Rabu, 2 Januari 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Keadilan mana?

Posted: 02 Jan 2013 01:10 AM PST

Hari ni ramai ibu bapa hantar anak ke sekolah. Setiap kanak-kanak punya hak untuk mendapatkan pendidikan. Tetapi kanak-kanak kelainan upaya terlantar bagaimana? Cuba anda yang punya anak OKu terlantar pergi mendaftar ke sekolah termasuklah sekolah pendidikan khas layak atau tidak? Pendidikan khas pun hanya mahu OKu yang sekurang-kurangnya boleh urus diri.
Anak-anak Cerebral Palsy di Malaysia biasanya mati dalam keadaan potensi mereka dibunuh. Apabila aku suarakan hal ini ramai yang suruh aku bersabar dan redha. Ini bukan soal sabar dan redha, mangkuk betullah....
Kalau anak korang yang normal tak dapat buku teks percuma tau marah?
Ini soal pendidikan. Di negara Barat sekolah harian untuk anak-anak terlantar sudah lama ada. Kenderaan sedia menjemput dan menghantar. Guru khas diberikan bersama pembantu. Setiap pelajar OkU ini berbeza keupayaan mereka. Sedangkan kanak-kanak normal pun ada kelas A, B, C dan seterusnya inikan pula anak OKU. Mereka berbeza.
Ramai suruh aku rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pusat Dalam Komuniti.
Aku sudah 12 tahun punya anak OKU dan aku tahu keperluan anak-anak sebegini. PDK terdiri dari sukarelawan yang kebanyakannya juga adalah ibu bapa anak-anak ini. Kanak-kanak OKu di situ bercampur, ada Down Syndrome , ada hyperactive ada autism. Kategori ini tidak sama.
Ini menandakan masyarakat kita mempunyai taraf kesedaran terhadap OkU yang sangat rendah. Mereka fikir menghantar anak ke PDK atau sekolah pendidikan khas selesai masalah...
Ini salah!
Tahukah anda ada negara yang menyediakan sekolah khas untuk kanak-kanak kidal? Ini untuk memberi keselesaan kepada mereka supaya tak berlaga tangan dengan murid lain.

Dan pernah juga permasalahan ini diajukan kepada ahli politik Bn dan PR. Mereka menunjukkan muka tak minat.
Macamana aku nak percaya mereka?

Lucunya aku dikatakan bagus dan lantang apabila menyuarakan hak anak-anak mereka seperti isu yuran percuma, buku teks percuma, PTPTN, AUKu, PPSMI dan lain-lain. Bila aku suarakan hak anak-anak OKU mereka suruh sabar dan redha sebab anak aku dan anak OKu yang lain syurga
tempatnya.


Kepala hangguk!

Selamat!

Posted: 01 Jan 2013 11:56 PM PST

Selamat 2013.
2013-1973= ?

Tiada ulasan: