Jumaat, 4 Januari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Najib dah tak ada modal hanya pandai takutkan orang Melayu dan askar Melayu

Posted: 04 Jan 2013 09:16 PM PST

Ayat biasa yang keluar daripada mulut pemimpin Umno ialah Umno tumbang Melayu merempat.Dalam masa yang sama puak ni pulun habis-habisan rembat tanah dan projek.Melayu di kampung-kampung dan bandar yang tak celik hanya dapat dua tiga puluh RM upah baling batu,buat honar dan kacau ceramah parti lawan.Lebih pada tu tak ada apa.

Mari kita baca apa kata PM Najib sebagai pesanan terakhir Najib kepada askar Melayu dan yang dah pencen.Ada macam cuba menakut-nakutkan askar Melayu walaupun diri sendiri takut jawab isu yang kini hangat diperkatakan iaitu pendedahan Deepak kes pembunuhan Altantuya dan kes projek RM100 juta Pusat Pengajian Pertahanan Nasional
(Puspahanas) yang diberikan kepada syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan syarikat buat berus gigi seperti yang didakwa Rafizi Ramli Pengarah strategik PKR.

Berucap ketika merasmikan persidangan perwakilan PBTM ke-87 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib berkata 
"Siapa boleh jamin masa depan kita, siapa boleh menjamin kelangsungan Rejimen Askar Melayu Diraja tanpa kerajaan yang ada hari ini, tepuk dada tanya selera.
"... Dan inilah sebenarnya mengapa kita berjuang, mengapa kita meletakkan 'nyawa kita dihujung tanduk' sebagai para perajurit yang telah berjuang selama ini, sebab itulah negara terhutang budi pada anda semua," katanya.Baca di sini.


Rakyat bukan nak dengar Najib takut-takutkan orang Melayu dan askar pencen rakyat nak dengar penjelasan Najib kes yang dibongkar Deepak dan skandal Puspahanas.Pandai ya takut-takutkan rakyat.Jangan nak corner-corner!

VIDEO menghina NAJIB dan Rosmah...kah..kah..!!!

Posted: 04 Jan 2013 08:37 PM PST

Melayu pertahan Melayu.. kahkahkah

Para macai telah membuat laporan polis kerana penyebaran video ini, menurut para pencacai video ini menghina Najib dan Rosmah.

Sebelum video ini di tarik balik sila tonton puas puas. dan ketawa lah sepuasnya sebelum ketawa di aktakan haram oleh kerajaan zalim.. kahkahkah


Biarkan para macai nak buat seberapa banyak report polis sekali pun. gua tengok video ini tak menghina Najib Rsamah pun, malah memuja muji lagi Najib Rosmah.. kahkahkah
Macai.. Macai.. selamanya Macai... kahkahkah

Bagaimana video di bawah? video ini menghina Najib dan Rosmah malah mengaitkan kasus pembunuhan Altantunya dan menceritakan tabiat Rosmah berbelanja barang kemas?

kahkahkah

Share beb video ini.. ini video memuja muji rosmah najib, sebabtu para macai tak buat laporan polis.. kahkahkah

Koleksi Amanat Pemimpin Umno

Posted: 04 Jan 2013 08:26 PM PST

Lapangan Terbang Sultan Muhammad Di Kelantan Bergegar!

Posted: 04 Jan 2013 08:23 PM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/47603_10200231992024797_1201910992_n.jpg

Demo bantahan Umno Pengkalan Chepa ke atas Ketua Bahagiannya, Dato' Dali Husin, di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, pagi tadi. 

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/406762_10200232148348705_2050694741_n.jpg

Ada yg bertanya, betul ke ahli Umno yg dtg berdemo. Sebagai bukti, ini adalah bekas SU Umno bahagian Pengkalan Chepa yg juga Ketua Umno cawangan Lapang Terbang, bercakap kpd pemberita selepas demo berkenaan.

PENTING!!! Panduan bagi peserta HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112

Posted: 04 Jan 2013 08:18 PM PST

TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dengan KAWAN-KAWAN.
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112, 2 petang di STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR ataupun di JALAN RAYA KUALA LUMPUR

KUASA RAKYAT
Tuntutan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 daripada:
1. BERSIH
2. Anti LYNAS
3. ANAK
4. ROYALTI

5. Bersama NGO-NGO yang lain
Jawatankuasa Pakat-Pakat Kalih :Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak KERAJAAN MALAYSIA untuk UNDUR.
Oleh itu bagi melancarkan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning, Oren, Merah dan Hijau. Sebaiknya ada logo
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut bertutup.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Berkaitan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia, Bendera negeri masing-masing & Bendera NGO yang menyokong HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 
7. Air Mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit Garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain Tuala Kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai Penutup Mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai Asma atau Alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email sammbukitmertajam@gmail.com
*Perkara yang tidak dibenarkan*
Read More / Baca Lagi >>

TG Nik Aziz seru rakyat sertai Himpunan 12 Jan

Posted: 04 Jan 2013 08:08 PM PST


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru seluruh rakyat negara ini sama ada penyokong Pakatan Rakyat atau kerajaan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka pada 12 Januari ini.

Menurutnya, perhimpunan itu amat perlu bagi menyatakan bantahan terhadap 'penderaan' dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan pada rakyat di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di rumahnya sebentar tadi bagi mengulas program himpunan besar-besaran pertama tahun ini dan terakhir sebelum pilihan raya umum.

Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak turun untuk menjayakan himpunan itu walaupun dengan berkerusi roda demi untuk menyatakan bantahan terhadap pemerintah yang zalim.

Katanya, mudahan dengannya juga dapat membuktikan Islam itu kuat.

Read More / Baca Lagi >>

Eh Najib, BubarParlimen Sekarang!

Posted: 04 Jan 2013 08:05 PM PST

PERDANA Menteri, Najib Razak tidak perlu menunggu hingga ke akhir hayat mandat PRU-12 untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Kalau Najib Razak ini Perdana Menteri yang mendengar rintihan rakyat jelata; beliau pastinya sedar dan tahu bahawa rakyat sudah tidak sabar lagi mahu mengundi pada PRU-13. Penantian yang sedemikian lama ini sememangnya suatu penyeksaan yang amat berat untuk ditanggung.

Saya pasti ramai antara kita yang tertangguh banyak urusan kerana menanti berlangsungnya pilihan raya. Saya sendiri sudah muak menanti. Selagi belum pilihan raya, adalah amat rumit untuk saya menyusun jadual keluar berkencan dengan kekasih dan merancang hari bahagia kami. Itu pun dengan syarat, kekasih hati perlu dicari dulu.

Tapi tak apa. Cinta dan segala yang terkait dengan kehidupan peribadi boleh duduk di nombor corot. Yang penting mesti langsai dulu PRU-13 ini. Kemudian kita boleh cerita soal nikah kahwin.

Sejak mengambil alih tugas di Jabatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dengan selambanya menolak sebarang keperluan untuk memperlihatkan kemampuannya mendapatkan mandat daripada rakyat. Sungguh pun ada beberapa pilihan raya kecil yang berlangsung sebaik sahaja beliau mengambil alih kuasa, tetapi itu pastilah tidak cukup untuk meletakkan beliau sebagai manusia yang berhak menjadi Perdana Menteri; dikeranakan tiadanya mandat rakyat terbanyak melalui proses pilihan raya di peringkat nasional.

Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan PAS syirik perlu jelas

Posted: 04 Jan 2013 07:58 PM PST


Zaharudin Abdul Rahman SHAH ALAM - Pengertian syirik terlalu luas dan perlu dinyatakan secara jelas, kata Pengerusi Multaqa Asatizah & Du'at (Murshid), Dr Zaharudin Abdul Rahman.

Menurutnya, dakwaan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad bahawa wujud amalan syirik dalam Pas hanya kerana terdapat ahlinya beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme tidak boleh dijadikan sandaran kukuh.

"Dakwaan beliau itu tidak dilakukan secara jelas, tiada bukti dan tidak dapat dipastikan siapakah orangnya," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Ismail Mina dalam laporan portal berita mendakwa wujud amalan syirik dalam Pas kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme.

Memetik laporan tersebut, Ismail berkata "Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik. Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada. Tapi dalam Pas ada syirik, di mana ada orang beramal dengan Syiah, di mana ada orang yang liberalis dan pluralis"

Forum Pencacai UMNO Vs Amanat Hadi

Posted: 04 Jan 2013 07:56 PM PST

Selepas dibangkitkan berminggu-minggu dan tiada ruang untuk Hadi Awang menjelaskan isu Amanat Hadi itu, jadi bagaimana sekarang ini? Adakah JAKIM akan tangkap Haji Hadi andaikata tidak mahu tarik balik?
Forum Amanat Hadi, tetapi empunya diri yang dikaitkan dengan isu ini tidak ada sekali dalam forum? Orang lain pula yang membincangkannya? Forum apakah ini?
Forum Amanat Hadi Amanat Hadi Awang. Maaf Forum Tidak Diteruskan Kerana RTM Terikat Dengan FATWA (Majlis Fatwa & Jawatankuasa Muzakarah)

Jika kita serius berubah, ahli Umno akan bersama

Posted: 04 Jan 2013 07:49 PM PST

Aspan Alias,
Dalam pilihan raya kali ini rakyat perlu serius dalam membuat penentuan politik kerana kali ini akan membabitkan masa depan negara dan rakyatnya yang amat dahagakan keadaan politik yang berbeza dari yang sedang kita hadapi sekarang. Sekarang ini terlalu banyak isu yang membuatkan rakyat naik mual seolah-olah negara ini adalah negara dalam mana semua rakyatnya bergaduh dan bersengketa kerana politik dan kuasa. Krisis keyakinan yang dihadapi oleh kepimpinan UMNO dan BN sudah sampai ke tahap optima dan adalah malang jika rakyat tidak melakukan pembetulan terhadap hala-tuju kita yang sudah terlalu menyimpang jauh itu.

Semasa negara kita berada di dalam keadaan politik yang terbaik, ramai di antara rakyat yang sekarang ini masih belum lahir atau masih dalam zaman kanak-kanak atau remaja. Mereka tidak akan mudah untuk memahami apakah yang dimaksudkan 'penentuan politik' yang baik itu. Bagi mereka yang masih dalam umur bawah dari empat puluh tahun mereka menganggap politik itu adalah politik seperti sekarang. Politik hanyalah membuat pilihan siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Siapa yang menang itu, pihak itulah yang benar dan siapa yang kalah itu adalah pihak yang tidak benar. Penulisan dan pertuturan tentang sejarah politik yang benar dan betul hanyalah cerita dan apa yang di perkatakan oleh mereka yang menang sahaja. Penilaian terhadap politik itu terletak kepada asas yang salah. Pertamanya politik yang kita mengaku sebagai politik demokrasi di negara ini sebenarnya terlalu jauh dari kebenaran demokrasi itu sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Ratusan juta wang rakyat selamatkan saham FGVH?

Posted: 04 Jan 2013 07:48 PM PST


KUALA LUMPUR: Ketika hampir semua syarikat besar minyak sawit mengalami kejatuhan harga saham mereka, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dapat mengekalkan harganya mutakhir ini.


Menurut AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), ini sekaligus mencetuskan dakwaan bahawa harga sahamnya dipertahankan atau inflated oleh pelabur-pelabur instituti kerajaan seperti KWSP, KWAP, LTH dan lain-lain yang dikerah.

"Kalau benar bagai didakwa maka ia adalah kerja sia-sia yang bakal mengorbankan ratusan juta ringgit dana awam dan wang rakyat," tulis beliau di dalam kolumnya di Harakahdaily, hari ini.

Justeru, kata beliau persoalan lebih besar adalah mampukah FGVH terus dipertahakan secara begini.

"Apakah FGVH mempunyai 'fundamentals' atau 'asas-asas' yang kukuh untuk terus kekal dalam persaingan global yang semakin sengit dengan cabaran-cabaran baru dalam industri ini?" soal beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor

Letih betoi ngan ketuanan Melayu neh...

Posted: 04 Jan 2013 07:47 PM PST

 "Salam semua... Letih betoi Pak Long ngan kelaku orang kita. Pong pang, pong pang punya cerita pasai perpecahan orang Melayu la ni... macam la dulu tak berpecah... haha... Sebenaqnya perpecahan neh dah ada sejak sebelum merdeka lagi... ca tengok time depa tuntut merdeka dulu.

Satu puak yang nak merdeka bersandaqkan Islam dan Melayu... yang lagi satu pulak nak merdeka berteraskan Melayu tapi kongsi ngan semua kaum yang dok kat Tanah Melayu dengan Islam jadi agama rasminya. Tak pecah lagi ka lagu tu...


Kepala hotak Melayu dah memang terdidik dalam dua cara pembawakan... Satu puak cintakan Islam lalu depa pun teringin nak realisasikannya manakala satu puak lagi tak berapa nak faham Islam, sebab tu depa pandang ringan pada suruhan agama... tambah-tambah lagi tertarik ngan kebesaran duniawi. Dua fikrah tu ditinggai penjajah sampailah la ni...
Read More / Baca Lagi >>

GERAKAN sibuk selak kain orang, tidak sedar kainnya cuba ditanggal rakan sendiri

Posted: 04 Jan 2013 07:43 PM PST


TADI ada pak cik hantar senaskah akhbar Chinese Weekly yang pro-MCA. Tak sempat belek isi kandungannya, melihat kulit pun sudah tepuk dahi. Muka depannya menceritakan bahawa parti berbilang kaum itu dalam bahasa mudahnya, "cakap senanglah, buatnya susah".
Dalam erti kata lain, mana-mana parti boleh mengaku berbilang kaum, tapi belum tentu dapat merealisasikan kehendak itu. Sekiranya akhbar ini bertujuan memperli DAP maka tidaklah pelik. Dah memang itu kerja geng-geng MCA. Bidang tugas yang diberi UMNO kepadanya barangkali.
Tapi apabila ditenung-tenung muka depan akhbar itu. Kelihatan selain lambang DAP dan PKR, rupanya Gerakan, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pun kena sekali. Nampaknya kegelian geng-geng pro-MCA terhadap parti berbilang kaum sudah di tahap kawan satu Barisan Nasional (BN) pun kena ditibai.
Kesian Gerakan. Di saat dirinya sibuk menyelak tepi kain orang, orang yang rapat dengannya sendiri sedang cuba menanggalkan kainnya. Bahaya betul!
Read More / Baca Lagi >>

Minyak Sabah disedut ke Sarawak, siapa untung? Siapa rugi?

Posted: 04 Jan 2013 07:42 PM PST

KOTA KINABALU, 4 JAN: Nasib yang bakal menimpa Sabah boleh diibaratkan seperti 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' apabila sumber gas asli dari negeri itu akan disalur ke Sarawak melalui saluran paip sejauh 512 km.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu berkata, projek penyaluran gas asli dari Sabah ke Sarawak itu sudah pasti tidak akan menguntungkan negeri berkenaan.
"Isunya, Sabah belum lagi menikmati hasil daripada sumber semulajadi itu tetapi Sarawak pula yang beruntung.
"Kemudahan pengeluaran dan saluran bagi memproses dan menapis minyak mentah serta gas asli sepatutnya dibina di Sabah, bukannya menyalurnya ke Bintulu," katanya dalam satu kenyataan.
Projek saluran paip bernilai RM4.6 billion itu dilapor akan mempunyai kapasiti pengendalian 1.3 bilion kaki padu (bcf) gas asli sehari. Ada laporan menyebut 500,000 bcf gas asli sehari akan disalur dari kawasan persisir pantai Gumusat-Kakap, Malikai dan Kinabalu untuk diekspot sebagai Gas Cecair Asli (LNG) ke Bintulu.
Read More / Baca Lagi >>

Tahanan mati dalam lokap polis bukan isu remeh, DAP desak kerajaan bertegas

Posted: 04 Jan 2013 07:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo mahu kerajaan melakukan pindaan undang-undang bagi menjamin keselamatan tahanan berikutan kes penderaan dan kematian dalam lokap yang tiada kesudahan.
"Daripada sudut tanggungjawab sivil, ini bermakna undang-undang itu akan meletakkan tanggungjawab berat ke atas pegawai polis yang melakukan siasatan terhadap apa juga kes ke atas tahanan melainkan jika ada bukti bukti sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan.
Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, selain bertanggungjawab, kerajaan juga perlu menyiasat mana-mana pegawai yang terbabit dalam jenayah terutama melalui kecederaan atau kematian tertuduh ketika dalam tahanan.
"Undang-undang ini perlu meletakkan beban kehakiman ke atas mereka sehingga mereka dapat membuktikan kecederaan atau kematian bukan disebabkan kelalaian mereka.
"Jika pihak polis diletakkan dengan tanggungjawab lebih berat, mereka akan memastikan tahanan dijaga sebaik mungkin ketika dalam tahanan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO BN Lesapkan RM207 Billion Wang Pampasan Buruh Paksa

Posted: 04 Jan 2013 07:39 PM PST

Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu sudah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, mengesahkan bahawa Tokyo sudah menyerahkan wang tersebut dari awal 1990an hingga tahun 2004.

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau, dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Menurut Suegami, pihaknya tidak mengetahui bagaimana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak, yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Pas terbit buku 'Amanat Haji Hadi VS Amanat Haji Mahathir & Haji Najib'

Posted: 04 Jan 2013 07:38 PM PST


Buku Amanat Haji Hadi
Buku "Amanat Haji Hadi" mula dijual di pasaran dengan harga RM4 sebuah.
 
KOTA BHARU – Di sebalik polemik berkenaan amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun 1981 yang kembali hangat, Lajnah Penerangan Pemuda Pas Negeri Kelantan  menerbitkan sebuah buku bertajuk "Amanat Haji Hadi VS Amanat Haji Mahathir & Haji Najib".

Buku 48 halaman itu mengandungi pelbagai input menarik yang menjawab persoalan isu-isu yang berkaitan dengan amanat yang diperkatakan.

Buku tersebut baru diterbitkan dan disusun khas untuk menjernihkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan dengan parti lawan.

Selain fakta-fakta penting tentang amanat tersebut, buku ini juga disertakan dengan keratan-keratan akhbar yang membabitkan isu-isu yang dibincangkan.

Antara panel terlibat, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz; Pengerusi Ulama Pelapis Pas Pusat, Khair Mutanazzar Ismail; Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad dan Moderator Debat, Dr Mazlee Malik.

Read More / Baca Lagi >>

Lajim says talk of Chief Minister premature

Posted: 04 Jan 2013 07:36 PM PST

Who will be the Sabah Pakatan Rakyat chief minister will only be decided after a meeting of all the opposition coalition party

KOTA KINABALU: Who will be the Pakatan Rakyat Chief Minister will only be decided after nomination day, said seasoned Sabah politician Lajim Hj Ukin.
Lajim said he is ready to be the chief minister if that is want the Pakatan Rakyat Sabah wants.
This is the second time the topic has come up on his future. He had in fact expressed such aspiration during his speech at a recent political function held in Bongawan in the presence of Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim and former Chief Minister cum SAPP president Yong Teck Lee.
He told the audience that throughout his three-decades long political career, he had held many senior positions in the government including the deputy chief minister of Sabah at one time, besides various senior position in the Federal government which included deputy Minister of Transport and deputy Minister of Housing and Local Government, except for the post of Chief Minister.
However, he denied Sabah Barisan Nasional's claim he is the Chief Minster designate for the state's opposition front.
"I am not admitting to anything now because we have not won yet. But there is a big possibility that we will name the chief minister designate after nomination day. We will discuss this matter with the other Pakatan components. First as we need consensus on the issue," he said.
Read More / Baca Lagi >>

Saham FGVH akan kecundang akhirnya? - Dzulkefly Ahmad

Posted: 04 Jan 2013 07:35 PM PST

Saham FGVH akan kecundang akhirnya? - Dzulkefly AhmadPada ketika semua syarikat-syarikat besar dalam komoditi minyak sawit dunia bergelut dengan 'stockpile' yang tinggi serta harga minyak sawit yang rendah, aneh bagaimana FGVH terus dapat bertahan dengan harga sahamya.
Untuk peringatan umum, saham FGVH mengalami kemuncaknya pada 5 Julai 2012 yakni RM5.55/saham. Adalah didakwa bahawa pelabur asing kemudianya menjual saham mereka ketika saham FGVH mula menurun bagi mengurangkan kerugian atau 'cutting loses' ketika harga menjunam melepasi 'psychological level'nya pada paras RM5.00/saham pada Rabu, 20 Disember dan tutup dengan harga RM4.85 pada hari tersebut.
Saham FGVH terus menurun 4 hari berturut-turut dan tutup dengan harga RM4.69/saham. Pada hari akhir perniagaan sebelum cuti Krismas yakni 24 Dis harga terus jatuh kearas RM4.61/saham. Ini bermakna perbezaan RM0.90/saham berbanding pada harganya yang tertinggi yakni RM5.55/saham.
Ketika hampir kesemua syarikat-syarikat besar minyak sawit mengalami kejatuhan harga saham mereka, FGVH dapat mengekalkan harganya mutakhir ini sekaligus mencetuskan dakwaan bahawa harga sahamnya dipertahankan atau 'inflated' oleh pelabur-pelabur instituti kerajaan seperti KWSP, KWAP, LTH dll yang dikerah. Kalau benar bagai didakwa maka ia adalah kerja sia-sia yang bakal mengorbankan ratusan juta ringgit dana awam dan wang rakyat.
Persoalan lebih besar adalah mampukah FGVH terus dipertahakan secara begini? Apakah FGVH mempunyai 'fundamentals' atau 'asas-asas' yang kukuh untuk terus kekal dalam persaingan global yang semakin sengit dengan cabaran-cabaran baru dalam industri ini?
Read More / Baca Lagi >>

Adakah bid'ah hasanah dalam hukum Islam? - Prof Madya Dato Dr MAZA

Posted: 04 Jan 2013 07:28 PM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man - UMNO Tiada Dewan Ulama

Posted: 04 Jan 2013 07:28 PM PST

PAS: Hutan musnah di bawah Umno/BN

Posted: 04 Jan 2013 04:48 PM PST


Mereka bertanggungjawab mengheret Malaysia ke kedudukan ketiga tercorot dunia berbanding 132 buah lain.

Oleh Huzir Sulaiman
PETALING JAYA: Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang (LPPAS) mempertikaikan sikap hipokrit Umno/BN dalam aspek pengurusan hutan negara.
LPPAS mendakwa mereka bertanggungjawab mengheret Malaysia ke kedudukan ketiga tercorot dunia berbanding 132 buah lain.
Laporan indeks prestasi alam sekitar dunia itu diterbitkan Universiti Yale Amerika Syarikat baru-baru ini.
"Laporan tersebut juga menggambarkan betapa teruknya prestasi negara selama 1 dekad ini (2002-2012) dalam mengurangkan kesan kepada daya tahan ekosistem dan sumber asli negara", kata Pengerusi LPPAS, Andansura Rabu.
Beliau juga mendakwa Umno /BN sudah kehabisan modal politik sehingga sanggup menuduh Kedah dan Kelantan, sedangkan pada hakikatnya, merekalah yang sebenarnya gagal dalam menguruskan hutan di negeri yang ditadbir mereka.
"Seperti juga isu air, mereka menghentam Kelantan dan Selangor tetapi pada hakikatnya di Pahang sendiri krisis air masih tak selesai-selesai," tambahnya  merujuk kepada memorandum krisis air Pahang yang diserahkan wakil PAS Negeri kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini.
Andansura mendakwa di Pahang sendiri, kita boleh lihat banyak penerokaan hutan yang gagal diuruskan dengan baik contohnya di Hutan Simpan Kemasul (sebelah Felda Kemasul, Kg.Cemomoi Mancis) yang melibatkan 3000 hektar kawasan hutan.
Read More / Baca Lagi >>

DAP masih lagi berintegriti berbanding Umno

Posted: 04 Jan 2013 04:46 PM PST


IKTIBAR
Tindakan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu perlu dihormati dan diambil iktibar.

Apa yang dilakukan Weng Keong memberi markah besar kepada DAP. Bahawa anggota parti itu bertanggungjawab dan sedia mengambil risiko atas apa yang berlaku, hatta kesalahan teknik.

Apa dilakukan oleh Weng Keong itu tidak wajar diketawakan atau disinis tetapi patut ditiru oleh semua ahli politik tanpa mengira parti. Walaupun pengakuan itu menjejaskan maruah dirinya, dan boleh menjejaskan partinya, tetapi ia adalah tindakan terbaik demi menjaga maruah dan integriti partinya.

Ekoran salah teknik, salah kira itu menyebabkan seorang calon Melayu yang mendapat undi untuk menduduki salah satu 20 kerusi CEC terkeluar. Ketiadaan wakil Melayu menjadi isu dan kritikan oleh pihak musuh DAP terutamnaya MCA, Umno dan Gerakan. Macam-macam dituduhkan terhadap DAP di mana Umno menyifatkan DAP meminggirkan Melayu.

Kritikan-kritikan seperti itu tidak dapat dihindarkan di dalam dunia politik. Politik itu sendiri tidak sekata dan tidak selari. Semua dilakukan oleh pembangkang tidak betul bagi parti memerintah dan begitu juga sebaliknya. Di sinilah jahat dan jijiknya manusia politik.
Read More / Baca Lagi >>

Kuala Langat: Undi India penentu kemenangan

Posted: 04 Jan 2013 04:45 PM PST


Satu jalan tunggal menghubungkan pusat bandar Banting di dalam bahagian pilihan raya Kuala Langat. — Gambar Choo Choy May
Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hangat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Dengan Klang di sebelah utara, Putrajaya disebelah timur dan Sepang disebelah selatan, kawasan Parlimen Kuala Langat terletak di pinggir barat negeri terkaya dan paling ramai penduduk di Malaysia, iaitu Selangor.
Satu jalan tunggal menghubungkan pusat utama bandar — zon perindustrian bebas Telok Panglima Garang, bandar Jenjarom serta bandar daerah, Banting.
Pemanduan selama 40  dari Kuala Lumpur, kawasan ini sukar diakses melalui pengangkutan awam. Tiada Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau kereta api Mass Rapid Transit (MRT), hanya bas swasta membawa penduduk ke Klang, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan bandar utama Kuala Lumpur.
Dengan pengundi seramai 87, 239 orang, kawasan separa bandar ini dalam banyak cara adalah mikrokosmik Malaysia. Komposisi kaum bagi pengundi adalah 54.50 peratus Melayu, 26.03 peratus Cina, 17.04 peratus India dan juga penempatan Orang Asli kira-kira 800 orang yang berjumlah 1.87 peratus pengundi.
Tempat asal usul keluarga badminton Malaysia paling terkenal, Sidek bersaudara yang cemerlang, Kuala Langat mempunyai gabungan aktiviti ekonomi termasuk perikanan kecil-kecilan, pertanian dalam bentuk ladang kelapa sawit, penanaman sarang burung serta industri berat dan ringan.
Nama-nama kilang besar seperti Megasteel dan Toshiba dengan bangganya menyambut pengunjung yang melalui lebuh raya KESAS ke daerah tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Isma bertengget atas Umno serang PAS

Posted: 04 Jan 2013 04:44 PM PST


KUALA LUMPUR: Ketika Utusan Malaysia dan lain-lain media Umno menyerang PAS melalui Amanat Haji Hadi, pertubuhan Ikatan  Muslimin Malaysia (Isma) juga mengambil sikap yang sama.

Pertubuhan itu melalui Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan mendakwa amanat ini telah menjadi punca orang ramai menjatuhkan hukuman murtad tanpa melalui proses mahkamah.

Sehubungan itu, Abdullah meminta Ustaz Hadi menarik balik amanatnya itu.

Padahal isu ini hanya dimainkan oleh Umno untuk menutup kelemahan mereka dengan memainkan isu yang sudah 31 tahun berlalu. Ia menjadi modal Umno setiap kali pilihan raya tetapi apabila dicabar untuk berdebat, Umno akan mencari pelbagai helah.

Isu amanat ini timbul pada tahun 1981 ketika PAS sedang bangkit dari kehancuran selepas ditendang keluar dari BN.

(Amanat ini hanya disebarkan oleh sesetengah ahli PAS yang taksub dan tidak pernah disebarkan oleh PAS sendiri secara rasmi)
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: