RAKYAT MARHAEN |
- BINI AKU......JANGAN GELAK AH..!!!!
- Tamrin Tempelak Barua Umno
- Pendidikan : Perniagaan TERBESAR KAPITALIS
- Anwar: UMNO@BN guna Islam, Melayu isu kempen PRU
- Tentera berdisiplin mesti tolak amalan rasuah
- Ahli tegar Umno masuk PAS kerana 'mulut' Haji Lah Genting
- PRU13: Melayu akan selamat, kecuali Awang Selamat!
- Imagine no Ibrahim Ali
- Police marching to BN beat
- SAMM Dakwa Syarikat Menteri Monopoli Kontrak Petronas Punca Syarikat Bumi Mati?
- Perangkap pendapatan pertengahan menjadikan memiliki rumah hampir mustahil
- Khalid Samad: Pakatan tetap pertahan kuasa politik orang Melayu
- Pengundi luar: Pakatan mahu SPR gugur syarat 30 hari
- 'Tindakan Majlis Syura Pas sudah dijangka dan tepat tapi kelewatan'
- Pertemuan TG Nik Aziz, Bishop buktikan dua agama boleh berbincang
- Jentera kerajaan, termasuk SB, melilau masuk kampung kempen BN
- Bongkar Rahsia UMNO part 4 ( ada cerita Dato Hamidah)
- Bongkar Rahsia UMNO part 3 ( ada cerita Dato Hamidah)
- Bongkar Rahsia UMNO part 2 ( ada cerita Dato Hamidah)
- Bongkar Rahsia UMNO part 1
- Anwar Ibrahim: Kami Menang Untuk Tadbir Dengan Adil Bela Nasib Rakyat
- Anwar Ibrahim: Saya Tidak Sekali-Kali Akan Korbankan Kepentingan Melayu & Islam Di Negara Ini
- Perjuangan DSAI Untuk Mempertahankan Rakyat & Memerdekakan Rakyat
- AMARAN Rakyat Malaysia kepada Pendatang Asing
- Menjawab isu 'perang saraf' Umno mengenai DAP
BINI AKU......JANGAN GELAK AH..!!!! Posted: 28 Jan 2013 08:19 PM PST | ||
Posted: 28 Jan 2013 06:43 PM PST Semalam anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba, Tamrin menempelak para barua Umno yang tidak habis menakut-nakut orang Melayu khasnya di kampung dengan menimbulkan cerita-cerita yang tidak masuk akal kerana terdesak untuk menang dalam pilihan raya.
Misal kata beliau, boleh agen Umno bercerita kepada orang Melayu kampung sekiranya Pakatan Rakyat menang lagi di Pulau Pinang negeri itu akan terus menjadi milik Cina, hari ini pun dakwa mereka DAP sudah berkuasa apabila Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri. Dengan nada lelucoh Tamrin menyebut satu persatu bekas-bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini; katanya KM Pulau Pinang pertama ialah Wong Pow Nee (1957 - 1969) ialah seorang berbangsa Bugis, yang kedua Lim Chong Eu (1969 - 1990) soorang berbangsa Jawa, ketiga Koh Tsu Khoon (1990 - 2008) berbangsa Bajau. "Hanya kini baru Lim Guan Eng baru berbangsa Cina," sinis Tamrin. "Saya hairan dengan Umno dan agen-agennya ini masakan buta sejarah begitu teruk sekali," katanya sambil disorak oleh para hadirin. Tamrin membuat senikal itu semasa berceramah di Padang Bola Rejang Setapak malam tadi. Tambah beliau lagi memang patut kalau kita hantarkan mereka ini ke sekolah semula dari Tadika hingga ke IPTA untuk mengenalkan mereka dengan sejarah dan fakta-fakta yang direkod. Tambah beliau lagi, Umno dan agennya boleh memberi tahu apa saja yang tak tersaul dek akal kepada orang ramai, tetapi orang tidak akan mempercayainya. "Umno boleh mengadu dombakan rakyat, membuat fitnah dan sebagainya, tetapi rakyat akan menolaknya, percayalah tuan-tuan, kerana rakyat sudah naik muak," kata Tamrin lagi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pendidikan : Perniagaan TERBESAR KAPITALIS Posted: 28 Jan 2013 06:36 PM PST Manusia kini di era DUNIA KAPITALIS telah dididik untuk "BEKERJA" bukan untuk MEMAHAMI DIRI MEREKA SENDIRI ataupun HAKIKAT KEJADIAN...Malah majoriti manusia yang mengajar dalam sistem pendidikan KAPITALIS tidak mempunyai pengetahuan yang sebenar iaitu pengetahuan mengenai ALLAH. Read More / Baca Lagi >>PENGETAHUAN yang sebenar adalah "PERCUMA"...Sebaliknya apabila bayaran dikenakan ..anda hanya akan memperolehi maklumat apabila anda ada wang sahaja..tetapi kebanyakan pengetahuan tersebut tidak berguna langsung.Maklumat yang berguna ditakrif sebagai maklumat yang membawa kepada pengetahuan sebenar.Yang sebaliknya pula adalah pengetahuan yang tidak berguna atau sia-sia. Mereka yang memiliki pengetahuan sebenar akan sama-sama berkongsi tanpa mengenakan sebarang bayaran kerana mereka tahu pengetahuan itu bukan milik mereka yang boleh dijual beli.Mereka juga sedar bahawa pengetahuan mereka adalah anugerah Ilahi yang telah diberikan kepada mereka kerana mereka mahukanya dan ALLAH memberikannya...bukan kerana mereka membelinya.Bayaran yang diperlukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang sebenar ialah dengan menyembah ALLAH ,bertakwa kepadaNYA dan bertawakkal kepadaNya.Sebenarnya pengetahuan itu diberi dengan sifat Maha Pemurah ALLAH jika itu yang ALLAH mahukan...Manusia tidak akan memperolehi ilmu tersebut dengan mencarinya ..tetapi hanya dengan mecari seseorang akan mendapatkanya.. Firman ALLAH didalam Al-Qur'an: "Bertawakalah kepadaKu dan Aku akan memberikanmu pengetahuan" dan; "Ingatilah Aku dan Aku akan mengingatimu" dan; "Bertanyalah dan Aku akan menjawab" | ||
Anwar: UMNO@BN guna Islam, Melayu isu kempen PRU Posted: 28 Jan 2013 06:34 PM PST Justeru, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan kepimpinan PR dengan dibantu penyokong perlu kuat melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar, kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat Keadilan, Pas, DAP kita ikhtiar, akhirnya kita bertawakal kepada ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH beri kita ukhwah," katanya. Menurutnya, sepanjang tempoh mesyuarat PR sebelum ini, tidak pernah terdengar suara-suara dari Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam sekiranya menang dalam PRU13 | ||
Tentera berdisiplin mesti tolak amalan rasuah Posted: 28 Jan 2013 06:33 PM PST KUALA LUMPUR 29 Jan: Sebagai pasukan keselamatan berdisiplin, anggota tentera yang masih dalam perkhidmatan dan pencen pasti tidak suka amalan rasuah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Sebab itu kita (KEADILAN) menentang amalan rasuah kerajaan Umno BN. Semua orang tahu tentang rasuah kapal selam Scorpene. "Anggota tentera adalah dari kalangan mereka yang berdisiplin. KEADILAN memang mahukan sokongan dan undi (tentera) kerana kita menentang rasuah untuk memperbetulkan keadaan. "Kita yang mengundi dan memilih kerajaan. Pilihan di tangan kita. Moga diberikan kekuatan," katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Karnival KEADILAN Setiawangsa dengan kerjasama Pertubuhan Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), semalam. Program itu dimeriahkan dengan persembahan kugiran dan pemeriksaan kesihatan secara percuma bermula sejak pagi. Petang pula diadakan perlawanan bola sepak persahabatan antara veteran tentera, Pahlawan FC dengan Anjung Neo FC, terdiri anggota tentera yang masih berkhidmat dari Markas Besar Kementerian Pertahanan dan kem-kem sekitar ibu kota. Penaung Pahlawan, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, program yang julung kali diadakan Pahlawan itu akan terus dianjur ke seluruh negara. Read More / Baca Lagi >> | ||
Ahli tegar Umno masuk PAS kerana 'mulut' Haji Lah Genting Posted: 28 Jan 2013 06:31 PM PST Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab. Read More / Baca Lagi >>Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah. "Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?" Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, "kerana Haji Lah Geting". Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno. Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012, Ali Lizon hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting. Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris. "Apa Haji Lah Geting kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan. "Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru," ujar Ali Lizon. | ||
PRU13: Melayu akan selamat, kecuali Awang Selamat! Posted: 28 Jan 2013 05:15 PM PST Oleh LIM HONG SIANG MANUSIA ditakdirkan untuk berdepan dengan deadline, sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya. Namun pengarang berdepan dengan deadline berkali-kali, bergantung kepada kala terbitannya. Lebih-lebih lagi, zaman internet memaksa pengarang terbitan bercetak memetik berita sedekat deadline yang mungkin, kerana antara kandungan dengan pembaca, dijarakkan pula dengan tempoh pencetakan dan pengedaran Kepantasan maklumat pada zaman sekarang ada kalanya membeliakkan mata kita. Boleh jadi sesuatu isu itu telah dingin di ruang awam internet, apabila ia sampai ke tangan pembaca dalam keadaan kertas akhbar itu masih hangat. Situasi sedemikian bukan "jurang generasi" antara dua zaman, tetapi "jurang maklumat" yang mendalam antara dua komuniti dalam satu negara. Sememangnya manusia tidak mahu ketinggalan. Kalaupun gagal mendepani zaman, setidak-tidaknya kita cuba seiiring dengan zaman. Ironinya kerajaan yang berslogankan "1Malaysia" sengaja "menstrukturkan" jurang maklumat tersebut, memisahkan 1Malaysia kepada dua dunia yang berbeza. Ia mudah difahami, kerana seandainya masyarakat Malaysia mendepani zaman, maka Mahathir Mohamad akan digulingkan sebelum Suharto. Kalau Malaysia seiiring zaman maka Umno akan dilanda gelombang Arab Spring. Hakikatnya, demi seorang individu bernama Mahathir dan sebuah parti politik bergelar Umno, 1Malaysia terus ketinggalan dalam arus perubahan yang menderas di merata-rata dunia. Pengulangan isu = Masyarakat tidak maju Maka Ahmad Lutfi Othman, selaku Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, memikul tugas untuk merapatkan jurang maklumat yang sengaja distrukturkan dalam masyarakat kita. Bagi saya tugas ini terlalu berat untuk digalas dengan satu susuk badan yang sentiasa keuzuran. Dan ini membuatkan saya mengkagumi kecekalan dan ketabahan beliau untuk mengharungi segala-galanya, dan beliau telah berjaya melakukannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 28 Jan 2013 05:12 PM PST The are some who appear to be on a sacrilegious crusade to drown this nation in bloodshed for what is hailed as a sacrosanct cause. It's easy if you try No hell below us Above us only sky Imagine all the people living for today Imagine there's no countries It isn't hard to do Nothing to kill or die for And no religion too Imagine all the people living life in peace Imagine no possessions I wonder if you can No need for greed or hunger A brotherhood of man Imagine all the people sharing all the world The above are excerpts from John Lennon's masterpiece titled "Imagine". During his solo career, Lennon had strained his vocal chords to promote peace, making him an icon of the anti-war movement. Ironically, Lennon met a violent end when he was shot four times on Dec 8, 1980. The next day, his wife issued a statement, which read: "…John loved and prayed for the human race. Please pray the same for him." Perhaps if he was still alive, Lennon might pray with extra zeal for Malaysians and even consider penning an additional verse for his song, which would read: Imagine no Ibrahim Alis, No Perkasas and no dementia Without bigotry and bullies Living peacefully in Malaysia… There are some who appear to be on a sacrilegious crusade to drown this nation in bloodshed for what is hailed as a sacrosanct cause. These are people, who, in the name of their religion, or rather the votes that it can entice, spew hatred and sow the seeds of discord, doing all that is antithetical to the teachings of their faith – peace, love, compassion and tolerance. Under the guise of protecting their faith, these opportunists are in fact doing a disservice to their respective beliefs. Being a witness to these unravelling shenanigans, one cannot be faulted for thinking that this nation is regressing fast in terms of race-relations. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 28 Jan 2013 05:11 PM PST The public perception is growing that the authorities are all 'partners in crime' by concealing the truth about the many deaths in police custody. Painting a cosy picture of a progressive nation, the premier conveniently swept the alarming truth under the carpet – that of police brutality having reached pandemic status in the country. The rakyat, meanwhile, is worried, angry and frustrated because the federal government continues to belittle the importance of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC). Eight years ago, a 634-page report by the Royal Commission of Inquiry into the police force, headed by a former judge, revealed that the police were brutal, inept and the most corrupt among the government departments. Between 1999 and 2003, there were 5,726 formal complaints of corruption involving the police force and it was recommended that the police force be monitored by an independent watchdog. Read More / Baca Lagi >> | ||
SAMM Dakwa Syarikat Menteri Monopoli Kontrak Petronas Punca Syarikat Bumi Mati? Posted: 28 Jan 2013 05:10 PM PST SHAH ALAM, 29 JAN: Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas Dagang Berhad (PDB) memberitahu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd. Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian. Menurut pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SMMM, Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan 'trip' perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB. Justeru, Chegu Bard dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB, 26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini. "Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan 'trip' mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB. "Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos berkaitan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Perangkap pendapatan pertengahan menjadikan memiliki rumah hampir mustahil Posted: 28 Jan 2013 05:08 PM PST GEORGE TOWN, 29 Jan — Bagi yang miskin, mereka mempunyai rumah kos rendah dikawal kerajaan, yang kaya pula boleh memilih apa sahaja hartanah mereka sukai, akan tetapi, golongan berpendapatan pertengahan tertinggal untuk menyewa, ataupun membeli rumah di kawasan jauh, jika ingin memiliki rumah. Laporan Pasaran Hartanah 2012 menunjukkan, harga hartanah di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kota Kinabalu berada di luar kemampuan golongan berpendapatan pertengahan yang menerima RM4,000 ke bawah, mendorong kerajaan persekutuan untuk tampil dengan beberapa skim perumahan berpatutan. Di Kuala Lumpur, rumah setingkat di Taman Tun Dr Ismail atau Lucky Garden berharga di atas RM730,000 akan tetapi jenis sama di daerah Petaling yang berdekatan berharga di bawah RM378,000. Penyelesaiannya, menurut ejen hartanah dan ahli jawatankuasa International Real Estate Federation (Fiabci) Michael Geh, adalah untuk pembeli rumah berpotensi melihat lebih jauh ke pinggir. "Apa yang kita ada sekarang adalah perangkap pendapatan pertengahan bagi yang mendapat gaji purata di mana mereka tidak layak untuk perumahan kos rendah dan tidak mampu memiliki sebuah rumah selesa dalam kawasan bandar," katanya. Harga hartanah kukuh dalam tahun-tahun kebelakangan ini dengan banyak kawasan bandar mengalami kenaikan harga hartanah manakala harga hartanah yang baru dilancarkan berharga melebihi tanda setengah juta, menurut Statistik Laporan Pasaran Hartanah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Khalid Samad: Pakatan tetap pertahan kuasa politik orang Melayu Posted: 28 Jan 2013 05:07 PM PST HULU SELANGOR - Walaupun terdapat dakwaan bahawa kaum Melayu berpecah kebelakangan ini khususnya sejak 2008, Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan terhakis sama sekali jika perikatan muda itu menguasai Kerajaan Pusat. Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad berkata, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, sebahagian kerusi Melayu ditandingi oleh Pas dan sebahagiannya PKR, tetapi hanya sebilangan dimiliki DAP. "Sebenarnya kerusi Melayu (dalam PR) tetap sama. "Kerusi Melayu yang Umno tandingi (dalam kerusi Parlimen) lebih kurang 132. Jumlah kerusi Melayu dalam PR tetap sama. Maka, walaupun tidak dikuasai oleh satu parti jumlah kerusi Melayu tetap sama," katanya. Menurutnya, jika bilangan kerusi Melayu terbahagi dua maka, tidak wujud penguasaan diktator seperti yang didakwa berlaku dalam Umno. | ||
Pengundi luar: Pakatan mahu SPR gugur syarat 30 hari Posted: 28 Jan 2013 04:46 PM PST SHAH ALAM - Syarat tidak kurang 30 hari tinggal di Malaysia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas pengundi tinggal di luar negara perlu digugurkan atas alasan ia tidak dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya. Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, SPR perlu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh PSC dan perkara yang telah dipersetujui sebelum ini. Beliau berkata, syarat tinggal tidak kurang 30 hari akan menyukarkan proses pilihan raya. "Syarat tambahan baru (tinggal tidak kurang 30 hari) itu, perlu digugurkan. "... lagipun syarat itu tak pernah dibincangkan sebelum ini pada mesyuarat PSC, memanglah SPR ada kuasa, tapi mereka perlu hormat keputusan PSC. "Syarat baru ini juga akan menyukarkan proses mengundi (membabitkan) pengundi luar tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online. | ||
'Tindakan Majlis Syura Pas sudah dijangka dan tepat tapi kelewatan' Posted: 28 Jan 2013 04:38 PM PST Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Jayum Jawan berkata, kemungkinan Majlis Syura sudah tidak nampak sebarang jalan lalu mengambil langkah untuk memecat Nasharuddin sebagai jalan terbaik. "Mana-mana parti politik di Malaysia pun, kalau mempunyai ahli yang sudah tidak lagi sealiran, mereka pastinya tidak mempunyai pilihan lain selain menyingkirkan ahlinya itu. "Cuma dalam hal ini, Majlis Syura bertindak lewat, itu sahaja dan keputusan itu juga sudah boleh dijangkakan malah tidaklah mengejutkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Kelmarin, Sinar Harian Online melaporkan Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharudin Mat Isa yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu. | ||
Pertemuan TG Nik Aziz, Bishop buktikan dua agama boleh berbincang Posted: 28 Jan 2013 04:16 PM PST BAYAN BARU: Pertemuan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Bishop Wilayah Utara bagi Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, Sebastian Josef di sebuah hotel semalam membuktikan dua agama boleh duduk berbincang dan berdialog. Read More / Baca Lagi >>Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berpendapat, kesediaan Tuan Guru Nik Aziz dan Sebastian Josef bertentang mata, berbual mengenai pengunaan kalimah Allah dan sebagainya merupakan permulaan sessi untuk pengenalan dialog sekiranya ada pihak ingin melaksanakan kerja mulia itu. "Itulah kerja Rassullulah s.a.w untuk berdakwah bukan bersikap keras sehingga orang bukan Islam pandang serong terhadap keindahan yang ada dalam Islam. "Saya juga harap selepas ini ada pertemuan yang lebih erat di mana jua termasuk dalam gereja sekalipun," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. Walaupun pertemuan itu terlalu ringkas namun katanya, kedua-duanya begitu teruja kerana masing-masing pertama kali bertemu serta berharap ianya akan berulang lagi demi memastikan kehidupan di dunia ini berada dalam keamanan dan kemakmuran. | ||
Jentera kerajaan, termasuk SB, melilau masuk kampung kempen BN Posted: 28 Jan 2013 04:15 PM PST Penampilan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tetap tidak berubah, sama seperti gayanya semasa menteri kabinet dahulu; kemas dan rapi, masih dengan bow tie, ramah dan ceria. Read More / Baca Lagi >>Ketika berkunjung ke Jabatan Pengarang Harakah, petang 21 Januari lalu, tujuan asalnya hanya untuk "melawat rakan-rakan wartawan", selain bertemu Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS selepas itu. "Boleh saya melawat pejabat Harakah, nak tengok kawan-kawan di sana bekerja?" suaranya jelas di hujung talian semasa saya makan tengahari Khamis 17 Januari. Tentunya hajat beliau amat saya alu-alukan. Kadir ternyata cukup mesra, mudah diajak berbicara dan menunjukkan minat yang tinggi terhadap media, khususnya akhbar alternatif seperti Harakah. Tidak lama berada di dalam bilik saya, dia mahu melihat lebih dekat karyawan Harakah bertugas. Agak segan saya menunjukkan bilik operasi kami yang tidak tersusun, apatah lagi ramai bercuti dan bertugas di luar pejabat, tetapi Kadir tetap bersemangat, dan saya kira ia mampu untuk memberi galakan dan dorongan kepada teman-teman yang lain. Baginya, Harakah mempunyai peranan dan tanggungjawab besar-kritikal berdepan PRU13. "Sepanjang menjelajah seluruh negara dan turut berceramah di atas pentas PAS, saya terharu melihat komitmen tinggi penyokong dan aktivis akar umbinya. Dah lama mereka terseksa. Saya bertemu dengan ramai pemimpin PAS yang berbakat besar, berketrampilan dan berkebolehan," katanya sambil menjamah "jemput-jemput" yang disifatkannya paling enak pernah ditemuinya. | ||
Bongkar Rahsia UMNO part 4 ( ada cerita Dato Hamidah) Posted: 28 Jan 2013 04:08 PM PST | ||
Bongkar Rahsia UMNO part 3 ( ada cerita Dato Hamidah) Posted: 28 Jan 2013 04:08 PM PST | ||
Bongkar Rahsia UMNO part 2 ( ada cerita Dato Hamidah) Posted: 28 Jan 2013 04:07 PM PST | ||
Posted: 28 Jan 2013 04:06 PM PST | ||
Anwar Ibrahim: Kami Menang Untuk Tadbir Dengan Adil Bela Nasib Rakyat Posted: 28 Jan 2013 03:41 PM PST | ||
Anwar Ibrahim: Saya Tidak Sekali-Kali Akan Korbankan Kepentingan Melayu & Islam Di Negara Ini Posted: 28 Jan 2013 03:38 PM PST | ||
Perjuangan DSAI Untuk Mempertahankan Rakyat & Memerdekakan Rakyat Posted: 28 Jan 2013 03:36 PM PST | ||
AMARAN Rakyat Malaysia kepada Pendatang Asing Posted: 28 Jan 2013 07:59 AM PST | ||
Menjawab isu 'perang saraf' Umno mengenai DAP Posted: 28 Jan 2013 06:32 AM PST Oleh Zulkifli Yahaya ADA beberapa persoalan menarik dicetuskan Umno di kalangan masyarakat Melayu dalam usaha mengelirukan mereka agar tidak menyokong PAS. Persoalan dilontarkan isu semenangnya isu perang saraf yang dijalankan oleh Umno secara berperancangan. Ia dikatakan strategi yang diatur oleh Biro Tata Negara, hasil rumusan meja bulat para pemikir mereka; bagaimana mahu menguasai minda orang Melayu agar terus menyokong Umno-BN dalam PRU13. Isu tersebut dianggap berkesan kerana agak dekat di hati orang Melayu Islam. Orang Melayu luar bandar atau kalangan mereka yang tidak terdedah dengan maklumat kedua, tidak pelik jika termakan dengan propaganda perang saraf yang bersifat rasis itu. Peliknya segelintir yang berpendidikan seperti guru dan pensyarah juga boleh termakan dakyah songsang Umno dan golongan ini antara yang turut berkempen memanjangkannya. Maka ia perlu diberi penjelasan. 1.PAS sanggup berkawan dengan DAP kafir harbi tapi tak mahu kerjasama dengan Umno yang sebangsa seagama Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan