RAKYAT MARHAEN |
- Listen : PRESIDEN SUARA WANITA 1M'SIA, KAK PAH HINA KAUM INDIA PULAK DAH SAMPAI KATA MEREKA INI BODOH!!!!!
- Listen : BUDAYA UMNO!!!!
- Sharifah Zohra Jabeen ini video khas buat anda dari Namewee..
- Bawani, siswa pencerah masa depan Malaysia – Yusmadi
- Insiden UUM; adakah kerajaan mahu sekat suara mahasiswa?
- Klip video 'Listen' cetus kritikan rakyat Malaysia
- [Namewee Tokok] 009 Listen 聽我說
- Benarkah kedudukan UMNO-BN 50-50?
- Mat Sabu: 'Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura'
- Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin
- Yang kalah PRU13 terimalah keputusan!
- Pasca #KL112 : Asas peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat secara aman
- Politik Bacul : Lagi cubaan curi “Trak Ubah” jentera kempen DAP
- Himpunan Sekampit Beras?
- Pasca #KL112 : Apabila teringat Dr Mahathir, teringat pula kepada kelindan lori
- Sarawak : ‘Dahulu Rakyat Tolak Penjajahan British, Sekarang Rakyat Tolak Penjajahan Umno-BN’
- Keberanian Bawani pertahan hak mahasiswa patut dicontohi
- Terkedu kisah #KL112 menyentuh hati... OKU derma bantu bayar sewa Stadium
- Pasca #KL112 : Penganjur HKR sedia beri kerjasama lagi
- Amanat : "Minta penjelasan, bila diberi tak nak dengar"
- Klip panelis 'tegur' pelajar hangat di Internet...moderator tahap sombong bodoh..!!!
- Kenali Sahabat Nabi saw - Tak Kenal Maka Tak Cinta - Dato' Dr Maza
- Menjaga Rahasia Riyadhus Solihin - Dato' Dr MAZA
- Hakikat Keadaan Hudud Dilaksanakan - Dato' Dr MAZA
- Rahsia Besar Najib terbongkarrr!!!!! Patutlaa membisu seribu bahasa
Posted: 14 Jan 2013 08:59 PM PST PULAK DAH!!!!!... BERTAMBAH RAMAILAH WARGA INDIA BERHIJRAH SOKONG PAKATAN RAKYAT!!!!Adakah beliau maksudkan mahasiswi India yang cukup berani dan berprinsip itu seorang bodoh kerana berbeza pandangan dan belum sempat menyudahkan hujah terus dihalang? Sebenarnya siapa yang bodoh dalam hal ini?..SIAPA???? Pls grow up Kak Pah...jangan ingat kamu itu berjawatan sebagai Presiden NGO yang ahlinya boleh dikra dengan jari kamu nak berlagak sombong angkuh dan besar kepala. Bila dah tak boleh tahan kena serang mulalah naik berang. Kalau apa yang kamu lakukan itu benar masakan para pemimpin UMNO menjauhkan diri dari kamu weh!!!! |
Posted: 14 Jan 2013 08:58 PM PST BILA MENDAPAT SANJUNGAN DAN PUJIAN RAKYAT AKAN DIJULANG...BILA KENA SERANG DIBIARKAN SEORANG DIRI TERGOLEK TERLENTANG!!!!!..PADAN MUKA!!!!Inilah yang berlaku keatas seorang yang cukup kuat menyokong slogan 1M'sia, Sharifah Zohrah Jabeen Syed Shah, Presiden Suara Wanita 1M'sia merangkap Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan, apabila berlagak sombong, angkuh dan pembuli semasa suatu forum di UUM baru-baru ini. Apabila berjawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan sudah pasti beliau bukannya seorang Bani Melayu. |
Sharifah Zohra Jabeen ini video khas buat anda dari Namewee.. Posted: 14 Jan 2013 08:46 PM PST Berikut adalah video khas buat Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen yang tiba-tiba melonjak namanya di alam cyber ini kerana keangkuhannya dalam mempengerusikan satu majlis yang dihadiri Mahasiswa di UUM. Sharifah Zohra Jabeen juga adalah Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan, sebuah NGO pro UMNO/BN. Dalam kejadian yang videonya telah dirakamkan dan dimuat naik ke laman YouTube beliau telah merampas microphone dari seorang Mahasiswa yang sedang berhujah mempertahankan himpunan BERSIH dan mempersoalkan kenapa Malaysia tidak boleh menyediakan pendidikan secara percuma berbanding beberapa negara luar. Sebelum Mahasiswa tersebut menyelesaikan hujahnya muncul Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dihadapannya sambil berkata "Listen, listen, listen, listen..." dan merampas microphone yang berada di hadapan Mahasiswa itu. |
Bawani, siswa pencerah masa depan Malaysia – Yusmadi Posted: 14 Jan 2013 08:44 PM PST KUALA LUMPUR 15 Jan: Keberanian KS Bawani, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mempertahankan kebenaran, keadilan berhujah, dan prinsip tegas beliau berkaitan hak mahasiswa dan perjuangan rakyat, dalam sebuah forum bulan lalu memberi harapan baru untuk negara. Berkata demikian, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff malah menyifatkan tindakan Bawani itu mencerahkan mindanya, bahawa mahasiswa sememangnya mampu membawa perubahan kepada negara. "Bawani anda pelajar yang menginsafkan dan mencerahkan minda saya. (Hanya dengan) keberanian, keyakinan dan ilmu (segalanya dapat diatasi). "Terima kasih beri harapan pada saya dan Malaysia," kata Yusmadi yang juga Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa KEADILAN di twitternya pagi ini. Read More / Baca Lagi >> |
Insiden UUM; adakah kerajaan mahu sekat suara mahasiswa? Posted: 14 Jan 2013 08:43 PM PST Saya berasa terpanggil untuk memberi komen berkenaan isu yang sedang diperkatakan dalam Youtube, iaitu isu yang membabitkan seorang pelajar dan Presiden Suara Wanita 1Malaysia dalam satu forum yang bertajuk "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik" Setelah melihat sendiri rakaman video tersebut, saya berpendapat pelajar tersebut perlu dibenarkan dulu menghabiskan hujahnya. Berikan dia masa tertentu supaya tidak terlalu panjang dan mencapai topik yang hendak disuarakan. Tindakan menarik mikrofon itu seolah-olah menafikan hak mahasiswa menyuarakan pendapat mereka dan sekaligus menyekat daya intelektual mereka. Adakah pihak universiti hanya mahu mahasiswa mengikut arus dan mengiyakan sahaja pendapat penganjur? Read More / Baca Lagi >> |
Klip video 'Listen' cetus kritikan rakyat Malaysia Posted: 14 Jan 2013 08:38 PM PST KUALA LUMPUR: Rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke Youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa untuk memberi pandangan. Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas memamparkan seorang ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar KS Bawani dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma. Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri dihadapan pelajar itu. Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap. Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suaran Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA dan semua tahu KIMMA adalah komponen baru dalam BN. Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di dalam twitternya. Menurut beliau mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan. |
[Namewee Tokok] 009 Listen 聽我說 Posted: 14 Jan 2013 08:27 PM PST |
Benarkah kedudukan UMNO-BN 50-50? Posted: 14 Jan 2013 08:17 PM PST Oleh: Rossem Tak salah melontarkan pertanyaan demikian, kerana kita diajari bahawa yang dinamakan mahkluk itu akan musnah, yang awal akan berakhir, yang hidup akan mati, yang kekal abadi hanya Allah SWT. Setiap yang berlaku seringnya Allah menghadirkan tanda-tanda terlebih dahulu, sebelum hujan turun langit mendung, sebelum taufan Sunomo menyerang pergerakan angin luar biasa di lautan lepas dikesan, sebelum manusia menemui ajal, tanda-tanda tertentu pada badan dan tingkahlaku seseorang dapat diketahui bagi mereka yang arif. Demikian sunahtullah! Organisasi politik dan institusi pemerintah juga tak terkecuali, pasti akan tiba suatu saat ajalnya tiba. Namun ajal tak datang secara tiba-tiba, sebaliknya menerusi proses masa yang agak panjang. Ketika proses masa berjalan itulah menjelmanya pelbagai tanda-tanda awal yang diperlihatkan Allah SWT bagi mereka yang berfikir bertujuan agar setiap orang bersedia mencari alternatif lain untuk menggantikan yang bakal hilang. Lihat saja parti-parti dunia yang dulunya perkasa seperti parti Kongres di India, parti Golkar di Indonesia, mereka memerintah puluhan tahun, akhirnya kecundang di tangan parti-parti yang sebelumnya mereka anggap remeh seperti tikus melawan gajah. |
Mat Sabu: 'Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura' Posted: 14 Jan 2013 08:16 PM PST KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas. "Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi. |
Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin Posted: 14 Jan 2013 08:07 PM PST "Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them." - William Faulkner, Intruder in the Dust. SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk 'Forum Suara Mahasiswa Part 4' bertajuk 'Seiringkah Mahasiswa Berpolitik' yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013. Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan 'ikrar mahasiswa' untuk 'menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah' dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari. Universiti atau Tadika? Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan. Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan 'confront' audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir 'intimidation' sebegini perlu. |
Yang kalah PRU13 terimalah keputusan! Posted: 14 Jan 2013 07:59 PM PST Oleh Subky Latif TUN Dr. Mahathir beberapa bulan lalu mengingatkan supaya parti yang kalah dalam PRU13 nanti menerima keputusan rakyat itu. Jika dia seorang negarawan yang tidak partisan, ia adalah pesan yang baik yang perlu dihormati oleh siapa saja yang kalah. Tetapi ada tanda-tanda ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat gara-gara kecenderungannya mengadakan beberapa kebangkitan raksasa satu dua tahun akhir-akhir ini. Seolah-olah ditafsirkannya, dengan momentum itu, Pakatan Rakyat tidak akan bersabar kiranya ialah gagal merebut Putrajaya. Pakatan Rakyat adalah parti pembangkang yang dipercayai dapat mengekalkan tradisi bersabarnya kerajaan berparlimen diperkanalkan. Ia adalah parti yang amat berpengalaman menghadapi kekalahan. Justeru itu ia tidak merosakkan rekod sabarnya. Justeru itu tidak luar biasa baginya menghormati pesan Dr. Mahathir. Tetapi yang belum dapat dipastikan bersedia untuk menghormatan pesan itu ialah pihak tidak pernah kalah dan tiada pengalaman kalah. Adakah mereka boleh bersabar dan dapat belajar menjadi orang sabar. Dr. Mahathir sendiri yang partinya tidak pengalaman kalah, apabila dia sendiri kalah dalam PRU 1969 di Kota Setar Selatan, sabarnya hilang. Berlaku pembocoran surat-surat peribadi antaranya dengan Tunku Abdul Rahman hingga dia dipecat dari UMNO. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca #KL112 : Asas peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat secara aman Posted: 14 Jan 2013 07:56 PM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Kuala Lumpur di Stadium Merdeda, pada 12 Januari 2013 (HKR #KL112) merupakan asas terpenting kepada peralihan kuasa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ia menjadi asas dan tunjang demokrasi yang penting kerana, ia membuktikan tanpa sebarang sekatan dan tanpa sebarang provokasi, ia berlangsung dengan penuh aman, damai dan teratur. HKR juga membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia, bahawa seluruh pendokong Pakatan Rakyat adalah golongan yang sangat tertib dan berdisiplin, berhimpun dengan aman tanpa sebarang kekacauan, seperti yang difitnah pemimpin Barisan Nasional. Pakatan Rakyat, komited dengan keamanan dan kemakmuran. Pakatan Rakyat mahu mengambil alih kuasa daripada BN dengan tenang dan teratur. Di dalam merencana dan melaksanakan HKR #KL112, Pakatan Rakyat amat menghargai kerjasama pihak polis yang membantu memastikan keamanan terjamin. Iaitu, pihak penganjur HKR yang senantiasa memelihara keamanan dan dari pihak lain yang sebelum ini senantiasa membuat pelbagai ancaman dan provokasi. Read More / Baca Lagi >> |
Politik Bacul : Lagi cubaan curi “Trak Ubah” jentera kempen DAP Posted: 14 Jan 2013 07:53 PM PST KUALA LUMPUR, 15 JAN: Satu laporan polis dibuat berikutan cubaan kedua mencuri Trak Ubah milik DAP yang diletakkan di lot parkir bersebelahan Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, di Jalan Yew, di sini, pagi semalam. Menurut saksi iaitu seorang pengawal keselamatan parkir dan seorang penjual sayur di Pasar Pudu tidak jauh dari tempat trak itu diletakkan, mereka menghampiri seorang lelaki berketurunan India yang dipercayai cuba mencuri trak itu apabila melihatnya berkelakuan mencurigakan. Dua saksi berkenaan kemudian pergi untuk menyoal suspek yang sedang berada dalam trak itu, bagaimanapun sebelum menjawab satu panggilan telefon lelaki India itu berjaya melarikan diri menggunakan motosikal yang diletakkan di belakang trak itu. Trak berharga kira-kira RM150,000 itu adalah model yang sama dengan Trak Ubah DAP yang hilang dicuri di Skudai, Johor, November tahun lalu. Pada sidang media di lokasi kejadian, Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lim Lip Eng menunjukkan peralatan yang ditinggalkan suspek antaranya penukul, spanar dan beberapa peralatan lain yang dipercayai akan digunakan untuk mencuri trak itu. Beliau berkata, seorang pegawai parti menerima panggilan daripada seorang pemilik sebuah restoran berhampiran iaitu Puan Lee yang memberitahu mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.50 pagi. |
Posted: 14 Jan 2013 07:52 PM PST Di media sosial, gambar-gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 melihatkan kehadiran ratusan ribu manusia tersebar kencang. Bertungkus lumus media perdana dan propagandis UMNO-BN cuba membodohkan rakyat bahawa yang hadir cuba beberapa kerat. Lebih lucu apabila ada yang masih menyiarkan gambar sebelum acara bermula. Kesian mereka. Bersungguh mahu rakyat percaya padang di Stadium Merdeka pun tak penuh! Mereka ingat ini zaman ambil gambar, bawa keluar filem, hantar kedai foto kemudian tunggu beberapa hari baru foto siap, agaknya? Tapi mereka yang cuba memperlekehkan perjuangan rakyat telah lupa bahawa ada satu lagi gambar yang sedang 'menyaingi' kehebatan gambar #KL112. Ia adalah peristiwa yang dikatakan berlaku di perhimpunan Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih, Selangor yang dihadiri Perdana Menteri baru-baru ini. Terdapat gambar bas bersusun panjang dipercayai mengangkut peserta bagi memenuhkan tempat. Terdapat juga gambar rakyat yang diangkut dengan bas itu yang dikatakan diberi baju parti politik pemerintah. Yang paling epik sekali, foto sebuah lori memunggah beras. Di tepi berkerumun orang susah mengharapkan beras. Menadah-nadah tangan mereka. Sekilas pandang macam orang Afrika kebuluran di depan lori Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Inikah Malaysia hari ini? Read More / Baca Lagi >> |
Pasca #KL112 : Apabila teringat Dr Mahathir, teringat pula kepada kelindan lori Posted: 14 Jan 2013 07:42 PM PST UMNO begitu gusar dengan apa yang berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan kejayaan perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu umat semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan manifastasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun merudum jika pilihanraya ke 13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu. Tetapi ada seorang bekas pemimpin kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambilalih ini. Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di negara-negara Timur Tengah. Komen Dr Mahathir itu tidak melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini, nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang 'famous' ini.. Semua tindakan dan pemikiran beliau amat mudah di baca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Sarawak : ‘Dahulu Rakyat Tolak Penjajahan British, Sekarang Rakyat Tolak Penjajahan Umno-BN’ Posted: 14 Jan 2013 07:34 PM PST BATANG LUPAR, 15 JAN : Rakyat Sarawak sekarang dilihat sudah bersedia menolak Umno-BN sebagaimana rakyat dahulu menolak penjajahan British suatu ketika dahulu bagi mencapai kemerdekaan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu bukan sangsi lagi berikutan sokongan yang diberikan rakyat Sarawak terhadap Pakatan Rakyat(PR) semakin meningkat pada masa kini. Beliau berkata, sambutan yang menggalakkan terhadap PR membuktikan rakyat Sarawak bersedia melakukan perubahan. "Sambutan yang baik diterima PR membuktikan rakyat bersedia mahukan perubahan. Dahulunya rakyat tolak penjajahan British, sekarang rakyat tolak penjajahan Umno-BN yang sudah mentadbir lebih 50 tahun," katanya selepas menghadiri program ceramah dan mesra rakyat di Kampung Maludam, di sini. PR yakin mampu mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri Sarawak dari pimpinan Umno-BN dengan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Program itu adalah bersempena lawatan kerja Menteri Besar Selangor ke beberapa daerah di Sarawak bagi mendekatkan diri kepada pengundi sebelum menjelangnya PRU-13 nanti. Read More / Baca Lagi >> |
Keberanian Bawani pertahan hak mahasiswa patut dicontohi Posted: 14 Jan 2013 07:33 PM PST Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan ini mengucapkan tahniah, dan menyatakan sokongan dan dokongan penuh kepada mahasiswi Universiti Utara Malaysia, Saudari Bawani yang telah menzahirkan suatu keberanian luar biasa dalam mempertahankan kebenaran, keadilan berhujah, dan prinsip tegas beliau berkaitan hak mahasiswa dan perjuangan rakyat. Seharusnya, tindakan matang yang dipamerkan oleh Bawani ini dicontohi oleh seluruh mahasiswa. Kesedaran tinggi dalam memahami isu berkaitan mahasiswa, masyarakat, dan negara adalah asas penting yang seharusnya dimiliki oleh lebih ramai lagi mahasiswa, sesuai dengan takrifan sosial yang melihat mahasiswa sebagai golongan berilmu dan kritis. Fungsi dan sifat mahasiswa sebagai golongan berilmu dan kritis dalam kalangan masyarakat berjaya ditampilkan dengan cemerlang oleh mahasiswi bernama Bawani ini. Tindakan Saudari Bawani telah memberikan suatu harapan baru dalam usaha mengembalikan kewibawaan mahasiswa dewasa ini. Tanpa menghiraukan sebarang risiko, beliau telah bangkit untuk bersuara bukan sahaja bagi diri beliau, sebaliknya juga buat mahasiswa dan rakyat kebanyakan. Read More / Baca Lagi >> |
Terkedu kisah #KL112 menyentuh hati... OKU derma bantu bayar sewa Stadium Posted: 14 Jan 2013 07:32 PM PST KISAH MENYENTUH HATI DI #KL112. Dalam Perjalanan Hidup Ini Setiap Orang Menyumbang Untuk Membuat Kebaikan. Ini Dia Salah Satu Di #KL112. Apabila Mohamad Sabu Official Melancarkan Derma Beliau Terus Cepat-Cepat Keluarkan Duit Untuk Menderma, Serta Telah Diambil Oleh Petugas Himpunan. ALLAH S.W.T. Maha Melihat, Walaupun Beliau Buta. Beliau Salah Seorang Membayar Sewa Stadium 100K. * Sungguh Indah Perjalanan Berjuangan Ini. Terima Kasih. Sesunggohnya dia buta tetapi tidak buta hati, dan bakhil Allahu akbar. Semoga rezekinya bertambah, Amin. |
Pasca #KL112 : Penganjur HKR sedia beri kerjasama lagi Posted: 14 Jan 2013 07:30 PM PST KOTA BHARU: Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu sedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya ada sesuatu masalah berkaitan program berkenaan. Pengarahnya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak ada masalah kerana rundingan dengan pihak terbabit sudah diadakan beberapa kali. "Sebelum perhimpunan bermula, ketika perhimpunan berlangsung dan selepas perhimpunan selesai pun kita sedia memberi kerjasama kepada pihak polis. "Malah rundingan dengan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah diadakan sebelum perhimpunan dalam suasana harmonis. "Jadi kita tidak ada masalah sekiranya pihak terbabit mahu mendapatkan kerjasama selepas program Himpunan Kebangkitan Rakyat sudah selesai," katanya pada perasmian Markas Besar Muslimat PAS Kota Bharu di Jalan Long Yunus malam tadi. (Gambar atas) |
Amanat : "Minta penjelasan, bila diberi tak nak dengar" Posted: 14 Jan 2013 07:28 PM PST (Gambar Utusan yang menunjukkan Ustaz Hadi melancarkan bukunya) KUALA LUMPUR: "Mula-mula minta penjelasan. Bila kita beri penjelasan, tak nak dengar pula," kata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Politik Presiden PAS. Dr Samsuri (gambar bawah kanan) mengulas sikap Umno dan para pengikutnya ekoran pelancaran semula buku buku 'Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta' oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Akhbar Umno, Utusan melaporkan, NGO Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Johor meminta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menyekat kemasukan buku kecil itu ke negeri tempat lahirnya Umno itu kononnya bagi mengelakkan umat Islam terus berpecah-belah disebabkan amanat tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Klip panelis 'tegur' pelajar hangat di Internet...moderator tahap sombong bodoh..!!! Posted: 14 Jan 2013 07:26 PM PST Itulah kesimpulan yang dibuat oleh pengguna Internet selepas menonton video forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia yang diadakan pada bulan lepas. Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur seorang pelajar KS Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, yang telah menjadi satu topik hangat perbincangan di Facebook dan forum Internet. Bawani membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai BERSIH dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said. Bawani juga menegaskan bahawa sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton. Read More / Baca Lagi >> |
Kenali Sahabat Nabi saw - Tak Kenal Maka Tak Cinta - Dato' Dr Maza Posted: 14 Jan 2013 07:22 PM PST |
Menjaga Rahasia Riyadhus Solihin - Dato' Dr MAZA Posted: 14 Jan 2013 07:21 PM PST |
Hakikat Keadaan Hudud Dilaksanakan - Dato' Dr MAZA Posted: 14 Jan 2013 07:21 PM PST |
Rahsia Besar Najib terbongkarrr!!!!! Patutlaa membisu seribu bahasa Posted: 14 Jan 2013 03:48 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan