Jumaat, 4 Januari 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


skandal wang pampasan buruh paksa jepun di faraid kepada kroni...kerajaan penyamun UMNO-BN wajar beranggung jawab mengantikan...!!!!

Posted: 04 Jan 2013 08:11 AM PST

Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

Berdasarkan maklumat yang dikaji, wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an dan mereka  tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur kelmarin  bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Sehingga kini kita tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

skandal deepak dan betina puaka...Bukti menunjukkan Deepak Sedekah Barang Kemas RM13 Juta kepada betina puaka

Posted: 04 Jan 2013 07:41 AM PST

Pendedahan dokumen yang menunjukkan pembelian barang kemas bernilai RM 13 juta untuk isteri Perdana Menteri, betina  puaka  Rosmah Mansor adalah sahih dan diserahkan sendiri oleh perniaga karpet, Deepak Jaikishan.

Deepak telah menyerahkan kesemua dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan PKR.

Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM 160 juta untuk membeli syarikat milik Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, kita berpendapat ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Deepak sebelum itu  sememangnya ada berkaitan dengan kepentingan awam.

Kita  yakin bahawa ia mempunyai asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa.Sehubungan itu ,kenyataan Deepak wajar dijadikan bukti dalam siasatan akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen itu melibatkan syarikat dan urusniaga syarikat beliau sendiri.

Rafizi kelmarin mendedahkan dokumen yang didakwanya bukti pembelian barang kemas oleh syarikat Deepak dari dua syarikat di Hong Kong.

Antara dokumen yang didedahkan Rafizi adalah emel invois pembelian berlian dari syarikat Dehres Limited dan Firestone Co. Ltd dan slip pembayaran melalui dua buah bank.

Dokumen lain pula menunjukkan transaksi bernilai USD 3.9 juta (RM 11.8 juta) bagi pembelian cincin dan subang daripada Firestone Co Ltd.

Kesemua barangan kemas itu dibayar oleh dua syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd dalam tempoh tiga bulan Mac hingga Mei 2009, selepas  Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, di dalam beberapa laporan semalam, Deepak menafikan beliau membeli barang kemas tersebut.

Tiada ulasan: