Khamis, 24 Januari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Imej Anis Abot Sebagai Tokoh Maulidur Rasul Tercemar, Gara-Gara Belia 1Malaysia Sarawak Anjur Pertandingan Karaoke Bagi Meriahkan Sambutan Itu

Posted: 24 Jan 2013 07:09 AM PST

Apa sudah jadi dengan Islam Wasatiyyah?. Generasi muda Islam terus jadi carca merba dan haru biru dibuatnya apabila Islam sebenar diselindungkan dengan penjenamaan semula Islam yang kononnya lebih "liberal". Baru pagi tadi Bekas Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan bekas Mufti Sarawak, Datuk Seri Anis Abot (foto) dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2013, namun di negerinya sendiri iaitu Sarawak satu pertandingan karaoke telah diadakan. Pertandingan karaoke anjuran Belia 1Malaysia, Kg.Beladin, Betong itu yang bermula dari 23 hingga 25 Januari 2013 itu jelas sekali menjatuhkan maruah bekas Mufti Sarawak terbabit sebenarnya. Apa tidaknya, beliau yang dikhabarkan telah berjaya mengembangkan syiar Islam di negeri Bumi Kenyalang itu, tetapi tiba-tiba pada hari yang sama Islam dicemari dengan adengan yang cukup memalukan. Program yang diadakan di Halaman Mybazaria PNK Beladin Saribas itu terbuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Empat kategori disediakan ialah lagu sensasi kanak-kanak 13 tahun ke bawah, lagu P.Ramlee, lagu 80'an dan lagu sensasi, sementara yuran ditetapkan RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa. Persoalannya, kenapa terlalu teruk penghayatan agama belia 1Malaysia di sini?. Hinggakan sambutan Maulidur Rasul diserikan dengan acara hiburan mungkar seperti itu?. Bukti program terbabit yang berupa poster berkenaan telah diperolehi email  oleh blogger Milo Suam sebelum didedahkan  dalam blognya. Apa yang berlaku ini bukanlah dirancang, namun ia mungkin satu peringatan sebenarnya buat kerajaan. Mereka mengagung-agungkan sambutan Maulidur Rasul dengan acara perarakan dan anugerah kepada tokoh-tokoh berkenaan, tapi hakikatnya Islam di Malaysia ini sebenarnya sudah jauh tersasar daripada ajaran Islam sebenar yang disebarkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis. Maka itulah adengan memalukan ini terjadi di depan mata kita. Maknanya, tokoh yang dikatakan tokoh itu ternyata masih gagal mendidik umat Islam Sarawak untuk menghayati ajaran Islam isu sendiri. Lantaran itulah sambutan memperingati Rasulullah itu tergamak diserikan dengan acara karaoke. Bukankah ini satu penghinaan terhadap kesucian agama Islam itu sendiri. Apakah penghayatan sebegini yang dibanggakan sangat oleh pemimpin BN dan kerajaan Islam Wasatiyyah itu gamaknya?. 


Rompin: Semua Mangsa Banjir Di Benar Pulang, Sultan Minta Mereka Di Beri Layanan Istimewa!

Posted: 23 Jan 2013 09:05 PM PST

ROMPIN, 24 Jan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (foto) bertitah, meminta semua pihak perlu memberi layanan istimewa kepada mangsa banjir yang sedang menghadapi kesukaran hidup akibat musibah itu. Titah baginda, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memberikan layanan istimewa kepada mangsa banjir bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung mangsa terbabit. "Alhamdulillah, dari satu tahun ke satu tahun, layanan mereka (mangsa banjir) terima bertambah baik, saya mengambil kesempatan ini nak nyatakan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mangsa banjir," titah baginda ketika berkenan melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Leban Chondong. Titah baginda, berdasarkan maklum balas yang diterimanya, mangsa banjir di pusat penempatan banjir itu sangat berpuas hati dengan layanan pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan. Baginda juga mahu seluruh rakyat sentiasa berdoa agar negara ini sentiasa dijauhi daripada bencana besar. Baginda bertitah, semua masjid di Pahang juga diminta melakukan solat hajat pada hari Jumaat pertama setiap bulan, bagi memohon supaya negara ini dilindungi Allah. Dalam lawatan itu, baginda turut beramah mesra bertanya khabar kepada mangsa banjir di pusat penempatan itu.  Turut hadir Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan. Seramai 229 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Orang Ramai Leban Chondong melibatkan 51 keluarga dari Kampung Rantau Panjang dan Kampung Gading. Sementara itu, menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sebuah pusat banjir di Rompin iaitu di SK Pianggu yang menempatkan 103 orang daripada 27 keluarga dari Kampung Pianggu, Kasing dan Desa Wawasan Pianggu, mula ditutup 6 petang semalam. Semua mangsa banjir melibatkan 319 orang daripada 90 keluarga di dua pusat pemindahan banjir di daerah Rompin dibenarkan pulang.  "Sehingga jam 7 petang ini, hanya dua lagi pusat banjir masih dibuka, selain Dewan Orang Ramai Leban Chondong, satu lagi pusat ialah di Dewan Orang Ramai Teluk Gading yang menampatkan 211 orang dari Kampung Kurnia dan Kampung Sarang Tiung," katanya kepada Bernama di sini. Tiada laporan pemindahan mangsa banjir dilaporkan di daerah lain di Pahang setakat ini. Bernama

Salam Maulidur Rasul Dari Pahang Daily Online (PDO)

Posted: 23 Jan 2013 03:14 PM PST


Tiada ulasan: