Pahang Daily Online |
- Panas: "Penduduk Keliru", Kenyataan Polis Berbeza Dengan Apa Yang Mereka Saksikan Di Depan Mata !!
- Seorang Lagi Penjenayah Di Tembak Petang Tadi !!
- Panas: Penjenayah Di Berkas, Penduduk Hairan UTK Tembak Salah Seorang Dari Mereka Yang Serah Diri!
Panas: "Penduduk Keliru", Kenyataan Polis Berbeza Dengan Apa Yang Mereka Saksikan Di Depan Mata !! Posted: 10 Jan 2013 02:42 AM PST BUTTERWORTH, 10 Jan - Orang ramai terutamanya pada penduduk kampung Padang Ibu, Guar Perahu, Kubang Semang dan sekitarnya dekat sini keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar (foto) yang mendakwa berlakunya tembak-menembak sehingga menyebabkan polis terpaksa membunuh salah seorang penjenayah terbabit hari ini. Ia berikutan ada beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu mendakwa salah seorang penjenayah yang ditembak di tali air Kg.Padang Ibu dekat sini sebenarnya telah ditembak oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ketika dia keluar dari kereta Proton Perdana yang terbalik untuk menyerah diri. Dalam kejadian itu, UTK dikatakan melepaskan beberapa das tembakan mengenai tubuhnya. Namun, dalam kenyataa media yang dikeluarkan oleh polis hari ini mendakwa polis melepaskan tembakan pada tayar kenderaan terbabit hingga ia terbabas dan terhumban ke dalam sungai (walhal tali air) kemudian berlakunya tembak menembak. Kenyataan itu jelas sekali sesuatu yang tidak masuk dek akal kerana dipercayai penjenayah berkenaan tidak bersenjata. Malah ketika mereka melarikan diri dari tahan polis ketika dibawa ke mahkamah baru-baru ini pun mereka hanya menggunakan "serbuk lada (kari)" terhadap anggota polis terbabit. Maka, mana mungkin mereka boleh melepaskan tembakan sedangkan ketika itu tercedera akibat kereta terbabas. Menurut saksi kejadian, memang ada bukti salah seorang penjenayah berkenaan cuba menyerah diri dan seorang lagi melarikan diri ke kawasan sawah padi yang berdekatan. Beliau juga kemudian telah ditembak oleh pihak polis selepas itu. Ramai yang mempertikaikan tindakan polis terbabit, namun ia sudah berlaku dan kini hanya tingga lima penjenayah saja lagi yang sedang diburu. Sementara itu, ada pihak yang mendawwa tindakan membunuh penjenayah berkenaan ada kaitannya untuk menghapuskan bukti, siapa yang berikan serbuk lada (kari) kepada mereka. Sementara itu seorang lagi penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Chot berkata "Tak ada senjata pun... depa nak ambik senjata kat mana?.. depa lari lepas tu kereta terbabas dalam talia air jer... driver (penjenayah) dah surender (menyerah diri).. tapi kami nampak polis (UTK) tetap tembak.. sorang lagi sempat lompat keluar dari kereta dan lompat naik seberang tali air.. itu pun depa tembak.. punyaah ramai polis mai (datang)... depa duk buat macam kes Mat Komando la pulak... budak (penjenayah) ni bukanah gengster yang glamer mana pun...". Dengan kenyataan para penduduk ini, jelas membuktikan tidak berlaku tembak menembak dalam insiden terbabit sebenarnya. Justeru, siasatan yang rapi perlu dijalankan dan pihak atas (polis) jangan hanya mendengar penjelasan orang bawahan. Sebaliknya mereka juga perlu dengar kenyataan daripada beberapa orang saksi (penduduk kampung) yang berada di lokasi itu. [Kenyataan yang bercanggah oleh pihak polis memang biasa rakyat dengar. Malah ketika himpunan Bersih 2.0 sebelum ini pun banyak kenyataan pihak polis yang dilihat tidak berpijak di bumi yang nyata. Kini, apakah rakyat boleh menerima bulat-bulat kenyataan tersebut. Malah dakwaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang kepada Bernama bahawa polis menembak tayar kereta penjenayah terbabit dan kemudiannya terhumban ke dalam sungai, juga dilihat bercanggah. Dari gambar yang kami siarkan ini jelas sekali ia bukan sungai tetapi hanyalah taliair. Soalnya sekarang, kenapa perlu ada kenyataan bercanggah yang boleh mengelirukan orang-orang kampung? Ramai juga yang marah dan kecewa apabila penjenayah terbabit ditembak, sedangkan mereka tidak membawa apa-apa senjata sekali pun. Sepatutnya mereka itu ditahan dan didakwa atas tuduhan melarikan diri dari tahanan dan mencederakan anggota polis dan bukannya terus ditembak]. |
Seorang Lagi Penjenayah Di Tembak Petang Tadi !! Posted: 10 Jan 2013 12:27 AM PST |
Panas: Penjenayah Di Berkas, Penduduk Hairan UTK Tembak Salah Seorang Dari Mereka Yang Serah Diri! Posted: 09 Jan 2013 10:01 PM PST Krew Pahang Daily Online (PDO) di Pulau Pinang melaporkan, sepasukan anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) telah berjaya menjejaki dua daripada tujuh penjenayah tahanan penjara yang melarikan dari daripada kawalan polis ketika mereka dibawa ke Mahkamah Butterworth baru-baru ini. Difahamkan kereta Proton Perdana yang dipandu penjenayah terbabit telah terbabas ke dalam sebuah tali air di Padang Ibu, Guar Perahu (Kubang Semang, Permatang Pauh) dan polis telah berjaya menembak salah seorang penjenayah terbabit sekitar jam 12.30 tengahari tadi . Seorang lagi penjenayah dipercaya berjaya melarikan diri dan pihak polis sedang menjejaki beliau sekarang. Namun, apa yang mengelirukan orang ramai ialah tindakan UTK menembak penjenayah terbabit sedangkan ketika itu beliau sudah mengangkat tangganya tanda menyerah diri kepada pihak polis. Apakah modus operandi dan SOP yang diikuti untuk membolehkan penjenayah terbabit ditembak sedangkan dia jelas telah menyerah diri berdasarkan laporan krew kami di lokasi kejadian. Menurut seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, beliau hairan kenapa UTK menembak penjenayah terbabit sedangkan dia telah menyerah diri?. "Kami ingatkan bunyi mercun yang dibakar oleh keluarga Cina berdekatan.. rupanya penjenayah ditembak berdas-das oleh UTK.. ramai yang tengok kejadian tu... kenapa perlu tembak.. tangkap jer lar sebab dia tak ada senjata", kata seorang saksi di tempat kejadian. Di percayai penjenayah yang ditembak itu adalah pemandu kenderaan terbabit. Persoalannya apakah wajar dia ditembak ketika beliau cuba menyerah diri?. Jika ini keadaannya, lebih baik mereka yang menjadi penjenayah terus ditembak dan tidak perlu lagi dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan. Tambahan pula sudah disahkan mereka hanya menggunakan senjata "serbuk lada" ketika melepaskan diri dari kawalan polis baru-baru ini. [Apa yang berlaku ini mengingatkan kembali kepada kes adik Aminulrasyid yang juga mati akibat ditembak oleh polis di Seksyen 11 Shah Alam pada tahun 2012 dulu. Kenderaannya juga telah dikejar oleh polis dan arwah yang tidak bersenjata ditembak di bahagian kepala. Soalnya sekarang, dimanakah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diamalkan oleh polis di negara kita. Wajarkah penjenayah yang telah menyerah diri ditembak?. Bukankah di mana-mana negara bagi mereka yang menyerah diri tidak akan diapa-apakan dan dibawa ke muka pengadilan. Apakah ada usaha untuk menutup isu "siapakah yang membekalkan serbuk lada" yang dibaling oleh penjenayah terbabit dalam van polis yang membawa mereka ke mahkamah baru-baru ini. Mereka hanya bersenjatakan serbuk lada, maka kenapa mereka harus ditembak sedemikian rupa (bagaikan mercun api) oleh pihak polis]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan