SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 22 Jan 2013 11:33 PM PST Salah satu cara nasionalis Melayu nak tunjuk kuat berugama ialah dengan menunjukkan penentangan kepada ugama lain, walaupun di luar batasan ugama Islam itu sendiri. Kekadang sentimen yang kita tunjukkan bukan sentimen ugama tetapi sentimen bangsa. Kristian sekarang, salah pada sisi Islam. Bible pun salah pada sisi Islam sekarang. Tambahan pula, lagilah salah kandungannya yang diversikan dalam Bahasa Melayu. Dikatakan maksud "Allah" nya sentiasa kontradik antara satu ayat dengan ayat yang lain, sehinggakan sebahagian Paderi mereka pun tak setuju dengan penggunaan nama Allah dalam bible mereka. Tetapi menghalang golongan kristian mengedar bible berbahasa Melayu di kalangan mereka yang bukan berugama Islam, adalah bukan satu langkah bijak. Bahasa Melayu boleh diucap dan terdedah kepada salah penggunaan oleh sesiapa. Tetapi mengharamkan penggunaan Bahasa Melayu adalah satu cara yang tidak tepat rasanya. Yang lebih tepat ialah kita berhujah dan mendedahkan apa yang salah oleh pihak yang menyalahgunakan itu. Ini lebih gentleman. Yang kita perlu kawal ialah mengawal dakwah kristian di kalangan yang berugama Islan. Dan tidak kurang penting ialah bagaimana kita perlu aktif mengembangkan Islam di kalangan bukan Islam. Jangan sekadar jadi jaguh di kandang sendiri. |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan