Kelab Greenboc |
- SPR Menipu Untuk Pastikan Umno Menang
- Amanat Hadi: UMNO Tiba-tiba Jadi Penakut Berdepan Kebenaran
- Lengahkan Pendaftaran Pakatan Rakyat: Pendaftar RoS Perlu Didakwa Di Mahkamah
- Papagomo Mana Lu Mau Lari, Mahkamah Keluar Sapina Ke Atas Zahid Hamidi
- [EKSKLUSIF] "Aku Tak Halalkan Duit Pampasan Itu" - Mangsa Buruh Paksa Jepun
- [KERJA BODOH] Kereta Presiden NGO R Disimbah Cat Merah
SPR Menipu Untuk Pastikan Umno Menang Posted: 04 Jan 2013 12:42 AM PST AJawatankuasa Pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat , Hishamuddin Rais berkata pengunaan dakwat kekal masih tidak mampu menghalang penipuan pada hari mengundi. Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat. Dalam ceramah Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat 'Menuju #KL 112-Sejuta Rakyat' di sini malam kelmarin, Hishamuddin berkata tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari untuk menghalang pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang berbeza. "Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi. "Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu. "Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum diberikan kertas undi untuk mengundi. "Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat kekal maka individu itu boleh mengundi. "Kalau ada dakwat hitam kekal di kuku jari, anda akan diberi kertas undi. Orang akan berpusing-pusing untuk mengundi. Akidah SPR menipu untuk pastikan Umno menang. "Maka desakan kami meminta SPR perkenalkan dakwat kekal sudah lari dari matlamat asal. Cara pelaksanaan dakwat kekal yang dilakukan oleh SPR ini memang tidak masuk akal sama sekali," kata Hishamuddin. Hishamuddin berkata antara lapan tuntutan Bersih, dakwat kekal lah satu-satunya tuntutan yang dipenuhi oleh SPR. Malangnya itu pun dilaksanakan dengan tidak betul yang jelas untuk menyebelahi parti pemerintah. Letak jawatan Sementara itu bercakap berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini; Hishamuddin dengan nada lantang mengingatkan orang ramai agar jangan takut turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari ini. "Jangan takut jatuhkan kerajaan. Yang dilawan Pakatan Rakyat bukan Umno dan kuncu-kuncunya tetapi tuan lawan satu sistem yang diwujudkan SPR untuk menangkan Umno. "Ini belum kira dengan pendatang asing. Zaman takut sudah berakhir. Tahun ini kita tekad jatuhkan Barisan Nasional. Sudah 55 tahun kita ditipu dan dibodohkan. Kita pergi untuk bertindak. Rakyat wajib bangun," katanya. Hishamuddin juga menggamatkan lebih 500 orang ramai yang hadir pada malam itu apabila berkata: "Jika ayah-ayah dan ibu-ibu yang berada malam ini takut dengan ucapan saya, maka letaklah jawatan sebagai manusia." Ucapan itu menyebabkan orang ramai ketawa besar. "Saya begitu yakin kalau daftar pemilih bersih, Selangor tetap di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU-13. "Tetapi mereka merancang mengambil semula Selangor. Hasil kajian kerajaan Negeri Selangor, didapati kira-kira 134, 000 nama pengundi di Selangor tiada identiti jantina dan alamat lengkap. "Contohnya nama Norizan dan beralamat Jalan Kelang sahaja. "Penipuan dirancang untuk pastikan orang-orang jahat ini terus berkuasa. Bukan itu sahaja kematian di dalam balai polis bukan drama tetapi hakikat. "Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak marah, maka letaklah jawatan sebagai manusia," kata Hishamuddin yang menyebabkan tapak ceramah gamat dengan gelak ketawa orang ramai. BN dalam keadaan keliru Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam ucapan berkata kerajaan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang keliru dengan kebangkitan rakyat yang semakin tidak boleh dibendung lagi. "Mereka keliru dengan kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. "Mereka panik dan tidak tahu hendak buat apa bila kita kumpul beramai-ramai di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini. "Ketika mereka keliru, kita harus keluar beramai-ramai memberi isyarat kepada mereka dan SPR bahawa daftar pemilih harus dibersihkan dan pilihan raya harus dikendalikan dengan adil dan telus. "Saya yakin sejuta rakyat akan berjaya dikumpulkan pada 12 Januari ini," katanya. Turut berceramah ialah Adun Teja, Chah Li Kang; Khalid Ismath dari Solidariti Mahasiswa Malaysia dan S Tinagaran dari Parti Sosialis Malaysia. -FMT |
Amanat Hadi: UMNO Tiba-tiba Jadi Penakut Berdepan Kebenaran Posted: 03 Jan 2013 10:15 PM PST Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut. "Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung. "Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi. Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataannya berkata, pihaknya tiada masalah memberi ruang berkenaan, tetapi ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau tidak. Abdul Rani yang juga Adun Meru mendakwa, BN tiada isu baru untuk dimainkan sehingga terdesak membangkitkan isu lama yang semakin dilupakan itu. Ditanya sebab Pas menolak menggunakan media lain sebagai alternatif untuk beri penjelasan itu, Abdul Rani menegaskan, ia kerana dua stesen televisyen itu didakwa antara media memulakan isu itu. "Kita tak guna media alternatif lain sebab media pro-BN yang cabar kita lebih baik kita guna media mereka kerana isu teritu dibangkitkan mereka" katanya. |
Lengahkan Pendaftaran Pakatan Rakyat: Pendaftar RoS Perlu Didakwa Di Mahkamah Posted: 03 Jan 2013 07:00 PM PST Status Pakatan: RoS diam diri, dakwa Saifuddin Meskipun tempoh yang ada sebelum Dewan Rakyat dibubarkan sudah begitu hampir, Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun membuat permohonan mendaftarkan gabungan itu sebagai sebuah entiti yang sah masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS). Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, sehingga ke saat ini, usaha permohonan gabungan itu belum menampakkan hasil. "Kita sudah masukkan pendaftaran baru di mana Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat dipengerusikan Datuk Kamarudin Jaffar. "(Tetapi) sampai saat ini, kita tidak pernah mendengar apa-apa jawapan balas," ujar beliau pada sidang mingguan PKR, di sini, hari ini. Meskipun begitu, katanya, Pakatan tidak akan mengambil langkah untuk menekan RoS dalam hal ini meskipun wujud kes-kes tertentu di mana begitu mudah sesebuah pertubuhan itu diluluskan pendaftarannya. "Pakatan Rakyat tidak akan ambil tindakan untuk menekan. "Dalam hal ini, agensi kerajaan yang bertanggungjawab yang mengambil sikap diam diri. Apa yang penting, hasrat kita telah dilaksanakan," ujar Saifuddin lagi. Sebelum ini, RoS telah menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari PR. Saifuddin sebelum ini dipetik sebagai berkata, perkara membabitkan pendaftaran berkenaan telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan dibuat oleh Jawatankuasa Penaja baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili oleh wakil-wakil parti, maka permohonan baru akan dikemukakan. "Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang," ujar beliau. Ulasan GB Melambat-lambatkan pendaftaran Pakatan Rakyat adalah strategi jahat yang digunakan oleh RoS supaya Pakatan Rakyat tidak dapat menggunakan nama parti itu untuk bertanding di dalam pilihanraya. Sudah bertahun permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat dikemukakan untuk kelulusan tetapi ROS mengemukakan pelbagai alasan dan helah untuk melambat-lambat proses pendaftarannya. ROS, salah satu agensi yang diperalatkan selain dari SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain yang digunakan UMNO BN untuk menekan dan menzalimi PR agar tidak berkesemapatan untuk menggunakan satu nama dan lambang di dalam pilihanraya yang akan datang. Pakatan Rakyat PERLU mengheret RoS ke muka pengadilan dan pihak pendaftar RoS perlu dihukum oleh mahkamah kerana strategi jahatnya itu yang bertindak secara diskriminasi dan pilih kasih. |
Papagomo Mana Lu Mau Lari, Mahkamah Keluar Sapina Ke Atas Zahid Hamidi Posted: 03 Jan 2013 03:59 PM PST Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini. Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo. "Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily. Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan cerdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta. klik untuk baca |
[EKSKLUSIF] "Aku Tak Halalkan Duit Pampasan Itu" - Mangsa Buruh Paksa Jepun Posted: 03 Jan 2013 06:39 AM PST SSekretariat "Jejak" buruh paksa landasan maut akan pergi ke kedutaan Jepun untuk mendapat maklumat dan penjelasan kenapa wang RM207 bilion tidak sampai ke tangan mangsa buruh paksa,landasan keretapi maut. Sedangkan negara sperti Indonesia dan Vietnam sudah membayarnya. Menurut DS Nizar pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004. Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu. 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain". RM207 bilion wang pampasan buruh paksa lesap? |
[KERJA BODOH] Kereta Presiden NGO R Disimbah Cat Merah Posted: 03 Jan 2013 04:20 AM PST Kota Bharu - Dua kereta milik Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (NGO R), Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah dalam kejadian di Nilam Puri pagi tadi. Akibat kejadian itu, Nazri menanggung kerugian lebih RM 3,000. Nazri mengesyaki perbuatan khianat itu dilakukan pihak yang iri hati terhadap perjuangan beliau yang menuntut bayaran royalti minyak ke atas rakyat Kelantan daripada Kerajaan Pusat. Ekoran kejadian itu, beliau akan membuat laporan polis. -SH Rumah, kenderaan Presiden R disimbah cat. Ulasan GB Kerja golongan yang tak bertamaddun. Mereka menyangkakan dengan berbuat demikian orang akan takut. Todak samasekali malah kita akan terus berharap kepada Allah swt untuk pastikan mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan khianat itu akan menerima balasanNya. ,br> |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan