Selasa, 1 Januari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Buku penglibatan Deepak dalam akaun bersumpah tersebar

Posted: 01 Jan 2013 12:15 AM PST

SEPERTI yang dijanjikan, buku berkaitan pengelibatan peniaga karpet Deepak Jaikishan dalam penukaran akuan bersumpah pertama kepada yang kedua P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala mula diedarkan kepada media.

Buku 26 muka surat dengan tajuk "The Black Rose — Black Rose 1.0" yang dikirimkan melalui emel itu menggunakan nama "Spirit of Altantunya" sebagai penulisnya.

Buku itu bagaimanapun tidak menggunakan nama sebenar watak terlibat, sebaliknya jalan cerita buku tersebut menggunakan nama samaran untuk watak-wataknya seperti Kapeed, Black Rose, Bijan, dan banyak lagi.

Deepak sebelum ini berjanji akan menerbitkan sebuah buku bagi menceritakan pelbagai pengalamannya dalam penarikkan akuan bersumpah Bala mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Deepak baru-baru ini mencetus kontroversi dan mendapat perhatian umum apabila mendakwa beliau ditipu Ketua Wanita Umno Selangor Senator Raja Datuk Ropiaah Abdullah berhubung pembelian tanah di Bukit Raja.

Beliau juga turut melakukan beberapa pendedahan berhubung penglibatannya dalam akaun bersumpah kedua Bala mengaitkan kes pembunuhan model Altantuya pada tahun 2006.

PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli ketika sidang medianya mendakwa pembelian syarikat Deepak Astacanggih Sdn Bhd oleh kerajaan adalah untuk menutup Deepak daripada terus melakukan pendedahan.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Boustead Holdings Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiaah.

Selain itu, dana itu turut digunakan untuk membeli Astacanggih pada harga RM30 juta, yang mana dakwa pembangkang sebagai "rasuah" dan tindakan untuk menutup mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan kerajaan.

Pada hari yang sama, Deepak turut menarik balik saman yang dikenakannya terhadap Putrajaya atas kesalahan pelanggaran perjanjian terhadap tanah di Bukit Raja.

Deepak sebelum ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya.

Astacanggih bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah, yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Tanah itu sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada pemenang. Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan dilaksanakan.

Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tubai dan RM16 juta fasiliti overdraf dalam "kerjasama" dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik.

Sehubungan itu, kerajaan PKR Selangor, melalui sau kenyataan berjanji akan menghalang urusan pertukaran nama tanah tersebut.

Buku yang diedarkan hari turut menyatakan akan ada siri kedua yang akan menggunakan tajuk "Black Magic Women." ~ The Malaysian Insider


ReJaM© "Mari kita lihat siapa yang kena? Kah kah kah... "

Cara Utusan Malaysia laporkan isu rasuah Ketua Umno Pandan

Posted: 31 Dec 2012 04:00 PM PST

KETUA Umno Pandan, Abd Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini selepas didapati bersalah terhadap 10 tuduhan menerima rasuah RM193,512 enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Abd Ghani.Beliau juga mengarahkan tambahan hukuman penjara sembilan tahun dan dua bulan terhadap Abd Ghani sekiranya dia gagal membayar denda RM977,560 ~ Sinar



Lihat pula laporan kes rasuah Ketua Umno Pandan ini bila dilaporkan di dalam Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan), hilang nama Ketua Umno kah kah kah...



Utusan Malaysia, akhbar paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah ini nak belit, nak sembunyikan cerita terpulang kepada mereka. Namun hakikatnya semua orang sudah tahu bahawa United Malays No Otak, Umno juara rasuah.

"Umno dan rasuah bagaikan irama dan lagu"


ReJaM© "Irama dan lagu tak dapat dipisahkan kata P Ramlee... "

Majlis doa selamat dan ceramah pun kena umpan dengan duit?

Posted: 31 Dec 2012 02:00 PM PST

BIARLAH gambar berbicara seribu bahasa, besarkan mata anda luas-luas, lihat sendiri dengan mata kepala anda bagaimana terdesaknya Ibu Pejabat Umno PJS ini untuk mengajak orang ramai ke majlis mereka.



Nak suruh undi Umno/BN umpan duit, nak suruh datang majlis Umno dan BN umpan duit, sampaikan mereka nak buat Majlis doa selamat dan ceramah pun kena umpan dengan duit, siap buat cabutan bertuah bagai kah kah kah...

ReJaM© "Petanda jelas rakyat kini celik dan menolak Umno... "

Tiada ulasan: