Rabu, 30 Januari 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


Selangor akan ambil alih urusan air dalam 14 hari

Posted: 30 Jan 2013 01:38 AM PST


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.

"Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata, pihaknya mendapat aduan dari rakyat bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.

Hasil dari siasatan awal yang dilakukan ujar Khalid, kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.

"Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.

"Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga akan memantau aduan kekerapan paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat. -Hrkh

Polis Abaikan Jenayah Sebab Sibuk Ekori Pemimpin Pakatan – Shamsul

Posted: 30 Jan 2013 01:38 AM PST


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tidak matang mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang biadab apabila menyatakan kebenaran kanak-kanak di negara ini tidak selamat ekoran kematian William Yau Zhen Zhong, 6.

Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Ali selaku pemimpin veteran tidak wajar berbuat demikian itu kerana hakikatnya negara berhadapan masalah kadar jenayah terlalu tinggi.

"Ali perlu berhenti membiadapkan pemimpin pembangkang yang peduli dengan permasalahan rakyat. Sebaliknya beliau perlu lebih santun dan berlapang dada menerima kelemahan dan kritikan untuk menambah baik kualiti keselamatan masyarakat seluruh negara.

"Apakah Ali tidak sedar memang wujud masalah berlarutan seumpama ini sejak bertahun lamanya, malah tidak terhad kepada kanak-kanak, kerana ia turut melibatkan wanita dan juga kelompok rakyat yang lemah dan tidak berdaya," katanya pada kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu menambah, masalah jenayah semakin meningkat berpunca daripada sikap polis yang lebih berminat mengekori pemimpin pembangkang daripada menjaga keselamatan negara.

"Di saat ada kelompok Cawangan Khas (SB) yang diarah mengekori jejak langkah pembangkang di seluruh negara, masih ramai penjenayah yang berlegar secara bebas yang mengancam keselamatan negara tanpa kita sedar di kiri dan kanan kita.

"Tambah menjelekkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri pada Julai 2012 pernah menyebut bahawa kadar jenayah negara membimbangkan sehingga menggesa kerajaan tidak menyorok keadaan sebenar kepada rakyat," ujarnya. -KD

[ISU NASHA] Terserah Kepadanya Untuk Sertai Mana-mana Parti Selepas Ini

Posted: 29 Jan 2013 06:34 PM PST



Nik Aziz tidak halang Nasha sertai parti lain

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.

Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

"Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia," katanya kepada media.

Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Pakar Ternakan Lebah Kelulut di Min House Camp, Kubang Kerian yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. -SH



Nasha dipecat dari Majlis Syura kerana merugikan parti, kata Dr Mahfodz


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Majlis Syura menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.

Menurut Timbalan Ketua Majlis Syura PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti, menyebabkan beliau dipecat dalam majlis tersebut.

"Majlis Syura memecat beliau kerana tindak-tanduknya merugikan parti, jadi kita anggap ini adalah proses saringan untuk membaiki dalaman parti.

"Lagipun, beliau tidak hadir dalam tiga mesyuarat Majlis Syura, dan memang ada dalam perlembagaan parti mengatakan beliau boleh dipecat. Ini satu tindakan disiplin," kata Mahfodz yang dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Mahfodz lagi, sokongan akar umbi tidak akan berpecah, memandangkan mereka lebih mengutamakan perjuangan parti dari perjuangan individu.

"Sejarah keluar parti ini dah banyak kali berlaku. (Datuk) Asri Muda, yang merupakan bekas Presiden parti sendiri keluar parti, begitu juga ramai lagi pemimpin PAS juga keluar parti, tetapi akar umbi masih bersama PAS kerana perjuangan parti lebih penting dari individu.

"Yang angkat dia pun orang luar, jadi saya tak nampak perpecahan dalaman parti," kata Mahfodz lagi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata banyak lagi isu yang boleh diulas, kerana pemecatan Nasharuddin bukan satu isu penting bagi parti.

"Banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan, Nasha ni dah tak ada benda, we move on.

"Lagipun dia dah boleh masuk mainstream media, biarlah dia, kalau dia nak masuk Umno pun tak kisah. He is gone case," kata ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung parti tersebut, Datuk Mustafa Ali enggan memberi komen, dengan berkata pihak eksekutif menerima keputusan yang dibuat Majlis Syura.

Semalam Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharuddin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya," kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian Online semalam.

Pada September tahun lalu, Majlis Syura menjadi perhatian apabila kedengaran desas-desus membincangkan perkara mengenai bekas timbalan presiden PAS itu, bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharuddin.

Isu itu berlaku apabila Nasharuddin menggesa PAS mengkaji semula keanggotaan dan kerjasama parti Islam tersebut dengan Pakatan Rakyat, berikutan percanggahan pendapat beliau dengan pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Nasharuddin baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.

Lawatan tersebut walau bagaimanapun dikecam oleh Presiden Mahmoud Abbas yang mewakili pergerakan Fatah.
-TMI

Bekas Puteri Umno sedih difitnah tukar pasangan

Posted: 29 Jan 2013 06:33 PM PST


KUALA LUMPUR: Bekas anggota Puteri Umno, Siti Azma Mohd Zin sedih kerana difitnah oleh Adun BN selepas kisah kemiskinan hidupnya yang tinggal di 'rumah kotak' disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, antara fitnah yang sedang menjadi buah mulut kononnya beliau terlibat dengan perbuatan maksiat dan sering bertukar-tukar pasangan, lapor BuletinOnline.

Beliau memberitahu demikian ketika dikunjungi Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat di 'rumah kotaknya' di Kampung Telaga Mas, Paka, Dungun, semalam.

Lihat video http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gxb2qbSDqbs#!

Tiada ulasan: