Selasa, 1 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lagi pendedahan Rafizi : Rosmah habiskan RM11.7 juta beli barang kemas

Posted: 01 Jan 2013 08:52 PM PST

TERKINI!

Belum pun sempat perdana menteri, Najib Altantuya menghembus nafas 'lega', hari ini satu lagi 'bom berangkai' diletupkan!

KEADILAN sebentar tadi mendedahkan 19 invois pembelian barangan kemas termasuk cincin bernilai USD3.9 juta (RM11.7 juta) dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor.

Sekali lagi Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli membongkarkan perkara itu yang mengatakan bahawa dokumen tersebut diperolehi menerusi sumber ketiga yang tidak didedahkan.

Pembelian barang kemas tersebut dilakukan di Hong Kong dan dipercayai digunakan melalui syarikat perniagaan yang dikendalikan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan untuk isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Rosmah yang dibayar oleh beliau.

Deepak semalam menepati janjinya apabila mendedahkan siri pertama pendedahan di sebalik penarikan akuan bersumpah (SD) pertama dan penerbitan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dikaitkan dengan Najib Altantuya.

Rafizi menambah, urusniaga itu dipercayai sebagai satu cara untuk 'menutup mulut' Deepak tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menyiasat perkara itu.

Untuk keseluruhan maklumat, ikuti pendedahan Rafizi di bawah.

JALAN PULANG

Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah



Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato' Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.
Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):
1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;
2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invois dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;
5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);

8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;
9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;
10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd;

dan
11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).
Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.


Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.
Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

KES DEEPAK SEMAKIN PANAS : Deepak ke SPRM minggu ini lapor kes pembunuhan Altantuya?

Posted: 01 Jan 2013 08:22 PM PST



KUALA LUMPUR 2 Januari: Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian dijangka akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya minggu ini.
Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.
Deepak
"Oleh itu dia meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.
"Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu," katanya dipetik Malaysiakini.
Ditanya mengenai identiti pegawai yang memanggilnya, Deepak memberitahu, beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.
Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab beliau dipanggil dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42193

Kes budak 13 tahun nak rogol wanita Cina di Melaka

Posted: 01 Jan 2013 06:27 PM PST


Semalam di Melaka, seorang wanita Cina mendakwa hampir dirogol oleh seorang budak lelaki yang umurnya terlalu muda iaitu 13 tahun.
Dakwaan itu disebarkan melalui akaun Facebook miliknya dan ia mula viral petang ini.
Ketika kejadian, dia mendakwa sedang berada di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka.
Dengan tidak semena-mena, pintu bilik airnya ditolak oleh budak lelaki tersebut dan dia cuba melakukan perkara yang tidak senonoh.

Wanita itu mendakwa melawan tindakan budak lelaki tersebut dan berjaya diselamatkan oleh pekerja stesen minyak itu.
Wanita itu juga meluahkan rasa sedih kerana selepas kejadian itu berlaku, dia telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tetapi dia mendakwa tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak polis.
Setiap kejadian itu diceritakan oleh wanita berkenaan dalam laman Facebooknya sendiri.
Berikut adalah tulisan wanita itu:
rogol budak 3
"Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast… While i struggled to fight him off … I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers..
"After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here..
"And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid….,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime…please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is XXXXXX  (Mykad : 0****XXXX****). Address: XXXXXXXXXXXXX.." (X- Mynewshub sendiri memadamkan data-data ini)
rogol budak 2
rape
"This is another front photo of the boy that tries to rape me yesterday.. He looks and act slumber.. Moreover, he tell lies that he is looking for his 'adik' at the toilet (the truth is , he is the youngest in the family)..And i got the info that his dad is a *** staff and his mom is a TEACHER.. how Shameful is this!!!!! A son of a Teacher can have such insane acts..! Now, family background doesnt matter, age doesnt matter, location doesnt matter, and time doesnt matter when it comes to crime.."
"This is how the police station welcomes me when i was there at around 8.30 night on new yr eve… No one was at the counter to assist me ( my 1st thought.. Did all the police went for new yr eve countdown celebration??) .. I have to find the way myself to the respective sergeant to do further interview.. Another sad part, the very 1st question that the lady officer ask me is
rogol budak 1 balai
Lady officer: U tak dapat lawan dia ke??"..
Myself: kalau i tak lawan, i dah habis kena rogol..
Lady officer: tak mungkin la.. Dia budak kecil, lagipun itu tempat awam..
See, this is how our police handle cases..they take things easily.. And when i make my statement, she had it typed wrongly, and i ask for amendment.. All she said is "i sudah key in la, tak boleh nak tukar".. But of cos i insist asking for amendment..and out of her frustration she said " i kasi u tukar sampai u puas hati"..
Sad sad sad.. I will have more encounters with these people till the case is close.. God pls be with me all the time.."
Begitulah insiden cemas yang menimpa wanita itu.
Semoga dengan kejadian yang berlaku terhadap dirinya dapat dijadikan sebagai pengajaran buat para wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati tidak kira di mana pun kita berada.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: Facebook
**Dalam isu ini, Mynewshub tidak menyebelahi sesiapa tetapi harus ketengahkan satu perkara, soalan-soalan yang ditanya polis berkenaan kepada wanita itu adalah sesuatu yang normal. Kalau kes ini ke mahkamah, pihak peguam atau pendakwa raya akan turut menimbulkan persoalan-persoalan yang sama. Adalah tidak lojik jika polis berkenaan hanya membatukan diri dan mengambil sahaja laporan berkenaan tanpa sebarang usul periksa. 
Dan apakah hak wanita itu untuk menyiarkan nombor kad pengenalan, gambar dan alamat kanak-kanak berkenaan. Akta Kanak-kanak 2001 – Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.
Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Dan kanak-kanak ini juga perlu disiasat sepenuhnya (termasuk keadaan mental) kerana jika benar dakwaan wanita itu, simpang malaikat kita tidak mahu ada anggota masyarakat seperti ini (walaupun masih muda) bergerak bebas di kalangan kita.

Adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah keseorangan dalam UMNO ...

Posted: 01 Jan 2013 12:44 AM PST

Deepak, Musa senjata Dr M dalam 'perang gerila' terhadap Najib & Rosmah?
Apabila anda mahu memusnahkan seseorang yang mempunyai pengaruh dan kuasa, anda perlu merancang dan melaksanakannya dengan tepat dan dengan gaya tersendiri supaya usaha itu memberi kesan maksimum dan berkekalan. Jika tidak, ia boleh mengena kepada diri sendiri dan berkemungkinan akan berakhir dengan kecederaan yang serius ataupun kematian! Itu adalah perjalanan hidup dalam senario politik Malaysia dimana musuh jangan dicari, dendam pasti dibalas .
Walaupun rancangan yang teliti telah dibuat dan mendapat sokongan namun ia tidak menjamin kejayaan setiap masa. Sebagai contoh, pemimpin Umno Tun Musa Hitam, TengkuRazaleigh dan Anwar Ibrahim semuanya telah menentang bekas ketua mereka, Mahathir Mohamad dengan sokongan dan doa dari penyokong-penyokong mereka. Namun mereka gagal untuk menggulingkan si licik lagi Machiavelli Mahathir, yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun.
Kadang-kala, mereka yang berkuasa apabila ingin menyingkirkan sesorang yang juga punyai kuasa, boleh meminta bantuan pihak ketiga. Contoh yang paling jelas adalah orang upahan menggunakan orang upahan lain termasuk pemimpin Umno seperti Perdana Menteri NajibRazak dan 'mangsa' liwat palsu SaifulBukhari yang 'membantu' antara satu sama lain untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bantuan daripada ketua-ketua polis. Individu seperti UmmiHafilda, S Nallakaruppan dan Ezam Mohd Noor, yang selalunya muncul untuk menyebarkan 'pekung' Anwar pada masa yang strategik, juga boleh diletakkan dalam kategori yang sama seperti Saiful.
Terdapat juga mereka yang akhirnya mati! Ingatkah lagi pada TeohBeng Hock dan Ahmad Sarbani? Kedua-dua mereka ini terpaksa membayar dengan nyawa kerana enggan menurut apa yang dikehendaki panglima UMNO semasa siasatan rasuah tak lain tak bukan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Sudah tentu, terdapat beberapa orang yang lebih bernasib baik seperti Raja Petra Kamaruddin, yang 'terlebih-mengkritik' mereka yang berkuasa dan terpaksa lari ke England, di mana dia kini hidup dalam kemewahan. Artis Rap dan pelakon filem Namewee begitu berani mempermainkan Lagu Kebangsaan tetapi kemudiannya dipaksa untuk meminta maaf.
Maksud semua ini adalah orang kebanyakkan perlu membayar akibat yang mahal sekiranya mereka berani bercakap menentang pemimpin-pemimpin Umno-BN, terutamanya golongan elit Umno yang kejam, panglima yang tidak akan berhenti dari usaha menghapuskan mereka yang cuba untuk mendedahkan urusan haram mereka dan kontrak perniagaan yang mega.
Jadi bagaimana kita harus menganalisis kes Deepak Jaikishan dengan pendedahannya terhadap Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno yang bukan calang-calang orangnya! Siapa yang menjadikannya begitu berani? Apakah permainannya? Adakah ia sejenis peras ugut? Atau apakah ia hukuman atau 'ganjaran'?
Bukan semudah kes peras ugut mahupun balas dendam
Mari kita mulakan dengan menganggap dakwaan Deepak terhadap ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah sebagai urusniaga biasa yang telah menemui kegagalan . Tetapi, , kenapa dia tidak hanya menyelesaikan masalahnya di mahkamah dan tanpa perlu menghebahkan skandal itu?
Mengapa Deepak menghebohkan dakwaan itu apabila perhimpunan agung UMNO sedang berlangsung dan kenapa dia seperti mahu berusaha untuk memastikan seluruh negara tahu tentang keluarga Najib yang mendapat wang yang banyak dengan membantu Ropiaah untuk mendapatkan kontrak Kementerian Pertahanan itu? Apakah faedah yang akan diperolehi oleh Deepak dengan mengheret Najib ke dalam persengketaannya dengan Ropiaah? Bukankah Deepak telah merumitkan lagi keadaan apabila membabitkan seorang yang berkuasa seperti penyandang jawatan Perdana Menteri semasa negara?
Banyak persoalan yang timbul di fikiran tetapi masih lagi tidak ketemu jawapan yang tepat. Kecuali jika Najib dan isterinya RosmahMansor merupakan sasaran utama Deepak pada mulanya. Jika benar, semua teka-teki akan terjawab dengan sempurna.
Konspirasi dalaman Umno untuk menjatuhkan Najib
Ini membawa kita kembali kepada siapa yang berada di belakang Deepak.
Dia hanyalah seorang peniaga permaidani yang pernah menjadi kawan akrab Rosmah Mansor. Siapalah Deepak untuk 'memeras ugut' Najib tanpa segan silu dan halangan? Deepak perlu berhati-hati dengan akibatnya. Bukan sahaja Beng Hock dan Ahmad Sarbani menjadi peringatan kepadanya, jangan lupa juga pada Altantuya! Ya, wanita jelita Mongolia yang telah ditembak dan diletupkan oleh bekas pengawal-pengawal peribadi Najib.
Bagi Najib pula, nampaknya dia amat terkejut. Jika Deepak telah memberi amaran terlebih dahulu, penyokong Najib mungkin akan cuba membayarnya untuk mengelakkan PM itu malu. Nampaknya, Najib tidak menjangkakan serangan hendap itu walaupun sekarang ada cakap-cakap dalam kem Najib bahawa RM160 juta wang dalam bentuk pinjaman ditawarkan bagi Deepak untuk 'menutup mulutnya'.
Mengapa Najib tidak bertindak untuk menangkap Deepak? Mengapa pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak mempertahankan presiden mereka dari tuduhan Deepak? Mengapa Deepak masih bebas dan berterusan membuat pendedahan?
Malah DAP telah membuat laporan polis terhadap Deepak kerana didakwa tidak bekerjasama memberi maklumat bahawa Najib telah terlibat dalam mendapatkan akuan berkanun untuk menerbalikkan akuan yang menceritakan pembunuhan Altantuya. Tetapi Umno dan BN hanya menutup mulut dan seolah-olah memekakkan telinga sahaja.
Ia kelihatan seperti Deepak BENAR-BENAR mempunyai sokongan yang kuat dibelakangnya terhadap 'pasangan pertama', iaitu Najib dan Rosmah. Sekarang, bagaimana ini boleh berlaku?
Adakah Deepak didalangi Anwar dan PR?
Kita boleh menolak andaian bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat disebalik kisah ini kerana blogger Umno, Papagomo telah menyiarkan klip video yang kononnya menunjukkan Deepak membuat perjanjian dengan seorang yang rapat dengan Anwar. Mengapa? Kerana Papagomo telah juga kehilang kredibiliti dan sedang berhadapan dengan beberapa saman. Reputasi Papagoma telah musnah. Malah partinya membuangnya kecuali mereka yang sepertinya juga -tidak puas hati.
Juga, Papagomo sebenarnya mewakili 'pembangkang' dalam Umno. Ini merupakan panglima-panglima dan puak yang mahu menendang Najib keluar dari jawatan tertinggi Umno secepat mungkin. Jadi, sambil menuding jari pada Anwar, apa yang Papagomo sebenarnya telah lakukan adalah memberitahu semua rakyat di Malaysia bahawa bukan Anwar dan PR yang berada di belakang Deepak. Oleh itu, dalang-dalang yang berada di belakang Deepak merupakan orang-orang Umno sendiri.
Untuk tahu siapa dalang disebalik Deepak dalam Umno, kita mesti bertanya soalan ini – siapakah yang akan mendapat manfaat paling besar dalam Umno jika Najib dilucutkan dari kuasa? Jelas sekali, orang itu mestilah seseorang yang mengintai jawatan PM untuk dirinya sendiri – orang yang sedang menunggu untuk menjadi PM. Orang yang paling memenuhi kriteria ini sekarang adalah MuhyiddinYassin. Ya, dia sedikit lembap dan tidaklah begitu kreatif untuk berimaginasi atau berbakat tetapi Najib masih sedikit ok darinya. Walaupun begitu, kita mesti ingat bahawa Muhyiddin tidak mempunyai pengikut yang ramai. Dia adalah 'penyendiri' dengan sokongan yang amat sedikit dari akar umbi.
Yang membawa kepada persoalan yang seterusnya. Siapakah yang memberi idea untuk menggunakan Deepak? Apakah tujuan sebenar orang ini atau orang yang tidak diketahui ini? Adakah mereka benar-benar menyokong Muhyiddin atau adalah mereka hanya mahu bersembunyi di belakangnya untuk menyerang Najib dan kemudian apabila kerja telah siap, mereka juga akan bertindak untuk 'menjatuhkan' Muhyiddin?
Penyokong Musa Hassan dahulu dalangnya sekarang?
Terus terang, nama Mahathir adalah yang pertama muncul diminda sebagai tangan hitam yang paling berkemungkinan menyokong Deepak. Walaupun hubungan secara langsung tidak boleh dibuktikan, rakyat Malaysia boleh membuat kesimpulan yang 'logik' disini.
Ia juga Nampak ketara apabila Mahathir - yang suka memberi pendapatnya dalam apa jua isu walaupun selalunya dengan tanpa diminta – dengan misterinya memilih untuk kekal senyap setelah Deepak membuat pendedahan. Lagipun, jika anda rasa hormat dan menyokong seseorang - seperti Mahathir yang menyatakan sokongan terhadap Najib – dia pasti akan sakit hati dan marah atas tuduhan Deepak.
Jika anda sayang akan UMNO, anda cuba mempertahankan UMNO dengan apa jua cara. Tetapi mengapa apabila pembabitan Najib dalam kes Ropiaah didedahkan di khalayak ramai, tiada siapa dalam Umno yang mahu mempertahankannya? Begitu juga dengan tuduhan Deepak yang melibatkan skandal Scorpene-Altantuya - tiada siapa kecuali ahli kumpulan Najib sendiri yang mempertahankannya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lainnya hanya mendiamkan diri.
Dan bukan hanya itu, Musa Hassan bekas KPN juga seperti turut membantu menambah garam ke luka Najib. Musa mengejutkan negara dengan mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang merupakan sepupu Najib yang paling dipercayai, sering campur tangan dalam kerja-kerja polis.
Tidak dinafikan, terdapat usaha bersepadu untuk memusnahkan Najib oleh musuh-musuhnya dalam Umno. Dan logiknya, orang yang akan mendapat manfaat yang paling besar jika Najib dilucutkan dari kuasa sedang adalah Muhyiddin dan mereka yang menggunakan Muhyiddin untuk mencapai matlamat mereka sendiri.
Sharizat lebih mendapat simpati dari Najib
Mari kita lihat Musa Hassan. Dia paling setia pada Mahathir. Lagipun, Musa merupakan seorang yang telah memainkan peranan penting membantu Mahathir untuk menyingkir Anwar dan untuk itu, Musa telah diberi ganjaran dan dilantik ke jawatan KPN apabila Mahathir menjadikan dirinya Menteri Dalam Negeri. Bukankah ia agak ganjil apabila Musa tidak pernah menuduh Mahathir menyalahgunakan kuasa tetapi dia telah menyerang Hishamuddin?
Berbekalkan 22 tahun pemerintahan, tidak mustahil jika Mahathir tidak pernah campur tangan dalam kerja polis. Atau bukankah ia lebih berkemungkinan bahawa bagi setiap kes apabila Hisham menyalahgunakan kuasanya, Mahathir akan pernah melakukan perkara yang sama sekurang-kurangnya 3 kali lebih kerap.
Jika mereka dapat melakukan apa yang mereka suka, ramai pemimpin UMNO akan mengatakan bahawa mereka tidak mahu Najib terus menjadi presiden mereka kerana Najib membawa terlalu banyak 'bagasi' dan skandal.
Terlalu banyak usaha, sumber dan masa yang telah dibelanjakan untuk membuat Najib kelihatan baik, tetapi semua usaha itu telah masuk ke dalam longkang. Statistik terkini terhadap popularitinya telah hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 1 peratus, yang merupakan satu penghinaan besar terhadap UMNO dan satu petanda bahawa kehancuran boleh dijangkakan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Serangan hendap ala gerila Dr M terhadap Najib dan Rosmah
Berbeza dengan "Dasar Pandang ke Timur" Mahathir dan "Wawasan 2020" yang kekal popular dan diingati oleh ahli-ahli UMNO dan para pemimpinnya, program Transformasi Najib dan slogan 1Malaysia hanya diwar-warkan oleh para menterinya, IdrisJala dan RaisYatim antaranya. Malah Shahrizat Jalil, ketua Wanita yang kehilangan jawatan kabinetnya akibat skandal NFC bernilai RM250 juta, telah mendapat simpati yang lebih daripada ahli-ahli dan pemimpin Umno berbanding Najib pada kemuncak krisisnya dahulu.
Malah, mengapa Mahathir, Muhyiddin, Ku Li, Nazri Aziz, Isa Samad, RaisYatim, Ali Rustam, Khairy Jamaluddin seperti buat tak tahu dan tidak berkata apa-apa untuk mempertahankan Najib daripada tuduhan Deepak? Bagaimana mereka boleh mengaku setia kepada PM tetapi menutup mata apabila dia dituduh membunuh dan merampas kekayaan negara.
Mungkin petunjuknya terletak pada kata-kata Mahathir yang sering diulang-ulangnya iaitu ketidakserasiannya dengan Badawi menyumbang kepada UMNO yang berpecah belah, dan membawa kepada prestasi hambar BN dalam pilihan raya umum ke-12. Untuk pilihan raya umum ke-13, Mahathir yakin dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun lelaki berusia 87 tahun ini menyatakan secara terbuka sokongan kepada Najib dan mendakwa bahawa Najib telah melakukan yang terbaik, Mahathir sebenarnya sudah melancarkan serangan hendap ala 'gerila' terhadap pasangan pertama itu.
DIBUANG UMNO: Sendirian dan tergolek ke bawah tanpa brek
Oleh itu, adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah keseorangan dalam UMNO seperti yang kita boleh andaikan daripada pendedahan Deepak dan Musa. Dan oleh kerana begitu terkejut, tidak hairanlah Najib dan Rosmah tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas hanya berdiam diri sahaja daripada cuba membersihkan nama mereka.
Deepak dan Musa - dua lelaki dengan watak yang sangat berbeza - menunjukkan sekali lagi bahawa Najib dan Rosmah kini buangan dalam UMNO. Pasangan itu adalah seperti kanser di dalam parti kerana ia cuba keras untuk mengekalkan cengkaman pada kerajaan persekutuan. Untuk UMNO, kanser Najib-Rosmah telah disahkan sebagai petanda buruk. Ia telah menjadi terlalu besar dan boleh mencekik UMNO sehingga mati.
Satu-satunya penyelesaian adalah untuk membuang tumor itu tidak lama lagi. Pembedahan utama yang diperlukan sudah diberikan. Persoalan sebenar ialah BILAKAH UMNO akan mengeluarkan Najib dan Rosmah di bilik pembedahan?

140 ribu banjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam sambut Tahun Baru

Posted: 31 Dec 2012 11:17 PM PST


3
SHAH ALAM, 1 JAN: Lebih 140,000 orang dari pelbagai lapisan usia hadir membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena ambang 2013 di sini malam tadi.
Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai.
Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ia memberi nafas baru kepada penganjuran majlis.
1
Terdahulu, program terbabit berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember dengan pelbagai program menarik termasuk Karnival Pendidikan Selangor- EduSEL Fair 2012.
Selain itu, turut diadakan ceramah santai yang bertajuk SPIES membentuk masyarakat sejahtera yang menampilkan Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri Yunus dan Ustaz Fauzi Mustafa.
Forum Jom Bercinta yang membariskan panel Ustazah Fatimah Syarha dan pelakon, Shamsul Ghau-Ghau dan ceramah ilmuan bersama Ustaz Datuk Ismail Kamus.
Manakala, sambutan kemuncaknya diadakan program sambutan Ambang 2013 dengan menyaksikan persembahan sajak daripada pelakon, Diana Amir dan Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin 'Bollywood', Datuk Malek Noor, Kamal Adli, Pierre Andre dan Aziz M.Osman.
2Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular itu berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir.
Malah detik sambutan tahun baru yang berakhir 1 pagi itu diakhiri dengan nyanyian nasyid 'Asma Ul Husna' oleh semula jemputan dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail, Dr Yunus Hairi dan Ketua AMK negeri, Azmizam Zaman Huri.
Ia disusuli dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Azhar Idrus.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemui selepas majlis berkata beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di negeri itu.
Katanya, cara pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri ternyata dapat diterima oleh rakyat.
"Dengan menggunakan artis dan diselitkan unsur keagamaan untuk mendekatkan masyarakat muda ternyata berjaya.
4"Alhamdulillah sambutan kali ini lebih ramai berbanding tahun lalu. Bukan sahaja golongan muda tetapi juga golongan yang sudah berusia datang memeriahkan majlis.
"Ini adalah antara sebahagian daripada program anti- zina jadi kalau Kerajan Negeri tidak menguruskan keperluan, minat, citarasa, ciri-ciri orang muda itu kepada program yang bersifat positif maka mereka akan tertarik kepada program yang negatif dan seterusnya terjebak di dalam gejala sosial," katanya.
Tambahnya, Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat akan terus memastikan rakyat di negeri itu mendapat manfaat daripada apa yang dilakukan.
"Sekiranya kami masih kekal menerajui Selangor, rakyat jangan bimbang kerana Pakatan Rakyat akan memastikan warisan budaya, seni dan agama untuk terus diperjuangkan," katanya.
Pengunjung, Mohd Lazim Mustafa, 52, berkata sambutan ambang 13 yang diadakan pada tahun ini lebih meriah daripada tahun sebelumnya.
5"Alhamdulillah tahun ini lebih ramai. Apa yang lebih penting lagi saya lihat penganjuran kali ini banyak aktiviti dan program yang bermanfaat dilaksanakan," katanya.
Selain itu, bagi Rosmawati Kamaruddin, 33, berkata program yang dilihatnya lebih berunsurkan ilmiah itu dapat memberi manfaat kepada setiap lapisan.
"Apa yang saya lihat, program kali ini memberi banyak faedah bukan sahaja golongan muda tetapi juga golongan berusia dan kanak-kanak. Semua lapisan dapat manfaat daripada aktiviti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri," katanya.
Manakala, Ikhwan Mokhtar, 23, berharap program yang berunsurkan ilmiah seperti itu akan terus diadakan pada masa akan datang.
"Walaupun sebagai anak muda, saya memilih untuk menghadiri program yang dianjurkan Kerajaan Negeri ini berbanding program berbentuk hiburan yang dianjurkan pihak lain.
6"Bagi saya ia kerana saya merasakan diri menjadi lebih tenang. Ini merupakan tahun kedua saya hadir ke sambutan tahun baru di Selangor ini, alhamdulillah saya lihat ramai anak muda yang datang," katanya.

Tiada ulasan: