Selasa, 15 Januari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: "UMNO Kuantan" Dakwa PKR Beri Sumbangan Barangan Dah "Luput Tarikh" Kepada Mangsa Banjir!

Posted: 15 Jan 2013 12:42 AM PST

KUANTAN, 15 Jan - Ini berita panas yang baru kami terima sebentar tadi. Ia berkaitan dengan isu bantuan banjir di Kuantan. Dalam satu program anjuran UMNO Bahagian Kuantan petang ini, satu kekecohan telah berlaku apabila ada dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memberi bantuan barangan "luput tarikh"  keluarga mangsa dekat sini. Perkara ini sungguh mengejutkan semua pihak termasuk para wartawan yang membuat liputan program bantuan banjir bersama Setiausaha UMNO Bahagian Kuantan hari ini. Bantuan disampaikan kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa dan kini hanya tinggal dalam sebuah stor berhampiran kolam oksidasi milik Alam Flora di Tanah Putih Baru. Difahamkan, PKR Kuantan telah terlebih dahulu menyampaikan sumbagan kepada keluarga daif terbabit yang dipercayai tinggal dalam stor selepas dihalau keluar dari rumah sewa mereka selepas banjir besar yang melanda Kuantan baru-baru ini. Susulan berita panas ini keluar di dalam media termasuk RTM dan TV9 maka kerajaan telah berusaha untuk menyelesaikan masalah keluarga terbabit. Maka itulah, program bantuan banjir diadakan hari ini. Namun, ia   lebih panas apabila pihak terbabit mendapati barangan yang diberikan oleh PKR kepada keluarga berkenaan telah "luput tarikh". Sementara itu, menurut sumber dari pejabat PKR Kuantan mengatakan mereka tidak sedar barangan terbabit telah tamat tempoh. Malah, mendakwa barangan berkenaan dibeli dari Kedai Rakyat 1Malaysia di Jalan Bukit Ubi dekat sini. Jika benar dakwaan itu, pasti isu ini lebih panas lagi. Tambahan pula kedai rakyat adalah atas ilham dan cetusan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sendiri. "Kami akan mengeluarkan bukti seperti resit yang berkaitan jika perkara ini diperbesarkan", kata sumber terbabit. Sungguh menarik untuk diperkatakan isu ini, satuya (UMNO) menuduh PKR beri sumbangan barangan "luput tarikh". Manakala satu lagi (PKR) mendakwa barangan terebut dibeli dari Kedai Rakyat 1Malaysia yang dibanggakan sangat oleh Kerajaan UMNO BN sekarang ini. Apapun, nanti maklumat terkini isu ini. Siapakah yang berada dipihak yang benar agaknya. Parlimen Kuantan kini panas apabila BN kemungkinan meletakkan semula calon UMNO untuk bertanding menentang Pakatan Rakyat yang diwakilil oleh PKR. Malah, calon popular yang dijangka akan dipertaruhkan pula ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri sendiri yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kuantan iaitu Dato' Suffian Awang. Jika benar dakwaan ini, maka ia merupakan tamparan hebat buat Fuziah Salleh yang kini dilihat mempertaruhkan sepenuhnya isu Lynas untuk menarik sokongan rakyat.


[Jika benar dakwaan PKR memberi sumbangan barangan yang luput tarikh, memang ia amat mendukacitakan. Namun, jika benar barangan itu dibeli dari Kedai Rakyat 1Malaysia maka ia lebih memalukan.  Siasatan lanjut akan dilakukan atas dakwaan ini. Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan atas sesuatu isu yang boleh memerangkap diri sendiri akhirnya. Pilihanraya Umum yang semakin hampir tidak lama lagi pasti amat sengit di Parlimen Kuantan jika ramalan pertembungan antara Fuziah dan Suffian ini menjadi kenyataan. Ramai pemerhati yang berpendapat Fuziah memang di parlimen itu pada PRU12 yang lalu kerana UMNO sendiri menolak pemimpin MCA yang mewakili BN iaitu Fu Ah Kiow. Lantaran itu mereka memberi undi ehsan kepada Fuziah. Ia bukanlah bermakna Fuziah terlampau kuat atau mendapat sokongan majoriti pengundi. Undi ehsan pasti akan ditarik balik jika BN meletakkan calon daripada parti UMNO di situ kali ini. Jika ia berlaku maka Fuziah bakal berhadapan dengan laluan sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut sebenarnya. Apapun, sama-sama kita nantikan ramalan ini tidak lama lagi. Sesungguhnya seluruh rakyat kini sudah tidak sabar lagi untuk membuang undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti pastinya].

Panas: Wartawan Pahang Kecewa Sikap Kurang Ajar Serta Biadap Setiausaha Akhbar Muhyiddin Yassin !!

Posted: 14 Jan 2013 10:53 PM PST

KUANTAN, 15 Jan - Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Negeri Pahang baru-baru ini, biar pun dilihat berjaya, namun ia telah mencetuskan kontroversi kepada sebahagian besar wartawan media yang hadir ke satu program beliau di sini. Ini berikutan sikap "biadap" dan "kurang ajar" Setiausaha Akhbar Muhyiddin yang begitu "taksub" dengan gelaran "Datuk" yang bernama Ainon Mohd (foto). Kejadian berlaku ketika Muhyiddin dan rombongan dikatakan singgah di Restoran Zaman untuk bersarapan pagi di situ. Wartawan media yang sudah lama menunggu kehadiran Muhyiddin dipercayai telah diherdik dengan kata-kata kesat dan biadap oleh beliau. Difahamkan, Ainon yang berlagak sombong itu telah bertindak mengarahkan para wartawan tidak meluru ke arah Muhyiddin untuk sessi wawancara, kerana katanya Sidang Media telah ditetapkan di lokasi lain petang itu. Muhyiddin dipercayai menuju ke Karak selepas program di Kuantan pada hari yang sama.  "Sebagai seorang Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri.. Ainon sepatutnya memaklumkan kepada kami apa jua info terkini terutamanya membabitkan sidang media.. Tidak bolehkan dia maklumkan kepada kami dengan mesra dan suara yang lembut bahawa TPM tidak mahu diganggu dengan sidang media dan meminta kami menghormati pendiriannya. Kami tiada halangan jika dimaklumkan lebih awal... tapi tindakan dia (Ainon) mengherdik kami adalah keterlaluan... Yang datang bukanlah wartawan dari media pembangkang.. yang datang RTM, TV3, Utusan, Berita Harian, Astro Awani serta lain-lain media termasuk akhbar berbahasa Cina... Maka sepatutnya dia hormati kami sebagai wartawan dari media kerajaan.. Tindakan beliau jelas sekali menjatuhkan imej TPM sebenarnya.. berlagak sombong dan ego ... macamlah kami kenal dia siapa...", kata seorang saksi yang tidak mahu namanya disiarkan. Rata-rata wartawan kesal dengan apa yang berlaku. Mereka dilayan sebegitu ketika hadir untuk buat liputan acara pemimpin kerajaan sendiri. "Jika inilah caranya, bagaimana negara kita mahu maju.. ada orang yang sombong dan berlagak dengan jawatannya... konon "Datuk", kami tidak kenal dia siapa.. sepatutnya dia sudah nampak ada wartawan media sejak awal-awal lagi.. maka dia maklumkan kepada kami tiada sidang media.. bukannya mengeluarkan kata-kata kesat seolah-olah kami ini tiada maruah...Itu  baru jadi Setiausaha Akhbar TPM... bayangkan kalau satu hari nanti Muhyiddin bergelar PM... pasti dia (Ainon) akan bertambah sombong dan naik tocangnya", kata seorang lagi saksi ditempat kejadian. Paling memalukan, ketika insiden berlaku Restoran Zaman yang terkenal dengan nasi lemak itu dipenuhi dengan orang ramai sejak awal lagi. Mereka juga terkejut melihat sikap Setiausaha Akhbar TPM itu sebenarnya. Difahamkan, perkara ini kemungkinan besar akan diajukan Media Pahang kepada Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dalam masa terdekat.


[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Seseorang pemimpin politik perlu mempunyai pegawai-pegawainya yang mesra rakyat dan tidak sombong. Baik pemimpin kerajaan UMNO BN mahu pun Pakatan Rakyat, senario seperti ini biasa  berlaku. Apatah lagi jika pemimpin terbabit mempunyai jawatan penting. Apa yang berlaku kepada Setiausaha Akhbar Muhyiddin Yassin ini harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak. Gunakan budi bahasa ketika berurusan atau berbicara dengan orang lain, tidak kira siapa dan di mana kita berada. Sikap sombong dan kurang ajar seperti ini harus dihentikan jika tidak mahu ia menjejaskan nama pemimpin terbabit. Muhyiddin perlu mengambil tindakan atas perkara ini jika ingin terus maju dalam politik. Jika tidak, pasti orang disekeliling boleh merosakkan survival politik beliau selepas ini. Lebih mengejutkan apabila Ainon Mohd begitu berbangga dengan gelaran "Datuk" yang dimiliknya hingga sering menegur mana-mana pihak yang tidak memanggil beliau dengan gelaran itu. Apalah ada pada gelaran?. Bukan boleh dibawa mati pun. Tiada siapa yang akan kenal kita "Datuk", "Datin","Tan Sri" atau apa jua gelaran jika kita "tidak popular". Carian kami di internet hanya menjumpai sekeping sahaja gambar Ainon Mohd ini sebenarnya. Ini bermakna beliau bukanlah seseorang yang popular dan tidak wajar dia marah orang lain yang tidak memanggilnya dia "Datuk" kerana mungkin mereka itu langsung tidak mengenali siapakah diri beliau itu gamaknya].

Panas: Radiasi Lynas Buat Najib, Dua Akhbar Popular Australia Main Semula Kes Pembunuhan Altantunya !

Posted: 14 Jan 2013 08:11 AM PST

Mungkin sudah ditakdirkan agaknya, dalam sibuk-sibuk kerajaan Malaysia bertindak membelakangkan kepentingan rakyat ketika membawa masuk kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation dari Australia, tiba-tiba kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (foto) pula diserang bertalu-talu oleh dua buah akhbar popular Australia iaitu The Age dan Canberratimes. Apakah kini radiasi "Lynas" sudah mula terkena kepada Najib dan Rosmah?. Inilah akibatnya bila menipu kononnya "mendahulukan rakyat", tetapi sebaliknya yang diutamakan ialah syarikat Lynas yang tidak membawa apa-apa keuntungan besar kepada rakyat (12 tahun tidak dikenakan cukai) oleh Kerajaan Malaysia itu. Dalam laporan portal milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu keadilandaily yang bertajuk "Akhbar Australia: Kes Pembunuhan Altantunya Jejas Peluang UMNO" semalam. Antara lain, laporan dari portal ini yang dipetik dari akhbar The Age meramalkan  skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri  Malaysia itu akan menjejaskan peluang UMNO BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. "Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang 'panas' dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan UMNO," tulis kedua-dua portal akhbar itu semalam. Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009. "Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya. "Terdapat perbalahan dalam UMNO yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan. "Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan UMNO. Najib sendiri mengatakan ia sebagai 'titik penentu nasib rakyat dan negara'," kata akhbar itu. Pendedahan ini sudah pastinya akan mengejutkan rakyat Malaysia seantero dunia yang selama ini tertanya-tanya siapakah yang arahkan Sirul dan Azilah membunuh Altantunya dengan "bom C4"?. Malah mereka juga hairan kenapa mahkamah tidak membongkarkan apakah motif pembunuhan dan jadikan pistol yang digunakan oleh mereka itu sebagai bahan bukti utama kes ini. Segalanya mungkin akan terjawab menjelang pilihanraya umum ini pastinya !.


[Sungguh tragis, di kala pilihanraya umum ke-13 akan menjelma bila-bila masa dari sekarang, akhirnya radiasi Lynas dari Australia kini mula mengenai Najib Razak. Bagai sudah ditakdirkan Najib pasti akan terkubur bersama projek Lynas yang diagung-agungkan sangat itu. Lynas dari Australian kini menjadi bala buat Najib apabila akhbar-akhbar popular di negara itu kini memainkan semula kes pembunuhan Altantunya Shaaribuu. Ke mana lagi agaknya Perdana Menteri Malaysia itu mahu mengadu sekarang?. Suara rakyat menolak projek Lynas tidak diendahkan, kini akhirnya politik beliau akan dikuburkan bersama keangkuhan mempertahankan pelaburan Australia yang tidak menguntungkan rakyat dan kerajaan itu (12 tahun tidak dikenakan cukai). Apalah malangnya nasib Najib sekarang?. Petanda awal kejatuhan UMNO BN sudah semakin terserlah dengan isu-isu besar yang pastinya akan membuatkan Najib dan Rosmah bagai "cacing kepanasan". Apapun, sama-sama kita tunggu berbagai lagi pendedahan panas kes ini nanti. Jika ini berlaku, maka sudah pasti harapan Najib untuk berada di Putrajaya pasti akan hancur berkecai. Kini musuh politiknya dalam UMNO sendiri juga sedang mengintai peluang untuk terajang Najib dan Rosmah keluar dari kediaman Perdana Menteri Malaysia sebenarnya. Nantikanlah episod seterusnya!].

Tiada ulasan: