Tukar Tiub |
- INGATAN UNTUK GEROMBOLAN DAN SPR
- PENIPUAN DALAM PRU13 ADALAH SATU PROVOKASI
- PGROGRAM MEGHASUT DI SANA SINI
- AMARAN UNTUK MENTERI DALAM NEGERI
- LAGI BUKTI - BAGAIMANA PENDATANG HARAM MENGUNDI
- JANGAN TAKUT - KITA BOLEH GULINGKAN KERAJAAN
- RAKYAT WAJIB BERSEDIA - SPR DIBUKTIKAN MENJALANKAN PENIPUAN
- MENGGULINGKAN KERAJAAN BUKAN SALAH - PAKATAN RAKYAT MEMANG MAHU MENGULINGKAN KERAJAAN HARI INI
- AMARAN: JANGAN TIPU DALAM PRU13 - KALAU TIPU BERJUTA AKAN TURUN KE JALAN RAYA
- SATU JEMPUTAN FORUM DI DEWAN CHINA MALAM ESOK
INGATAN UNTUK GEROMBOLAN DAN SPR Posted: 16 Jan 2013 07:26 PM PST NOTA: jangan buat buat tak nampak jangan buat buat tak dengar jangan kata tembak dari belakang jangan kata ekk ook eeeh keeek kook keek kah kah kah HKR112: Kehadiran 500,000 amaran akhir kepada BN Hazayani Zakaria Rabu, 16 Jan 2013 KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN |
PENIPUAN DALAM PRU13 ADALAH SATU PROVOKASI Posted: 16 Jan 2013 06:00 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB ketua polis negara wajib mengingatkan dan memberi amaran kepada: united malays national organisation agar jangan menipu dalam piliah raya menipu undi adalah satu provokasi membawa mat bangla mengundi adalah provolasi mat indon mat myamar yang datang mengundi ialah provokasi jika berlaku tipu undi saperti yang berlaku di sabah maka rakyat todak akan teragak agak untuk keluar ke jalan raya sila dengar apa yang dinyatakan oleh mat sabu ketika menjawan soalan dari pemberita soalannya ialah : apakah HKR112 bertujuan untuk mengguling kerajaan mat sabu menjawab dengan jujur DUNGUN: Ketua Polis Negara, Ismail Omar meminta pemimpin parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 menasihatkan penyokong mereka agar tidak melakukan provokasi ketika berkempen. Katanya jika semua pihak memainkan peranan dan menjaga tanggungjawab masing-masing, PRU ke-13 akan berjalan lancar tanpa kekacauan. Ismail berkata, secara keseluruhannya PDRM telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum itu. ------ |
PGROGRAM MEGHASUT DI SANA SINI Posted: 16 Jan 2013 05:30 PM PST PROGRAM MENGHASUT DISANA SINI Sukacita kami menjemput tuan/puan utk menghadiri forum terbuka pasca #KL112. Butiran seperti berikut: Tajuk: Pasca #KL112 : Impak & Halatuju Rakyat Tarikh: 17 Jan 2013 (Khamis) Masa: 8.30 mlm Tempat: Dewan Perhimpunan Kuala Lumpur - Selangor, Jalan Maharajalela (dekat stesen monorel Maharajalela) Panelis: 1. YB Mohamed Azmin Ali 2. Hishamuddin Rais 3. Hasmi Hashim Semua dijemput hadir! Anjuran: Akademi Pak Sako dan liputan secara langsung oleh Radio Bangsar Utama JUMAAT INI SKUDAI JOHOR SABTU INI KAJANG SELANGOR ----- |
AMARAN UNTUK MENTERI DALAM NEGERI Posted: 16 Jan 2013 04:30 PM PST Menteri Dalam Negeri Lupa "Berjalan Demi Demokrasi" Itu Menuju Stadium Merdeka! Kenyataan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini mendakwa huru-hara yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 tahun lalu kononnya kerana pihak penganjur enggan menerima tawaran kerajaan supaya himpunan dilangsungkan di stadium adalah satu kenyataan dangkal dan sangat tidak cerdik. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menepis dakwaan Dato Seri Hishamuddin yang sememangnya telah lupa sejarah perhimpunan aman yang telah dihuru-harakan sendiri oleh pihak polis melalui Kementerian Dalam Negeri. DS Hishamuddin juga telah lupa bagaimana permintaan penganjur untuk menggunakan Stadium Merdeka ketika bersih 2.0 tidak dilayan. Mengimbas kembali tanggal 9 Julai 2011, lebih seratus ribu rakyat menuju ke Stadium Merdeka dengan motto "Berjalan Demi Demokrasi" atau "Walk For Democracy" telah dihalang daripada masuk ke Stadium Merdeka dengan rintangan kawat berduri dan seterusnya rakyat diserang dengan pancuran 'watercanon' beserta ribuan tembakkan gas pemedih mata. Ketika itu, huru-hara mula berlaku apabila pihak polis cuba halang rakyat dari masuk ke perkarangan Stadium Merdeka. Di manakah Hishamuddin ketika itu? Begitu mudah Hishammuddin melupakan peristiwa Bersih 2.0 yang turut membabitkan kehilangan nyawa? Ini jelas bermakna penganjur terdahulu telah memilih Stadium Merdeka tetapi tidak diberi laluan oleh kerajaan mahupun KDN. Hishamuddin jangan berdolak-dalik melepaskan diri dan mencuci tangan di sebalik pertempuran rakyat dengan penguasa zalim ketika Bersih 2.0. Begitu juga dengan insiden yang berlaku pada tanggal 28 April 2012 Bersih 3.0 - Duduk dan Bantah. Perhimpunan dengan kekuatan 250 ribu rakyat berlangsung aman telah bertukar menjadi huru-hara selepas pihak polis merusuh dan membelasah peserta perhimpunan aman tanpa belas kasihan. Tindakkan kerajaan dan KDN tidak membenarkan penggunaan Dataran Merdeka ketika itu menjadi punca berlakunya perkara yang tidak diingini sedangkan jika diberi kebenaran sudah pasti perhimpunan rakyat akan berlaku dengan aman sebagaimana berlangsungnya Hari Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 di Stadium Merdeka Sabtu lalu. Justeru SAMM ingin menegaskan bahawasanya, sekiranya pihak kerajaan dan KDN membenarkan penggunaan Stadium Merdeka mahupun Dataran Merdeka dalam himpunan-himpunan yang lalu, maka kejadian rusuhan dan huru-hara pasti dapat dielakkan. Penganjur HKR telah membuktikan himpunan KL112 dapat berlangsung dengan aman tanpa kekacauan dari pihak polis. Peniaga juga mengecapi keuntungan luar biasa, begitu juga dengan pengusaha hotel dan konsortium pengangkutan awam. Tanpa trak FRU, penganjur mampu mengawal 500 ribu rakyat dan juga mampu bersurai dengan baik tanpa sebarang insiden. Kejayaan HKR KL112 adalah kejayaan rakyat yang bersatu membawa sepanduk tuntutan yang tidak diendahkan kerajaan, janganlah pula menteri KDN dan kerajaan pemerintah cuba merampas kredit kejayaan ini sewenangnya. SAMM juga mendesak Kerajaan dan Menteri KDN harus mohon maaf kepada rakyat di atas kejadian huru-hara yang berlaku dalam perhimpunan terdahulu. Rakyat kini sudah celik dengan satu persoalan, bagaimana secara tiba-tiba kerajaan pemerintah memberi kebenaran menggunakan Stadium Merdeka? Jawapannya ialah, kerajaan hari ini sudah panik dan terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat maka ini satu simbol kemenangan buat rakyat dan pastinya ia akan diterjemah secara positif dalam PRU ke 13. Akhir sekali, DS Hishammuddin turut menyebut kehadiran 500 ribu rakyat yang berlangsung 12 Januari 2013 itu kononnya adalah sebahagian minoriti rakyat dan bukan suara majoriti rakyat. Persoalan di sini ialah, mampukah kerajaan Umno mengumpul walau seribu orang hadir tanpa bayaran, tanpa artis kpop, tanpa beras sekampit, tanpa t-shirt dan topi percuma? SAMM percaya, Hishammuddin atau mana-mana pemimpin Umno/BN tidak mampu mengumpul walaupun seratus orang tanpa 'door gift' seperti yang disebut. Jumlah 500 ribu rakyat yang berhimpun adalah lambang penyatuan rakyat dan pastinya jutaan lagi di luar sana sedia untuk keluar ke jalanraya menuju ke mana pun sasarannya pada masa akan datang, khususnya jika kerajaan menipu dalam pilihanraya yang menjelang. Amaran rakyat: Tipu PRU, rakyat akan bangkit humban kamu!! Sekian EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda SAMM -------- |
LAGI BUKTI - BAGAIMANA PENDATANG HARAM MENGUNDI Posted: 16 Jan 2013 06:30 AM PST MUKA ORANG JAHAT YANG TELAH YANG SEDANG YANG AKAN MERANCANG PENIPUAN DALAM PRU13 waspada! KOMENTAR TUKAR TIUB orang ramai wajib bersedia kalau dahulu pendatang haram telah diberi kad pengenalan untuk mengundi kali ini orang-orang jahat ini merancang lebih licin kali ini memberi kad pengenalan bukan hanya di sabah di kedah dan kelantan warga siam akan datang mengundi di sabah warga pilipina di selangor mat bangla mat indon mat myamar kalau dulu mungkin ada yang mengatakan bahawa tukar tiub sengaja bikin kacau tukar tiub buat fitnah tukar tiub buat propaganda tetapi kali ini semuanya telah dibuktikan saheh bahawa penipuan memang dijalankan oleh spr dengan kerjasama pdrm dengan kerjasama jpn dengan kerjasama kementerian dalam negeri semua penipuan untuk memastikan united malays national organisation akan menang kali ini cara menipu bertambah licik: ada undi awal ada pakai dakwat ada undi luar negara ada undi pos ada juga pemerhati dari asean ada pemerhati dari dalam negeri tapi pemerhatikan semua bekerjasama dengan spr semuanya sebahagian dari perancangan untuk menipu justeru bersedia! Bekas pegawai JPN dedahkan terima arahan Megat Junid benarkan pendatang mengundiKOTA KINABALU, 16 Jan — Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menuduh arwah Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994. Bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu, Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar. "Kami beri mereka (pendatang) RM20," kata Ramli kepada Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram disini hari ini. "Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di dalam rumah. Kami menghantar mereka menggunakan bas ke tempat mengundi. Kemudian kami hantar mereka balik dan kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad pengenalan," tambah beliau. Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai "kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang." "Satu kawasan mungkin 400," katanya. JANGAN TERLUPA -------- |
JANGAN TAKUT - KITA BOLEH GULINGKAN KERAJAAN Posted: 16 Jan 2013 05:30 AM PST AMARAN KHUSUS UNTUK UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION dan SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
rakyat jangan ditakut takut kan rakyat jangabn di bodoh bodohkan rakyat boleh mengulingkan kerajaan kerajaan yang zalim kerjaan yang rasuah kerajaan yang menipu dlamn pilihan raya wajib digulingkan kini mengulingkan kerajaan bukan lagi satu yang mustahil kini menggulingkan kerajaan bukan satu yang tak masuk akal semakin ramai orang menerima hakikat menggulingkan kerajaan yang menipu dalam pilihan raya adalah tugas suci 500 ribu di jalan raya pada 12 januari lalu adalah satu amaran jika menipu dalam pada pru13 maka rakyat akan keluar ke jalan raya KL112 Diadakan Untuk Gulingkan Kerajaan (Tapi Melalui PRU-13...) - Mat Sabu "Memang kami ada niat untuk menggulingkan kerajaan pada PRU. "Bohong lah saya kalau tidak ada niat itu (gulingkan kerajaan). Kami memang hendak gulingkan kerajaan tapi dalam PRU," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada Rabu. AMARAN DALAM SALJU |
RAKYAT WAJIB BERSEDIA - SPR DIBUKTIKAN MENJALANKAN PENIPUAN Posted: 16 Jan 2013 12:29 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB orang ramai wajib bersedia ini bukan berita fitnah ini bukan propaganda kosong ini dari suruhanjaya diraja terbukti wan ahmad wan omar timbalan pengerusi spr sekarang bukan sahaja ahli united malysa national organisation malaon ini orang jahat yang sama merancang kerja jahat di sabah pendatang haram diberi kad pengenalan segeras pada ketika ini malaon ini telah dan sedang merancang tipu helah untuk memastikan united malays national organisation akan menang malaon ini sedang menggunakan taktik disabah mengunkan pengundi hantu pengundi pos pengundi awal pengundi luar negara untuk memastikan gerombolan menang jika united malays national organistion menang dengan jalan tipu orang ramai wajib sekali lagi turun ke jalan raya spr menipu dengan OPS DURIAN BURUK rakyat akan bangkit dengan MALAYSIAN DURIAN ini bukan ancaman ini satu janji suci untuk demokrasi Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an. MUKA ORANG JAHAT SEKARANG Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi. Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995. Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam". "Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya. Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan. Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama. Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan. Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR. KITA ADA MALAYSIAN DURIAN --------- |
MENGGULINGKAN KERAJAAN BUKAN SALAH - PAKATAN RAKYAT MEMANG MAHU MENGULINGKAN KERAJAAN HARI INI Posted: 16 Jan 2013 12:00 AM PST SEMUA DATANG untuk mengguliangkan kerajaan orang ramai selalu ditakut takutkan orang melayu selalu ditakut takutkan orang melayu selalu dobodohkan dengan kata kata: orang ramai tak boleh guling kerajaan orang ramai tak boleh jatuhkan kerajaan orang rami tak boleh humbankan kerajaan semua ini taktik untuk menakutkan kerajaan sebenarnya menggulingkan kerajaan ialah tugas suci menggulingkan kerajaan adalah akidah pakatan rakyat menggunlingkan kerajaan ialah cita dan perjuangan pakatan rakyat kerjaan zalim wajib digulingkan kerajaan jahat wajiob ditunbangkan kerajaan rasuah wajib di humbankan orang ramai tak perlu takut orang ramai tak perlu jadi bodoh orang ramai jangan gentar nik aziz anwar ibrahim lim guan eng karpal singh mat sabu dr maria pak samad nurrul izzah tony pua karpal singh hadi awang tian chua latifah koya dr zul dan dan dan.... semua mereka ini sedang bergerak ke hulu ke hilir dalam negara untuk menggulingkan kerajaan united malays national organisation dan kuncu kuncunya dalam barisan nasioan yang zalim ini tugas suci kurun ini Pengerusi penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu hari ini dengan menyindir berkata himpunan yang berlangsung pada 12 Januari lalu sememangnya bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. "Memang kami mahu gulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang," kata naib presiden PAS itu secara berjenaka dalam satu sidang media pagi tadi. "Jadi (bekas perdana menteri) Tun Mahathir (Mohamad) jangan bimbang. Dia boleh berada di Malaysia atau bercuti di mana-mana jika kami mengambil alih Malaysia," katanya. Beliau mengulas kenyataan Tun Mahathir yang dilaporkan mendakwa himpunan Sabtu lalu di Stadium Merdeka itu bertujuan menjatuhkan kerajaan BN. BACA AMARAN KAIN RENTANG ----- |
AMARAN: JANGAN TIPU DALAM PRU13 - KALAU TIPU BERJUTA AKAN TURUN KE JALAN RAYA Posted: 15 Jan 2013 09:16 PM PST SILA BACA apa yang ditulis dikaian rentang ini baca dan ingat KOMENTAR TUKAR TIUB jika penipuan berlalu dalam pru13 maka rakyat tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya 500,000 sabtu 12 januari lalu adalah satu amaran untuk najib untuk rosmah untuk madey untuk muhyiddin untuk spr amaran yang amat jelas: jangan tipu daam pru13 ini bukan arab spring tapi malaysian durian amaran ini bukan ancaman ini satu janji HKR112: Kehadiran 500,000 amaran akhir kepada BNKUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN. Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut jelas menggambarkan amaran rakyat agar kerajaan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan telus. "Himpunan baru-baru ini merupakan amaran kepada BN agar melakukan pilihan raya dengan telus dan adil. "Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. ----- |
SATU JEMPUTAN FORUM DI DEWAN CHINA MALAM ESOK Posted: 15 Jan 2013 08:57 PM PST |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan