Muslimeen United |
- Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO.
- Gambar Terhot : Pasti menerima pelajar Kaum India..
- Bas Paling Mewah Di Dunia.. Saksikanlah!!
- Kes Nizar vs TV3: Tiada Usaha TV3 Sahkan Mesej Twitter Nizar!
Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO. Posted: 02 Jan 2013 10:28 PM PST Seorang pemuda berusianya sekitar 30'an, menemui saya, katanya, mahu bertanya tentang 'Amanat Haji Hadi' yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk basi itu kepada kamu?. "Saya mengetahuinya dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu". Pemuda itu mengaku terus terang tak faham dengan 'Amanat Haji Hadi' yang siarkan pada muka depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika isu kontroversi itu meletup 31 tahun lampau, sang pemuda baru pandai merangkak. Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri. Setelah saya menceritakan inti 'Amanat Haji Hadi' baru pemuda itu faham. Anak matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. "Hebat Haji Hadi" ujarnya dengan bangga. Realitinya, generasi muda sekarang (31 tahun ke bawah) tak tahu apa-apa seputar amanat yang diletupkan semula oleh mereka yang bijak tapi sebenar tolol, justeru ramai dikalangan mereka ingin tahu lantas merujuk kepada yang arif dan pastinya yang arif itu dari kalangan pendukung PAS, kerana apa-apa juga yang bersumberkan dari televisyen dan akhbar propaganda Umno/BN majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayainya lagi. Hakikatnya isu ini amat merugikan Umno/BN, sebaliknya yang mengaut keuntungan ialah PAS! Oleh ~ Rossem Sem. |
Gambar Terhot : Pasti menerima pelajar Kaum India.. Posted: 02 Jan 2013 10:27 PM PST |
Bas Paling Mewah Di Dunia.. Saksikanlah!! Posted: 02 Jan 2013 10:25 PM PST |
Kes Nizar vs TV3: Tiada Usaha TV3 Sahkan Mesej Twitter Nizar! Posted: 02 Jan 2013 10:23 PM PST Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyambung kes perbicaraan saman terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berkaitan isu nombor plat kereta WWW1 berharga RM520 ribu milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Nizar yang ditemani dua orang peguam iaitu Zamri Ibrahim dan Fitri Asmuni tiba kira-kira jam 10. 10 pagi tadi dan menyambung keterangannya jam 2.30 petang tadi. Ahli parlimen Bukit Gantang itu turut ditemani Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri. Pengarang pengurusan kumpulan Media Prima Berhad, Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan satu tulisan di Twitter oleh Nizar. Ketika pemeriksaan balas, Ashraf, 45, juga bersetuju bahawa salah satu keperluan utama dalam kewartawanan adalah pengesahan. Beliau merupakan saksi pertama responden dalam kes saman RM50 juta oleh Nizar ke atas stesen televisyen itu dan produsernya, Rohani Ngah. Ashraf sebelum ini berkhidmat di The New Straits Times Press Berhad (NSTP) sebagai wartawan dan ketua biro Kuantan, selain sebagai koresponden London. Beliau mempersetujui kenyataan peguam Nizar, Mohd Fikri bahawa berita berhubung Nizar dan Sultan Johor itu dikira berita "besar" kerana personaliti yang terlibat. Nizar sebelum ini memberi keterangan bahawa berita Buletin Utama TV3 memfitnahnya dengan memutarbelit tulisannya di Twiiter bahawa bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 "menggunakan wang rakyat", sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian dalam tulisannya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di rumah pada 30 Mei, ketika berita itu disiarkan, dan tiada usaha daripada TV3 untuk menghubunginya. -jalanpulang |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan