Isnin, 21 Januari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Isteri Anggota 'Polis Dan Tentera' Tidak Wajar Undi Pos, Bukan Rakyat Yang Berada Di Negara Jiran

Posted: 21 Jan 2013 06:17 AM PST

Ramai pihak yang keliru dengan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan mereka yang tinggal di Selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan Indonesia tidak layak diberikan kemudahan mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan. Kenyataan telah dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu sidang media hari ini. Tindakan ini jelas sekali tidak adil kepada mereka yang berkenaan sebenarnya. SPR perlu peka dengan masalah rakyat dan bukannya membuat peraturan yang menguntungkan sebelah pihak semata-mata. Apa yang pasti, peraturan ini akan memberi kesan positif kepada BN kerana mereka mempunyai "wang" untuk membayar perbelanjaan pengundi terbabit jika mereka mahu balik mengundi di negara ini. BN tidak boleh menafikan perkara ini, kerana selama ini memang mereka membayar elaun kepada mana-mana pengundi yang mahu balik ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi. Malah, bayaran yang lebih tinggi akan diberikan kepada mereka yang akan balik mengundi di negeri-negeri pembangkang terutamanya Kelantan. Inilah yang berlaku sejak zaman berzaman sebenarnya. Justeru, dengan peraturan ini sudah pasti ia akan menguntungkan mereka. Satu persoalan yang timbul, jika rakyat Malaysia yang berada di lokasi terbabit diwajibkan mengundi di pusat-pusat pengundian dan tidak dibenarkan undi pos, maka kenapa isteri-isteri anggota polis dan tentera tidak diwajibkan sama. Bukankah mereka berada di negara ini dan tiada masalah untuk menjadi pengundi biasa. Kenapa perlu mereka undi pos?. Jika suami mereka yang tertugas ketika pilihanraya itu mungkin tidak menjadi masalah. Namun, anehnya mereka yang duduk dirumah itu pun dibenarka undi pos. Sudah tentu undi pos mereka ini akan dimanipulasi oleh pihak berkenaan agar kesemuanya mengundi BN. Tambahan pula undi pos dijalankan di kawasan tertutup. Inilah yang memusykilkan rakyat, orang luar yang jauh diwajibkan balik mengundi tapi isteri-isteri polis dan tentera yang tidak ada sebab untuk undi pos dibenarkan pula. Bukankah ini satu peraturan yang "ada udang di sebalik mee". Justeru, SPR tidak wajar melaksanakan peraturan yang boleh menekan rakyat walau di mana mereka berada. Biar pun berada di selatan Thailand tapi jarak mereka adalah jauh dan memerlukan belanja besar untuk balik mengundi. Lebih baik mereka itu dibenar mengundi pos di lokasi masing-masing. 


[SPR terkadang membuat peraturan yang menguntungkan sebelah pihak dan merugikan pihak yang lain. Undi pos dikalangan anggota polis dan tentera ini misalnya, benarkah hanya untuk anggota yang berada diluar dan di perbatasan negara?. Bercakap memang mudah tetapi hakikatnya, semua anggota polis dan tentera termasuk isteri mereka akhirnya mengundi pos. Malah, lebih parah lagi bila yang mengundi bukan mereka tetapi para pegawai yang telah diarahkan berbuat demikian. Mereka juga dikehendaki memangkah BN semata-mata bagi membolehkan undi pos polis dan tentera ini membantu kemenangan calon yang bertanding. Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah tidak adil untuk rakyat. Kemenangan yang dibuat-buat seperti ini adalah satu lagi pengkhianatan, disamping warga asing yang diberikan IC untuk mengundi. SPR sedar semua ini, namun mereka terpaksa melakukannya bagi membolehkan BN kekal berkuasa di negara ini buat selama-lamanya. Inilah satu kejahatan yang jelas dimata rakyat namun mereka tidak berhak untuk pertikaikannya kerana SPR punyai berbagai helah menafikannya. Bagi SPR, rakyat Malaysia mahu terus diperbodohkannya].

Borang Undi Pos Rakyat Malaysia Luar Negara Di Edar

Posted: 21 Jan 2013 12:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan - Rakyat Malaysia di luar negara yang telah mendaftar sebagai pemilih dan ingin mengundi melalui pos boleh memuat turun borang permohonan menerusi lawan web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di www.spr.gov.my. Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, Borang 1B atau Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) dan garis panduan mengisi borang telah dimuat naik SPR pada laman web tersebut. Jelasnya, pemilih berdaftar di luar negara yang ingin memohon kemudahan mengundi melalui pos mesti pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa. "Bagaimanapun, mereka yang tinggal di Selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia tidak layak diberikan kemudahan mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan. "SPR telah menetapkan syarat-syarat berkenaan bagi menunjukkan terdapat hubungan yang jelas di antara warganegara Malaysia dengan tanah airnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau menambah, borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar melalui pos kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau e-mel upup@spr.gov.my , faksimile 603-88811201/ 1202/ 1187 / 1192. 

[Peraturan SPR ini terkadang ada logiknya, namun lebih banyak mudaratnya. Mana mungkin rakyat Malaysia yang berada di lokasi terbabit mahu balik tanpa dana untuk mereka berbuat demikian?. Akhirnya, BN juga yang akan menanggung segala kos dengan syarat mereka semua mengundi parti tersebut. Inilah yang diragui sebenarnya. SPR perlu lebih telus dan adil bukan sekadar cakap semata-mata. Rakyat mahu melihat sebuah pilihanraya yang lebih profesional dijalankan pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Jika ia terus pincang maka sudah pasti rakyat tidak akan percaya lagi kepada badan bebas itu. Selama ini mereka masih bersabar dengan kerenah SPR yang tidak habis-habis cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan peraturan-peraturan yang jelas berat sebelah!].

Utusan Akan "Kemuka Rayuan" Keputusan Mahkamah

Posted: 21 Jan 2013 12:17 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Jan - Syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah berhubung penerbitan artikel 'Tolak Anwar - Hasan' pada tahun lalu. Hakim Datuk V. T Singham memutuskan demikian dengan kos RM45,000 setelah mendapati kedua-dua artikel berkaitan berunsur fitnah terhadap Anwar. Bagaimanapun taksiran ganti rugi akan ditentukan kemudian. Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes pada 15 Februari ini untuk menentukan sama ada terdapat permohonan untuk menggantung prosiding kes itu atau menetapkan tarikh berhubung taksiran ganti rugi. Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta pada 20 Januari tahun lalu ekoran penerbitan artikel-artikel bertajuk ` Tolak Anwar-Hasan' dan `Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak' berkaitan transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012. Dalam pernyataan tuntutannya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selaku plaintif mendakwa, perkataan fitnah itu berasaskan kepada temu ramah antara beliau dengan syarikat penyiaran, BBC.

[Nampaknya malang terus menimpa Utusan Malaysia mutakhir ini. Banyak kes yang melibatkan mereka kini berpihak kepada pihak yang difitnah. Utusan sudah menjadi akhbar sampah yang gemar melaporkan cerita karut yang jelas merosakkan minda rakyat. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut gemar melaporkan cerita seks yang boleh menjatuhkan maruah serta imej akhbar terbabit. Ternyata kini mahkamah tidak boleh menerima keterangan mengarut yang dibuat oleh peguam Utusan Malaysia. Mungkin selepas ini berbagai lagi kes saman yang bakal dihadapi oleh Utusan. Jika semua ini berlaku, maka sudah pasti akhbar milik UMNO ini akan terus merudum dan bankrap selepas ini. Apapun, Utusan harus belajar dari kesilapan dan jangan terus menyebarkan dakyah pati politik semata-mata. Rakyat bukan lagi manusia yang boleh terus diperbodohkan].

Rayuan Speaker Di Tolak, ADUN Kota Siputeh Kekal !!

Posted: 21 Jan 2013 12:13 AM PST

PUTRAJAYA 21 Jan - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan tiada pengosongan kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh selepas menolak rayuan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail. Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dalam keputusan majoriti 4-1 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan kerusi itu dikembalikan kepada wakil rakyatnya, Datuk Abu Hassan Sarif. Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 16 November 2009 yang mengosongkan kerusi berkenaan ekoran kegagalan Abu Hassan menghadiri dua persidangan Dewan secara berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009. Yang turut bersidang, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop dan Datin Paduka Zaleha Zahari. Datuk Zainun Ali berikan keputusan menentang.

[Satu keputusan yang jelas tidak boeh diterima oleh rakyat. Mana mungkin Mahkamah Persekutuan boleh membela wakil rakyat yang "ponteng" menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)?. Kenapa perlu pertahankan orang yang bersalah?. Nampak benar mahkamah tidak mengambilkira hati rakyat dalam membuat keputusan. Sebagai rakyat, sememangnya mereka amat kecewa dan marah apabila waki rakyat yang dipilih menerusi pilihanraya tiba-tiba ponteng. Makanya, jika wakil rakyat sudah malas untuk membawa suara rakyat ke sidang DUN adalah lebih baik pilihanraya kecil diadakan bagi membolehkan wakil rakyat baru dipilih. Tapi anehnya, lain yang diharap lain pula yang terjadi di Malaysia ini].

Panas: "Fitnah LGBT", Anwar Ibrahim Menang Saman Terhadap Akhbar Milik Parti UMNO Utusan Malaysia !

Posted: 20 Jan 2013 08:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  (foto)  hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia selepas Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa akhbar itu telah "diselewengkan" kata-kata pemimpin pembangkang mencadangkan beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT). Hakim Datuk VT Singham juga berkata harian milik UMNO tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, di samping mengabaikan peluang keemasan untuk membetulkan dirinya selepas Anwar telah menghantar notis undang-undang meminta penjelasan. "Artikel ... telah diputarbelitkan, versi yang tidak betul peristiwa-peristiwa ...dan diambil di luar konteks, "kata Singham dalam penghakimannya. "Mahkamah berpuas hati bahawa perkataan-perkataan (dalam artikel) merupakan fitnah kepada plaintif." Hakim berkata ia adalah amat jelas dan terang bahawa Anwar tidak mengatakan bahawa aktiviti LGBT harus sisi undang-undang dalam temubual BBC beliau, dan artikel Utusan telah mencadangkan bahawa Anwar tidak layak untuk memegang jawatan awam dan menjadi pemimpin pembangkang. Anwar pada bulan Januari memfailkan saman fitnah memohon RM50 juta sebagai ganti rugi dan injunksi untuk menghentikan Utusan dan editor-in-chief daripada mengulangi kenyataan yang menuduhnya menjadi penyokong hak-hak gay. Pada pendengaran pada 18 Julai, Anwar memberitahu mahkamah bahawa ia adalah "pengetahuan umum" Utusan Malaysia dimiliki UMNO dan sudah pasti kenyataan itu mengambil pesanan dari presiden parti tersebut. Beliau juga bersetuju kemudian bahawa homoseksual perlu didiskriminasi untuk melindungi kesucian perkahwinan, tetapi menegaskan bahawa undang-undang kuno harus dikaji semula untuk mencegah orang yang tidak bersalah daripada dihukum.  Awal tahun lepas, Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu lelaki Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan telah tidak dilakukan cukup untuk membuktikan pemimpin pembangkang telah melakukan liwat terhadap Saiful. Hanya beberapa hari selepas Anwar dilepaskan, Utusan Malaysia muka depan sebuah berita yang bertajuk "Anwar ulas isu gay" (Anwar membincangkan hak gay), mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) telah memberitahu satu wawancara BBC bahawa undang-undang homoseksual di Malaysia dianggap "kuno" dan "tidak relevan".


[Nampaknya, mutakhir ini Utusan Malaysia senantiasa tewas dalam beberapa perbicaraan yang mereka hadapi terutamanya yang berkaitan dengan kes saman. Ternyata akhbar arus perdana milik UMNO itu kini semakin dibenci oleh rakyat gara-gara menyiarkan berita sampah, menfitnah dan mengadu domba sesama rakyat Malaysia sekarang ini. Utusan Malaysia bukanlah lagi "penyebar fikiran rakyat" tetapi telah menjadi "penyebar dakyah UMNO" sebenarnya. Oleh itu, akhbar tersebut terus menyiarkan berita dan maklumat palsu bagi mengelirukan rakyat. Malah, terkadang bahan berita yang disiarkan mereka lebih teruk daripada laporan blog. Ini menunjukkan betapa dangkalnya mentaliti wartawan utusan sejak 50% sahamnya dimiliko oleh UMNO. Jika Utusan tidak berubah, nescaya jualan akhbar itu akan terus merudum selepas ini. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menyiarkan sesuatu berita yang terkadang di petik dari sumber yang tidak pasti. Jadilah sebuah akhbar rakyat yang lebih adil dan profesional seperti Sinar Harian].

Radio Internet: Wadah Terbaru Perjuangan Rakyat !

Posted: 20 Jan 2013 08:07 PM PST

Radio Online (internet) kini semakin popular dalam membicara dan mengetengahkan isu-isu rakyat di negara kita. Kewujudan radio internet dilihat sebagai pemangkin gelombang kebangkitan rakyat. Baik dipihak kerajaan mahu pun pembangkang, kini masing-masing berlumba-lumba menubuhkan radio internet. Terbaru BN selangor menubuhkan radio intenet BN Selangor. Di pihak pembangkang pula sebenarnya kewujudan radio internet sudah lama disedari namun ia tidak berapa popular akibat kurangnya promosi dari pihak berkenaan. Radio Bangsar Utama  misalnya yang ditubuhkan oleh aktivis Hishamuddin Rais berjaya mendapat sambutan hangat dikalangan rakyat. Namun ia tidak menyeluruh kerana masih ramai yang tidak dapat maklumat berkenaan radio terbabit. Selain itu, radio internet Durian FM juga dilihat agak popular, namun ia lebih menfokuskan kepada kaum Tionghua semata-mata. Cuma terkadang ada juga segmen-segmen bahasa Melayu, di mana mereka mengundang beberapa orang tokoh politik terkenal tanah air. Penghujung tahun 2012 lalu, muncul beberapa buah lagi radio internet seperti Cili FM dan kemudiannya Suara Rakyat FM. Terbaru muncul pula Santai FM dan Kobat FM. Kini sebuah lagi radio internet muncul iaitu CMK FM yang dipelopori oleh Blogger Cucumatkilau. Secara keseluruhannya radio internet agak berbeza dengan penyiaran biasa kerana ia tidak memerlukan frekuansi. Namun, capaianya lebih meluas kerana boleh diikuti oleh para pendengar di seluruh dunia. Radio internet yang bersuara rakyat ini agak berbeza dengan radio biasa kerana selain hiburan mereak juga mengetengahkan isu-isu semasa untuk dikongsi dengan pendengar. Turut diselitkan ialah kuliah, motivasi, lagu-lagu berunsur dakwah dan perjuangan. Oleh itu rakyat digesa menyokong kewujudan radio internet ini sebagai wadah perjuangan baru menjelang pilihanraya umum akan datang. Sokongan rakyat Malaysia amatlah diharapkan bagi menyemarakkan perjuangan radio internet online di negara ini. Jom sembang isu-isu panas di radio internet CMK FM sekarang. Antara isu yang sedang dikupas ialah berkenaan janji-janji PM kepada rakyat Kelantan dan isu "Listen. Listen. Listen" Bawani yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Dengarkan DI SINI

Tiada ulasan: