Selasa, 29 Januari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Polis Menahan Enam Lelaki, Rampas Heroin Bernilai RM129,300 Menerusi Empat Serbuan Dekat Kuantan

Posted: 29 Jan 2013 12:23 AM PST

KUANTAN, 29 Jan - Polis Pahang menahan enam lelaki yang dipercayai pengedar dadah dan merampas hampir dua kilogram dadah jenis heroin bernilai RM129,300 menerusi empat serbuan pada Rabu dan Jumaat lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan (foto) berkata serbuan pada Rabu lepas adalah yang terbesar membabitkan 1,336.98 gram heroin bernilai RM90,000 di sebuah rumah di Taman Sri Mahkota Aman, di sini. Dalam serbuan 6 petang itu, polis turut menahan seorang penganggur berusia 44 tahun yang dipercayai mendapat bekalan dadah dari Kuala Lumpur untuk edaran sekitar bandar ini, katanya pada sidang media, di sini Isnin. Yap berkata, terdahulu pada pukul 3.30 petang polis menyerbu sebuah rumah di Taman Dato Abd Rashid dan menahan seorang lelaki berusia 36 tahun serta merampas 82 gram heroin yang disembunyikan suspek di dalam sebuah peti besi. Katanya suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu pada mulanya enggan bekerjasama menyebabkan polis terpaksa memecahkan peti besi berkenaan yang disorok di dalam bilik tidur. "Dadah yang disimpan di dalam sebuah beg berwarna putih itu dianggar bernilai kira-kira RM4,800 dan siasatan awal juga mendapati suspek yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau itu turut positif dadah jenis morfin," katanya. Menurut Yap, pada hari sama pukul 5.30 petang, tiga lelaki berusia 22, 31 dan 35 tahun diberkas polis di sebuah rumah dekat Perkampungan Indera Sempurna, Jalan Kuantan-Pekan di sini, bersama 65 gram heroin bernilai RM4,500 dan lima gram ganja bernilai RM500 yang disimpan dalam sebuah beg di dalam rumah berkenaan. Pada Jumaat lepas pula katanya seorang penganggur berusia 31 tahun ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 435.35 gram bernilai RM30,000 di kawasan letak kenderaan di Teluk Cempedak di sini kira-kira 2.40 petang. "Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kegiatan pengedaran dadah," katanya. Beliau berkata kesemua suspek kini direman selama seminggu bagi siasatan lanjut ikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.


[Syabas dan tahniah kepada pihak polis kerana berjaya membenteras gejala dadah yang telah banyak merosakkan anak muda terutamanya remaja Melayu di negara ini. Di Pahang, penagihan najis dadah banyak melibatkan remaja di tanah rancangan Felda. Ramai anak muda rosak akhlak mereka akibat menjadi penagih dadah. Gejala sosial meningkat kerana ramainya penagih dadah ingin mendapatkan sumber kewangan untuk membeli bahan terbabit. Maka itu, pihak polis perlu menggandakan usaha untuk membenteras gejala ini dari terus merebak. Namun, sesuatu yang aneh kerajaan memperbanyakkan pula pembinaan pusat-pusar pemulihan penagih dadah di seluruh negara. Apa motif sebenarnya?. Jika IPT ditambah bermakna kerajaan mahu lebih ramai mahasiswa belajar dan menuntut ilmu. Namun bila pusat pemulihan dadah ditambah, bukankah ia bermakna kerajaan mahu menambah juga bilangan penagih dadah. Jik tidak apa guna pusat-pusat terbabit jika ia tidak berpenghuni?. Kerajaan perlu serius menangani masalah ini agar tidak berlarutan buat selamanya. Langkah yang lebih tegas perlu diambil segera sekarang. Jika tidak selamanya anak muda kita punah!].

Panas: Rakaman "Perbualan Langsung" Dengan Puan Suraya, Mastermind Projek IC Di Pahang Terbongkar

Posted: 28 Jan 2013 10:34 AM PST



[Sebelum ini heboh diperkatakan tentang pengedaran surat pendaftaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diuruskan oleh syarikat Paradiselink Sdn Bhd. Malah, syarikat terbabit telah mengeluarkan satu surat edaran berkenaan Pendaftaran dan Sesi Taklimat Khas oleh sebuah syarikat mendaftar warga asing  di Temerloh Pahang. Walau pun Kementerian Dalam Negeri menjelaskan pihaknya tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat lain untuk menguruskan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) atau menyediakan program khidmat imigran. Dalam surat terbabit tertera nama Puan Suraya yang dipercaya mastermind projek IC di Pahang sejak sekian lama. Sebelum ini  memang sudah ada laporan berkenaan beliau yang diterima namun bukti tidak dapat disahkan. Namun dengan penjelasan beliau ini mengesahkan beliau telah melakukan perbuatan khianat terhadap rakyat Malaysia apabila berpakat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein untuk membuat projek IC untuk pilihanraya. Bayangkan dia dengan berani menyebut nama menteri terbabit dalam perbualan telefon dengan saksi yang menyamar ini. Bukankah terbukti mereka melakukannya!. Oleh itu rakyat digesa bangkit untuk melakukan perubahan. Hapuskanlah para pengkhianat yang hanya mengejar keuntungan ini]

Panas: Foto Sensasi 'Dr.Siti Hasmah' Pula Tersebar !!

Posted: 28 Jan 2013 09:26 AM PST


[Ramai yang terkejut melihat penampilan terbaru Datin Sri Dr.Siti Hasmah isteri mantan Perdan Menteri Tun Mahathir Mohamad ini sebenarnya. Malah ada yang mengucapkan tahniah tidak putus-putus atas imej baru beliau ini. Moga ia berkekalan buat selamanya. Sudah tiba masanya isteri pemimpin negara menunjukkan penampilan yang lebih islamik sekarang. Tambahan pula Malaysia dikhabarkan negara Islam yang tersohor seantero dunia. Rakyat kini menunggu-nunggu bilakan agaknya isteri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pula akan memakai tudung. Ramai yang hairan Rosmah Mansor tidak bertudung selepas pulang dari mengerjakan fardhu haji di Mekah hujung tahun lalu. Sikap beliau ini amat memalukan. Malah ketika tidak Palestin baru-baru ini pun Rosmah masih menampilkan imej tidak bertudung, walhal beliau sedang bersama suaminya melawat sebuah negara Islam seperti Palestin. Semoga beliau juga terbuka hati untuk kembali mengamalkan imej wanita muslim tidak lama lagi. Tahniah diucapkan kepada Datin Sri Dr.Siti Hasmah Md Ali di atas kesedaran ini].

Panas: Kisah Benar, Suami Jamin Dua Isteri Bermadu Yang Di Tangkap Berkhalwat Dengan Seorang Lelaki !

Posted: 28 Jan 2013 09:08 AM PST

SEREMBAN, 29 Jan -  Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini. Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku. Kedua-dua wanita bermadu berusia 30an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu. Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3.00 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap. Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan. "Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota," katanya, semalam. Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah. "Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan," katanya. Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama. Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk jamin isterinya yang curang. "Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat," katanya. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan itu.   "Kes disiasat ikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau lakukan persetubuhan haram," tambah beliau.

[Apa yang berlaku ini sungguh menggemparkan dan merupakan satu sejarah baru di Malaysia bahkan mungkin juga seantero dunia. Dalam sibuk-sibuk wanita di negara ini takut untuk bermadu, tiba-tiba ada pula kes khalwat yang melibatkan dua madu dengan seorang lelaki yang sama. Sesuatu yang tidak masuk dek akal kita sebenarnya. Namun inilah hakikatnya yang berlaku apabila tanda-tanda kiamat itu semakin hampir. Kejadian di Port Dickson ini mengingatkan kita kepada isu tangkapan khalwat yang melibatkan seorang artis terkenal dengan pemimpin besar satu ketika dulu. Anehnya, kedua-dua tertuduh terlepas dari hukuman dan tidak didakwa apabila ada tangan-tangan ghaib yang menggunakan kuasanya untuk melepaskan pemimpin terbabit. Kini, orang yang melepaskan pemimpin itu diangkat semula selepas terlibat dengan rasuah. Inilah dia Malaysia tanahairku yang kononnya mengamalkan pemerintahan cara Islam, walhal segalanya auta semata-mata. Mana-mana pemimpin dan kroni mereka pasti akan terlepas dari undang-undang. Dalam masa yang sama rakyat biasa akan terus menjadi mangsa].

Tiada ulasan: