Ahad, 13 Januari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas. TAKBIR!

Posted: 13 Jan 2013 09:04 AM PST

Kalimah Allah Tidak Boleh Diterjemah Ke Dalam Mana-Mana Bahasa - Majlis Syura PAS

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura PAS turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu 'Amanat Hadi' dan ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3.

Terkini!: Mufti Perlis Dan Dr MAZA Berada Bersama TG Haji Hadi Dan Abang Mat Sabu Di Pejabat PAS?

Posted: 13 Jan 2013 08:11 AM PST

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/553161_522910927742186_1828379062_n.jpg

Jkkk Fan Club

tok guru, mat sabu, dr asri, dr juanda dan dr masle malik wat menda hor?
 

#KL112 Langgar Syarat? Kita Tunggu Ulasan Polis Tentang Gambar Ini

Posted: 13 Jan 2013 08:02 AM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/428020_10151302752363046_1210752263_n.png

#KL112: Polis mula siasat penganjur

13 Januari 2013

Logo Himpunan Kebangkitan Rakyat

KUALA LUMPUR - Polis hari ini membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat, anjuran Pakatan Rakyat, yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini semalam.

Dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta memanggil beberapa individu.

Melalui rakaman CCTV, polis ada bukti penganjur melanggar syarat yang ditetapkan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, rakaman CCTV antara lain menunjukkan ada ibu bapa membawa anak-anak kecil ke perhimpunan itu yang dianggar polis disertai 45,000 orang.

Penganjur mendakwa lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan semalam.

Sementara itu, pemilik stadium, Merdeka Heritage Trust ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan stadium selepas perhimpuan semalam tidak lama lagi.

Merdeka Heritage Trust merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad.


http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/734167_10151172906137126_767085477_n.jpg

kita tunggu ulasan pihak polis tentang gambar ini.

Terkini! Ustaz Azhar Idrus Bertemu Dr MAZA Petang Tadi. Apa Yang Dibincangkan?

Posted: 13 Jan 2013 03:29 AM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/226599_522793387753940_772501706_n.jpg

Jkkk Fan Club

DrMAZA.com
Minum petang di sebuah restaurant di Jln TAR KL bersama Ustaz Azhar Idrus.

# kemah keming
jangan lupa warga lembah kelang kuliyah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di padang au2

Akibat #HKR112, Penyokong Umno Hilang Akhlak Dan Akal

Posted: 13 Jan 2013 03:01 AM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/582373_520221561342498_1756203851_n.jpg


Aidil Ibrahim Bgr

Sejak bermula Jelajah Anak Muda #KL112 peringkat negeri P.Pinang kami anak muda terima pelbagai ugutan dan amaran berkaitan himpunan HKR #KL112, Kawan-kawan dari Negeri lain juga ada menerima ugutan tersebut...Tiba hari bersejarah HKR #KL112 pada 12.1.2012 anak muda menunggu si ugut dan kuncu-kuncunya tetapi baru kami anak muda tahu bahawa mereka-mereka ini hanya pondan lorong lorong atau jaguh kampung...Inilah cara panglima harrrkkkkkk tttuuuuuuiiihhhhh......

Tajuk-Tajuk Khas Sempena #KL112 Dari Kerabu Bersuara

Posted: 13 Jan 2013 12:29 AM PST

HKR 112 21 HKR 112 22 HKR 112 23 HKR 112 24 HKR 112 25 HKR 112 26 HKR 112 27 HKR 112 28 HKR 112 29 HKR 112 30





Live #KL112: Video Penuh Ucapan Pemimpin Semasa Himpunan #KL112 Di Stadium Merdeka.


Himpunan #KL112: TV3, TV1, Utusan Malaysia Dan Berita Harian Akan Tipu Rakyat Esok?


Peserta Himpunan #KL112 Seramai 45 Ribu Sahaja?


Live #KL112: Beberapa Keping Gambar Yang Menarik Dan Bermakna Yang Patut Anda Lihat


Live #KL112: Gambar TG Haji Salleh Bersama TG Haji Nik Aziz Nik Mat


Live #KL112: Gambar TG Nik Aziz Memimpin Bacaan Doa. Allahuakhbar!


Live #KL112: Berita Panas Yang Diterima Sempena Sambutan Najib Di Semenyih! Sebarkan!


Live #KL112: Allahuakhbar! Bangkit Rakyat! Suasana Rakyat Dalam Stadium!


Live #KL112: Pecacai Umno Cakap Himpunan Tak Sampai 100 Ribu?


Live Streaming #KL112: Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Dan NGO Sedang Berucap!


Live #KL112: Dato Tuan Ibrahim Naik Motor Kuasa Besar Ke Stadium! Cayalah!


Live #KL112: YB Salahuddin Mengepalai Himpunan Rakyat Dari Masjid Negara Ke Stadium Merdeka


Live #KL112: Jemaah Masjid Negara Ambil Wuduk Dalam Kolam Disebabkan Orang Terlalu Ramai


Live #KL112: YB Husam Musa Ketuai Perarakan Geng R Tuntut Royalti Dari Negeri Terlibat Terutama Kelantan!


Live #KL112: Gambar Yang Diambil Sekitar Stadium Merdeka. Abang Mat Sabu Dah Datang!


Live #KL112: YB Azmin Ali Sedang Berada Di Tempat Himpunan


Live #KL112: Kumpulan Rakyat Mula Bergerak. Gambar Dari Segenap Sudut Dipaparkan


Live #KL112: Deepak Kawan Rosmah Pun Turun!


Live #KL112: Gambar Dari Kamera Abang Misai. Polis Diraja Malaysia


Live #KL112: LRT Gombak Kecoh Dengan Manusia Pakaian Merah! Wanita Tulang Semangat!


Live #KL112: Dataran Masjid Negara Ditawan Oleh Rakyat Marhaen!


Live #KL112: Gambaran Di Universiti Malaya. Anak Muda Tawan Kawasan!


Live #KL112: Risalah Syiah Provokasi Burukkan PAS Djumpai. Tahniah Unit Amal


Live #KL112: Penyokong Dsri Johor Sudah Datang! Hancur Kezaliman!


Live #KL112: Robongan Dari Dun Wakaf Bharu Mengaminkan Bacaan Doa


Live #KL112: Gambar Lebih Dekat Di Perkarangan Masjid Negara


Live #KL112: Suasana Meriah Di Kedai Makan Kawasan Gombak. Peniaga Rugi?




Live #KL112: Keadaan Di Stesen LRT KL. Orang Ramai Sudah Memenuhi Dalam LRT


Live #KL112: Terkini, Tuan Guru Haji Hadi Bagi Respon Terkini Isu Allah Dalam Bible. Kata-kata Pemanas Semangat!

 

Live #KL112: Awal Pagi Siren Polis Dah Berbunyi Di Kuala Lumpur




'Mengapa ada kanak-kanak di himpunan Najib?

'No to kids at 112 rally, but okay for Najib event?'


Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Semenyih semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.

Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam.

Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

"Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.

"Pada masa sama, polis memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Persoalannya mengapa wujud dwistandard seperti ini?

"Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih?

"Secara asasnya, kedua-dua acara perhimpunan perhimpunan orang ramai," kata Barathidasan.

'Mek, Ore Masuk Al Jazeera'!

Posted: 13 Jan 2013 12:05 AM PST


this is kelantan!

Blogger Umno Tak Percaya Jumlah Rakyat Yang Berhimpun Semalam

Posted: 12 Jan 2013 08:12 PM PST

Kesian betul beb.

Ingat buta mata je, rupa hati pun gelap.

Kan kalau dikatakan ramai, tak masyuk pula duit bulan-bulan.

Tak pa, hayat blogger umno ni tak lama dah.

Rakyat akan ajar cara mereka mengira nanti.

Sah! Dalam Video Ini Ada Bukti Beri Pihak Pakatan Duit Kepada Rakyat Yang Hadir #KL112

Posted: 12 Jan 2013 04:47 PM PST



http://utusan.com.my/pix/2013/0113/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_02.1.jpg



Isu air: Jangan salahkan BN

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

Najib Tun Razak disambut oleh ribuan penduduk daripada pelbagai kaum ketika menghadiri program bersama rakyat anjuran Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Selangor di Semenyih, Selangor, semalam. -MINGGUAN/MOHD. NOOR MAT AMIN

SEmenyih 12 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menuding jari menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berhubung krisis bekalan air di Lembah Klang.

Tegas Perdana Menteri, sikap sedemikian adalah tidak wajar kerana isu air merupakan hak rakyat yang tidak sepatutnya dipolitikkan.

"Ini bukan caranya dan bukan masanya nak tuding jari. Kini masanya kita selesaikan masalah air. Tetapi kita tak boleh berbuat apa sebab mereka tak bagi arahan pembangunan membenarkan kerajaan Pusat melaksanakan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Kita nak buka rumah pam tambahan pun mereka tak beri kelulusan. Gangguan air kini adalah secebis sahaja daripada apa yang akan berlaku pada 2014. Malapetaka lebih serius akan menimpa negara khususnya di Lembah Klang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kalau tak selesai masalah air,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di depan lebih 15,000 orang yang hadir sempena program bersama rakyat anjuran Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Semenyih, di sini hari ini.

Najib berkata, Selangor bakal berdepan dengan kerugian besar khususnya dalam sektor pelaburan dan pembangunan hartanah jika masalah air tidak diselesaikan segera.

"Kita sedar pelaburan bernilai berbilion ringgit di Selangor mungkin tak jadi kalau tak selesai masalah air. Pelabur-pelabur menunggu nak buka kilang di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air. Pemaju hartanah yang nak buka kawasan perumahan juga terganggu.

"Sebab itulah kita jangan main politik. Masalah berkaitan air bukannya nak cari keuntungan politik. Saya sedih lihat orang yang tinggal di rumah flat termengah-mengah nak angkat air ke tingkat atas,'' katanya.

Beliau kemudiannya memberi jaminan masalah air di Selangor mampu diselesaikan dengan segera jika rakyat memberikan mandat kepada BN untuk kembali mentadbir negeri itu.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bantuan untuk kaum India supaya kaum itu tidak tercicir dalam arus pembangunan negara.

Jelasnya, bantuan itu antara lain penyaluran peruntukan lebih RM500 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) serta tambahan RM100 juta setiap tahun, penyelesaian dokumen pengenalan diri selain pemberian skim pinjaman mikro kredit.

Katanya, bantuan turut merangkumi penambahan tempat dalam program matrikulasi serta pengambilan lebih ramai masyarakat itu dalam perkhidmatan awam.

"Tetapi ini bukan bererti segala-galanya sudah kita selesaikan. Ini saya anggap sebagai 'work in progress'. Ada banyak lagi yang perlu kita lakukan. Sebab itu kita perlu mandat yang besar.

"Mandat ini supaya kita ada kekuatan untuk melakukan pembaharuan yang besar dan pembelaan kepada rakyat. Kita tahu sumbangan masyarakat India adalah besar. Tetapi mereka masih lagi berdepan dengan masalah ekonomi dan sosial yang perlu diberikan perhatian sewajarnya," ujar beliau.


BN tidak tertekan dengan himpunan Pakatan
NOR AZURA MD AMIN
13 Januari 2013


PONTIAN - Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dipercayai dapat menghimpunkan sekitar 100,000 orang semalam, tidak memberi tekanan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) Ketua Penerangan dan Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, tiada apa yang perlu dibuktikan penganjur kerana perhimpunan sebelum ini gagal capai matlamat malah ada bertukar menjadi kekacauan.

Menurutnya, himpunan sebegitu dianjurkan untuk menyaingi program Jelajah Janji Ditepati anjuran BN yang berjaya tarik kehadiran ramai rakyat.

"Program Jelajah Janji Ditepati yang merantau ke seluruh negara menerima sambutan baik. Ia berbeza dengan penganjuran himpunan mereka yang hanya bertujuan mengalihkan isu yang membelenggu pembangkang.

"Umno/BN tidak bimbang atau rasa tergugat dengan penganjuran itu. Kita bimbang berlaku kekacauan dan huru-hara seperti Bersih 2.0 sehingga menyebabkan ramai pihak rugi selain pelabur melarikan diri," katanya yang juga Ketua Penerangan Umno.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menyifatkan tiada kesepakatan pendirian pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH.

Katanya, walaupun terdapat pemimpin kanan pakatan cuba redakan keadaan, namun kenyataan dikeluarkan pemimpin tertinggi Pas menyebabkan mereka menolaknya.

Katanya, mufti dan ulama perlu suarakan pandangan dan menentang perkara berkenaan.

Tiada ulasan: