MIMPI SENJA |
- HKR #KL112 - PESANAN DARI PENGANJUR
- TERKINI : Polis menembak mati/cedera tahanan lari dari polis
- KEMENTAH, awat hampa dok diam saja bila Ropiaah tak bayar RM72.5 juta????? Mana PUSPAHANAS????
- HKR KUALA LUMPUR #112 : Tiada Perarakan, hanya Lenggang Lenggok ke stadium - Mat Sabu
- Malaysia dapat PM baru sebelum PRU 13
- HKR KUALA LUMPUR #112 : Apa muslihat Hishammudin?
- POLIS DOK CARI ...Kalau ternampak report polis jer
- SAH : HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 12 JAN DI STADIUM MERDEKA ... Pakat2 mai ramai-ramai
- TERKINI 3.30 PTG : KUALA LUMPUR #112 :PENGURUSAN STADIUM MERDEKA DAH KATA OK
HKR #KL112 - PESANAN DARI PENGANJUR Posted: 09 Jan 2013 10:30 PM PST PENGUMUMAN PENGANJUR HKR 112 - perundingan berjalan lancar antara penganjur dengan pemilik stadium merdeka - petang ini jawantakuasa akan bertemu dengan tuan ocpd dang wangi sila tunggu maklumat terkini SISTEM PENGANGKUTAN AWAM pihak penganjur meminta warga yang akan datang sabtu ini ke stadium merdeka sila datang dengan mengunakan sistem pengangkutan awam sila beri kerja sama ini gunakan keretapi gunakan bas gunakan lrt gunakan monorail gunakan komuter ini untuk mengelakakan dari kesesakan DI TAHAP INI TELAH DI PERSETUJUI PEKARA INI: pihak penganjur telah berbincang dengan KETUA POLIS NEGARA yang mahukan ada pemimpin yang dapat dikenali memimpin orang ramai berjalan perlahan-lahan beratur dan bersopan masuk menuju ke stadium merdeka MULA BERJALAN DARI BEBERAPA TEMPAT: warga selangor warga klang warga pj anak mahasiwa MULA DARI MASJID UNIVERSITI JALAN PANTAI adam adli - mahasiswa safuan anang - mahasiswa raja iskandar - pas YB nurul izzah YB eng swee lin - china jawa MULA DARI BRICKFEILD aru - psm maria chin abdullah - empower raja ratnam - warga aman faizal - OKU zunar - seniman dan kartunis MULA DARI KLCC anak royalti mazlan aliman - anak YB hussam musa Yb teng chang kim MULA DARI JALAN SULTAN selamatkan jalan sultan kampong warisan cik gu isham surin - muafakat YB tan kok way MULA DARI PASAR SENI wanita YB dr.siti maria YB teresa kok YB elizebeth wong MULA DARI DATARAN MERDEKA kumpulan hijau YB ronnie liu wong tuck MULA DARI KELAB SULTAN SULAIMAN smm anak anak muda cik gu bard BERMULA DARI MASJID NEGARA warga kota yang singgah beribadat di masjid negara YB azmin ali YB mijahid rawa YB khalid samad INGATAN semua warga diminta berjalan dengan sopan berjalan dengan teratur menuju ke stadium merdeka warga dari utara diminta berhenti di rawang berhenti di tanjung malim berhenti dikawasan yang ada komuter naik komuter dan turun ke KL SENTRAL warga yang turun ke kl sentral sila mula berjalan dari brickfeild sila bawa air minuman sila bawa biskut dan gula gula sila bawa panadol jangan bawa duit yang banyak jangan bawa barang kemas pakai ringan dan santai pakai kasut getah bukan kasut tinggi tumit WARUNG DAN GERAI semua warung dan gerai hanya boleh dibuka disekitar kawasan bawak monorail maharaja lela disekitar kawasan dewan perhimpuanan china disekitar kawasan lrt hang tuah KERETA DAN MOTOSIKAL semua jenis kereta dilarang masuk ke dalam persekitaran stadium dilarang masuk ke jalan hadaopan stadium ini bertujuan untuk mengelakkan sesak NOTA: ini adalah perhimpunan aman sila elakkan dari pembuat provokasi sila jangan buat huru sila jagan buat hara NOTA: inilah sejarah kali kedua stadium merdeka dipulangkan kepada rakyat untuk kegunaan rakyat PERATURAN STADIUM MERDEKA jika telah penuh warga dinasehtakan dudk diluar alat pembesar suara ada dipasang stadium yang cuba dimusnahkan oleh madey telah diselamatkan oleh dolah badawi justeru stadium ini adalah warisan kita semua maka sila pastikan tidak ada keroskana berlaku yang merosakan stadium ini pastikan memiliki sifat madey juahkan diri dari sifat madey |
TERKINI : Polis menembak mati/cedera tahanan lari dari polis Posted: 09 Jan 2013 09:57 PM PST PENANTI: Beberapa lelaki dipercayai suspek yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth dari Penjara Pulau Pinang ditembak polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Kampung Pelet,di sini,sebentar tadi. Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar. Beliau berkata, jumlah suspek belum diketahui tetapi memberitahu ada suspek yang mati dan ada yang cedera. Beliau ketika ini dalam perjalanan ke tempat kejadian. |
KEMENTAH, awat hampa dok diam saja bila Ropiaah tak bayar RM72.5 juta????? Mana PUSPAHANAS???? Posted: 09 Jan 2013 09:21 PM PST |
HKR KUALA LUMPUR #112 : Tiada Perarakan, hanya Lenggang Lenggok ke stadium - Mat Sabu Posted: 09 Jan 2013 08:07 PM PST Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa penganjur tidak akan mengadakan perarakan ke Stadium Merdeka bagi perhimpunan 12 Januari."Tidak ada perarakan, cuma berjalan lenggang lenggok secara bersantai ke sana," katanya sambil diiringi ketawa kecil wartawan. Tambahnya, penganjur akan memaklumkan kepada ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar mengenai kesediaan Stadium Merdeka untuk membenarkan lokasi itu digunakan bagi perhimpunan tersebut. Selain itu, penganjur juga akan menghantar wakil untuk bertemu ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok bagi menyelaras kerjasama berhubung perhimpunan tersebut. "Hasrat IGP mahukan perhimpunan ini himpunan yang bersejarah, aman, teratur sebelum pilihan raya umum kerana selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambil alih melalui proses demokrasi. "Himpunan ini akan menjadi rekod kepada negara dunia ketiga dengan memberi isyarat kepada SPR dan pengamal media kerajaan supaya menunaikan tuntutan rakyat. "Kita tak mahu ambil alih (negara) melalui pertumpahan darah," katanya. Selain itu, pihaknya akan menghantar delegasi itu bertemu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok untuk menyelaraskan kerjasama bagi menjaya perhimpunan tersebut, katanya. Seorang lagi anggota jawatankuasa penganjur, Tian Chua berkata beliau tidak melihat bahawa kekacauan akan berlaku dalam perhimpunan berkenaan. "Pihak penganjur dan polis sentiasa mengadakan perbincangan dan dialog untuk memastikan ia berjalan dengan lancar," kata Tian. Polis juga tidak meletakkan syarat yang melarang orang membawa kain rentang pada perhimpunan tersebut dan pihaknya memberi jaminan akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan pada hari tersebut. "Polis tidak akan membuat sekatan jalan raya. Polis memberi jaminan tidak akan ada halangan. Dan kita ada wakil untuk bantu orang ramai ke stadium. Seorang lagi anggota jawatankuasanya, Hishamuddin Rais berkata, perhimpinan berkenaan antara lainnya akan diisi dengan ucapan pemimpin parti politik, NGO dan diselang seli dengan lagu dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Pihak penganjut juga akan membaca deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, katanya. -mk Comandan Berjalan Lenggang Lenggok HKR #112 Stadium Merdeka |
Malaysia dapat PM baru sebelum PRU 13 Posted: 09 Jan 2013 05:43 PM PST Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanan dijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin,atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan. Cakap-cakap itu telah diganti pula oleh spekulasi panas bahawa Najib telah jatuh sakit. Menurut Sarawak Report, para doktornya telah diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga pada hujung minggu lalu. Tidak dinafikan terdapat banyak tekanan pada Najib dan isterinya Rosmah Mansor terutama sekali sejak beberapa minggu yang lalu apabila mereka menjadi sasaran rentetan pendedahan rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan. Apabila pasangan pertama ini tidak menjawab apa-apa dakwaan serius dan juga 'ketiadaan' Najib di mata awam sejak dua minggu lalu telah menimbulkan syak wasangka bahawa ada sesuatu telah berlaku. Ada juga berspekulasi bahawa Najib mungkin telah ke luar negara untuk menerima rawatan. "Apa yang kita minta ialah supaya pentadbiran BN menjelaskan dengan segera keadaan sebenar. Kita semua tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila PM tiada kelihatan. Tiada kenyataan telah dikeluarkan berkenaan ketiadaannya dan tiada juga kenyataan dari mereka bagi menangkis dakwaan serius yang telah dibuat oleh Deepak," Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Meraih undi simpati dari pengundi Melayu yang keliru Najib mengambil alih sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara yang ke- 6 pada April 2009 selepas membantu Mahathir dan Muhyiddin menggulingkan Abdullah Badawi yang dipersalahkan atas prestasi lemah Umno-BN dalam pilihan raya 2008. Sekarang, ironinya, Najib pula mendapati dirinya diketepikandengan cara yang sama sepertimana dia telah menjadikan Badawi terasing dari dunia politik. Ia merupakan rahsia yang diketahui umum bahawa 'panglima' Umno sedang merebut kerusi untuk bertanding pada PRU ke-13 dan Najib telah mengikut kata hatinyadenganmembuat keputusan bahawa dia akan kekal dalam kuasa. Walaupun bermacam-macam cerita telah diputar oleh media dari kedua-dua belah pihak, semua tahu bahawa Najib dan Rosmah hanya mahu mengadakan pilihanraya selepas tempoh 5 tahun Umno berakhir, manakala Muhyiddin dan Mahathir mahukan pilihanraya diadakan seawal tahun lepas. Apabila Muhyddin memberitahu akhbar pada awal tahun baru bahawa adalah lebih baik jika tarikh PRU ke-13 kekal 'misteri', ia terus merangsang 'teori konspirasi' yang sedang hangat diperkatakan bahawa Najib akan dikeluarkan tidak lama lagi. Muhyiddin kemudian akan mengambil alih dan membenarkan Parlimen tamat tempoh tanpa dibubarkan, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang pro-BN mengadakanpilihanraya di seluruh negara hanya pada bulan Jun supaya membolehkan 'luka' dalaman Umno untuk sembuh dan negara, terutamanya pengundi Melayu yang berpengaruh membiasakan diri dengan PM baru yang menerajui negara. "Mereka berharap pada imej pro-MelayuMuhyiddinuntuk membolehkan Umno-BN mengekalkan kuasa serta ketakutan orang Melayu kepada sesuatu yang tidak mereka ketahui dan simpati kepada Najib yang sedang sakit - jika benar dia sedang sakit - untuk membantu mereka," kata Tian. "Kami kini dalam zon yang samar-samar kerana tidak tahu apakah helah Umno-BN seterusnya untuk berpaut kepada kuasa. Semuanya akan bergantung kepada pengumuman yang akan dibuat dalam beberapa hari akan datang. Kemudian barulah kami akan mendapatkan gambaran yang lebih jelas." Muhyiddin yang bercita-cita tinggi & 'kamikaze' Dr M Pada pertengahan bulan Disember, sumber-sumber politik telah memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian Umno di tiga negeri - Johor, Terengganu dan Perak - telah memulakan usaha memaksa Najib untuk berundur, dengan memberi alasan meningkatnya kes-kes skandal terutama sekali rasuah berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Antara petanda awal perbalahan dalaman UMNO sedang memuncak adalah khabar angin mengenai rusuhan kaum yang telah disebarkan oleh beberapa blogger pro-UMNO. Perbuatan pemimpin UMNO dan sekutunya seperti Ibrahim Ali dan Shahrizat Jalil menakut-nakutkan orang ramai dengan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang telah meninggalkan beribu-ribu cedera dan ratusan kehilangan nyawa telah mengeruhkan lagi keadaan. Mewujudkan ketakutan dengan menggunakan ancaman rusuhan kaum untuk mematahkan kebangkitan rakyat adalah 'lambang' taktik yang digunakan oleh Umno untuk menyembunyikan pertelingkahan dalaman. Rusuhan 13 Mei telah didedahkan sebagai konspirasi Umno untuk menggulingkan presiden ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Ia adalah perebutan kuasa yang telah membolehkan ayah Najib, Abdul Razak Hussein dan Mahathir Mohamad memegang kuasa. Oleh itu, apabila timbul cakap-cakap menyemarakkan insiden Mei 13 baru-baru ini, pemerhati politik mula berjaga-jaga. Membenarkan Najib untuk keluar dengan cara terhormat Pemerhati Umno percaya bahawa Mahathir Mohamad, 'pemain boneka' utama dalam Umno, telah memutuskan untuk menjadikan Muhyiddin bonekanya dan kesan saat-saat akhir dalam kepimpinan walaupun ramai telah memberi amaran bahawa ia bakal menambahkan kesan yang lebih teruk bagi perbalahan dalam Umno . Kerana itulah mereka mewujudkan khabar angin 'strok kecil' untuk membenarkan Najib berundur dengan cara yang terhormat atas sebab-sebab kesihatan. Sama ada benar atau tidak Najib sakit bukanlah perkara utama. Bagi pesaingnya dalam Umno, kesihatan yang kurang memuaskan adalah semata-mata memberi Najib sebab untuk 'menyerahkan' kuasanya. "Mahathir adalah seorang pejuang kamikaze (berani mati). Dia tidak perlukan undang-undang darurat atau mana-mana undang-undang jika dia mahu melakukan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia membubarkan UMNO lama dan mencipta UMNO Baru, lihatlah bagaimana dia melemparkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara, diisytiharkan perang habis-habisan ke atas Abdullah Badawi, " kata seorang pemerhati politik veteran kepada Malaysia Chronicle. "Tetapi pilihan melambatkan PRU ke-13 dan mengenakan undang-undang ketenteraan bukanlah pilihan bagi mereka. Panglima UMNO tahu jika mereka berbuat demikian, mereka berkemungkinan besar dimasukkan ke dalam penjara dan dihina. Ia adalah lebih baik untuk bertarung di peti undi. Lagipun, mereka telah melakukan banyak penyelewengan pada daftar undi yang begitu banyak kekayaan di luar negara, mereka mungkin akan mencuba nasib mereka di mahkamah jika rejim baru memerintah bakal mendakwa mereka kerana merompak. " "Sudah tidak syak lagi Mahathir telah cuba untuk menukar PM untuk meningkatkan semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13 Dia selalu menjadi orang yang paling berani bertaruh berbanding yang lain. Dia bersedia untuk memperjudikan segalanya untuk menang besar dengan menggunakan imej pro-Melayu Muhyiddin. Untuk berbuat demikian, mereka akan membangkitkan sentimen Melayu. Setakat ini, yang ada hanyalah retorik. Sekarang kita sudah mendengar cerita tentang rusuhan kaum. Oleh itu, ada kemungkinan besar apa yang berlaku seterusnya adalah kejadian yang sebenar. Khabar angin bahawa mereka boleh membangkitkan insiden kecil di sana sini untuk mengumpul kemarahan orang Melayu dan mereka boleh melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO dan kongsi gelap Cina dan India. " |
HKR KUALA LUMPUR #112 : Apa muslihat Hishammudin? Posted: 09 Jan 2013 06:58 AM PST Mengejutkan! Malah sungguh tak disangka-sangka! Melalui dua mesej berturut-turut di laman sosial Twitter milik menteri dalam negeri, Hishammuddin Hussein, dia menyarankan supaya Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur diubah ke Stadium Nasional, Bukit Jalil. Alasannya, atas sebab keselamatan selain dia sendiri menganggarkan lebih daripada 35 ribu yang akan hadir pada himpunan tersebut sedangkan itulah angka maksimum yang boleh diisi di dalam stadium yang sudah berusia 55 tahun itu. Kedua-dua mesej selang tiga minit Hishammuddin terpapar di bawah: @HishammuddinH2O Oleh krn kedua2 Stadium telah setuju permintaan Mat Sabu, kalau sasar bgtu ramai lebih baik pilih Bukit Jalil. Itupun klu mrk benar2 ikhlas. Manakala tweet seterusnya dengan jelas menyatakan bahawa Stadium Nasional lebih sesuai sambil merujuk insiden semasa Bersih 3.0 yang memalukan Umno dan Barisan Nasional (Bn) sendiri. @HishammuddinH2O: Std Bkt Jalil-sesuai & selamat. X susahkan rakyat. Jadikan Bersih 3 sebagai iktibar.... Bagaimanapun, kedua-dua kenyataan peribadi Hishamuddin pantas dipersoalkan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dengan mendakwa ia sengaja dibuat bagi cubaan mengelirukan peserta himpunan yang akan hadir Sabtu ini. @LiewChinTong: Adakah @HishammuddinH2O cuba hentikan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka? Setakat maklumat ini ditulis, jawatankuasa himpunan kekal dengan keputusannya memilih Stadium Merdeka sebagai tapak himpunan malah pengerusinya yang juga timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dijangka akan menemui pengurusan stadium itu esok bagi membincangkan langkah-langkah seterusnya termasuk soal logistik dan pergerakan peserta. Dipercayai Umno lebih rela Stadium Nasional digunakan berbanding Stadium Merdeka kerana kawasan tersebut terlalu hampir dengan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang terletak hanya kira-kira 300 meter dari stadium tersebut. Jika Hishamuddin benar-benar ikhlas mahu membantu mengapa baru sekarang dan bukannya tiga minggu lalu apabila jawatankuasa sudah memaklumkan bahawa stadium tersebut digunakan sebagai tempat perhimpunan yang mesti dituju semua peserta dari semua arah. Rasanya, 'lampu hijau' yang diberikan Hishammuddin sudah terlalu lewat untuk diterima jawatankuasa dan peserta memandangkan ia sepatutnya dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu dan kebetulan pengurusan Stadium Merdeka baru saja memberi kebenaran jam 2.30 petang tadi. Nampaknya muslihat Hishammuddin kali ini lebih lick tetapi mudah dibaca kerana pemikirannya saling tak tumpah dengan pemimpin Umno lain yang sibuk mencerca pemimpin Pakatan Rakyat kunun tidak mampu melakukan yang terbaik buat rakyat padahal BN sudah 55 tahun diberi peluang namun mereka sendiri mensia-siakannya. Saya harap jawatankuasa kekal dengan keputusan ini dan tidak termakan dengan 'provokasi' Hishammuddin yang pastinya telah berbincang dengan sepupunya, Najib Altantuya! |
POLIS DOK CARI ...Kalau ternampak report polis jer Posted: 09 Jan 2013 04:29 AM PST EKSKLUSIF GAMBAR 9 TAHANAN YANG LARIKAN VAN PDRM, PUKUL DAN LARIKAN ANGGOTA POLIS Di Pulau Pinang | Gambar OKT yang diburu pihak Polis setelah melarikan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth pada 07/01/2013. Suspek yang terlibat. Dalam kejadian pukul 9 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth itu KELMARIN, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan. Van itu dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih. |
SAH : HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 12 JAN DI STADIUM MERDEKA ... Pakat2 mai ramai-ramai Posted: 09 Jan 2013 01:26 AM PST KUALA LUMPUR 9 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) sah diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Ia ekoran pihak pengurusan stadium membenarkan himpunan tersebut berlangsung di situ. "Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat," tulis Tian pada twitternya sebentar tadi. Menurut Tian, Jawatankuasa Panitia HKR kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir susulan perkembangan itu. "Ini peristiwa bersejarah, Stadium Merdeka kembali milik rakyat!" kata Ahli Parlimen Batu itu. Dengan perkembangan tersebut, bermakna inilah kali pertama himpunan mega rakyat diadakan dalam stadium. |
TERKINI 3.30 PTG : KUALA LUMPUR #112 :PENGURUSAN STADIUM MERDEKA DAH KATA OK Posted: 08 Jan 2013 11:58 PM PST - Pengurusan Stadium Merdeka telah memberi surat kebenaran untuk rakyat menggunakan Stadium Merdeka pada Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 nanti Approved - use of Stadium Merdeka for Jan 12 rally Pakatan Rakyat's application to hold its mega-rally at Stadium Merdeka on Saturday has been approved by the management of the venue. Berita Lanjut menyusul |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan