Rabu, 2 Januari 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


cara cara UMNO merompak wang rakyat.....Projek Jalan Termahal T’ganu Diberi Kepada Syarikat Milik Ketua Pemuda Umno Negeri

Posted: 02 Jan 2013 06:41 AM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu  di minta  menyiasat serta mengambil tindakan terhadap  wujud gejala salahguna kuasa dan aktiviti rasuah berkaitan dengan Skandal Pembinaan Jalanraya dari Gemuroh ke Kg. Banggol Tuan Muda berjarak 7.6KM berharga RM226 juta.

Ini berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Terengganu Tahun 2011 di muka surat 37 di bawah tajuk Agensi Pemohon Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran.

Laporan Ketua Audit Negara tersebut membuktikan bahawa pembinaan jalanraya ‘termahal’ tersebut bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan dari segi pelanggaran undang-undang dan pencabulan Perlembagaan Persekutuan, malahan ketelusan kerajaan negeri Terengganu sendiri di dalam meng’anugerah’kan projek berkenaan kepada syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, Saiful Bahri Badaruddin sehingga melangkaui segala prosedur dan peraturan yang mesti dipatuhi di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Para penduduk telah berjuang bagi membantah kezaliman dan ketidakadilan pihak Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Negeri Terengganu yang langsung tidak mengendahkan memorandum dan suara para penduduk.

Dato’ Abdul Rahin Mohd Said yang merupakan ADUN Teluk Pasu juga dilihat begitu bersungguh-sungguh bagi memastikan jalanraya tersebut terus berjalan sehingga sanggup berbohong di dalam media bagi memenuhi kerakusan syarikat kontraktor yang dianugerahkan projek tersebut sehingga melakukan pelbagai cara bagi tujuan merealitikan impian mereka secara licik sehingga melibatkan semua agensi seperti Jabatan Kerjaraya Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian serta Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Banggol Donas.

Kita juga  mendesak agar pihak SPRM menyiasat dengan terperinci, adil dan profesional serta bermaruah skandal pembinaan jalanraya tersebut kerana ianya adalah melibatkan dana awam dan turut melanggar Akta Pengambilan Tanah 1960 yang merupakan undang-undang Negara.

Sebagai rekod, laporan  kepada SPRM ini  telah di buat sebanyak 3 kali . Namun begitu, sehingga sekarang masih tiada sebarang  tindakan  yang telah dibuat termasuk perjuangan para penduduk yang pernah menyuarakan tentang kezaliman dan ketidakadilan yang dihadapi oleh mereka kepada Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri, Menteri JKR dan sebagainya. membuktikan bahawa moto “Rakyat Didahulukan” yang dilaungkan oleh pihak kerajaan hanyalah retorik semata-mata.

 

 

penyapu sial

 

Hancur negara apabila si bahalol di utamakan dalam agenda pengkayaan rakyat.

Agenda Sekim Cepat Bahalol akan merugikan bangsa apabila lembu lembu di angkat menjadi pemimpin manusia.

melengah lengah cari peguam misteri di belakang SD kedua PI Bala...majlis peguam juga terlibat dengan konsipirasi najib dan rosmah cuba menafikan penglibatan dalam skandal scorpene dan pembunuhan altantuya...???

Posted: 01 Jan 2013 08:20 PM PST

Majlis Peguam dikritik kerana melengah-lengahkan waktu untuk mendedahkan identiti peguam di belakang kontroversi akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu pada tahun 2006, walaupun sudah banyak petunjuk diberikan.

Majlis Peguam seharusnya  mempercepatkan siasatan kes berprofil tinggi itu yang sebelum ini dikaitkan dengan pegawai  peringkat tertinggi kerajaan, muncul semula menjelang pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kita  menjangka Majlis Peguam keberatan untuk menyiasat kes ini kerana  penglibatan  salah seorang  orang kuatnya  yang  ada kaitan dengan  mereka yang   berkuasa di   peringkat tertinggi .

Majlis Peguam sebuah badan mengatur tugas profesional hampir 14,000 pengamal undang-undang negara berkata mereka sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salahlaku dalam merangka akuan bersumpah (SD) kedua Balasubramaniam yang bercanggah dengan akuan bersumpah pertama dibuat sehari sebelum itu, tentang kematian penterjemah kerajaan untuk rundingan membeli dua kapal selam Perancis beberapa tahun lalu.

jika mereka jujur  mereka boleh serahkan perkara tersebut kepada badan disiplin untuk tindakan  dan lagi    dalam bidang kuasanya boleh menubuhkan panel inkuiri.

Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.

Dalam pada itu  peranan Arunampalam sebagai peguam yang merangka SD kedua Balasubramaniam telah disanggah oleh Deepak Jaikishan yang juga terlibat di sekeliling kejadian berkaitan kedua-dua akuan bersumpah Balasubramaniam.

Walaubagaimana pun  kesemua petunjuk sudah diserahkan kepada Majlis Peguam untuk bertindak dan menasihatkan badan tersebut untuk menyiasat peguam yang sebelum ini bekerja dengan ahli politik dinyatakan dalam akuan bersumpah Balasubramaniam dan untuk menyiasat mereka dalam inkuiri.

Hanya segelintir peguam yang mempunyai akses kepada personaliti penting dinamakan dalam SD Balasubramaniam daripada 14,000 ahli Majlis Peguam.

Deepak sudah membersihkan Arunampalam - dimana penjual karpet itu pernah menggunakan khidmatnya untuk menguruskan urusan hartanahnya - sebagai seorang yang disyaki menulis SD kedua itu.

 Ini seharusnya membantu Majlis Peguam untuk berusaha untuk mengesan orang yang secara unilateral dan tanpa menerima arahan, merangka akuan bersumpah palsu untuk ditandatangani dibawah keadaan ianya dilakukan secara sukarela adalah sangat mencurigakan..

Dalam sidang akhbar tergesa-gesa pada 4 Julai 2008, Balasubramaniam yang ditemani oleh Arulampalam muncul untuk menarik kembali akuan bersumpah pertama, dimana beliau menafikan kesemua isinya dan berkata beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Beliau kemudiannya keluar dengan kenyataan kedua dimana beliau dakwa kemudian pada tahun 2009 disediakan oleh seorang peguam yang beliau tidak pernah jumpa dan tidak berunding dengan dirinya apabila merangka dokumen itu.

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Tan Sri Robert Phang secara terbuka menamakan Tan Sri Cecil Abraham yang duduk sebagai Panel Penilaian Operasi (PPO) badan sama dalam sidang akhbar bulan lalu.

Tiga lagi telah menimbulkan isu ini secara terbuka - peniaga karpet Deepak Jaikishan, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan aktivis politik, Haris Ibrahim.

Haris yang juga bekas peguam telah menulis surat kepada Majlis Peguam menuntut siasatan terhadap peguam tersebut kerana salahguna kuasa.

kalau rasanya rasuah 1 malaysia ( BR1M ) boleh cerahkan peluang UMNO-BN menang pilihnraya ke 13 nanti ....sila jangan bersubahat dengan SPR guna pengundi hantu....!!!!

Posted: 01 Jan 2013 07:56 PM PST

 

Kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sokongan pengundi yang tinggi dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Putrajaya akan mula mengedarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bermula Febuari depan.

Malah kita  mengakui faktor BR1M akan memancing undi ( rasuah ) untuk golongan pengundi luar bandar, serta mengukuhkan sokongan pengundi tetap BN.

BR1M akan memberikan impak multipler, bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi turut diistilahkan di dalam undi,..Penerimanya adalah golongan miskin tegar dan miskin bandar, sudah pasti ia akan mudah  termakan rasuah  pilihanraya ini

Impaknya besar, terutamanya mengekalkan pengundi “tradisional” mereka di luar bandar, itu sebabnya kenapa (Perdana Menteri) menangguhkan pilihan raya..

Beliau sedar pilihan raya akan dilaksankan dalam tempoh tiga bulan selepas BR1M 2.0 jadi kesan positif BR1M tidak akan habis..

PR  tidak memiliki dana sekukuh BN, terutamanya di negeri-negeri yang bukan di bawah bidang kuasa mereka seperti di Johor, Pahang, dan Perak, dan itu menyukarkan mereka untuk mendapatkan sokongan masyarakat luar bandar.

Malah amalan jangkapendek  ini  bukan budaya  PR kerana yang lebih di utamakan  taraf ekonomi  dan kehidupan rakyat untuk jangkapanjang .

Namun  kita  ingin  mengingatkan BN BR1M hanya mengukuhkan sokongan penyokong tegar mereka, bukannya kumpulan pengundi muda yang merangkumi sekitar 30 peratus daftar pemilih.

Sementara sekelompok rakyat yang tidak dapat akses kepada media alternatif, mereka semakin yakin untuk menyokong BN.kerana termakan dengan gula gula getah sebegini .

Namun kelompok 30 peratus yang menjadi rebutan BN dan PR adalah kelompok yang tidak dapat dikelabui mata dan pendirian mereka, kumpulan pengundi barudi mana , kumpulan pengundi itu sedar, sejumlah RM3 bilion untuk BR1M 2.0 adalah dana kutipan cukai daripada rakyat.

Kelompok 30 peratus itu adalah kelompok penentu dalam pilihan raya umum..Peruntukan untuk BR1M 2.0 meningkat 40 peratus daripada BR1M sebelumnya, yang hanya menelan perbelanjaan RM2.1 bilion.

Kita  melihat BR1M  ini  sebagai “rasuah” politik BN,dan  bukan  manifestasi BN   sebagaiamana  dalam  slogon  kosong  janji mereka.

Jika benar BR1M   bukan untuk  rasuah  pilihan raya, kenapa kerajaan telah memulakannya sejak tahun lepas  dan sehingga kini  yang mana  dekat dengan  musim pilihanraya  yang ke 13  dan kenapa  tidak sejak  najib haramjadah  ini  mula mula memegang  kuasa sebagai PM  tidak di perkenalkan  budaya ini .

Ini adalah manifestasi kerajaan  UMNO-BN  menekan untuk rakyat untuk mengundi secara  kotor .

Kita sendiri  tidak terkejut jika BR1M   ini akan berupaya menarik undi rakyat menyokong BN, namun  kita  mengkritik tindakan itu kerana apa yang utama adalah polisi ekonomi untuk jangka panjang.

Jika BN mahu memenagi   hati pengundi, mereka perlu mengemukakan pelan jangka panjang ekonomi yang komprehensif dan merangkumi keseluruhan masyarakat..

BR1M hanya one-off ... rakyat sedar ia untuk  rasuah pilihan raya..

Lebih 2.3 juta permohonan diterima untuk BR1M 2.0 pada 17 Disember, dengan lebih 1.6 juta untuk penerima bujang dan 720,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak menerima RM500 wang tunai.

Bagi penerima bujang, mereka di bawah umur 21 tahun dan berpendapatan bawah RM2,000 sebulan layak menerima RM250 wang tunai.

BR1M 2.0 dijangka akan memberikan manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 kumpulan bujang berbanding 4.2 juta penerima BR1M pertama tahun lalu.

Tiada ulasan: