Selasa, 15 Januari 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


Akhirnya Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM Bertindak..

Posted: 15 Jan 2013 02:29 AM PST

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.

[VIDEO] UMNO Kini Kelam-kabut Dengan Isu Bawani

Posted: 15 Jan 2013 02:26 AM PST


Menteri 'rayu' Bawani, mahu pulih isu

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merayu' KS Bawani, pelajar kontroversi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lantang dengan pendirian mengenai perhimpunan Bersih dan tuntutan pendidikan percuma supaya menghubunginya, dipercayai untuk meredakan isu.

Saifuddin Abdullah menulis di twitter semalam, nombor telefon peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut meghubunginya, selepas seorang pengguna twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun twitter.

Menurut beliau, mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.

Isu ini tercetus apabila rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa, iaitu Bawani untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar UUM bulan lepas memaparkan ahli panel, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar itu dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di hadapan pelajar itu.

Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru dalam BN.



"Minta penjelasan, bila diberi tak nak dengar"

Posted: 14 Jan 2013 04:39 PM PST


(Gambar Utusan yang menunjukkan Ustaz Hadi melancarkan bukunya)


KUALA LUMPUR: "Mula-mula minta penjelasan. Bila kita beri penjelasan, tak nak dengar pula," kata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Politik Presiden PAS.

Dr Samsuri (gambar bawah kanan) mengulas sikap Umno dan para pengikutnya ekoran pelancaran semula buku  buku 'Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta' oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Akhbar Umno, Utusan melaporkan, NGO Umno,  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Johor meminta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menyekat kemasukan buku kecil itu ke negeri tempat lahirnya Umno itu kononnya bagi mengelakkan umat Islam terus berpecah-belah disebabkan amanat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perkasa negeri, Saharuddin Kamijan berkata, selain sekatan, mereka yang membeli, menyimpan mahupun mengedar juga perlu dikenakan tindakan berdasarkan kepada undang-undang sedia ada.

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno mendesak agar Presiden PAS itu memberikan penjelasan mengenai isu 'Amanat Haji Hadi' itu.

Ekoran itu, Tuan Guru Abdul Hadi meminta Umno memberikan masa satu jam siaran secara langsung dalam RTM 1 atau TV3 untuk memberikan penjelasan.

Namun ia ditolak oleh kerajaan BN.

Sehubungan itu, baru-baru ini beliau melancarkan kembali buku yang pernah ditulis oleh beliau pada tahun 2002 bertajuk 'Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta' dengan pengemasan fakta terbaru.

Buku setebal 74 muka surat itu juga mengandungi fakta selain tajuk kecil di bawahnya yang menyebut Penghuraian dan Penjelasan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disusun oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu anak Presiden PAS itu.

Buku itu adalah cetakan kedua. Ia telah dikemaskini bagi memperjelaskan amanat tersebut dan diterbitkan oleh Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia. -Hrkh

TERKEDU DENGAN KISAH #KL112 YANG MENYENTUH HATI

Posted: 14 Jan 2013 04:38 PM PST

KISAH MENYENTUH HATI DI #KL112.

Dalam Perjalan Hidup Ini Setiap Orang Menyumbang Untuk Membuat Kebaikkan. Ini Dia Salah Satu Di #KL112. 
Apabali MohamadSabu Official Melancarkan Derma Beliau Terus Cepat-Cepat Keluarkan Duit Untuk Menderma, Serta Telah Diambil Oleh Petugas Himpunan.  

ALLAH S.W.T. Maha Melihat, Walaupun Beliau Buta. Beliau Salah Seorang Membayar Sewa Stadium 100K. 
* Sungguh Indah Perjalanan Berjuangan Ini. Terima Kasih.Sesunggohnya dia buta tetapi tidak buta hati, dan bakhil Allahuakhbar.. Posted by Abu Luqman

Tiada ulasan: