Roslan SMS Corner |
Dijauhkan anak Raja seumpama ini (24/1/13) Posted: 23 Jan 2013 08:59 PM PST Dua hari lepas posting saya "Anak Raja pembunuh" telah mendapat ribuan pengunjung, mungkin ada yang nakal yang menyangka ianya berkenaan anak Raja tempatan, maaf saya tiada isu dalam hal itu. Sasarannya adalah anak Raja istana Winsdor iaitu suku sakat kerabat Ratu Elizabeth II. Hari ini dalam akhbar The Sun terdapat satu berita di bawah tajuk: "Harry under fire"Ternyata bukan hanya kita malah ramai pihak di luar sana terusik dengan kenyataan anak Raja ini berkenaan perkhidmatannya di Afghanistan sebagai juruterbang pesawat helikopter penggempur Tentera di Raja British. Sebuah NGO di London "Stop the War Coalition" menganggap kenyataan Harry itu sebagai bongkak dan tidak sensitif. Malah mengulas kenyataan Harry yang mengatakan beliau telah membunuh pejuang Taliban dalam tempoh perkhidmatannya di Afghanistan, pemimpin NGO itu mendakwa bagaimana Harry dapat pastikan yang sasaran yang beliau bunuh itu sebenarnya pengganas Taliban atau mungkin orang awam! Dalam laporan yang sama, jurucakap Taliban pula mendakwa Harry sebagai "bacul" kerana hanya berani berkata demikian setelah beliau meninggalkan bumi Afghanistan. Menurut Zabihullah Mujahid lagi apabila Harry mendakwa perkhidmatannya sebagai juruterbang penggempur Apache laksana suatu permainan, jelas menunjukkan anak Raja itu dangkal ilmu dan tidak tahu keadaan sebenar di Afghanistan. Sesungguhnya keadaan di Afghanistan memerlukan formula penyelesaian yang sewajarnya diputus dan ditentukan oleh rakyat dan penduduk Afghanistan sendiri, bukannya mana-mana kuasa luar sebagaimana juga di Palestin. Janganlah ada anak Raja tempatan yang punya sikap dan perangai umpama Harry ini. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan