Merah Hitam |
Perbicaraan bagai sebuah drama? Posted: 05 Jan 2013 11:07 PM PST Semua 29 OKT Himpunan Anti-ISA dibicarakan di Mahkamah Sesyen Jenayah. Maknanya, sesiapa saja yang ditahan di tempat himpunan itu di kategorikan sebagai pesalah bahagian jenayah . Kami semua melalui perbicaraan yang agak lama juga iaitu dari akhir tahun 2009 dan berakhir pada 2012. Hakim yang mendengar kes kami juga turut bertukar ganti. Akhirnya, kes ini didengar oleh seorang hakim perempuan. Kami mendapat sokongan yang padu dari PAS. Kes anti-ISA ini di ambil oleh para peguam (JUHAM)yang hebat-hebat dari PAS di mana mereka ini semuanya pakar dalam kes masing-masing yang melibatkan isu-isu jenayah termasuk pembunuhan..... Para penyokong PAS juga amat rajin datang ke Mahkamah pada hari perbicaraan untuk memberi "moral support" pada anak-anak muda dari unit amal yang telah ditahan pada 1 Ogos 2009 dulu. Semua OKT amat gembira dan bersemangat..... Selain PAS, pimpinan PKR juga turut bersimpati dan memberi sokongan pada kami rakyat marhaen yang cuba berjuang untuk mendapatkan keadilan untuk generasi yang akan datang....Kehadiran DSAI dan Kak Wan amat menggembirakan hati semua OKT.. Perbicaraan tersebut memang ternyata amat berat sebelah. Walaupun para saksi yang dipilih jelas bercakap bohong dan pihak peguam beberapa kali membuat bantahan, namun semua itu tiada memberi apa-apa makna. Semua OKT merasakan ,perbiucaraan ini hanyalah satu "drama ringkas' sahaja. Keputusannaya kami rasakan telah lama di tentukan oleh Pn hakim!!! |
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan