Pahang Daily Online |
Terkini: Foto-Foto Awal Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 11 Jan 2013 12:00 AM PST |
Muktamad: Mat Sabu, Himpunan Kebangkitan Rakyat Tetap Akan Di Adakan Di "Stadium Merdeka" Esok !! Posted: 10 Jan 2013 11:17 PM PST KUALA LUMPUR, 11 Jan - Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjurkan pihak pembangkang akan tetap diadakan di Stadium Merdeka esok, walaupun terdapat cadangan agar mereka mengadakannya di Stadium Nasional Bukit Jalil. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan kekal untuk berkumpul di Stadium Merdeka kerana telah mendapat kebenaran daripada Balai Polis Dang Wangi, walaupun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan agar penganjur mengadakan himpunan tersebut di Stadium Bukit Jalil. "Kita telah buat persiapan rapi di Stadium Merdeka sejak beberapa bulan lalu dan menguar-uarkan lokasi tersebut kepada semua peserta. "Kebanyakan peserta datang akan menggunakan perkhidmatan kenderaan awam dan Stadium Merdeka adalah lokasi paling dekat dengan semua kemudahan awam berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini, Jumaat. Beliau turut mengesahkan bahawa peserta KL112 akan berkumpul di lapan lokasi yang ditetapkan sebelum mereka berarak ke Stadium Merdeka. Mat Sabu mendakwa rancangan berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak polis dan mendapat persetujuan pihak berkuasa. "Kita akan berhimpun di lapan lokasi dan berjalan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka di mana di setiap titik pertemuan akan diketuai oleh beberapa orang pemimpin dari Pakatan Rakyat. "Perkara ini telah kami bincangkan dan persetujuan telah dicapai dan mendapat kebenaran dari Ketua Polis Dang Wangi," ujarnya. Lapan lokasi tersebut adalah Jalan Sultan, Pasar Seni, Kelab Sultan Sulaiman, KLCC, Brickfields, Masjid Arrahman Universiti Malaya, Amcorp Mall, dan Masjid Negara. Tambah Mohamad, perjalanan beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka itu bukan seperti protes jalanan yang dibuat sebelum ini sebaliknya berjalan secara aman. "Ia hanya jalan beramai-ramai dan bukan protes atau demonstrasi, kita tidak benarkan sebarang sepanduk yang boleh mengancam keamanan negara atau menghina kerajaan," katanya. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut berada di sidang media tersebut memberitahu seramai 10,000 anggota polis, Unit Amal PAS serta Angkatan Muda PKR turut akan bekerjasama memastikan keselamatan peserta sepanjang perhimpunan tersebut. [Nampaknya, memang wajar Stadium Merdeka menjadi lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat esok kerana distulah bermula segalanya. Masih kita ingat tanggal 31 Ogos 1957, di situlah Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama melaungkan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" dan disambut dengan gembira oleh ribuan rakyat dari seluruh pelosok tanah air yang hadir berbondong-bondong ketika itu. Kini sejarah berulang kembali, pasti laungan keramat "Hidup Rakyat, Hidup Rakyat, Hidup Rakyat" pula pasti bergema selepas lebih 50 tahun ia berlalu. Syabas kepada penganjur yang tidak terpengaruh dengan hasrat pihak polis untuk memindahkan himpunan tersebut disaat-saat akhir yang berkemungkinan akan menggagalkan terus pengguanaan stadium sebenarnya. Apa yang pasti kini rakyat seluruh negara sudah tidak sabar-sabar lagi untuk turun bersama menuntut keadilan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Ayuh, bangkitlah dan tunjukkan sokongan anda dengan hadir ke himpunan tersebut esok]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan