Jumaat, 4 Januari 2013

KRAI Utara

KRAI Utara


Isu RM 207 billion Pampasan buruh paksa: Jepun sudah bayar - setiausaha kedutaan

Posted: 03 Jan 2013 07:45 PM PST

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an."Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu." Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak. Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. Dalam kunjungan hari ini, Sekteriat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu."Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya."Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruh paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan negeri atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini."Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,".Mengikut rekod persatuan, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan."Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

Oh! Artis: Hantaran RM495 juta untuk perkahwinan anak perempuan

Posted: 03 Jan 2013 03:41 PM PST

relevansokmo
BEIJING: Seorang jutawan China menghadiahkan pelbagai barangan berharga bernilai RM500 juta, termasuk empat kotak barang kemas, dua kereta mewah, saham dan beberapa rumah sempena perkahwinan anak perempuannya.Media melaporkan, Pengerusi Kumpulan Fujian Wanli, Wu Duanbiao, juga bermurah hati memberikan anaknya akaun bank dengan simpanan bernilai RM10 juta serta pelbagai rumah mewah. Gambar hadiah perkahwinan itu dimuat naik di Internet mulai kelmarin selepas majlis penuh meriah selama lapan hari itu berakhir.Majlis itu diadakan di bandar Cizao, Jinjiang, Fujian. Wu - pemilik syarikat pengeluar seramik - turut menganugerahkan menantunya pemilikan sebuah rangkaian kedai runcit di Quanzhou, vila mewah serta rumah agam Wanda. Tidak cukup dengan itu, menantu Wu memperoleh 500 juta saham dalam syarikat Fujian Wanli dengan nilai lebih RM50 juta dan masing-masing sebuah kereta Porsche serta Mercedes yang dihiasi reben merah. Kegembiraan perkahwinan itu turut dikongsi dua pertubuhan kebajikan tempatan yang menerima derma bernilai RM7.5 juta.Nilai kekayaan sebenar Wu, 54, tidak diketahui dan rekod syarikatnya menunjukkan dia hanya menerima gaji sebanyak RM60,000 tahun lalu. Sementara itu, isteri Wu menggambarkan menantu mereka sebagai ‘pemuda yang hebat’.Sebagai ibu bapa, kata isteri Wu, dia dan suaminya mahukan anak mereka hidup dengan stabil berbanding diri mereka sebagai ahli perniagaan. Ketika ini, menurut laporan media tempatan, pasangan pengantin baru itu mempunyai jawatan dalam lembaga pengarah syarikat Wu.Mereka juga dilaporkan merancang penyenaraian saham syarikat itu di bursa Korea Selatan. Menantu Wu - hanya dikenali sebagai Xu - adalah kakitangan kerajaan dan mengenali kekasihnya sejak zaman kanak-kanak. Jurucakap Wu mengesahkan pemberian hadiah berkenaan, tetapi menafikan pesta meraikannya berlangsung selama lapan hari.“Wu suka melakukan sesuatu secara sederhana,” katanya. Berdasarkan maklumat di Internet, jamuan perkahwinan anak Wu itu bermula pada 28 Disember dan berlangsung selama lapan hari bagi meraikan tetamu yang ramai. Memberi hadiah mahal memang menjadi tradisi perkahwinan di Fujian, terutama di kawasan Jinjiang dan Shishi. - DM

Tiada ulasan: