Sabtu, 19 Januari 2013

KRAI Utara

KRAI Utara


Penangan Rakan:Isteri lari dek ‘gajah berahi’

Posted: 19 Jan 2013 12:00 AM PST

myMetro 19 Jn 2013
steri lari dek ‘gajah berahi’
 Jeling anak, belai emak. Itu yang berlaku terhadap seorang wanita apabila dia dipercayai ‘dikenakan’ rakan sekerja suaminya menggunakan minyak pengasih di Kampung Sungai Buaya, Banting, dekat sini.Difahamkan, mangsa, Ruzaiti Kamis, 36, tidak pulang ke rumah sejak 7 Januari lalu dipercayai terkena penangan minyak gajah berahi hingga sanggup mengikut lelaki berusia 33 tahun itu dan meninggalkan tiga anaknya berusia empat, 11 dan 12 tahun.Menurut suaminya, Maizi Salleh, 38, kejadian bermula apabila dia selalu mendapat tugasan luar, ke serata negeri dan sering meminta rakannya itu menjenguk anak dan isterinya di rumah.Bagaimanapun, rakan yang disangka baik rupanya gunting dalam lipatan apabila lelaki terbabit melarikan isterinya dan memisahkan Ruzaiti dengan tiga anaknya.Lebih malang, Maizi turut menemui lebih lima botol minyak wangi dalam beg sandang isterinya dipercayai minyak pengasih berdasarkan objek pelik serta maklumat pengamal perubatan yang diperoleh.

Woooo! RCI diberitahu warga Pakistan, India dapat kad pengenalan, tukar tempat lahir

Posted: 18 Jan 2013 06:12 PM PST

Oleh Boo Su-LynJanuary
KOTA KINABALU, 18 Jan — Dua orang warga asing Pakistan dan India memberitahu inkuiri Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang asing mengakui mereka mendapat kad pengenalan biru kurang dari 10 tahun selepas tiba di Sabah pada tahun 1980an.Mohamed Hussein, dilahirkan di Pakistan, dan Aziz Kasim, dilahirkan di Tamil Nadu, India, berkata mereka menukarkan tempat lahir dalam kad pengenalan biru Malaysia kepada Tawau dan Kunak di Sabah.“Dalam kenyataan kamu kepada pegawai penyiasat suruhanjaya ini, kamu kata kamu bekerja di Tawau pada tahun 1988, seorang warga Pakistan dan beberapa rakyat Malaysia bertanya adakah kamu mahukan pasport Malaysia, dan memberitahu syaratnya jika kamu mahu tinggal di Malaysia, tolong kerajaan dengan mengundi,” kata pegawai Jamil Aripin di RCI hari ini.“Mereka berikan saya kad pengenalan,” kata Mohamed, menambah beliau juga menerima pasport Malaysia.Mohamed berkata beliau tiba di Sabah untuk mencari pekerjaan dan menerima kad pengenalan biru dua atau tiga tahun kemudian.Beliau menambah turut mengundi empat hingga lima kali pilihan raya semenjak itu.Aziz berkata beliau tiba di Sabah pada tahun 1980 dan mendapat kad pengenalan biru pada 1987.Tetapi mengikut Undang-Undang Kewarganegaraan 1964, seseorang yang mahu menjadi warganegara Malaysia melalui naturalisasi mesti menjadi penduduk tetap sehingga 12 tahun dan berada di Malaysia lebih dari 10 tahun.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semalam bahawa tidak ada salahnya memberi kewarganegaraan kepada warga asing asalkan ia diberi secara sah melalui undang-undang.Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat — dari 1981 hingga 2003 — dituduh menjadi dalang kepada “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang asing sebagai pertukaran untuk mendapatkan undi.Namun begitu bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan “Projek IC”.Dr Mahathir berkata pendatang asing memang menerima kewarganegaraan, tetapi menegaskan ia masih “mengikut undang-undang”.Aziz berkata pegawai kerajaan bertemu dengannya dan rakan sekerjanya di sebuah restoran di negeri ini pada tahun 1987 dan menawarkan kad pengenalan biru, tetapi beliau tidak ingat dari jabatan mana pegawai kerajaan itu.“Selepas empat bulan, pegawai tersebut datang semula dan berikan kamu kad pengenalan biru?” tanya Jamil.“Ya,” kata Aziz, 54, yang kini bekerja sebagai seorang tukang masak.Beliau menambah beliau menerima pasport Malaysia pada tahun 1995, tetapi hilang pasport Indianya.Aziz berkata beliau mengundi sebanyak empat kali, termasuk pilihan raya negeri dewan undangan negeri Likas tahun 1990 dan 1994.Mahkamah tinggi memutuskan pilihan raya di Likas pada tahun 1999 adalah tidak sah selepas mendapati daftar pemilih mempunyai pengundi hantu, termasuk warga negara asing.Aziz berkata beliau menganggap dirinya sebagai rakyat Malaysia dan tidak mahu pulang ke India, menambah ketiga-tiga anaknya mempunyai MyKad.Mohamed, 48, berkata orang yang memberi kad pengenalan biru itu memberitahunya untuk mendaftar sebagai pengundi, tetapi tidak mencadangkan parti politik mana yang perlu diundi.“Adakah kamu masih warga Pakistan?” tanya Jamil.“Tidak, saya rakyat Malaysia,” kata Mohamed, yang memakai kopiah putih.Mohamed dan Aziz berkata mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dari negara asal.Inkuiri akan diteruskan pada 29 Januari oleh bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. TMI

Tiada ulasan: