Rabu, 30 Januari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Tengku Abdullah: Isu Kalimah Allah Perlu Di Tangani Dengan Cermat Dan Tidak Di Bahas Secara Terbuka !

Posted: 29 Jan 2013 10:21 AM PST

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) bertitah isu kalimah Allah, yang kini menjadi polemik semasa, perlu ditangani dengan cermat dan tidak sepatutnya menjadi perbahasan terbuka. Titah baginda ia perlu dibincang secara tertutup di kalangan ilmuan, ahli agama dan pemimpin politik. Baginda juga menyeru umat di negara ini supaya berdiri teguh mempertahan kalimah Allah dan kalimah lain yang telah dinyatakan tidak boleh digunakan bukan Islam sama ada di media elektronik dan cetak. "Pihak lain seharusnya mengambil perhatian serta menghormati sensitiviti agama masing-masing agar kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama tidak tergugat," titah baginda pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Dana Tabung Palestin-Gaza di Kuantan, semalam. Baginda bertitah di negeri Pahang, larangan penggunaan, penyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan sama ada media cetak atau eletronik menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengelirukan atau memesongkan akidah umat Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam No. 5 tahun 1989. "Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Muzakarah ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 juga mengeluarkan fatwa bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dan adalah wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah pun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.

[Titah Tengku Mahkota Pahang ini wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak, agar agama Islam itu tidak terus diperkotak-katikkan oleh pihak lain. Justeru, rakyat digesa mengambil peranan penting dalam mempertahankan kesucian agama Islam agar tidak terus dijadikan permainan atau modal politik oleh pihak-pihak tertentu di negara ini. Petanda awal piliharaya umum ke-13 ini semakin tiba apabila isu Islam pula dijadikan senjata untuk menjatuhkan sesama umat Islam. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenarnya seperti yang diturunkan oleh Allah SWT. Apa guna mereka melaung-laungkan untuk mempertahankan kalimah Allah, sedangka disebaliknya mereka sendiri tidak mahu tegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini. Mana yang lebih mulia, perjuangan nama atau hukum itu sendiri?. maka, fikir-fikirkanlah isu ini denga serius agar ia tidak melemahkan umat islam di Malaysia. Selamatkanlah agama Islam dari terus diperlakukan sedemikian rupa!.].

Tiada ulasan: