Selasa, 22 Januari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ustaz Azhar Idrus Bersama Skuad Bola Sepak Pahang

Posted: 22 Jan 2013 04:31 AM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/480273_10151199981975846_1158193897_n.jpg

MALAYSIA FOOTBALL TEAM

Pemain-pemain Pahang FA bersama Ustaz Azhar Idrus . Nampak sama tapi memang dia hehe

Sumber dari Faizol Hussain (pemain tengah Pahang FA)

Gambat Najib Bersama PM Palestin

Posted: 22 Jan 2013 03:47 AM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/321309_10151203193980952_2129361528_n.jpg


Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya


Semoga pulang dari sana, hati Najib berubah.

Talian Bantuan BN Dicaj Sebanyak 4 Sen

Posted: 22 Jan 2013 02:54 AM PST



Lizawati Madfa

 http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/01/Lau-Weng-San-01.jpg


Lau Weng San 01

SHAH ALAM 22 JAN : Keikhlasan Umno-BN membantu rakyat menerusi talian aduan dipersoal Adun Kampung Tunku, Lau Weng San apabila ia dikenakan caj sebanyak empat sen.

Tegas Weng San, sekiranya BN benar-benar mendahulukan rakyat sepertimana yang dilaung-laungkan dalam kempen mereka, caj seperti ini tidak seharusnya timbul.

BN sebelum ini menyediakan perkhidmatan Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN di talian 1-300-22-2626 bagi membolehkan orang ramai memanjangkan sebarang aduan kepada wakil BN.

"Talian yang bermula dengan 1 300 ini dikenakan caj sebanyak empat sen bagi setiap minit jika panggilan dibuat daripada talian tetap.

"Jika aduan dibuat melalui panggilan telefon bimbit, caj yang lebih mahal lagi akan dikenakan.

"Kononnya nak membantu menyelesaikan masalah rakyat tetapi rakyat juga akhirnya terpaksa menanggung beban caj panggilan," jelas Weng San yang dihubungi.

Berbeza dengan BN, Weng San berkata, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan lebih ikhlas dengan menyediakan talian bebas tol 1800-88-2824 bagi membolehkan rakyat membuat aduan mengenai masalah sampah khususnya.

Malah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mengambil langkah menyediakan talian bebas tol yang lain untuk orang ramai mengajukan masalah.

"Tindakan sebeginilah yang memperlihatkan keutamaan kepada rakyat, bukannya retorik kosong semata-mata.

"Inilah antara kekurangan yang ditonjolkan BN dalam usaha memenangi rakyat yang mana mereka perlu perbaiki lagi jika mereka benar-benar ikhlas dan bersedia untuk membantu," ujarnya lagi.

Ustaz Azhar Pernah Sepentas Bersama DS Anwar Ibrahim

Posted: 22 Jan 2013 01:09 AM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/64253_568698106474774_1572091596_n.jpg

ulama dan umara tidak dapat dipisahkan

Kepala Hotak Lu Pemimpin Akar Umbi PAS?

Posted: 22 Jan 2013 12:10 AM PST

Anggota akar umbi Pas Pulau Pinang bantah kenyataan Karpal


GEORGETOWN - Sekumpulan anggota akar umbi PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah.

Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota PAS dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar.

Mereka turut membawa sepanduk dan kain rentang yang memaparkan antaranya "Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu", "Orang Melayu Jangan Undi Karpal", "PAS Wajib Keluar PR", "Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama" dan "Karpal + Azmin Tidak Hormat Dasar PAS".

Mereka turut memijak bendera DAP.

Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji ulama PAS selaras tuntutan syariat.

"Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan," katanya.

Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota PAS di Pulau Pinang kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut," katanya.

Beliau berkata kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang.

Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata beliau akan memujuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu.

Katanya pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jan lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak kerajaan pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. - Bernama

Surat 'Jemputan' Sambut Muhyiddin Di Melaka. Guru Dipaksa?

Posted: 21 Jan 2013 07:33 PM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/45548_10151236975483597_81022134_n.jpg

Ramai guru-guru di Melaka hari ni memuat turun kad jemputan untuk mereka hadir ke majlis umno bn.

Siap suruh pakai tema korporat BN lagi?

Epik Kekalahan Utusan Malaysia

Posted: 21 Jan 2013 07:00 PM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/314134_496480280395416_1981933451_n.jpg

Padan MuKa!

Tiada ulasan: