Jumaat, 11 Januari 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


Akhirnya orang Umno terima ‘Amanat’ - TG Hadi

Posted: 11 Jan 2013 02:13 AM PST


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan petikan dari ucapannya yang dinamakan 'Amanat' oleh pihak tertentu dan akhirnya diterima juga oleh orang Umno.

Dalilnya, kata Ustaz Abdul Hadi, di kalangan pemimpin dan menteri Umno kini tidak lagi menghina hukum Islam serta menerima politik dalam Islam.

"Alhamdulillah, orang Umno terima (amanat) dan dalilnya mereka tidak lagi menghina hukum Islam. Itu respon saya, cuma jangan degillah tak mengaku salah. Tahun 60-an, 70-an (waktu) itu masih ramai yang hina hukum Islam.

"Sekarang ini tidak ada lagi di kalangan orang Umno yang mengatakan 'politik suku, agama suku'…dah tak ada lagi kata macam itu. Mereka pun sudah terima dan percaya politik ada dalam Islam..cukuplah dulu, respon (tindak balas) ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Buku Amanat Haji Haji- Antara Fitnah & Fakta di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Justeru, katanya isu amanat tersebut sengaja ditimbulkan kembali Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila hampir dengan pilihan raya.

"Kita (umat Islam) kena sedar ramai yang tak tahu dengan mengatakan politik tidak ada dalam Islam, (termasuk) hukum jenayahnya…(ini) kerana mereka tak bacalah.

"Akhirnya, berlaku suatu perubahan dan tidak ada lagi termasuk pemimpin-pemimpin (Umno), menteri-menteri pun tak ada yang bercakap (politik suku, agama suku) lagi. Itu suatu respon positiflah, kenapa pula perlu saya hendak tarik (amanat)," tegasnya.

Menurutnya lagi, pihak Jabatan Perdana Menteri sendiri pernah mengeluarkan sebuah buku 'Mustika Hadis' yang dianggap lebih 'keras' mengenai iman dan Islam.

"Ini kerana, hendak 'main-main' pilihan raya saja dan setiap kali menjelang pilihan raya buat keluar isu (amanat) itu…apa ini, tidak baiklah begitu.

"Sebenarnya, bukan saya sahaja yang tulis buku ini. Jabatan Perdana Menteri pun tulis dan allahyarham Tun Razak yang beri kata pendahuluan. Masa itu PAS dalam Barisan Nasional dan Tun Razak jadi Perdana Menteri keluar sebuah buku 'mustika hadis'.

"Dalam buku itu menjelaskan perkara yang merosakkan iman dan Islam pada jilid yang pertama. Tapi mereka tak baca buku (mustika hadis) itu. Bahkan, buku itu lebih keras tapi saya 'perlembutkan' lagi. Sebab buku itu tidak bezakan antara (orang) yang jahil dengan (orang) yang tahu tetapi saya bezakan," jelasnya kepada pihak media.

Kalimah Allah

Beliau yang juga mantan Menteri Besar Terengganu menyelar sikap kerajaan Umno-BN yang mempolitikkan isu kalimah Allah hingga berlaku kecelaruan pemikiran rakyat.

Katanya, pihak Umno sengaja mempolemik isu kalimah Allah dan cuba melemparkan kesalahan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, isu kalimah Allah itu diketengahkan bagi memancing undi orang Melayu yang masih ramai disifatkan sebagai 'buta huruf'.

"Sama dengan isu kalimah Allah, setiap kali menjelang pilihan raya keluar (isu)…apa ini, tidak betul, salah. Pada hal tanggungjawab membenarkan cetak Bible itu, Umno (kerajaan). Dia kerajaan, di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dia yang kawal semua.

"Ini (sekarang) hendak 'lempar' (kesalahan) kepada kita. Jika kita yang memerintah lainlah, ini dia (BN) yang memerintah tapi dicampak 'benda' (isu ) itu kepada kita.

"(Umno) hendak main politik dengan kalimah Allah, bukan boleh begitu. Kita (PAS) bertanggungjawab dengan kalimah Allah ini bukan main-main politik. Kita orang Islam jangan rosakkan Islam," ujarnya ketika menjelaskan isu penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam termasuk dalam Bible versi Melayu.

Pada masa sama, Ustaz Hadi, mengingatkan semua kerajaan yang ada atas dunia hari ini tidak kekal selamanya berkuasa yang akan berakhir ditolak oleh rakyat jika berlaku kezaliman.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. -Hrkh

Kereta JPJ dibakar selepas kemalangan 10 kenderaan

Posted: 11 Jan 2013 02:10 AM PST


Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Pegawai penyiasat trafik polis daerah Manjung, yang bernama Nurul, memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

NONEKemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang

menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Malaysiakini masih cuba untuk mendapat punca kemalangan tersebut dan kemarahan orang ramai itu. -M'kini

Himpunan esok tetap di Stadium Merdeka

Posted: 11 Jan 2013 12:35 AM PST



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menegaskan himpunan esok akan tetap diadakan di Stadium Merdeka seperti perancangan awal.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti yang cuba dikelirukan sesetengah pihak.

"Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis.

"Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. (Gambar atas)

Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai.

"Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam.

"Cuma kita sediakan lapan check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan," katanya.

Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana kapasitinya lebih sesuai.

Ini kerana, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja sedangkan penganjur menjangka penyertaan kali ini mencecah satu juta orang.

Guna pengangkutan awam

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa HKR, Hishamuddin Rais meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke ibu kota bagi mengelakkan kesesakan.

"Pihak penganjur minta sangat-sangat, semua orang guna pengangkutan awam.

"Jangan masuk ke pusat bandar dengan kenderaan sendiri kerana ini akan menyusahkan diri sendiri. Kita berjalan kaki sahaja ke stadium dan stadium pun tidak membenarkan kenderaan diletakkan di bahu jalan," katanya.

Para peniaga juga katanya boleh berniaga seperti biasa tanpa sebarang halangan. -Hrkh

Ahli Ekonomi Ramal Pakatan Rakyat Menang PRU 13!

Posted: 11 Jan 2013 12:34 AM PST


Pakatan Rakyat (PR) akan menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 menurut perkiraan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Dalam laporan The Straits Times Singapura, perkiraan Azrul mendapati BN hanya mampu menang diantara 97 heingga 107 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan, tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi ini juga bermakna PR hanya menjadi kerajaan dengan majoriti tipis, jauh dari apa yang pernah dinikmati oleh BN satu masa dahulu.

Penemuan ini dianggap paling mungkin dalam pembentangan dilakukan oleh jurubank itu di Regional Outlook Forum, Singapura semalam dengan mengambilkira faktor kaum dan demografi.


Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindak balas secara "spontan" serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan "sabotaj ekonomi" oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.

Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini.

Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU.

Ini termasuklah pemberian pusingan kedua RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah, pengembangan pemberian tersebut kepada golongan muda belum berkahwin berpendapatan bawah RM3,000 sebulan menerima sebanyak RM250.

Awal minggu ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian tersebut dijadikan tetap dan dinaikkan kepada RM1,000 jika BN menang PRU.

Bantuan lain termasuklah voucher buku RM500 dan rebat untuk telefon pintar sebanyak RM250 bagi pelajar.

Populariti Najib jatuh dua mata peratusan dari 65 peratus pada November kepada 63 peratus baru-baru ini dalam tinjauan terbaru oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center.

Pusingan sebelumnya pemberian BR1M telah meningkatkan sokongan untuk Najib, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima utama.

Tetapi "Himpunan Kebangkitan Rakyat" yang disokong PR esok memberikan risiko terhadap kerja-kerja BN, sepertimana perhimpunan Bersih 28 April 2012 dikatakan menjadi sebab menagapa Najib tidak mengadakan pilihan raya mengejut tahun lalu.

Najib mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya 2013 bila-bila masa sebelum 27 April, dimana Parlimen akan dibubarkan dan secara automatiknya pilihan raya akan dijalankan.

Terkini Dari Penang : Gambar gambar Penjenayah yang di Tembak mati !!

Posted: 10 Jan 2013 04:56 PM PST


Orang Ramai yang melihat dari jauh kereta yg di curi Penjenayah


Polis mengangkat Mayat Jo Mafia dan rakanya

Helikopter Polis berlegar di udara..mencari saki baki penjenayah
                                      Orang ramai yang meninjau dari jauh kereta jo mafia

Mungkin ini dia Jo Mafia Yang Ditembak Polis..FB

[EDISI TERDESAK] Perkasa & Pemuda UMNO Hantar SMS Ugutan Kepada SAMM

Posted: 10 Jan 2013 04:55 PM PST


HKR: SAMM terima SMS ugutan Perkasa & Pemuda Umno

Samseng Umno menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada semua ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), ekoran takut dengan gelombang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu ini.

Perkara itu didedahkan Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Shariful Azmir Mustafa.

Menurutnya, SMS itu diterima tiga hari lalu oleh pimpinan tertinggi SAMM seluruh negara.

"Beberapa hari lalu, aktivis dan ahli SAMM diganggu dengan SMS berbaur ancaman dan ugutan daripada pihak yang menamakan diri mereka Perkasa, Pekida dan Pemuda Umno untuk halang dan timbulkan provokasi agar perhimpunan bertukar menjadi pertumpahan darah," jelasnya kepada pemberita.

SMS yang diterima itu, antaranya berbunyi "Kami akan halang himpunan haram dari malam lagi. Kami Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO lagi akan tunggu di d/merdeka dari malam lagi. Jangan jadi pengkhianat negara".

"Ternyata regim usang ini sedang menghayati zaman akhir pemerintahan mereka dengan melakukan provokasi, sabotaj dan menggunakan samseng upahan untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas menyerahkan sejambak bunga kepada Timbalan Ketua Balai IPD Dang Wangi, M Nazir, di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Menurut Shariful Azmir, SAMM tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis kerana menyifatkan tindakan bacul samseng Umno itu sebagai isu remeh.

"Kita tidak akan lapor polis kerana mahu fokus kepada HKR di Stadium Merdeka 12 Januari ini.

"Tidak perlu kami layan provokasi kerana kami sudah terbiasa dengan sikap samseng Umno," katanya.

Penyerahan bunga tersebut sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan polis ke HKR secara aman menjaga keselamatan rakyat.

Bagaimanapun, M Nazir yang berlagak sombong menolak untuk menerima risalah dan brosur mengenai pesanan kepada pihaknya supaya tidak menzalimi rakyat, sebaliknya menyatakan tugas mereka menjaga 'keselamatan' rakyat.

[HOT!] : PM BARU BAGI MALAYSIA? Najib akan dipaksa meletak jawatan atas ‘sebab kesihatan’?

Posted: 10 Jan 2013 04:54 PM PST

Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanandijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin,atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan.

Cakap-cakap itu telah diganti pula oleh spekulasi panas bahawa Najib telah jatuh sakit. Menurut Sarawak Report, para doktornya telah diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga pada hujung minggu lalu. Tidak dinafikan terdapat banyak tekanan pada Najib dan isterinya Rosmah Mansor terutama sekali sejak beberapa minggu yang lalu apabila mereka menjadi sasaran rentetan pendedahan rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan.

Apabila pasangan pertama ini tidak menjawab apa-apa dakwaan serius dan juga 'ketiadaan' Najib di mata awam sejak dua minggu lalu telah menimbulkan syak wasangka bahawa ada sesuatu telah berlaku. Ada juga berspekulasi bahawa Najib mungkin telah ke luar negara untuk menerima rawatan.

"Apa yang kita minta ialah supaya pentadbiran BN menjelaskan dengan segera keadaan sebenar. Kita semua tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila PM tiada kelihatan. Tiada kenyataan telah dikeluarkan berkenaan ketiadaannya dan tiada juga kenyataan dari mereka bagi menangkis dakwaan serius yang telah dibuat oleh Deepak," Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Meraih undi simpati dari pengundi Melayu yang keliru

Najib mengambil alih sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara yang ke- 6 pada April 2009 selepas membantu Mahathir dan Muhyiddin menggulingkan Abdullah Badawi yang dipersalahkan atas prestasi lemah Umno-BN dalam pilihan raya 2008. Sekarang, ironinya, Najib pula mendapati dirinya diketepikandengan cara yang sama sepertimana dia telah menjadikan Badawi terasing dari dunia politik.

Ia merupakan rahsia yang diketahui umum bahawa 'panglima' Umno sedang merebut kerusi untuk bertanding pada PRU ke-13 dan Najib telah mengikut kata hatinyadenganmembuat keputusan bahawa dia akan kekal dalam kuasa. Walaupun bermacam-macam cerita telah diputar oleh media dari kedua-dua belah pihak, semua tahu bahawa Najib dan Rosmah hanya mahu mengadakan pilihanraya selepas tempoh 5 tahun Umno berakhir, manakala Muhyiddin dan Mahathir mahukan pilihanraya diadakan seawal tahun lepas.

Apabila Muhyddin memberitahu akhbar pada awal tahun baru bahawa adalah lebih baik jika tarikh PRU ke-13 kekal 'misteri', ia terus merangsang 'teori konspirasi' yang sedang hangat diperkatakan bahawa Najib akan dikeluarkan tidak lama lagi. Muhyiddin kemudian akan mengambil alih dan membenarkan Parlimen tamat tempoh tanpa dibubarkan, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang pro-BN mengadakanpilihanraya di seluruh negara hanya pada bulan Jun supaya membolehkan 'luka' dalaman Umno untuk sembuh dan negara, terutamanya pengundi Melayu yang berpengaruh membiasakan diri dengan PM baru yang menerajui negara.

"Mereka berharap pada imej pro-MelayuMuhyiddinuntuk membolehkan Umno-BN mengekalkan kuasa serta ketakutan orang Melayu kepada sesuatu yang tidak mereka ketahui dan simpati kepada Najib yang sedang sakit - jika benar dia sedang sakit - untuk membantu mereka," kata Tian.

"Kami kini dalam zon yang samar-samar kerana tidak tahu apakah helah Umno-BN seterusnya untuk berpaut kepada kuasa. Semuanya akan bergantung kepada pengumuman yang akan dibuat dalam beberapa hari akan datang. Kemudian barulah kami akan mendapatkan gambaran yang lebih jelas."

Muhyiddin yang bercita-cita tinggi & 'kamikaze' Dr M


Pada pertengahan bulan Disember, sumber-sumber politik telah memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian Umno di tiga negeri - Johor, Terengganu dan Perak - telah memulakan usaha memaksa Najib untuk berundur, dengan memberi alasan meningkatnya kes-kes skandal terutama sekali rasuah berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Antara petanda awal perbalahan dalaman UMNO sedang memuncak adalah khabar angin mengenai rusuhan kaum yang telah disebarkan oleh beberapa blogger pro-UMNO. Perbuatan pemimpin UMNO dan sekutunya seperti Ibrahim Ali dan Shahrizat Jalil menakut-nakutkan orang ramai dengan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang telah meninggalkan beribu-ribu cedera dan ratusan kehilangan nyawa telah mengeruhkan lagi keadaan.

Mewujudkan ketakutan dengan menggunakan ancaman rusuhan kaum untuk mematahkan kebangkitan rakyat adalah 'lambang' taktik yang digunakan oleh Umno untuk menyembunyikan pertelingkahan dalaman. Rusuhan 13 Mei telah didedahkan sebagai konspirasi Umno untuk menggulingkan presiden ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Ia adalah perebutan kuasa yang telah membolehkan ayah Najib, Abdul Razak Hussein dan Mahathir Mohamad memegang kuasa.

Oleh itu, apabila timbul cakap-cakap menyemarakkan insiden Mei 13 baru-baru ini, pemerhati politik mula berjaga-jaga.

Membenarkan Najib untuk keluar dengan cara terhormat


Pemerhati Umno percaya bahawa Mahathir Mohamad, 'pemain boneka' utama dalam Umno, telah memutuskan untuk menjadikan Muhyiddin bonekanya dan kesan saat-saat akhir dalam kepimpinan walaupun ramai telah memberi amaran bahawa ia bakal menambahkan kesan yang lebih teruk bagi perbalahan dalam Umno .

Kerana itulah mereka mewujudkan khabar angin 'strok kecil' untuk membenarkan Najib berundur dengan cara yang terhormat atas sebab-sebab kesihatan. Sama ada benar atau tidak Najib sakit bukanlah perkara utama. Bagi pesaingnya dalam Umno, kesihatan yang kurang memuaskan adalah semata-mata memberi Najib sebab untuk 'menyerahkan' kuasanya.

"Mahathir adalah seorang pejuang kamikaze (berani mati). Dia tidak perlukan undang-undang darurat atau mana-mana undang-undang jika dia mahu melakukan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia membubarkan UMNO lama dan mencipta UMNO Baru, lihatlah bagaimana dia melemparkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara, diisytiharkan perang habis-habisan ke atas Abdullah Badawi, " kata seorang pemerhati politik veteran kepada Malaysia Chronicle.

"Tetapi pilihan melambatkan PRU ke-13 dan mengenakan undang-undang ketenteraan bukanlah pilihan bagi mereka. Panglima UMNO tahu jika mereka berbuat demikian, mereka berkemungkinan besar dimasukkan ke dalam penjara dan dihina. Ia adalah lebih baik untuk bertarung di peti undi. Lagipun, mereka telah melakukan banyak penyelewengan pada daftar undi yang begitu banyak kekayaan di luar negara, mereka mungkin akan mencuba nasib mereka di mahkamah jika rejim baru memerintah bakal mendakwa mereka kerana merompak. "

"Sudah tidak syak lagi Mahathir telah cuba untuk menukar PM untuk meningkatkan semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13 Dia selalu menjadi orang yang paling berani bertaruh berbanding yang lain. Dia bersedia untuk memperjudikan segalanya untuk menang besar dengan menggunakan imej pro-Melayu Muhyiddin. Untuk berbuat demikian, mereka akan membangkitkan sentimen Melayu. Setakat ini, yang ada hanyalah retorik. Sekarang kita sudah mendengar cerita tentang rusuhan kaum. Oleh itu, ada kemungkinan besar apa yang berlaku seterusnya adalah kejadian yang sebenar. Khabar angin bahawa mereka boleh membangkitkan insiden kecil di sana sini untuk mengumpul kemarahan orang Melayu dan mereka boleh melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO dan kongsi gelap Cina dan India. "


-Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: