RAKYAT MARHAEN |
- #KL112 : VIDEO PENUH UCAPAN NGO DAN PIMPINAN PR DI STADIUM MERDEKA
- Terima kasih kerana #KL112 aman - Mat Sabu
- #KL112: Tahniah semua!
- Organisers of HKR#KL112 rally: Total crowd size was 500,000
- HISTORIC RALLY: Crowd size exceeds Bersih 3.0, it may be too late for Umno-BN!
- #KL112 : Cubaan Memfitnah HKR112 Gagal.
- #KL112 : Malaysia Perlu “Dimerdekakan” Sekali Lagi
- #KL112 : Susana di luar Stadium Merdeka
- #KL112: Lautan manusia menuju ke Stadium Merdeka
- #KL112 : Perhimpunan KL112 jadikan PRU13 pertempuran lebih menarik, kata penganalisis
- #KL112 : HIMPUNAN RAKYAT MALAYSIA DI KOTA LONDON
- #KL112 : RASA NAK LUDAH BILA BACA UTUSEX FITNAH
- #KL112 : Kebangkitan Rakyat Tidak lagi Dapat Dihalang
- #KL112 : Bila Polis Kerjasama, HKR112 Berjalan Dengan Lancar, Aman dan Berpesta
- #KL112 : KL rally makes GE13 a keener battle, say analysts
- LENSA #KL112 : KOLEKSI TERBAIK - Part 1
- #KL112: Berita Panas Yang Diterima Sempena Sambutan Najib Di Semenyih!
- #KL112 : A Samad Said 'Di Atas Padang Sejarah'
- #KL112 : Attracts thousands
- #KL112 : Lebih 100,000 banjiri stadium, himpunan lancar
- #KL112 : TGNA - Doa Penutup
- #KL112 Cemerlang - Pakatan Rakyat Sudah Bersedia Untuk Tadbir Negara
- #KL112 : Pakatan yakin tol boleh dimansuh jika ke Putrajaya - Ust Hadi
- #KL112 : Anwar ketuai laungan ‘merdeka rakyat’ di Stadium Merdeka
- #KL112 : Himpunan berjaya tanpa provokasi polis – Anwar
#KL112 : VIDEO PENUH UCAPAN NGO DAN PIMPINAN PR DI STADIUM MERDEKA Posted: 12 Jan 2013 04:08 PM PST |
Terima kasih kerana #KL112 aman - Mat Sabu Posted: 12 Jan 2013 03:55 PM PST Mohamad berkata, himpunan itu yang turut dikenali dengan nama "#KL112" adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti dibawah Pakatan Rakyat. "Terima kasih saya ucapkan kepada parti PR, Parti Sosialis Malaysia, semua NGO-NGO yang bertungkus lumus menjayakan HKR112. "Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kerana mengizinkan kita berhimpun hari ini, dari perundingan dan pertemuan, mereka PDRM bekerjasama menjayakan majlis ini serta terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. |
Posted: 12 Jan 2013 03:52 PM PST KUALA LUMPUR - Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua. Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka. Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang. Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0. Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat. Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang, nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman. Komen di Twitter Komen-komen blog mikro yang ditinjau Sinar Harian Online sebaik sahaja berakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat, menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Organisers of HKR#KL112 rally: Total crowd size was 500,000 Posted: 12 Jan 2013 03:50 PM PST Organisers of the mammoth #KL112 rally held in Malaysia's historic Stadium Merdeka have estimated a crowd attendance of at least 500,000 - less than their one million target but more than enough to send a shiver through Prime Minister Najib Razak's government. Read More / Baca Lagi >>"This show of strength is a real warning to the Umno-BN. If they continue to cheat at the general election, the Malaysian people won't stand for it. They will come out to the streets and demand justice," Hishamuddin Rais, a prominent activist who sits of the #KL112 organising committee. Hishammuddin also sits on the steering committee of free and fair polls movement BERSIH. Police fudging the numbers? The official figure released by the HKR#KL112 committee makes Saturday's rally the largest ever in Malaysia, topping last year's BERSIH 3.0 which drew more than 250,000. Those present at the Stadium are not surprised at the number. However, what was shocking were the estimates furnished by the police and used by the government-controlled media. These ranged from a paltry 50,000 to 100,000 and can easily debunked as within the stadium itself and its immediate compound, there would have been at least 150,000. Including the crowds that met at the 8 designated meeting points and along the way to the Stadium, there were tens of thousands more. But apart from possibly fudging the numbers, police who were out in full force were on their best behaviour, helping to control the crowd which was remarkably disciplined and well-behaved. "Malaysians are well-known to be a docile and modest people. This is why when the violence broke out in BERSIH 3.0, the police and umno-BN were blamed for planting provocateurs. I am glad it didn't happen again this time," said Hishamuddin. |
HISTORIC RALLY: Crowd size exceeds Bersih 3.0, it may be too late for Umno-BN! Posted: 12 Jan 2013 03:47 PM PST As we chronice today's watershed HKR#KL112 rally, Stadium Merdeka is cool and windy, its football pitch a flag of green serenity that would later disappear, replaced by a sea of colorfully-dressed Malaysians eager to gather, congregate, participate and make their voices heard over a host of national issues. Read More / Baca Lagi >>Yes, the Chronicle team managed to sneak in for an early preview. But no, we weren't able to get a headstart on the other news teams because that was not our purpose. We wanted to enjoy the 'show' so to speak and immerse ourselves in the spirit and mood of the crowd. Moreover, not having access to Wifi didn't help and even now, the broadband reception is not so stable. So while we will try our best to cover this landmark event 'live', we may find ourselves shut off due to poor techology, or as some have warned - "they will jam the signals!" Please bear with us and forgive our glitches. 'Tukar kerajaan' Stadium Merdeka is not historic' without reason. It is rather shabby but despite its obvious wear-and-tear it is clean. Somehow, no other place seems capable of being able to encapsulate the feeling of overbrimming good cheer all around the vicinity of this venue today. And despite the care taken by authorities to let slip the information the stadium has a capacity of only 30,000, it can actually accomodate between 80,000 to 100,000. It is understandable that Prime Minister Najib razak and his Umno party would want to play down the number, but those who came will know and distrust the BN government and their media even more. Today, between 300,000 to 500,000 Malaysians from all walks of life - young and old, men and women, boys and girls - wanted to 'enjoy' themselves. They wanted to show they have a stake in this country - in this globe. They wanted to show they are aware of the issues at stake in Malaysia. They wanted their government - whether it is the incumbent BN government or the PR government-in-waiting - to hear them and do something about their demands and grouses. And today, they hit bulls-eye with the sheer strength of their presence. If Najib and the Umno-BN coalition choose to make light of it, they have only themselves to blame if they are shown the door in the coming general election. As we have been saying this is a new Malaysia we are seeing. And this why we decided to cover the event on the ground. As I write this, I am seated in the Stadium on a bench shared with dozens of others, with my laptop really on my lap and the power cord connected to a plug in a nearby wall. In front of me are a sea of determined-looking faces. They are fanning themselves and chatting but this is no frivolous day. I asked the guy sitting across me why he came and he told me "Tukar kerajaan" and showed me a clenched fist! But with a grinning face and smiling eyes. This crowd is really out to make a stand - albeit a peaceful and friendly one. |
#KL112 : Cubaan Memfitnah HKR112 Gagal. Posted: 12 Jan 2013 03:46 PM PST KUALA LUMPUR, 12 JAN: Penglibatan secara ikhlas orang ramai di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) di Stadium Merdeka hari ini mengundang rasa iri hati setengah pihak yang cuba memfitnahkan objektif acara tersebut. Antaranya adalah cubaan menyelit tuntutan kontroversi yang tidak ada kena mengena dengan HKR112 seperti tuntutan membawa pulang pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng ke Malaysia. Terdapat juga percubaan untuk mencemarkan imej penganjur dengan sebaran pesanan ringkas (SMS) konnonnya petugas HRK112 dibiayai pihak tertentu. Read More / Baca Lagi >> |
#KL112 : Malaysia Perlu “Dimerdekakan” Sekali Lagi Posted: 12 Jan 2013 03:44 PM PST KUALA LUMPUR 13 JAN : Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) semalam melakar sejarah yang mana kehadiran rakyat yang begitu ramai membuktikan bahawa mereka mahukan kemerdekaan kali ke-2. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Malaysia perlukan "kemerdekaan kali kedua" demi memulihkan kembali sistem demokrasi negara. Beliau berkata kemerdekaan pertama yang telah dihasilkan Umno-BN pada 1957 telah disalahgunakan dan sudah tiba masa gagasan itu ditukar setelah lebih 50 tahun mentadbir negara. "Penjajah asing sudah meninggalkan tanahair dan kita terima kemerdekaan dengan hakikat masyarakat majmuk. "Rakyat beri kepercayaan lebih 50 tahun kepada gagasan Perikatan iaitu sekarang Barisan Nasional. "Penjajah tidak ada tapi rakyat merempat, anak muda masih ramai menganggur. Harta negara disapu," katanya dalam ucapannya di HKR 112 di Stadium Merdeka di sini hari ini. Himpunan itu yang berlansung kira-kira tiga jam berjaya mengumpul 80,000 hadirin di dalam dan di luar stadium yang bersejarah itu. Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kehadiran yang begitu besar di HKR112 menunjukkan inginkan perubahan dalam pentadbiran negara. "Hari ini PR mengulangi impian kita bahawa Malaysia adalah milik 28 juta rakyat Malaysia tanpa mengira kaum baik Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban. Mengapa kita mesti percaya Umno-BN kerana hanya orang Melayu jaga Melayu, Cina jaga Cina, India jaga India, Iban jaga Iban dan Kadazan jaga Kadazan? "Kita mahu buktikan bahawa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan yang lain kita boleh jaga semua satu sama lain," kata Guan Eng di dalam ucapannya. |
#KL112 : Susana di luar Stadium Merdeka Posted: 12 Jan 2013 03:41 PM PST |
#KL112: Lautan manusia menuju ke Stadium Merdeka Posted: 12 Jan 2013 03:40 PM PST |
#KL112 : Perhimpunan KL112 jadikan PRU13 pertempuran lebih menarik, kata penganalisis Posted: 12 Jan 2013 03:37 PM PST PR menganggarkan hampir 500,000 hadirin pada perhimpunan di Stadium Merdeka yang ikonik itu tetapi polis berkata paling ramai 45,000 orang. "Tidak kira apa angka sebenar hadirin, gambar dari udara daripada peristiwa itu menunjukkan peserta yang sangat ramai, mencerminkan keupayaan pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menggerakkan orang ramai," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre. "Tetapi selain daripada mempamerkan keupayaan penganjur, ia juga menunjukkan semangat dan tenaga penentangan terhadap kerajaan, memberi penekanan hakikat pertandingan pilihan raya akan datang tidak syak lagi akan menjadi yang paling sukar dihadapi parti pemerintah dalam sejarah," tambahnya. Pengarah Center for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee mengatakan perhimpunan tersebut merupakan "kemenangan nyata" bagi kedua-dua parti pembangkang dan badan bukan kerajaan, memetik kehadiran besar-besaran, tingkah laku berdisiplin peserta dan konsensus "menggerunkan" yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menentang pemerintahan Barisan Nasional (BN). "Semua petunjuk ini akan menyebabkan kekecewaan dalam BN," katanya. Akan tetapi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memberikan pandangan berbeza. Read More / Baca Lagi >> |
#KL112 : HIMPUNAN RAKYAT MALAYSIA DI KOTA LONDON Posted: 12 Jan 2013 03:33 PM PST |
#KL112 : RASA NAK LUDAH BILA BACA UTUSEX FITNAH Posted: 12 Jan 2013 03:25 PM PST |
#KL112 : Kebangkitan Rakyat Tidak lagi Dapat Dihalang Posted: 12 Jan 2013 03:22 PM PST KUALA LUMPUR,12 JAN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno-BN bahawa segala penipuan besar yang dirancang bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat tidak dapat dihalang lagi. Katanya himpunan hari ini adalah antara masej rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang memprotes secara terbuka yang menolak kerajaan sekarang. Ujarnya, walaupun Umno-BN akan menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi memenangi dalam pilihanraya umum nanti namun kuasa rakyat akan menjadi kuasa penentu. Tegas Anwar, kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang akan diangkat jika memenangi PRU-13 nanti komited untuk menjadi kerajaan bersih,telus dan berusaha keras membanteras rasuah dan salahguna kuasa. "Yang diangkat oleh rakyat nanti bukan kerajaan biasa-biasa tetapi ia adalah sebuah kerajaan rakyat. "Kami pimpinan Pakatan Rakyat pada hari tabik hormat kepada semua rakyat yang bangkit pada hari ini," kata Anwar. Anwar dalam ucapannya juga melaungkan laungan 'Merdeka Rakyat sebanyak tujuh kali sebagai simbolik kemerdekaan rakyat dari cengkaman kezaliman kerajaan BN. Katanya, di Stadium Merdeka inilah laungan kemerdekaan negara dikumandangkan oleh Bapa Kemerdekaan Negara , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957. "Walaupun penipuan yang dirancang sekuat mana, fitnah sekuat manapun dan propoganda sekuatmana oleh BN tidak akan menghalang kebangkitan rakyat di Malaysia,"ujar Anwar. Sementara itu menurut AJK Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin Rais yang ditemui menyatakan dianggarkan kira-kira 500,000 hadir memberikan sokongan di Stadium Merdeka dan sekitarnya. Himpunan itu berakhir pada jam 5 petang yang berlangsung dalam suasana tenang dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. |
#KL112 : Bila Polis Kerjasama, HKR112 Berjalan Dengan Lancar, Aman dan Berpesta Posted: 12 Jan 2013 03:20 PM PST KUALA LUMPUR 12 Jan : Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) membuktikan bahawa perhimpunan sedemikian rupa boleh berlangsung dengan aman, lancar dan bagaikan pesta apabila polis dan pihak berkuasa memberi kerjasama sepenuhnya. Ini tidak seperti himpunan rakyat sebelum ini di mana pihak berkuasa bersikap keras dan tidak bertolak ansur sehingga mencetuskan huru-hara dan keganasan yang sebenarnya boleh dielakkan, kata peserta HKR112. Seorang peserta, Lee Weng San, 55, berkata himpunan kali ini sangat meriah berbanding perhimpunan Bersih 3.0 pada April 28 kerana tiada provokasi yang dicetuskan mana-mana pihak. "Perhimpunan kali ini sangat 'best' kerana ramai rakyat pelbagai kaum yang hadir dan saya rasa kehadiran pada kali ini melebihi himpunan Bersih 3.0 lalu," katanya ketika ditemui sejurus selesai perhimpunan itu di Stadium Merdeka hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
#KL112 : KL rally makes GE13 a keener battle, say analysts Posted: 12 Jan 2013 03:17 PM PST The analysts told The Malaysian Insider that PR's ability to organise up to 100,000 for the Himpunan Kebangkitan Rakyat gathering and the crowd's interest in the issues being discussed will make the general election a close battle for both coalitions. PR have estimated that close to 500,000 turned up for the rally at the iconic Stadium Merdeka but police said the crowd was, at the most, 45,000. "Regardless of the actual crowd numbers, aerial photographs emerging from the event show a very large crowd, which reflects on the opposition and civil society's ability to mobilise the public," Merdeka Center's Ibrahim Suffian noted. "But apart from showcasing the capability of organisers, it also shows the enthusiasm and energy of the forces opposing the government, underlining the fact that the coming polls contest will no doubt be the toughest that the ruling coalition will face in its history," he added. Centre for Policy Initiatives director Dr Lim Teck Ghee said the rally was a "clear-cut victory" for both the opposition and civil society, citing the massive turnout, the disciplined behaviour of participants and the "formidable" consensus shown by all parties in opposing Barisan Nasional's (BN) rule. "All these indicators will strike dismay in BN," he said. But Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) political analyst Professor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff expressed a slightly different view. Read More / Baca Lagi >> |
LENSA #KL112 : KOLEKSI TERBAIK - Part 1 Posted: 12 Jan 2013 03:16 PM PST |
#KL112: Berita Panas Yang Diterima Sempena Sambutan Najib Di Semenyih! Posted: 12 Jan 2013 03:07 PM PST sekitar himpunan bersama pm di tesco semenyih gambar 1-treler panjang yg kedua... gambar 2-barang2 dl beg kain antaranya beras sekampit dan tepung gandum gambar ketiga-kelihatan org ramai dari serata pelusuk berbaris panjang untuk mendapatkan beg beras sementara itu juga mereka khuatir takut tertinggal bas yg mereka naik untuk dtg ke program |
#KL112 : A Samad Said 'Di Atas Padang Sejarah' Posted: 12 Jan 2013 03:04 PM PST |
Posted: 12 Jan 2013 03:01 PM PST |
#KL112 : Lebih 100,000 banjiri stadium, himpunan lancar Posted: 12 Jan 2013 02:58 PM PST |
Posted: 12 Jan 2013 02:47 PM PST |
#KL112 Cemerlang - Pakatan Rakyat Sudah Bersedia Untuk Tadbir Negara Posted: 12 Jan 2013 08:12 AM PST #KL112: Tahniah semua! Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua. Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka. Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang. Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3. 0. Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat. Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang, nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman. Komen di Twitter |
#KL112 : Pakatan yakin tol boleh dimansuh jika ke Putrajaya - Ust Hadi Posted: 12 Jan 2013 08:07 AM PST KUALA LUMPUR 12 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang penuh keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk pemansuhan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu. "Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya ketika berucap di hadapan 100,000 peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Jumlah itu termasuk puluhan ribu lagi peserta yang berada di luar stadium kerana tidak dapat memasuki stadium yang telah penuh sesak. Hadi berkata, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan. Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN. "Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya," dipetik Harakah Daily. Read More / Baca Lagi >> |
#KL112 : Anwar ketuai laungan ‘merdeka rakyat’ di Stadium Merdeka Posted: 12 Jan 2013 08:05 AM PST KUALA LUMPUR 12 Januari: Selepas 57 tahun mencapai kemerdekaan, hari ini laungan keramat itu kembali menerjah telinga rakyat Malaysia di Stadium Merdeka, diketuai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu. Laungan tujuh kali oleh Anwar disambut 100,000 rakyat yang dahagakan Pakatan Rakyat menerajui negara. "Saya ingin ulang jeritan merdeka. Tujuh kali dan minta semua bangun. Dengan lafaz Bismillah kita ulangi lafaz keramat laungan kemerdekaan negara seperti 57 tahun dahulu. "Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!," laung Anwar disambut 'Rakyat' oleh peserta himpunan sebagai menutup ucapan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat, petang ini. Selepas itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membaca ikrar deklarasi kemerdekaan rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
#KL112 : Himpunan berjaya tanpa provokasi polis – Anwar Posted: 12 Jan 2013 08:02 AM PST KUALA LUMPUR 12 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kejayaan perhimpunan hari ini adalah lambang kebangkitan rakyat negara ini. "Dengan semangat kebangkitan rakyat, saya tabik kepada saudara sekalian," kata Anwar. "Rakyat bangkit bukan kerana parti atau NGO, tetapi kesedaran mereka untuk merobah sistem yang bobrok dalam negara kita. Saya rasai sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat," ucap beliau di Stadium Merdeka. Anwar mewakili seluruh pimpinan Pakatan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya pihak polis yang memberikan kerjasama untuk menjayakan himpunan ini. "Kita juga berterima kasih kepada polis yang merasakan ada aliran perubahan dalam negara ini. Media cakaplah apa pun. Rakyat tahu inilah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan," katanya dipetik Harakah Daily. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan