajaan haram kerajaan yang dilantik oleh undi tipu kerajaan yang menang pilihan raya kerana undi sabah kerajaan sademikian hanya ada satu jawapan kita gulingkan kalau tipu pilihan raya kita turun ke jalan raya cakap cakap tak guna yang penting aksi JPN arah IC, Mykid tidak dituntut dihantar ke Sabah – Mahfuz KUALA LUMPUR 30 Jan: Belum reda isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian warga asing di Sabah, timbul pula pendedahan baru tentang arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya semua kad pengenalan (IC) dan Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar ke Keningau. Mendedahkan demikian, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau menerusi surat yang diterimanya melalui pos. HANTU DAPAT BORANG MENGUNDI ------ |
KENAPA SABAH HANYA DAPAT 5% ROYALTI MINYAK? Posted: 30 Jan 2013 05:00 AM PST BILA SABAH NAK TUNTUT ROYALTI MINYAK 20% TETIBA KAPAL TERBANG JATUH SIAPA DIA MALAON INI Datuk haris salleh....luka yang paling dalam mangkuk ni buat ialah....menyerahkan pulau labuan kepada kera kera di pusat....apa perlu diserahkan...mangkuk in untung...cuba riki tanah mangkuk ni di labuan..dia juga yang amat bertanggungjawap membawa warga pakistan di sabah....bukan persoalan agama di sini....warga timur juga banyak di sabah dan mereka kebanyakannya kristen.....INI BUKAN MASALAH AGAMA DALAM KES SABAH....INI MASALAH CURANG PADA RAKYAT NEGERI SABAH.....DATUK HARIS SALLEH.....PAKISTAN....MSHATHIR...INDIA KERALA...DITANAH BESAR MEREKA.MEREKA KRISIS....DI BENUA TENGGARA...MEREKA KISS KISS....mangkuk tul......ingat aku lagu folk dulu dulu...lebih kurang gini le bunyinye......SAFODA OM K.P.D...... MANGANU TANAH TOKOU.......MAMATAI TULUN DUSUN......TIPU KALING DI HARIIS................EHHH....MANGKUK NI DAH MATI LUM....KALAU BELUM....BILA MAU MATI NIIIII........?......kalau nak tahu....sumber penyakit NEGERI SABAH NI.....MANGKUK PAKISTAN NILAH PENYEBENYA....SEKARANG DAH JADI on SABAH AKAN JATUH KE TANGAN PAKATAN - GEROMBOLAN HANYA AKAN MENANG DENGAN TIPU UNDI SIAPA MALAON INI? |
TIPU PILIHAN RAYA - KITA TURUN KE JALAN RAYA Posted: 29 Jan 2013 08:00 PM PST ANAK MUDA BERSEDIA PAK CIK MAK CIK BERSEDIA ABANG KAKAK BERSEDIA TIPU PILIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA TIPU PILIHANRAYA TURUN KE JALAN RAYA Orang ramai tidak perlu takut-takut. Orang ramai dan bakal pengundi tidak perlu lagi berselindung apabila berhadapan dengan United Malays National Organisation. Bakal pengundi juga tidak perlu meminta maaf apabila ingin mengatakan dalam PRU13 yang akan datang ini nanti penipuan undi akan dijalankan. Penipuan undi yang akan dijalankan dalam PRU13 ini nanti bukan satu tuduhan melulu. Hari ini secara hitam puteh saya berani menulis mengatakan bahawa United Malays National Organisation hanya akan menang dalam PRU13 ini nanti dengan cara menipu. Ini bukan propaganda kosong. Ini bukan taktik perang saikoloji. Keberanian saya berkata - penipuan dalam PRU13 akan dijalankan - berasaskan apa yang telah dan sedang berlaku di Sabah. Bertahun-tahun lamanya orang ramai telah mendengar Lebai Desas bin Haji Desus bercerita tentang Pendatang Haram diberi kad pengenalan segera untuk menjadi pengundi di Sabah. Lebai Desas juga bercerita bagaimana 'orang-orang' yang 'buat kerja' ini akhirnya ditangkap dibawah ISA. Mereka dipenjarakan sebagai langkah menutup mulut. Lebai Desas juga berkesah bahawa semua ini adalah racangan Mahathir Muhamad. Ada yang memanggil projek ini ' Projek M'. Ada pula yang memanggil ini 'Projek IC'. Minggu lalu kesah-kesah yang selalu kita dengar dari Lebai Desas bin Haji Desus telah menjadi kenyataan. Makhluk-makhluk yang ditangkap dibawah ISA dahulu - telah secara terbuka membuat kenyataan untuk memberikan bukti bahawa memang ada pemberian kad pengenalan segera di Sabah. Nama arwah Megat Joned muncul. Nama Aziz Shamsuddin orang kanan Mahathir Muhamad disebut. Nama Pegarah SPR Sabah juga disebut. Akhirnya dunia menyedari apa yang selama ini diangap desas desus telah terbukti benar. Kenyataan ini timbul dari 'pegawai kerajaan' yang berperanan dalam rancangan jahat memberi kad pengenalan segera kepada pendatang haram. Kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada siasatan Suruhanjaya DiRaja (SRD) yang sedang bersidang menyiasat kes Kad Pengenalan Segera ini. Dunia tidak terperanjat apabila dibuktikan bahawa Mahathir Muhamad telah mengarahkan agar pendatang haram diberi kad pengenalan segera. Projek beri 'kad pengenalan segera' ini bertujuan untuk memastikan United Malays National Organisation menang dalam piliharaya di Sabah. Telah menjadi jelas kepada umum bahawa kuasa yang selama ini dimiliki oleh United Malays National Organistaion ini berpunca dari penipuan undi. Semenjak beberapa tahun kebelakangan parti Ketuanan Melayu ini tanpa sengan-segan telah mendabik dada memashorkan ke seluruh dunia bahawa Sabah adalah 'simpanan tetap' untuk United Malaya National Organistion. Sekarang jelas bagaimana undi 'simpanan tetap' ini dapat dikumpulkan. Siasatan Suruhanjaya DiRaja (SSRD Sabah) masih belum selesai. Jawapan dari Mahathir Muhamad tidak penting. Sama ada Mahathir jadi saksi atau tidak bukan persoalan. Selesai atau belum juga bukan persoalan. Yang penting projek beri kad pengenalan ini wujud dan bukan lagi cerita dongeng. Ha. Ha. Ha. Akhirnya Mahathir katoi. Pada 9 Disember 2011 – berita tersebar dalam media arus perdana bagaimana Mahathir dengan muka jamban telah menafikan wujudnya kes pendatang haram yang diberikan kad pengenalan segera. Malah Mahathir dari awal lagi telah mengatakan yang dirinya kurang senang dengan penubuhan SSRD. Hari ini semuanya 'terbongeng'. Satelah membaca berita dari Sabah ini maka saya ingin membawa para pembaca kembali kepada PRU11. Dalam PRU11 tahun 2004 dahulu kerajaan Pas di Terengganu telah ditumbangkan oleh United Malays National Organisation. Adalah bukan lawak jika saya katakan dalam PRU11, di Terangganu, jumlah semua kertas undi yang dikira melebihi jumlah pengundi yang turun mengundi. Malah jumlah pengundi turun mengundi telah melintasi 90%. Ini satu rekod dunia. Kali pertama jumlah pengundi yang melintasi 90% ini hanya berlaku di Iraq dibawah Saddam. Kali kedua di Terangganu pada tahun 2004. Awal tahun lalu pemimpin Pas – Mat Sabu dan Yb Mahfuz Omar – telah memecahkan berita kepada umum tentang template Projek Terangganu 2004 lalu telah dan sedang berjalan di Selangor. Mat Sabu sendiri telah berkata bahawa – kerja jahat buat pengundi hantu – ini dikepali oleh Idris Jusuh. Bekas MB Terangganu ini dipilih untuk Projek Ganu Tawan Selangor kerana pengalaman berjaya 'menipu undi' dalam PRU 2004. Yb Mahfuz pula telah mengumumkan bagaimana pemberian kad pengenalan segera a la Sabah ini sedang berjalan lancar dengan bantuan pegawai tertinggi dari PDRM dan JPN. Mengikut kata Yb Mahfuz mereka yang terlibat terdiri dari Datuk dan Tan Seri dan sedang bekerja sama-sama dengan ketua-ketua jabatan kerajaan. Mahfuz sendiri tahu alamat pejabat ' special task force' yang mengedarkan kad pengenalan segera ini. Kemudian kita juga membaca bagaimana kerjaaan Pakatan di Selangor telah membelanjakan 5 juta ringgit untuk memereksa, mengenal pasti nama dan alamat bakal pengundi. Kerjaan Selangor telah mengarahkan para pembanci mengetuk dari pintu ke pintu diseluruh daerah di Selangor. Hasilnya telah ditemui 134,000 bakal pengundi yang disangsikan statusnya. Menteri Besar Selangor telah menimbulkan pekara 134,000 pengundi yang tidak diketahui jantan betina atau asal usulnya kepada SPR. Jangan ketawa atau menangis apabila mendengar jawapan resmi SPR. " Kalau nama mereka ada dalam senarai pengundi maka mereka boleh mengundi..." ini adalah jawapan resmi dari SPR. Apa yang hendak saya terangkan disini ialah rancangan menipu undi dalam PRU13 yang akan datang ini bukan cerita dongeng. Fakta fakta semakin jelas menunjukkan bahawa jika United Malays National Organisation tidak menipu maka parti Ketuanan Melayu ini pasti tidak lagi menjadi tuan. Malah ramai pemimpin Ketuanan Melayu ini akan dihadapkan ke Mahkamah. Untuk terus berkuasa, untuk terus selamat dan untuk terus menjadi tuan, parti United Malays National Organisation tidak memiliki apa-apa pilihan lagi – melainkan menipu. Sokongan orang ramai terhadap parti Ketuanan Melayu ini telah merosot. Apa sahaja 'kerja politik' yang dilakukan untuk mengembalikan keyakinan orang telah gagal. Paling akhir ialah pemberian 100 ringgit untuk murid sekolah. Hadiah duit kepada murid sekolah ini ingin digunakan untuk mengumpul sokong dari ibu bapa. Lihat apa yang terjadi. Ibu bapa yang datang untuk menerima hadiah telah memakai baju Bersih atau baju Himpunan Hijau. Tidak cukup dengan ini – para gerombolan dalam Barisan Nasional juga bergaduh sesama sendiri. MCA dan MIC merasakan bahawa parti mereka telah tidak diberi peluang untuk bersama berjumpa dengan ibu bapa di sekolah. Melihat apa yang sedang berlaku – maka Mat Sabu sebagai Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 telah mengeluarkan satu kenyatan yang amat penting. Timbalan Presiden Pas ini bukan lagi menyuarakan amaran dari 500,000 yang turun ke jalan raya pada Hari Kebangkitan Rakyat. Kali ini Mat Sabu telah mengingatkan SPR dan United Malays National Organisation agar tidak meneruskan projek tipu mereka saperti yang telah dijalankan di Sabah. Jika 'projek tipu' diteruskan juga maka orang ramai sesudah mengundi akan turun ke jalan raya untuk berdemo. Apa bezanya demo 'anti-tipu' yang akan datang dengan demo-demo yang telah pernah dijalankan? Cukup banyak bezanya. Kalau dulu kita hanya berdemo kemudian bersurai. Kali ini jika rakyat merasakan bahawa United Malays National Organisation menang besar dengan cara tipu maka orang akan turun berdemo sahingga pilihan raya baru dijalankan. Orang ramai akan menuntut lembaga SPR baru ditubuhkan. Ertinya orang ramai TIDAK mahu menerima lagi kerajaan baru yang menang dengan cara tipu. Demo yang akan datang ini adalah demo untuk membawa perubahan. Bukan lagi demo untuk beri amaran. Bukan lagi untuk tunjuk ramai penyokong. Bukankah tadi telah dikatakan bahawa Ketuanan Melayu ini hanya boleh menang dengan menipu? Bukankah Ketuanan Melayu telah tidak mendapat sokongan orang ramai? Betul. Justeru tulisan ini bukan lagi tulisan akademik yang akan membicangkan pro dan kontra – saheh atau palsu – penipuan itu. Masa untuk membincangkan cara penipuan telah selesai. Sabah telah memberikan jawapan itu. Maka, tulisan ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai apa dia tanda dan makna demo besar akan sampai nanti. Tulisan ini untuk memberi ingatan kepada anak-anak muda bahawa demo yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden Pas itu bukan lagi tentang Bersih, bukan lagi tentang Royalti, bukan lagi tentang Felda. Demo ini bukan tentang baju t kuning atau baju t merah. Demo yang akan datang ini ialah demo untuk menamatkan kuasa United Malays National Organisation yang selama ini berkuasa melalui penipuan undi. NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun ini sila pukul talioin 03-22-72-40-42 --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan