MIMPI SENJA |
- PRU 13 : PAS sedia letak calon bukan Islam
- Surat Selamat Tahun Baru - BN kata dia silap ... hahahaha silap? Macamana boleh silap ni?
- BONGKAR :Penemuan terbaru isu pengedaran lC kpd pendatang
- Kematian Sugumaran - Ini kenyatan PDRM
- Mahkamah hidupkan semula kes DSAI saman Menteri Luar Anifah Aman RM100juta
- Laaa .. pasai ni jer ker Pegawai Bank Islam kena gantung tugas ...iskh depa ni awat depa takut sangat?
- Zahid Hamidi saman Rafizi
PRU 13 : PAS sedia letak calon bukan Islam Posted: 25 Jan 2013 09:57 PM PST KUALA LUMPUR 26 Jan - Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, PAS bersedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam bagi mewakili parti itu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu. DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam. Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu, lapor Bernama. "Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai,Kuala Terengganu, semalam. Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu. Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN) |
Surat Selamat Tahun Baru - BN kata dia silap ... hahahaha silap? Macamana boleh silap ni? Posted: 25 Jan 2013 09:20 PM PST SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol 'Sayangi Selangor' kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR). Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar. "Ya, saya mengaku BN Selangor ada menghantar surat ini kepada rakyat Selangor bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Jadi dalam penghantaran pukal sebegini pasti berlaku kesilapan teknikal seperti ini. "Atas rasa tanggungjawab, BN Selangor akan mengirim semula surat pembetulan dan permohonan maaf kepada pengundi berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Dalam perkembangan sama, Abdul Shukor yang juga Adun Kuang turut menjelaskan bahawa kesilapan teknikal seperti ini hanyalah kesalahan kecil yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk mengaburi atau mengelirukan pengundi seperti didakwa. "BN Selangor memohon maaf kepada pengundi-pengundi terbabit atas kesilapan yang berlaku. Kami akan menghantar semula surat pembetulan dan permohonan maaf dengan kadar segera," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung dakwaan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menggesa BN Selangor menghentikan tindakan mengelirukan rakyat dengan menukarkan tempat mengundi pengundi sesuka hati untuk kepentingan parti mereka. Dr Halimah dalam kenyataannya mendakwa, terdapat tiga pengundi dari Dun Selat Klang yang menghantar surat aduan kepadanya yang menyatakan Dun dan Parlimen mengundi mereka ditukar ke kawasan lain pada surat Selamat Tahun Baru dengan simbol 'Sayangi Selangor' daripada BN Selangor yang diterima mereka. -sinarharian.com |
BONGKAR :Penemuan terbaru isu pengedaran lC kpd pendatang Posted: 25 Jan 2013 08:05 AM PST |
Kematian Sugumaran - Ini kenyatan PDRM Posted: 25 Jan 2013 06:01 AM PST |
Mahkamah hidupkan semula kes DSAI saman Menteri Luar Anifah Aman RM100juta Posted: 25 Jan 2013 02:15 AM PST 25 Januari 2013 PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menghidupkan semula kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Datuk Ramly Ali sebulat suara membenarkan rayuan Anwar bagi menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu. Kes itu juga diperintahkan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim yang lain. Panel yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk David Wong Dak Wah, bagaimanapun menolak dengan kos rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi beliau sebagai Menteri Luar dan kerajaan Malaysia. Pada 5 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman Anwar terhadap mereka berhubung tuduhan yang didakwa dibuat menteri itu pada Mei 2010 semasa sidang akhbar di Jabatan Negara di Washington. Panel itu memerintahkan Anwar membayar RM10,000 sebagai kos perundangan. Peguam yang mewakili Anifah, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah beliau menerima arahan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan. Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi beliau dan kerajaan Malaysia mendakwa menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar bersama Anifah dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton. Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa tuduhan Anifah tidak berasas dan cuai. Beliau mendakwa kenyataan Anifah telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing. Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. Anwar diwakili peguam R.Sivarasa manakala Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili Anifah, atas kapasiti rasmi beliau dan kerajaan. - Bernama |
Posted: 25 Jan 2013 12:43 AM PST |
Posted: 24 Jan 2013 11:57 PM PST KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog. Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam. Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet. Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah. Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang. Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari. Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya. Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - Bernama |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan