Merah Hitam |
2013, bekas mangsa ISA tetap menderita.... Posted: 04 Jan 2013 03:13 AM PST Reunion di sebuah majlis walimatulurus yang serba sederhana tetapi meriah itu dihadiri hampir lima puluh bekas tahanan ISA yang di namakan oleh PM ketika itu, Mahadey, sebagai kumpulan "Jemaah Islamiyah" atau lebih terkenal sebagai JI.Meriah sungguh pertemuan itu. Jika tahun 2002 ketika mereka di tahan dulu semua tahann ISA "JI" ni masih agak muda, namun di pertemuan di luar kem tahanan kali ini, memperlihatkan kematangan "rupa dan wajah" yang sebenar.... Kehadiran anak-anak yang dulunya berusia sekitar 8 - 12 tahun juga telah memberi wajah yang berbeza ketika reunion baru-baru ini. Rata-rata anak-anak telah besar panjang, malahan ramai yang telah mendirikan rumah tangga dan beranak pinak!!! Isteri-isteri juga tidak mahu mengalah. Walaupun semuanya sudah agak berusia, namun perjuangan sebagai ibu tunggal menjadikan kebanyakan mereka lebih kuat, tabah dan cekal dari wanita biasa. Dan yang lebih manis, walaupun agak berusia, semuanya tetap kelihatan anggun serta menawan...:)). Inilah sebahagian dari anak-anak mangsa ISA. Ketika bapa mereka di tahan dulu, usia mereka sekitar 4 - 7 tahun. Ketika bapa di angkut oleh van polis, mereka menangis di dukungan ibu masing-masing........Setiap kali mengikut ibu@emak mereka ke Kem Kamunting, mereka akan bertanya berulang-ulang, kenapa bapa kesayangan mereka tidak dibenarkan pulang kerumah........ Kini, selepas sepuluh tahun, suasana memang berbeza. Anak-anak sudah besar dan bapa-bapa juga sudah di bebaskan dari Kem. namun kepada sebahagian besar bekas tahanan ISA, mereka masih di belenggu kesukaran hidup angkara akta zalim ini walaupun PM Najib mengisytiharkan "ISA di mansuhkan". Ketika ini, 2013, masih ada bekas tahann ISA yang tidak dibenarkan kelkuar negara kecuali selepas mendapat permit polis terlebih dulu. Ada bekas tahanan yang di soal siasat oleh polis beberapa jam sebelum kapal terbang berangkat ketika mengnerjakan ibadah umrah di Makkah. Dan ada bekas tahanan yang tidak dibenarkan membuat paspot antarabangsa sebelum mendapat kebenaran dari pihak polis...... ISA sudah mansuh, tapi inilah derita yang terpaksa di tanggung oleh sebahagian besar bekas tahanan nya....apa sebenarnya niat utama kerajaan "memansuhkan ISA " ini? |
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan