Rabu, 2 Januari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Islam Semakin Diterima. Pelajar Bukan Islam Mendaftar Di PASTI

Posted: 02 Jan 2013 07:15 AM PST

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/536100_483537011696691_1426675762_n.png

Pemuda PAS Serdang

Islam untuk semua. PAS untuk semua!

PASTI Siti Sarah di seksyen 7 Bangi menerima pelajar berbangsa India beragama hindu. Mereka semakin mendekati Islam.

Mudah-mudahan Allah mencampakkan hidayah dalam hati-hati mereka. Amin.

Admin: ALLAHUAKHBAR!

Isu Kalimah Allah: Sekali Lagi!

Posted: 02 Jan 2013 06:07 AM PST


Timbul kembali isu kalimah Allah yang jelas menunjukkan sangat yang UMNO/BN sudah ketandusan isu. Di Kelantan oleh kerana tiada isu maka salon rambut dan bukan Islam berkhalwat pun jadilah. Yang pelik, pihak yang bising MCA tetapi selepas itu dikatakan PAS tunduk pada DAP! UMNO pula langsung tidak kedengaran, mendiamkan diri. Diam seribu bahasa. Jelas siapa kelihatan tunduk pada siapa! Biasanya yang tunduk itu mendiamkan diri.

Dalam isu kalimah Allah pendirian PAS adalah jelas. Saya telah jelaskan dengan panjang lebar sebelum ini dalam tulisan saya yang bertajuk Ismu Allah pada Mac 2009 dan disiar ulang pada Januari 2010. Sepertimana yang telah saya nyatakan, soal penggunanaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak merupakan masalah. Ini adalah kerana ianya digunakan masyarakat Jahilliyah sebelum lahirnya Rasulullah (SAW)! Buktinya, nama ayah Rasulullah adalah Abdullah dan beliau meninggal sebelum Rasulullah dilahirkan! Ini bererti kalimah Allah seperti yang terdapat dalam nama 'Abdullah' sememangnya digunakan sebelum datangnya Rasulullah (SAW).

Kalimah Allah adalah kalimah bahasa Arab. Datangnya dari perkataan 'Al-ilah' yang diringkaskan menjadi 'Allah'. Perkataan 'ilah' pula ertinya sesuatu yang disembah dan didewa-dewakan. Ia meliputi berhala ciptaan manusia seperti Latta dan Uzza sembahan masyarakat Jahiliyyah dan juga nafsu yang didewa-dewakan manusia sehingga dijadikan 'ilah' mereka.

Dengan diletakkan huruf 'Alif' dan 'Laam' maka ianya menjadi nama khas yang bermaksud Tuhan pencipta dan pemilik alam. Yang disembah selain Allah seperti Latta dan Uzza tersebut tidak dianggap sebagai pencipta dan pemilik alam. Begitu juga dengan nafsu. Namun perkara ini disembah dalam erti kata ianya didewa-dewakan dan diberikan sanjungan dan kepatuhan. Itu yang ditolak Islam melalui kalimah "La ilaha illaLlah" atau "tiada yang disembah atau didewa-dewakan selain Allah (iaitu Tuhan pencipta dan pemilik alam)".

Maka masyarakat Jahilliyyah menggunakan kalimah 'Allah' apabila memaksudkan Tuhan pencipta dan pemilik alam tetapi digunakan 'ilah' pula bagi dewa-dewa yang disembah sebagai pengantaraan di antara manusia dan Allah. Penggunaan sebegini juga diamalkan oleh orang Yahudi dan Nasara yang berbahasa Arab. Ini jelas terbukti apabila dibaca ayat-ayat Al-Quran seperti ayat 30 surah At-Taubah yang bermaksud, "Berkata orang Yahudi Uzair anak Allah dan berkata orang Nasara Al-Masih anak Allah.." Ayat-ayat Al-Quran sebegini jelas membuktikan bahawa kalimah 'Allah' digunakan masyarakat Arab samada musyrikin, Yahudi atau Nasara untuk memaksudkan Tuhan pencipta dan pemilik alam.

BIBLE BAHASA MELAYU

Dalam soal Bible terjemahan Bahasa Melayu, PAS berpendirian bahawa perkataan Tuhan adalah lebih tepat. Ini bukan kerana perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam tetapi kerana perkataan 'Allah' adalah perkataan Arab. Sedangkan terjemahan yang diinginkan adalah terjemahan Bahasa Melayu. Tuhan adalah perkataan Melayu yang sesuai dan tepat sebagai terjemahan kepada perkataan 'God'.

Oleh itu, pendirian PAS adalah konsisten sejak dari awal lagi apabila isu ini ditimbulkan pada tahun 2009. Ianya persoalan yang dibahas secara ilmiah oleh PAS dan bukan merupakan pendirian yang dibuat atas sebab kepentingan politik atau emosi.

PENDIRIAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa agama lain tidak dibenarkan mengguna kalimah 'Allah' kerana dikhuatiri ianya akan menimbulkan kekeliruan. Saya hormati pendirian ini dan memahami bahawa ianya adalah pandangan yang terhasil dari kekhuatiran terhadap kemungkinan akan timbul kekeliruan di kalangan ummat Islam sekiranya agama lain menggunakan juga kalimah tersebut.

Namun pada hakikatnya, perbezaan di antara agama Islam dan agama lain adalah perbezaan dalam konsep ketuhanan itu sendiri bukan kalimah yang digunakan! Dalam erti-kata lain, perbezaan bukan terdapat pada kalimah berbeza. Sebagai contoh, tidak kurang salahnya, dari pandangan Islam, apabila dikatakan "Isa anak Allah" atau "Isa anak Tuhan". Ini adalah kerana Allah itu Tuhan dan Tuhan itu Allah bagi ummat Islam. Bagaimana yang pertama boleh dianggap mengelirukan dan yang kedua tidak? Untuk mengelak kekeliruan, adakah selepas 'Tuhan' digunakan bukan Islam maka orang Islam tidak akan lagi menggunakan perkataan 'Tuhan'?

Akhirnya kita kena akui bahawa kekeliruan hanya mampu dielak dengan adanya ilmu. Dan inilah penyelesaian muktamad kepada kemelut yang diada-adakan, bukan dengan menghalang ini dan itu. Persoalan yang perlu dijawab oleh pemimpin Negara dan Agama ialah mengapa selepas 55 tahun Merdeka kefahaman ummat Islam tetap di tahap yang begitu rapuh sehingga mudah keliru dan terjejas hanya dengan mendengar kata-kata "Isa anak Allah"? Tidakkah mungkin mereka memahami itu kepercayaan agama Nasrani yang bercanggah dengan Islam?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Panas! Video Sambutan Tahun Baru Versi Lebih Islamik Dari Ustaz Azhar! Kalah Dataran Shah Alam!

Posted: 01 Jan 2013 10:35 PM PST






Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?



Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas 'Uruf atau 'Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-'Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-'Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-'Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Sekian

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net

8 Feb 2007




“Saya nak beritahu Chua Soi Lek, DAP tak terima anda.” – Lim Guan Eng

Posted: 01 Jan 2013 08:13 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Jangan harap Presiden MCA, Chua Soi Lek akan dibenar menyertai DAP seperti dakwaannya sebelum ini yang menyatakan mahu bersama parti itu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang besar di Johor dan melantik orang Cina sebagai Menteri Besar Johor.

Mengulas kenyataan jahat Soi Lek itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah menuntut untuk mengisi jawatan Menteri Besar Johor walaupun PR berjaya dan diberi mandat mentadbir negeri itu.

“Kita tidak pernah tuntut untuk menjadi Menteri Besar Johor. Apa yang kita tuntut adalah keadilan, kebebasan dan demokrasi untuk rakyat.

“Jangan ingat DAP parti sampah! Kita tidak terima orang macam anda. Maaf, pintu sudah ditutup,” tegas beliau ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru 2013 DAP di KLSCAH malam tadi.

Sambil mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada lebih seribu hadirin, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, masanya sudah tiba untuk melakukan perubahan bersejarah dalam negara ini.

“Saya percaya PR telah buktikan bahawa kita bukan saja menjadi parti oposisi yang baik, tetapi pada masa yang sama terbukti menjadi kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Mengenai maruah Malaysia yang semakin tercalar di bawah kerajaan BN akibat rasuah dan pengaliran wang haram ke luar negara, Guan Eng yakin kerajaan PR mampu mentadbir negara ini jauh lebih baik berdasarkan rekod cemerlang pentadbirannya di beberapa negeri.

“Sebelum ini kita buktikan, kita memang boleh lakukan, impian ini (membentuk kerajaan Persekutuan) akan menjadi realiti sekiranya kita bersatu, berani dan berpegang teguh kepada prinsip perubahan demi rakyat dan Malaysia,” tambah beliau.

BN tidak dengar suara rakyat

Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Teo Kok Seong pula berkata, semua rakyat Malaysia mesti menjadikan BN sebagai oposisi pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana BN tidak lagi mendengar suara dan rintihan rakyat sambil merujuk kepada projek nadir bumi Lynas yang bakal memberi risiko kepada alam sekitar dan rakyat.

Beliau yang juga ADUN Bahau berkata, “Kini kita boleh lihat rakyat sudah bangkit menuntut Lynas ini dihentikan.

“Kalau BN tak dengar suara rakyat, kita kena pilih PR yang bersedia mendengar suara rakyat,” katanya.

“Anda tidak keseorangan”

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula menekankan pentingnya melaksanakan transformasi politik secara holistik dalam memerangi rasuah dan tidak hanya sekadar slogan.

“Perdana Menteri ‘jerit-jerit’ mahu laksanakan transformasi tetapi masih mengkhianati rakyat.

“Rasuah berleluasa, dia gunakan duit rakyat. Kita kena tahu, institusi awam dalam negara ini adalah milik rakyat Malaysia,” tegasnya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Pantai Dalam menambah bahawa tahun 2013 memerlukan satu anjakan pemikiran dan keyakinan tinggi untuk perubahan.

“Kita perlu berusaha, dan paling penting rakyat perlu tahu bahawa anda tidak keseorangan. Kita boleh dan kita sama-sama perlu mempunyai semangat untuk selamatkan Malaysia,” katanya. – Roketkini.com

Tiada ulasan: