Khamis, 31 Januari 2013

KRAI Utara

KRAI Utara


Oh Artis!: Lagi, Artis terkenal muncul di ceramah Pakatan, bimbangkan UMNO.

Posted: 30 Jan 2013 08:19 PM PST

Posted by Addin Deen  
Khalid Ismath (bertopi) bersama pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ~ Ahmad Busu (bertongkat).Kepada peminat-peminat sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pasti kenal kepada watak Mat Deris yang dilakonkan oleh Ahmad Busu.Sejak beliau diserang strok pada tahun 2009, beliau semakin uzur dan kurang muncul di kaca TV.Kali terakhir berita beliau ada di khabarkan 'dekat' dengan PAS pada sekitar tahun 2011 apabila hadir dalam sebuah program ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam. Bob Lokman ketika itu menjadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama Profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang ketika itu masih lagi menjadi pensyarah UIA.Bagaimanapun Ahmad Busu tidak berucap di dalam forum tersebut dan sekadar hadir sebagai hadirin dalam majlis tersebut. Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan ketika itu sempat mempelawa Ahmad Busu untuk bersama-samanya menyertai PAS. Bob Lokman juga meminta ahli PAS yang hadir supaya menghulurkan borang keahlian PAS kepada Ahmad Busu.Ahmad Busu ketika hadir mendengar sebuah forum anjuran PAS sekitar 2011.Namun selepas program itu, tiada khabar berita akan kehadiran Ahmad Busu di dalam program-program PAS mahu pun Pakatan Rakyat. Barangkali juga beliau ada hadir sebagai hadirin namun tidak dapat dikesan orang ramai.Bagaimanapun, malam semalam Ahmad Busu yang kelihatan uzur dan bertongkat berjaya menarik perhatian ramai apabila muncul ke program Ceramah Perdana PRU 13 di Seri Andalas. Khalid Ismath sempat merakamkan gambar bersama-sama Ahmad Busu sebaik selesai program.Mungkin ada yang berpendapat, kehadiran beliau ke program-program seperti ini bukanlah bermakna Ahmad Busu itu PENYOKONG PR dan BENCIKAN UMNO. Betul sekali pendapat itu.Namun setidak-tidaknya, kecekalan Ahmad Busu yang menggagahkan diri hadir ke program-program seperti ini, walaupun di dalam keuzuran memberikan isyarat kepada bahawa 'sumber maklumat' dari TV tidak sepatutnya ditelan bulat-bulat, tetapi harus diseimbangkan dengan ruang maklumat/jawapan balas daripada pihak lain. Ini secara tidak langsung mengurangkan virus 'dungu' dan 'tolol' kepada rakyat Malaysia apabila masing-masing berupaya membuat penilaian yang bijak selepas mendapat maklumat daripada kedua-dua belah pihak.Apapun kepada Ahmad Busu, TAHNIAH!.~mindarakyat

Fuh! Naik Pesawat, Implan Payudara Wanita ini Meletup

Posted: 30 Jan 2013 04:48 PM PST

Kaerana melakukan perjalanan naik pesawat, implan payudara wanita ini meledak. Implan payudaranya meletus akibat tak mampu menahan perbedaan tekanan di pesawat. Irena D mungkin menyesal pernah melakukan operasi implan payudara. Bukan hanya lantaran harus membayar mahal, tapi operasi perbesaran hingga ukuran F itu justru membuatnya kehilangan payudara dan jatuh sakit. Seperti dikutip dari The Register, wanita dari Rusia itu terpaksa   menjalani perawatan intensif setelah melakukan penerbangan dari Moskow ke California. Implan payudaranya meletus akibat tak mampu menahan perbedaan tekanan di pesawat, selama penerbangan.Wanita 45 tahun itu menderita sakit luar biasa ketika transit di  Los Angeles Airpport . Keadaannya parah saat turun dari sebuah pesawat Aeroflot Boeing 767-300 yang mengangkutnya. Setelah pemeriksaan intensif, doktor mengatakan bahawa sakit itu akibat letusan implan. Meski demikian, seorang ahli bedah mengatakan, "Kemungkinan besar wanita itu sudah memiliki masalah dengan payudaranya sebelumnya, dan implan meletus kerana perbedaan tekanan di pesawat."Atas musibah itu, Irene harus menghabiskan liburannya di rumah sakit. Ia terpaksa menjalani pembedahan buang payudara demi menghentikan peradangan meluas. Ia pun menerima ancaman kesehatan serius jika nekat melakukan perbesaran payudara lagi. LinkKes implan meletus juga pernah menimpa seorang wanita Inggeris, Lindsey Easeman. Tahun lalu, wanita 27 tahun ini menjalani pengangkatan payudara setelah implan di payudara bahagian kanan meletus sehingga meradang dan membentuk benjolan, tepat setahun pascaoperasi.Musibah yang menimpa Lindsey terjadi akibat penggunaan implan payudara berbahan Poly Implant Prothese (PIP). Bahan gel berbahaya yang diproduksi perusahaan asal Peranchis ini sudah lama ditentang pakar perubatan kerana boleh memicu  radang  serius di area payudara.  otakberita

Tiada ulasan: