Muslimeen United |
- Panas ! 5 Ketua Cawangan Umno Mengamuk, Tutup Bilik Gerakan..!!!
- Selamat menyambut Maulidul Rasul: Mari kita ikut Nabi
- UMCEDEL: Integriti & Salahgunakuasa BN Akan Beri Kesan Buruk Dalam PRU
- Cuba tengok ni BUKAN di Selangor atau Kelantan tapi di PAHANG ,,, TV3 malukan Najib
- Debat Nizar vs Zambry: Gagal dalam berjaya
- [VIDEO] Bekas Jenderal Dedah Kementerian Pertahanan Beli Senjata Secara Rasuah
- Fenomena Listen! Versi Ust Azhar Idrus
- Usaha ketepi Najib dari kepimpinan Umno macam 'real' nampaknya
Panas ! 5 Ketua Cawangan Umno Mengamuk, Tutup Bilik Gerakan..!!! Posted: 23 Jan 2013 08:19 PM PST Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup SEBAHAGIAN besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. Kali ini rakyat kena cerdik jangan percaya lagi janji-janji BN yang puluhan tahun yang mengarut, mereka lebih mementingkan kroni dan perut dari rakyat. Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan. Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan. "Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab. "Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian. Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji. "Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti. "Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini," katanya. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti. "Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut. "Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat," katanya. Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukar kepada tanah tol. Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol. "Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja. "Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup," katanya. |
Selamat menyambut Maulidul Rasul: Mari kita ikut Nabi Posted: 23 Jan 2013 08:14 PM PST PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Firman Allah SWT yang bermaksud : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini. Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan. Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan? Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua apsek kehidupan. Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya. Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia. Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda. Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar. Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi. Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun. Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata. Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini. Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya. Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah. Sekian. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) Bertarikh : 12 Rabiul Awwal 1434H |
UMCEDEL: Integriti & Salahgunakuasa BN Akan Beri Kesan Buruk Dalam PRU Posted: 23 Jan 2013 08:14 PM PST Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN. "Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin kerajaan seperti Deepak Jaikishan, NFC dan lain-lain yang melibatkan ketelusan pemerintah masih lagi menjadi perkara utama yang diperkatakan," kata Mohammad Redzuan semasa membentang kajian hari ini. Beliau turut menegaskan pengundi memiliki pandangan yang berbeza terhadap BN dan PR, namun menekankan perkara pokok yang dilihat penting adalah daripada sudut pentadbiran. "Bagi Pakatan, isunya adalah perbalahan. Manakala bagi BN pula isunya adalah integriti. "Pengundi sebenarnya melihat daripada sudut pentadbiran," tambah beliau lagi. Dalam tinjauan terbaru UMCEDEL yang melibatkan 1,409 orang responden mendapati sebanyak 78 peratus bersetuju bahawa isu integriti dan salahguna kuasa akan memberikan kesan kepada prestasi BN, manakala 11 peratus berkata tidak dan 11 peratus lagi tidak pasti. Lebih menarik lagi, penemuan UMCEDEL tersebut mendapati majoriti 95 peratus masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka. Selain itu juga, rata-rata masyarakat kaum Cina menyatakan kelemahan kerajaan mengurus ekonomi negara sehingga berlakunya peningkatan hutang, isu kilang nadir bumi Lynas dan kenaikkan harga barang juga faktor utama akan menjejaskan sokongan kepada BN. Berbeza dengan BN, percanggahan pendapat dikalangan parti dalam PR dilihat pengundi sebagai akan menjejaskan sokongan mereka dalam pilihan raya nanti. "Bagi Pakatan, perkara yang menjadi fokus utama akan menjejaskan sokongan adalah percanggahan pendapat, khususnya melibatkan isu seperti Hudud, kalimah 'Allah' baru-baru ini dan lain-lain," tambah Mohammad Redzuan. Daripada kajian UMCEDEL, sebanyak 59 peratus berkata bersetuju percanggahan pendapat dalam kalangan parti PR (DAP, PAS dan PKR) akan menjejaskan sokongan, 20 peratus tidak setuju dan 21 peratus lagi tidak pasti. Walaubagaimanapun, langkah kerajaan baru-baru ini dengan pelbagai program yang diumumkan dalam Bajet 2013 disambut positif responden yang ditemui oleh UMCEDEL dengan sebanyak 55 peratus bersetuju ia memberikan manfaat kepada rakyat, 22 peratus tidak dan 23 peratus tidak pasti. Selain itu, kerajaan BN turut berdepan lebih banyak lagi tanggungjawab berat jika mahu memastikan kemenangan besar pada pilihan raya kali ini memandangkan kajian badan bebas tersebut mendapati majoriti pengundi memberikan maklum balas positif terhadap janji PR untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan menurunkan harga kereta. Majoriti 50 peratus responden yang ditemui menyokong cadangan tersebut serta menyatakan ia mampu meningkatkan sokongan kepada PR. Pertembungan antara BN dan PR dalam pilihan raya kali ini merupakan yang tersengit dalam sejarah negara, malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah berulang-kali tentang hasratnya mahu mendapatkan mandat besar berbandingan tahun 2008 bagi mendapat sebuah kerajaan yang kuat dan melancarkan perjalanan pentadbiran. Walaupun pilihan raya dijangka akan diadakan selewat-lewatnya April ini, Najib masih lagi tidak memberikan isyarat jelas untuk membubarkan Parlimen mahupun mengumumkan secara rasmi senarai calon yang akan diletaknya pada pilihan raya umum ke-13 tahun ini. Dalam pilihan raya 2008 lalu, BN memperolehi 4.08 juta undi berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - dan pembangkang berharap pengundi baru pada pilihan raya akan datang dapat membantu mereka menambahkan baki kepada parti komponen PR yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. -TMI |
Cuba tengok ni BUKAN di Selangor atau Kelantan tapi di PAHANG ,,, TV3 malukan Najib Posted: 23 Jan 2013 02:51 PM PST |
Debat Nizar vs Zambry: Gagal dalam berjaya Posted: 23 Jan 2013 02:49 PM PST Ini dinyatakan Zambry melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 23 Januari 2013. Bukan melalui jawapan kepada surat rasmi yang dihantar Pakatan Rakyat Perak ke pejabat Umno Negeri tempohari. Maka, debat ini tidak jadi walaupun penganjur masih meneruskan program sepertimana yang dirancang tanpa kehadiran Zambry dan Exconya. Gagal Program debat yang diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh ini dianggap gagal kerana ketidak hadiran pihak Zambry daripada BN yang membuatkan ianya bukan lagi debat kerana hanya satu pihak sahaja yang berucap. Ketidakhadiran Zambry juga telah membuatkan hilang minat orang ramai untuk datang sekaligus menggagalkan sasaran kehadiran yang diharapkan oleh penganjur. Berjaya Walaupun program debat yang gagal itu telah bertukar kepada sebuah forum, namun ianya telah berjaya menyampaikan serta membuka mata dan minda setiap yang hadir mengenai beberapa isu yang diketengahkan. Antara isu yang begitu terkesan kepada hadirin adalah mengenai pemberian tanah dan projek oleh Zambry melalui kerajaan negeri kepada kroni-kroninya. Terketar-ketar seorang warga emas yang menahan kemarahan apabila memberikan komen mengenai isu tersebut sewaktu sesi soal jawab. Penganjur juga telah berjaya membuktikan bahawa yang benar itu berani manakala yang salah itu sentiasa di dalam ketakutan. Pihak Pakatan Rakyat dilihat benar-benar bersedia dengan segala maklumat dan bukti-bukti yang ditonjolkan manakala pihak BN Perak dilihat sedari awal lagi cuba menjauhkan diri daripada debat ini. Inilah peluang yang diberikan oleh Pakatan Rakyat Perak kepada BN Perak yang diketuai oleh Zambry untuk menyata dan membuktikan kebenaran dihadapan rakyat Perak sendiri. Malang sungguh kerana Zambry dan BN Perak masih berdolak-dalih dalam menyatakan kebenaran dan juga menjauhkan diri daripada debat ini yang merupakan wacana ilmiah buat semua pihak. Walaupun debat ini gagal dalam berjaya, ianya telah membuka minda rakyat kepada kebenaran. -Ajijoi |
[VIDEO] Bekas Jenderal Dedah Kementerian Pertahanan Beli Senjata Secara Rasuah Posted: 23 Jan 2013 02:43 PM PST Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah). Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu. Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir. Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut. Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf. Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup. Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk. "Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi. Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal. "Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir. Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik. "Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik. Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri. |
Fenomena Listen! Versi Ust Azhar Idrus Posted: 23 Jan 2013 02:42 PM PST |
Usaha ketepi Najib dari kepimpinan Umno macam 'real' nampaknya Posted: 23 Jan 2013 02:35 PM PST Terperanjat juga saya mendengar 'rumors' yang berkisar hebat di kalangan UMNO yang Najib sudah sampai masa untuk diketepikan untuk menyelamatkan UMNO dari dihumbankan oleh rakyat dalam pilihanraya ini. Malahan isu ini telah pun ditulis oleh beberapa pihak dalam 'cyber space' yang usaha untuk memaksa Najib meninggalkan jawatan atau membuangnya mengikut saluran parti sedang berjalan rancak. Ada penafian dibuat di kalangan UMNO tetapi penafian di kalangan UMNO itu selalunya adalah cara untuk mengiyakan apa yang dikhabarkan itu adalah perkara benar. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim menafikan ada pertelingkahan di antara mereka dahulu, tetapi akhirnya terjawab yang berita yang dikatakan sebagai khabar angin itu adalah perkara yang benar, malahan lebih benar dari apa yang diberitakan itu. Sekarang kedua-duanya telah berputus arang dan tidak boleh memandang di antara satu dengan lain. Saya sendiri acap kali berkata yang musuh Najib yang sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau sebenarnya adalah dari kalangan UMNO sendiri. UMNO tidak terbuka dan apa yang berlaku pun selalunya akan terjadi di dalam gelap buat seketika. Berlainan dari parti-parti dalam Pakatan. Mereka (parti-parti Pakatan) terbuka dan menunjukkan perbezaan mereka secara terbuka dan ini merupakan satu perkara yang sihat. Ada yang tidak sama pendirian tentang isu dalam Pakatan, tetapi perbezaan itulah yang membuatkan mereka berusaha untuk bermuafakat dan ini tidak dapat dilakukan oleh BN. Masakan ada permuafakatan jika tidak ada perbezaannya? Sebaliknya kebaikan ini diambil sebagai perpecahan oleh BN dan media massa memainkan isu ini sebesar yang mungkin bagi memecahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Perbezaan yang sedikit di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itulah yang menyebabkan mereka bersatu dan mereka mempunyai hubungan 'inter-party' yang baik dan bersama-sama menjaganya. Di sebaliknya kita melihat hubungan 'inter-party' dalam BN itu lebih baik dan mereka tidak menampakkan perbezaan mereka dalam semua isu yang berbangkit di kalangan mereka. Tetapi yang paling merbahaya di dalam BN khususnya UMNO, 'politicking' secara senyap-senyap di antara mereka dalam parti pemerintah itu. Permainan politik di antara mereka di dalam UMNO itu sudah menjadi budaya yang tidak dapat dihapuskan lagi dan jika ada usaha-usaha dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib itu, ia tidaklah menjadi isu yang memeranjatkan. Dalam keadaan sekarang, usaha untuk menjatuhkan Najib dengan menggunakan banyak isu peribadi Najib itu, adalah isu-isu yang 'expedient' untuk mereka memaksa Najib keluar dari pimpinan parti dan negara. Ada di kalangan mereka di dalam UMNO sedang berusaha untuk memujuk seorang bekas Menteri Besar untuk mengeluarkan bukti penglibatan Najib dalam satu skandal di sebuah pusat peranginan banyak tahun dahulu. Permainan ini sudah menjadi lumrah dalam UMNO. Itu sebabnya jika pemimpin yang bercita-cita tinggi seperti hendak menjadi pemimpin utama negara penglibatan dengan artis wanita misalnya akan menjadi isu yang paling 'mangkuih' bagi musuh-musuh dalaman parti. Tetapi apa yang tidak di sedari dan di fahami oleh UMNO ialah, mereka ini ditolak secara total oleh sebahagian besar rakyat dan mereka yang melakukan 'politicking' dalaman untuk menjatuhkan Najib itu pun tidak kurang masalah peribadi mereka. Pendeknya jika berjaya usaha sebahagian mereka dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib, mereka atau individu yang menanti untuk mengambil alih Najib itu pun merupakan seorang yang jauh lebih lemah dari Najib dan Abdullah Badawi dahulu. Saya selalu berkata yang siapa sahaja di kalangan yang sedang berada di pesada politik dan kerajaan negara sekarang ini datangnya dari acuan yang sama yang terbentuk sejak Dr Mahathir memerintah kita dahulu. Ia meletakkan kita dalam keadaan 'yang dibuang itu tidak berguna dan yang mengambilalih pun lebih tidak berguna lagi'. Muhyiddin yang dikatakan akan mengambil alih itu pun akan menjadi tidak berguna oleh Dr Mahathir sebaik sahaja beliau (Muhyiddin) mengambil alih Najib nanti dan isu terhadap Muhyiddin juga merupakan isu yang 'real' yang hanya akan dikeluarkan setelah beliau menjadi Perdana Menteri nanti (jika dapat). Jika umur Dr Mahathir masih panjang lagi isu peribadi terhadap Perdana Menteri itu akan hanya berhenti setelah Muhkriz menjadi setidak-tidaknya Timbalan Perdana Menteri. Maksud saya dalam urutan posting ini ialah UMNO ini berkecai kerana permainan Dr Mahathir yang mendapat sokongan dari mereka yang berkepentingan jika Najib jatuh dari pesada kepimpinan. UMNO sesungguhnya tiada berkepimpinan lagi…tiada seorang pun di kalangan ahli-ahli Majlis Tertinggi parti dan dalam jemaah menteri sekarang ini. UMNO telah mencampakkan semua pemimpin yang berkemampuan untuk menjaga keselamatan Dr Mahathir yang tidak mahu sesiapa yang lebih cerah berada di sisi beliau dalam kepimpinan parti dan negara semasa itu. Inilah dia hasilnya yang ahli-ahli UMNO yang menerima warisan Dr Mahathir itu. Dalam keadaan yang sebegitu teruk pun UMNO masih bercita-cita untuk terus memerintah negara. Sudah 55 tahun berada di persada kuasa, maka UMNO belajarlah untuk menjadi pembangkang yang baik pula jika masih ada yang baik di dalam UMNO itu. Cukuplah UMNO berada di tampuk kuasa. Biarlah rakyat mendapatkan 'ambience' siasah yang baru dan diharap Pakatan Rakyat akan dapat melakukannya. Rakyat tidak mahu diperkotak-katikkan lagi. Mereka (Rakyat) mahukan keadaan yang baru dan hidup tanpa tertekan dengan tekanan dan desakan UMNO selama ini. Keadaan negara begitu kritikal dan perubahan sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk melakukannya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan