RAKYAT MARHAEN |
- Pakatan pecah tembok Johor tawan Putrajaya – Jui Meng
- Thibbun Nabawi - Salam Selangor
- Ust Nassuruddin Daud | Kenapa isu amanat TGHH perlu dijawab di TV1 dan TV3
- Kuasa Rakyat : Tabung Perdana Menteri, Datuk Najib Razak Ada RM125 Bilion?...Pendidikan PERCUMA...PTPTN Hapus...Harga Minyak Turun...Harga Kereta Turun..mana lebih besar dengan RM1000..???
- No more feel-good factor for BN
- AES: 34,980 dipanggil ke mahkamah Slim River hari ini
- Umno Titiwangsa dicabar debat isu tanah Kg. Baru
- RM160m to solve Najib’s problem?
- Polis akan keluar pas khas akhbar perhimpunan 12 Jan
- Wajib Cari Petualang Label Ceramah Jadi Amanat Hadi
- Bila Ku Petik Gitar (Sembang Buku) - Salam Selangor
- Seminar Generasi Y - Salam Selangor
- Pengerusi DAP Perak: Saya tidak takut disiasat SPRM
- PRU13 : Perlawanan sengit untuk sisi lain Balik Pulau
- PRU13 : Dr M akui BN ada kelemahan, tapi mahu dikekal
- Pendirian PR Isu Kalimah Allah Selaras Pandangan Ulama Tersohor Dunia
- DR MAZA SINDIR TAJAM PARA "ULAMA" MUDA UMNO YANG TERSOHOR SEANTARO DUNIA KERANA LABELKAN PARA ULAMA BESAR DUNIA SEBAGAI SESAT!!!!!!
- Fakta menunjukkan bahawa banjir Kuantan bukan bencana alam — PKR
- SYABAS: Kejam, Pengguna Menderita.
- BN Sarawak Dilanda Taufan ?
- Rosmah arah Pengawal Peribadi halang wartawan yang tanya tentang tuduhan Deepak
- HKR : Satu Lagi Ujian “Janji Ditepati”
- The Israeli-Palestinian conflict, on campus
- Turkey reveals secret PKK talks
- Syrian opposition forms chemical weapons unit
Pakatan pecah tembok Johor tawan Putrajaya – Jui Meng Posted: 07 Jan 2013 07:05 PM PST JOHOR BAHRU 8 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) bakal gempur tembok Johor untuk ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Chua Jui Meng. Menurutnya, satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) diadakan hujung minggu lalu untuk meneliti jentera pilihan raya bagi memenangi PRU 13. Beliau percaya, KEADILAN boleh bantu kemenangan Pakatan menawan negeri kubu kuat Umno itu dan membentuk kerajaan Pusat. "Berdasarkan maklumat sedia ada, Pakatan Rakyat akan memenangi cukup kerusi Parlimen sekaligus tawan Putrajaya," kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily. Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Steven Choong berharap rakyat buat pilihan tepat untuk menentukan jaminan masa depan. "Bagi rakyat Malaysia, ini kalilah pilihan raya yang tidak boleh diabaikan. Setiap undi akan menentukan masa depan kita dan generasi akan datang," katanya. Dalam pada itu, beliau menyeru para pengundi keluar awal pada hari mengundi untuk mengelakkan kecurangan pilihan raya. Read More / Baca Lagi >> |
Thibbun Nabawi - Salam Selangor Posted: 07 Jan 2013 07:02 PM PST |
Ust Nassuruddin Daud | Kenapa isu amanat TGHH perlu dijawab di TV1 dan TV3 Posted: 07 Jan 2013 07:01 PM PST |
Posted: 07 Jan 2013 06:59 PM PST Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) yang sepatutnya berakhir 31 Disember telah pun dilanjutkan sehingga 15 Januari 2013 ini (KLIK SINI). Belum selesai pemberian BR1M 2.0 sebanyak RM500 untuk yang berkeluarga manakala RM250 untuk orang bujang, sudah kedengaran pula yang kerajaan berbesar hati untuk memberikan BR1M 3.0, 4.0. 5.0 yang lebih besar daripada apa yang anda nikmati sekarang. Hebat kekuatan rakyat sekarang…… Read More / Baca Lagi >> |
No more feel-good factor for BN Posted: 07 Jan 2013 06:52 PM PST With the surprise of an early election now gone, Najib will find out soon that his polls date will no longer be a secret. With the general election nearing rapidly, BN is finding itself cornered with Prime Minister Najib Tun Razak failing to cash in on numerous chances to regain popularity. The missed opportunities, since June last year to hold early polls, have pushed BN to the limit of its capacity. The 2013 Budget – seen as a popular, electoral budget – was one of BN's attempts to shore up its crumbling base. The small handouts (as provided for under the budget) came in trickles and did nothing to boost BN's image. There was no real feel-good factor after the budget was unveiled. A flurry of accusations against Najib and his wife, Rosmah Mansor, further eroded BN's image. Besides, people have been treating Najib with disdain for delaying the announcement of the polls date. The fact that Najib is undecided over the polls date shows that BN is worried it might suffer a defeat. Najib had had his fair share of feel-good factors when he took over the helm of the government from Abdullah Ahmad Badawi in 2009. Since then, it has been an uphill battle for BN to regain the high ground. Moreover, Najib's hesitation also showed up his weaknesses – his indecisiveness and lack of tact in outplaying his opponents. With the element of surprise gone, the polls date can no longer be kept a secret. It has been reported in many blogs and online news portals that BN is facing a silent revolt that could lead to the downfall of Najib even before the polls are called. Read More / Baca Lagi >> |
AES: 34,980 dipanggil ke mahkamah Slim River hari ini Posted: 07 Jan 2013 06:50 PM PST TANJONG MALIM: Seramai 34,980 Orang Kena Saman (OKS) diminta hadir ke Mahkamah Majistret Slim River di sini pagi ini bagi sebutan kes saman berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Difahamkan sebutan kes bermula jam 8.45 pagi ini. Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan berada di sana bagi membantu mereka yang dituduh. Sementara itu, satu sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Mohd Misbahul Munir Masduki akan diadakan tengah hari ini di perkarangan mahkamah di sini. Sidang media akan disertai Ketua Penerangan PAS Negeri Ahmad Nuri Al-Amin. Sebelum Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan AES, yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan. |
Umno Titiwangsa dicabar debat isu tanah Kg. Baru Posted: 07 Jan 2013 06:49 PM PST KUALA LUMPUR: Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi mencabar Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani untuk berdebat tentang isu 'Umno gadai tanah Kg. Baru'. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) melontarkan cabaran debat itu di dalam satu ceramah di perkarangan pejabat PKWR Titiwangsa di sini Kelmarin. "Saya cabar Umno Titiwangsa untuk berdebat, kamu bentangkan fakta kamu dan kita akan kemukakan segala fakta bahawa Umno sedang menggadaikan tanah orang Melayu di Kuala Lumpur untuk kaut keuntungan kepada kroni," jelas beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Pemuda PAS Malaysia. Menurut beliau, Umno sengaja membodohkan orang Melayu di Kampung Baru dengan memutar belitkan fakta sebenar. Menurutnya lagi, Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2012 (APPKB) telah diluluskan secara tergesa-gesa, dibahas hanya dalam masa 4 jam sebelum diluluskan di Parlimen. Read More / Baca Lagi >> |
RM160m to solve Najib’s problem? Posted: 07 Jan 2013 06:49 PM PST The object of the whole LTAT exercise seems to be to save Raja Ropiah, people from Mindef and even LTAT – players who may all have a hand in the exercise. It will take a financial sleuth some time to trace the trail of deception and corruption. Take the maze of companies involved in the Deepak Jaikishan-Raja Ropiaah Abdullah scam. LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) is the parent company. Boustead Holdings Bhd is the son-company. Baktiwira is the grandson company. And Jendela Hikmat is the great-great grandson company. Then there is Guppyunit Umno has a system already in place. At every level, an Umno GLC infuses the culture of deception and corruption. Every level it skims off the milk. The question is, why is LTAT so friendly with Raja Ropiaah? Why is Raja Ropiaah so special to Ministry of Defence (Mindef) and its minister then? One thing is known. The object of the whole LTAT exercise seems to be to save Raja Ropiaah, the people from Mindef and even LTAT – players who may all have a hand in the exercise. Since we do not have a RM100 million research centre, the sale of the 223 acres of land belonging to Mindef must be a massive fraud. Read More / Baca Lagi >> |
Polis akan keluar pas khas akhbar perhimpunan 12 Jan Posted: 07 Jan 2013 06:48 PM PST Langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengelak berulangnya kejadian petugas media dipukul oleh anggota polis seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas. Semalam, beberapa wartawan Malaysiakini menerima panggilan telefon dari kontinjen polis Kuala Lumpur meminta senarai wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan tersebut. Senarai itu dikehendaki dikemukakan selewat-lewatnya esok, termasuk butiran peribadi seperti nombor telefon dan MyKad. Ketika dihubungi, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, pembantu kepada ketua urusetia (perhubungan awam) Ketua Polis Negara (IGP), berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan keselamatan para wartawan. "Kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti masa lalu," katanya, merujuk kepada BERSIH 3.0. Ditanya mengapa pasukan polis mengambil langkah tersebut sedangkan wartawan dari organisasi berita sudahpun memiliki kad akreditasi kerajaan, Ramli berkata, pas polis yang dikeluarkan itu akan memudahkan keadaan. "Kadang-kadang, mungkin kita tidak biasa dengan ini (kad akhbar) ... Tugas saya ialah untuk memberitahu pegawai kami bahawa mereka yang memakai pas kita adalah wartawan dan patut diberi kerjasama." Beliau juga menggesa wartawan untuk memakai jaket yang dengan jelas menunjukkan media organisasi masing-masing semasa perhimpunan tersebut. Ramli menolak tanggapan bahawa langkah pengenalan khas itu adalah satu percubaan halus untuk menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka. Beliau berkata organisasi media perlu melihat langkah itu secara positif kerana ia bertujuan untuk melindungi mereka. |
Wajib Cari Petualang Label Ceramah Jadi Amanat Hadi Posted: 07 Jan 2013 06:44 PM PST Petualang yang menyebarkan Amanat Haji Hadi 32 tahun lalu perlu dicari kerana individu itu bertanggtungjawab mencetuskan kontroversi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petualang dimaksudkan dipercayai bekas ahli PAS dan kini menganggotai Umno di Terengganu. Beliau mendakwa, bekas ahli PAS itu dipercayai antara mereka yang hadir ketika Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan di Kampung Banggol Peradong, Manir, Terengganu, 7 April 1981. Katanya, ramai pihak salah tafsir ucapan dan kenyataan Abdul Hadi itu, sedangkan ia hanyalah perkara biasa yang dilakukan ketika menyampaikan ucapan. "Individu berkenaan seharusnya meneliti sepenuhnya sebelum dan selepas ucapan yang dibuat sebelum membuat kesimpulan," katanya. Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak cadangan PAS mengadakan muzakarah secara tertutup mengenai isu Amanat Haji Hadi. Read More / Baca Lagi >> |
Bila Ku Petik Gitar (Sembang Buku) - Salam Selangor Posted: 07 Jan 2013 06:03 PM PST |
Seminar Generasi Y - Salam Selangor Posted: 07 Jan 2013 06:03 PM PST |
Pengerusi DAP Perak: Saya tidak takut disiasat SPRM Posted: 07 Jan 2013 04:29 PM PST Beliau berkata, sekiranya benar dakwaan berlakunya penyelewengan dalam urusan melibatkan pajakan tanah berkenaan, pihak yang bertanggung jawab harus menyegerakan siasatan. Menurutnya, selagi isu berkenaan ditimbulkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus menjadikannya sebagai modal untuk menutup isu-isu penyelewengan yang dilakukan mereka. "Dakwaan yang ditimbulkan memang tidak benar kerana sehingga kini, saya belum menerima sebarang panggilan yang meminta saya memberikan keterangan. "Saya dan beberapa pelabur sedia berikan kerjasama pada bila-bila masa kerana terbukti isu ini tiada asas dan hanya ditimbulkan untuk mengalih isu penyelewengan mereka (BN)," jelasnya kepada Sinar Harian, semalam. |
PRU13 : Perlawanan sengit untuk sisi lain Balik Pulau Posted: 07 Jan 2013 04:26 PM PST Balik Pulau adalah tempat orang bandar George Town lebih suka untuk tidak melawat kecuali semasa musim durian. Kawasan pilihan raya luar bandar ini menjadi kubu kuat Umno sejak 1969. Pengundi, yang terdiri kira-kira 60 peratus Melayu, kebanyakannya pro-Barisan Nasional (BN) dan setia kepada Umno. Walau bagaimanapun, air pasang bertukar pada tahun 2008 dengan Pakatan Rakyat berjaya untuk memenangi kerusi tersebut dengan majoriti kecil. Seorang pemimpin akar umbi BN berkata ia mungkin disebabkan oleh calon BN yang tidak popular dan bukan kerana sokongan semakin meningkat untuk PR. Lagipun, tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Balik Pulau semua dimenangi oleh BN, masing-masing dengan majoriti kecil. Jadi apa yang berlaku? Pada tahun 2004, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN) memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti besar berjumlah 12,937 undi. Anak jati Balik Pulau yang dilahirkan dan dibesarkan di situ, Hilmi adalah seorang tokoh yang terkenal, disayangi dan dihormati oleh ramai penduduk kampung. "Semua orang di sini kenal Hilmi dan semua orang suka kepadanya kerana beliau sentiasa turun pdang untuk membantu rakyat," kata ahli jawatankuasa Pemuda Umno Balik Pulau. Beliau merupakan Adun Teluk Bahang selama tiga penggal sebelum bertanding di kerusi parlimen pada 2004. Akan tetapi pada 2008, Umno membuat keputusan untuk meletakkan calon lain — Datuk Dr Norraesah Mohamad untuk kerusi Balik Pulau dan Hilmi kembali ke Teluk Bahang untuk bertanding di kerusi Dun itu. Hilmi menang dengan majoriti kecil — 465 undi. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Dr M akui BN ada kelemahan, tapi mahu dikekal Posted: 07 Jan 2013 04:18 PM PST PUTRAJAYA - Generasi muda hari ini harus bijak membuat penilaian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara sepanjang 55 tahun mentadbir negara, kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. Beliau berkata, generasi muda yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan dan maju telah menganggap kemajuan negara adalah satu perkara yang biasa dan mereka juga tidak bersyukur dan berterima kasih terhadap usaha kerajaan. Sehubungan itu, beliau yang sudah hampir 67 tahun menceburi bidang politik khuatir golongan muda yang kurang pengalaman mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Ada pula yang kata mahu tukar kerajaan kerana sudah diperintah BN selama 55 tahun. Ini sesuatu yang merbahaya dan kalau memberi kuasa kepada orang yang tidak baik, ia boleh merosakkan negara kita dalam jangka masa singkat dan ia tidak mudah dipulihkan. "Generasi muda jangan nak ada selera baru dan cuba parti pembangkang yang hanya akan membawa kerosakan kepada negara. Mereka harus bijak membuat perbandingan iaitu Malaysia dahulu, sebelum merdeka dan apa yang dicapai sekarang. "Mereka harus ikhlas membuat penilaian bahawa Barisan Nasional yang memerintah selama 55 tahun telah banyak berjasa dalam memajukan Malaysia. Mereka harus membuat pertimbangan waras dan memilih siapa yang boleh memerintah negara ini menjelang PRU13 nanti," katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. Read More / Baca Lagi >> |
Pendirian PR Isu Kalimah Allah Selaras Pandangan Ulama Tersohor Dunia Posted: 07 Jan 2013 04:16 PM PST KUALA LUMPUR, 8 JAN : Pendirian Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini bahawa penganut Kristian boleh menggunakan nama Allah bukan untuk meraih sokongan golongan bukan Islam, tetapi selaras dengan pandangan ulama tersohor seperti Dr Yusuf al-Qaradawi. Ulama-ulama tersohor tersebut bukan sahaja langsung tidak mempunyai kepentingan politik, malah tidak berminat untuk mengambil tahu perkembangan politik negara ini. Pendirian yang diambil mereka adalah berdasarkan rujukan yang dibuat dari Al-Quran, kata Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu. Selain itu, pendirian tersebut juga selaras dengan pendirian pemimpin utama PAS yang dianggap sebagai ulama, iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat. Bagaimanapun kata Mohamad, Umno-BN yang sebenarnya mengambil kesempatan untuk mempolitikan isu tersebut bagi meraih sokongan masyarakat Melayu Islam negara ini menjelang pilihan raya nanti. "Pendirian tersebut seperti yang telah dijelaskan oleh kedua-dua ulama kami, bahawa nama Allah itu telah disebut zaman berzaman lagi di negara Arab. "Orang Arab tidak menyebut nama lain selain nama Allah dalam percakapan mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 07 Jan 2013 04:14 PM PST Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ MAZA dalam tweetnya telah membelasah para "ULAMA" muda UMNO yang cukup tersohor seantaro dunia kerana mengeluarkan "FATWA" beberapa pandangan ulama-ulama besar dunia yang sudah meninggal dunia maupun yang masih hidup termasuk Ketua Ulama Dunia Kini, Sheikh Yusuf Al- Qaradawi sebagai SESAT. Hebat sungguh para "ULAMA" muda UMNO ni. Tak rugi dan berbaloi UMNO, kerana berjaya menjinakkan dan pikat mereka yang cukup berilmu tinggi dan mendalam amat paling dalam bidang Islam menjadi ahli-ahli UMNO. Itu belum diambil kira mereka belasah kaw-kaw Ulama tempatan seperti TGNA, TGHA dan Ustaz Azhar Idrus. TAHNIAH DAN JUTAAN SYABAS KEPADA UMNO.. PARTI PEMBELA UMAT ISLAM YANG TERULUNG DAN PALING KENTAL DALAM DUNIA KETIKA INI. |
Fakta menunjukkan bahawa banjir Kuantan bukan bencana alam — PKR Posted: 07 Jan 2013 04:12 PM PST Parti Keadilan Rakyat mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berusaha untuk melarikan diri daripada tanggungjawab terhadap banjir kilat Kuantan melalui kenyataan "jangan menyalahkan kerajaan apabila berlakunya sesuatu musibah atau bencana alam seperti banjir". AJK MPN Keadilan Pahang, Lee Chean Chung berkata, kenyataan Najib yang menyatakan bahawa banjir di Kuantan berlaku disebabkan Pemanasan Global dan rakyat tidak harus menyalahkan kerajaan adalah satu penipuan besar dan merupakan usaha pemimpin Umno Barisan Nasional untuk mengelirukan rakyat daripada perkara sebenar. "Pemanasan Global merupakan satu isu yang sedang dihadapi seluruh dunia. Selama ini, pelbagai usaha telah diambil untuk mengatasi kesan-kesan Global Warming. "Apa kaitan pula dengan Pemanasan Global? Ini hanya merupakan usaha kerajaan untuk mencari alasan terhadap reaksi pihak berkuasa yang bertindak lambat dalam bencana banjir ini." Read More / Baca Lagi >> |
SYABAS: Kejam, Pengguna Menderita. Posted: 07 Jan 2013 04:09 PM PST Oleh: mohdnoorawang "Puluhan ribu penduduk sekitar Ampang, Cheras dan lain lain tempat di Kuala Lumpur dan Selangor menderita dan sengsara hampir dua minggu hidup tanpa air dari bekalan "SYABAS". SYABAS menghukum dan membiarkan pengguna dan penduduk menderita. Terimakaseh SYABAS. Kepada Tan Sri Rozali dan pegawai tertinggi SYABAS kamu bertindak amat kejam selama dua minggu kami hidup dalam keadaan yang tidak tenteram. Kepada SYABAS dan Barisan Nasional khasnya UMNO, rakyat akan menghukum BN/ UMNO dalam PRU13. Lagi lama penduduk menderita tiada sumber air dari SYABAS lagi kuat rakyat benci pada BN/UMNO. Sehinnga kini kawasan kawasan tersebut tidak dapat lagi air dari SYABAS. Dalam media TV3 pegawai SYABAS berkata pam air rosak. Sehingga kini pam air belum siap dibaiki?. Memang jawapan yang paling bodoh dari pehak SYABAS. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 07 Jan 2013 03:17 PM PST Kalau ada orang yang tanya betul ke tak, aku cuma jawab ya 80 peratus. Selebihnya bergantung kepada perkembangan yang terjadi selepas perkara ini berlaku lebih 72 jam lalu. Maklumat ini sebenarnya berkait rapat dengan apa yang sedang berlaku nun jauh di Bumi Kenyalang terutama selepas lawatan tiga hari Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tamat semalam. Tapi Anwar tak mencari pemimpin Barisan Nasional (BN) sebaliknya juak-juak Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang nak sangat berjumpa meminta buah fikiran sekiranya masih ada peluang untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Daripada 31 kerusi parlimen yang terdapat di negeri itu, BN pusat difahamkan mahu menyingkirkan sembilan ahli parlimen terutamanya dari parti yang diketuai Taib sendiri, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang menang besar dalam pilihanraya negeri April tahun lalu. Berang dengan perkembangan inilah yang mendorong Taib menghantar sepasukan empat orang pemimpin senior parti itu untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Anwar selaku ketua Pakatan Rakyat. |
Rosmah arah Pengawal Peribadi halang wartawan yang tanya tentang tuduhan Deepak Posted: 07 Jan 2013 03:15 PM PST Pengawal peribadi Rosmah Mansor dilaporkan telah menghalang para wartawan dari terus mengasak Rosmah dengan soalan mengenai pendedahan yang melibatkan dirinya oleh Usahawan Kontroversi Deepak Jaikishan, menimbulkan persoalan kenapa beliau takut untuk menjawab? Pengawal Peribadi itu pasti tidak akan bertindak sedemikian jika tiada arahan yang dikeluarkan oleh Rosmah Mansor sendiri.. Kejadian dilaporkan telah berlaku ketika majlis pelancaran Roti 1Malaysia oleh Rosmah.. Baca ni.. KUALA LUMPUR: From her alleged gem-stone links with carpet dealer Deepak Jaikishan to her purported hand in P Balasubramaniam's second statutory declaration (SD), Rosmah Mansor has become juicy fodder for a public hungry for answers.Read More / Baca Lagi >> |
HKR : Satu Lagi Ujian “Janji Ditepati” Posted: 07 Jan 2013 03:10 PM PST KUALA LUMPUR, 7 JAN: Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini merupakan satu lagi ujian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak samada beliau betul-betul menepati janji yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 3.0 April tahun lepas. Pada masa itu, Najib mencadangkan kepada NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), agar perhimpunan gergasi BERSIH 3.0 diadakan di Stadium Merdeka. Cadangan tersebut dibuat Najib bagi mengelakkan BERSIH 3.0 diadakan di Dataran Merdeka. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur HKR, Mohamad Sabu berkata selain lokasinya yang startegik dan mampu memuatkan puluhan ribu hadirin, Pakatan Rakyat memilih stadium tersebut setelah mengambil kira cadangan yang pernah dibuat Najib. "Bola sekarang berada di kaki PM, terpulang pada dia samada janji ditepati atau 'janji dicapati'," ujar Mohamad dalam satu wawancara dengan TVSelangor. Himpunan yang bakal menarik kehadiran ratus ribuan peserta itu dijangka akan berlangsung di Kuala Lumpur. Read More / Baca Lagi >> |
The Israeli-Palestinian conflict, on campus Posted: 07 Jan 2013 02:57 PM PST |
Turkey reveals secret PKK talks Posted: 07 Jan 2013 02:56 PM PST |
Syrian opposition forms chemical weapons unit Posted: 07 Jan 2013 02:54 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan