Roslan SMS Corner |
Posted: 10 Jan 2013 10:45 PM PST Kesimpulannya bagi saya penggunaan isu "kalimah Allah" kebelakangan ini telah menjadikan umat Islam khasnya di Malaysia dalam keadaan "confused". Tolak politik ke tepi, isu yang dikaitkan dengan akidah ini, ternyata hasil dari lambungan politik telah menjadikan semua pihak letih dan "confused". Penerangan dan penjelasan malah menjadikan semua pihak bertambah "confused" dan mereka yang mahu mengambil kesempatan (jika ada) semakin riang. Kenapa di Timur Tengah boleh, kenapa di Sabah dan Sarawak selama ini boleh, kenapa di Semenanjung Malaysia tidak boleh? Kenapa ada yang kata boleh ada yang kata tidak boleh? Kenapa Dr Harun Din, Ustaz Harun Taib, Sultan Selangor kata tak boleh? Kalau tiada penjelasan yang mantap, memang jawabannya : "confused, confused, confused!" Bagi yang cerdik pandai, jangan anggap orang awam atau orang kebanyakkan cerdik seperti kita, kerana itu yang cerdik pandai perlu terbit dengan penerangan dan penjelasan yang meyakinkan, yang hanya boleh dipunggut dari yang berilmu sahaja. Apa pun kesudahannya saya secara peribadi kagum dengan penjelasan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagaimana yang terbit dalam akhbar The Star hari ini. Kata beliau: "Since the Bible was translated (as in the case of those in Peninsular Malaysia) from English to Malay, the right translation for God was "Tuhan" , not "Allah". They are not translating from Arabic to Malay, but from English to Malay. Therefore the polemics over the use of the word "Allah" should not arise in the first place.." Kalau dah begitu selama ini, dan tiada sengketa, mengapa kita mahu mencetuskan persengketaan. Duduk dan bincang baik-baik. Yang penting semua pihak boleh hidup dalam aman dan sensitiviti terpelihara. |
Posted: 10 Jan 2013 10:27 PM PST Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya." (HR Muslim). Dan tiadalah permintaan yang rasanya terbaik pada hari ini melainkan doa buat ibu (dan bapa) yang dikasihi. Inilah insan yang telah mengandungkan kita dalam keadaan susah dan sakit selama 9 bulan, dan dalam serba azab melahirkan kita ke dunia ini tanpa sedikit pun benci atau marah sedangkan kelahiran itu amat sakit dan pedih buatnya. Tiada ada seorang ibu pun yang menganiaya atau menyakitkan anaknya. Di peruntukkan nyawa untuk membela dan mengasuh anaknya. Alangkah baik permintaan yang Allah janjikan akan dikabulkan Nya oleh orang beriman yang meminta pada hari Jumaat, kita pohonkan buat kebaikan dan kesejahteraan ibu kita. Semoga dipenuhi hidup ibu kita (jika masih hidup) dengan kesejahteraan , keceriaan, bebas dari sebarang kesusahan atau penyakit yang berpanjangan. Semoga Allah pelihara dan mengasihani ibu kita sebagaimana ibu memelihara dan mengasihani kita semasa kecil. Jangalah kita sekali-kali menguris apalagi meyakitkan hati beliau. Ibu yang tua tidak pernah mengimpikan sesuatu yang buruk buat anaknya. Sebengis atau sekasar mana pun mungkin perangai atau perwatakan ibu, jika ada, ia tidak akan sekali-kali menyumpah atau mendoakan yang buruk buat anaknya. Mohonlah agar diampunkan dosanya, dipelihara ia, dilindungi ia. Dalam pada itu pastikanlah kita tidak sekali-kali jatuh derhaka pada ibu. Kesenangan, kemewahan apa yang ada pada hari ini tidak akan menjelma jika tidak kerana ibu yang memungkinkan kita lahir ke dunia dengan izin Allah. Kerana itu Rasulullah saw sentiasa berpesan pada kita jangan derhaka kepada ibu. Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. ( Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5975 (Kitab al-Adab, Bab derhaka kepada ibubapa termasuk dosa besar). Abdullah ibnu Umar ra pernah menjelaskan berdasarkan hadis Rasulullah saw bahawa dosa besar itu ada 9 dan antaranya adalah: ……menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka) Oleh itu marilah pada hari Jummat ini kita mengambil kesempatan mendoakan yang terbaik buat ibu kita. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan