Sabtu, 26 Januari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Tidak Pernah Lantik Paradiselink Urus Daftar PATI, KDN Di Gesa Jujur Dan Usah Terus Tipu Rakyat

Posted: 25 Jan 2013 11:03 AM PST

Belum pun habis cerita tentang projek IC di Sabah, kini heboh pula diperkatakan projek IC menjelang pilihanraya umum ke-13 di Semenanjung Malaysia. Walau pun ia cuba dinafikan oleh kerajaan, namun pendedahan demi pendedahan yang dibuat ternyata ribuan warga asing kini telah memiliki IC dan layak mengundi BN pada pilihanraya umum nanti. Kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) beberapa kali cuba menafikan tentang adanya projek IC untuk memastikan BN terus kekalkan kuasa mereka kali ini, namun berbagai bukti dan pembongkaran terus dilakukan oleh rakyat yang prihatin. Tidak cukup dengan pendedahan mengenai begtiu ramai pengundi hantu pada daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kini tersebar pula maklumat berkenaan projek mendaftar warga asing untuk mendapat IC bagi membolehkan mereka mengundi pada PRU-13 ini. Sebelum ini sudah banyak kali didedahkan isu berkenaan tetapi dianggap fitnah semata-mata oleh pihak yang berkenaan. Biar pun penyokong UMNO BN sendiri tahu begitu ramai warga asing mendapat kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi BN namun mereka masih  mahu berdolak dalih lagi. Terbaru, satu surat edaran berkenaan Pendaftaran dan Sesi Taklimat Khas oleh sebuah syarikat mendaftar warga asing iaitu Paradiselink Sdn Bhd yang berpejabat di Temerloh Pahang telah tersebar. Walau pun  Kementerian Dalam Negeri menjelaskan pihaknya tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat lain untuk menguruskan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) atau menyediakan program khidmat imigran. Namun semua itu hanyalah sekadar alasan semata-mata   kerana rahsia dan modus operandi syarikat itu sebenarnya sudah lama diketahui umum. Cuma ia menunggu masa untuk didedahkan kepada rakyat. Maka, kini tibalah masanya yang paling sesuai!.


Syarikat terbabit dipercayai bukan saja menjadi agen pendaftar warga asing untuk negeri Pahang sahaja, malah seluruh Malaysia sebenarnya. Syarikat terbabit sebenarnya berdaftar dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membantu pekerja dan majikan melaksanakan Pendaftaran E-Data (RECOF) dan Proses Pengeluaran MY PERMIT untuk Pekerja Warga Asing. Maka itu wajarkah KDN menafikan keterlibatan syarikat berkenaan bagi menutup rahsia yang sudah tersebar ini. Foto dibawah adalah keratan blog syarikat itu yang telah dipadamkan. Malah mereka juga pernah membuat iklan jawatan kosong sebagai Pegawai Pemasaran / Ejen Pati. Cuba lihat iklan syarikat terbabit dari cawangan Rasah, Negeri Sembilan yang berjaya diperolehi ini. Soalnya, kenapa KDN begitu mudah nafikan kewujudan syarikat ini?

[Difahamkan, orang kuat cawangan syarikat ini di Temerloh mempunyai hubungan langsung dengan pihak Imigresen dan juga UMNO Bahagian tersebut untuk membolehkan mereka melaksanakan agenda jahat ini sejak sekian lama. Terdapat maklumat awal yang telah diterima mengatakan "mastermind" projek IC di Pahang ini masih lagi individu yang sama semasa di Sabah dulu. Pengalaman menipu rakyat Sabah kini digunakan di Pahang untuk memastikan kemenangan mutlak BN. Ribuan warga asing dari Mynamar, Kemboja, Thailand, Indonesia dan sebagainya kini mempunyai IC dan mereka mendiami banyak penempatan yang baru dibuka di seluruh negeri Pahang. Agihan dibuat atas arahan pihak atasan semata-mata untuk pilihanraya. Maka itu, kenapa KDN cuba menyembunyikan fakta kononnya mereka tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat lain untuk menguruskan proses pendaftaran PATI atau menyediakan program khidmat imigran. Sedangkan hakikatnya ia memang berlaku?. Kenapa perlu tipu rakyat apabila anda khianat kepada negara ini. Oleh itu, rakyat digesa bangkit untuk membongkarkan lebih banyak kebobrokan kerja jahat mereka ini. Mereka ternyata terdesak untuk menang pilihanraya!. Lakukan perubahan sekarang jika tidak mahu pengkhianat ini  melakukan agenda jahat mereka buat selamanya. Ubah sebelum lebih parah!].

Tiada ulasan: