Kerabu Bersuara ® |
- Dokumen Yang Menyebabkan Seorang Pegawai Bank Islam Digantung Terdedah!
- Video Sambutan Bekas Minum Air Rasulullah SAW di Chechnya. Andai Rasulullah Bersama Kita.
- Gambar Ustaz Taib Ahli Parlimen Baling Kritikal Dalam Wad
- Terkini! Selepas Amanat Hadi Sekarang Timbul Amanat Hassan Ali
- Gambar Presiden PAS Mandi Manda Di Pantai Bersama Kanak-Kanak
Dokumen Yang Menyebabkan Seorang Pegawai Bank Islam Digantung Terdedah! Posted: 24 Jan 2013 06:49 AM PST Ini yang dirumuskan oleh pakar ekonomi Bank Islam di Singapura. |
Video Sambutan Bekas Minum Air Rasulullah SAW di Chechnya. Andai Rasulullah Bersama Kita. Posted: 24 Jan 2013 06:07 AM PST Sambutan Bekas Minum Air Rasulullah SAW di Chechnya. Andai Rasulullah Bersama Kita. Wahai Rasulullah, Tika ini, jika engkau hadir bertamu, Mungkin mengalir deras airmatamu, Dek kesayuan mengenang umatmu, Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu, Wahai Rasulullah, Nafsu kini menjadi tuhan, Harta dan pangkat menjadi sembahan, Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan, Ibadah dirasa berat tidak tertahan, Al Quran bukan lagi panduan kehidupan. Wahai Rasulullah, Kedamaian rumahtangga semakin hancur, Sikap curang semakin subur, Peranan ibubapa kian gugur, Ketaatan anak-anak turut melebur, 'Barah' di dalam keluarga menjadi parah, Akibat solat yang tiada berarah, Amat jauhlah keikhlasan ibadah Wahai Rasulullah, Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu, Namun ramai mendustakan ajaranmu, Harta kini lebih dicintai dari cintamu, Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku, Seperti khayalan yang nyata palsu, Wahai Rasulullah, Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung, Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung, Hinggapnya hanya sebentar, Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung... Taubat kami kurang kekesalan, Tiada penghayatan, tiada keinsafan Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan, Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman, Wahai Rasulullah, Aurat wanita tercemar kian, Berbangga ditayang & dihias berlebihan, Ditagih penghargaan dan kalam pujian, Tidak dipeduli murka Tuhan, Bapa & suami dayus suatu kebiasaan, Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan, Wahai Rasulullah, Bersamamu, kami merindui kehidupan, Namun adakah diri ini punyai kelayakan, Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman, Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan, Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan, Wahai Rasulullah, Belas Allah kami harapkan, Moga , tatkala menjelang kematian, Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan. Zaharuddin Abd Rahman Leicester, UK 31 Ogos 2010 |
Gambar Ustaz Taib Ahli Parlimen Baling Kritikal Dalam Wad Posted: 24 Jan 2013 04:27 AM PST Ustaz Riduan Mohamad Nor Ust Taib Azamudden lani telah dipindahkan ke Hospital Pantai, Bayan Baru. Doktor sahkan ada pendarahan dlm kepala beliau. Rawatan susulan sdg dibuat. Tkasih ats doa shbt2. |
Terkini! Selepas Amanat Hadi Sekarang Timbul Amanat Hassan Ali Posted: 24 Jan 2013 02:58 AM PST Hasan Ali dakwa menyokong pendirian Anwar hukumnya syirik BUKIT MERTAJAM 24 Jan. - Pemimpin dan ahli Pas termasuk orang Islam lain yang menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah tergolong sebagai syirik. Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua pemimpin dan ahli parti itu. Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak mengelirukan umat Islam. "Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua ini amalan syirik. "Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka (berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas ditemui selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul. - UTUSAN |
Gambar Presiden PAS Mandi Manda Di Pantai Bersama Kanak-Kanak Posted: 24 Jan 2013 02:55 AM PST Allahuakhbar! |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan