Selasa, 22 Januari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nallakaruppan Pula Ditimpa Haramjadah: Gagal Dalam Rayuan Kes Saman Fitnah Anwar

Posted: 22 Jan 2013 01:26 AM PST

Putrajaya - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Senator Datuk S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan.(gambar fail)

Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Nallakaruppan.

Zaharah berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

Panel hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar RM15,00 sebagai kos guaman kepada Anwar.

Nallakaruppan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun tahun lepas yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anwar untuk menolak pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

Anwar membuat permohonan itu atas alasan Nallakaruppan gagal membekalkan butiran mengenai dakwaan yang dibuatnya.

Hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar mahkamah.

Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakaruppan dalam satu artikel, "Anwar terima RM60 juta".

Dalam pernyataan pembelaannya, Nallakaruppan mendakwa dia tidak berniat jahat dan kenyataan itu dibuat atas perlindungan bersyarat.

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan memberitahu mahkamah bahawa beliau diarah untuk mengemukakan perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili R.Sivarasa - Bernama

Nama Islam Pada Parti: PAS Perlu Ambil Tindakan Terhadap BERNAMA & Rahim Tamby Chik

Posted: 21 Jan 2013 10:21 PM PST


Gubal undang-undang larang parti politik guna nama Islam

MELAKA - Satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak demi kepentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata, parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri.

Merujuk penggunaan nama Islam pada Parti Islam Semalaysia (Pas), beliau berkata, parti itu menggunakan nama Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan melancarkan kutipan dana bagi projek pembinaan surau baru sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini, hari ini.

Sementara itu, Rahim yang juga Pengerusi Risda mahu kerajaan memandang serius terhadap kehadiran sekolah-sekolah pondok yang ditaja parti politik kerana dilihat cenderung menanam rasa kebencian terhadap musuh politik mereka. - Bernama

Ulasan GB

PAS boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas BERNAMA dan Rahim Tamby Chik kerana masih menimbulkan isu yang telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangkasaan yang sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 peristiharan Majlis Raja-raja pada mesyuarat ke-188.

Fatwa sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 menyatakan

"1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada."


Akhbar pencacai UMNO sendiri, Utusan, pernah melaporkan bahawaMajlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.

Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam.


Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara.


Ternyatalah bahawa gesaan Rahim Tamby Chik itu adalah sesuatu yang karut malah menghina Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja yang telah memutuskan dengan jelas dan tegas: bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.

Akhbar Pemfitnah, Utusan Tetap Binasa Akhirnya

Posted: 21 Jan 2013 07:33 PM PST


Kalah saman: Eloklah Utusan 'gulung tikar'

KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia dinasihatkan supaya 'gulung tikar' atau tutup sahaja operasinya kerana sering kalah dalam kes saman.

Demikian saranan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Justeru, beliau merasa simpati kepada Utusan Malaysia kerana kerap kalah di mahkamah dan terbaru adalah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas akhbar tersebut di atas kesalahan memfitnah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar tersebut awal tahun lalu.

Katanya, dengan siri kekalahan Utusan Malaysia di mahkamah, apalah malang bagi rakyat Malaysia memiliki akhbar nasional yang rendah mutunya sehingga boleh dibakulsampahkan.

"Hampir setiap kes yang dibawa di mahkamah, akhbar ini kalah dan terpaksa membayar gantirugi.

"Selepas ini berapa banyak lagi kes akan dibawa ke mahkamah dan berapa banyak lagi kes Utusan akan kalah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, beliau sendiri merasa malu untuk menatap dan membaca akhbar tersebut.

"Saya merasa malu akhbar ini dijadikan akhbar rasmi di mana-mana perpustakaan, dihidang disekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, dijual di kedai-kedai buku ternama, malah dijual di kedai kaki lima, seolah-olah apa yang dibaca dan ditatap oleh rakyat adalah akhbar pembawa berita palsu dan penyebar fitnah tersohor di negara ini," ujarnya yang juga seorang peguam.

Menurutnya, reputasi Utusan di mata rakyat kini sudah jatuh merudum.

"Apakah ada berita yang ada dalam akhbar itu boleh dipercayai lagi?" tanya beliau,

Kerana itulah, ujarnya ada rakyat yang nakal membaca akhbar Utusan secara terbalik, sama ada benar-benar terbalik atau memahami maksud Utusan dari sudut yang terbalik.

Jika benar kata akhbar tersebut, kata beliau maknanya berbohonglah ia, jika bohong kata Utusan maka benarlah berita itu.

Sepatutnya, tambah beliau lagi keputusan mahkamah itu menjadi suatu pengajaran paling berharga buat Utusan atau mana-mana akhbar, termasuk media televisyen dan radio.

Beliau berkata, budaya fitnah, menokok tambah cerita, mengadu domba, dan melaga-lagakan pemimpin adalah budaya liar yang ditolak oleh masyarakat negara ini.

Katanya, rakyat tidak menerima sama sekali budaya pemberitaan yang dibohongi bagi menyenangkan pihak tertentu.

"Saya nasihatkan Utusan supaya 'gulung tikar' atau tutup sahaja akhbar tersebut daripada menanggung malu di samping kos yang banyak untuk membayar saman di mahkamah, lebih baik Lembaga Pengarah Urusan Utusan berbincang untuk menjalankan perniagaan lain yang lebih menguntungkan.

"Lebih baik menjadi sebuah majalah dakwah alternatif untuk kepentingan umat Islam di negara ini, setidak-tidaknya ada juga manfaat dan pahalanya kepada umat Islam," ujarnya. -HD



Ulasan GB

Suka atau tidak suka, Utusan akan tetap berkubur.

Setelah bertahun-tahun lamanya menjadi akhbar yang suka memfitnah dan menyebarkan kebatilan, sudah sampai masanya ia dikuburkan sebelum dosa-dosa yang mereka ciptakan itu terus menjerumuskan rakyat ke jurang neraka.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berlaku meskipun ada pihak yang tidak menyukainya.

Bahawa sesuatu yang batil itu akan tetap hancur binasa.... hanya menunggu masa dan ketika.

Firmanullah di dalam Surah Al-Israa:81

وَقُلْ جَآءَ ٱلْحَقُّ وَزَهَقَ ٱلْبَٰطِلُ ۚ إِنَّ ٱلْبَٰطِلَ كَانَ زَهُوقًۭا
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Sebab Pulut Santan Binasa... Hassan Ali Bakal Disaman...

Posted: 21 Jan 2013 04:00 PM PST


AAnwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hassan Ali

KUALA LUMPUR 21 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.

"Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam," kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.

"Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan," katanya.

"Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno.

Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan," jelas Anwar.

Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.

"Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas," tegasnya.

"Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya," kata Anwar lagi.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar – Hasan" mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia memfitnah Anwar semasa temubual bersama BBC, mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Peguam mewakili Anwar, N Surendran turut memuji ketegasan hakim yang menyatakan dua elemen penting dalam kes tersebut.

"Kebebasan media dan badan kehakiman yang dinyatakan hakim dalam kes ini adalah satu penghakiman yang sangat penting, 'rare' dan mudah sebenarnya. Itulah perkara asas dalam menjayakan sesebuah demokrasi," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Utusan diarah membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar. Pampasan pula akan ditentukan 15 Februari ini ekoran penyiaraan artikel bersifat fitnah pada 17 Januari 2012 itu bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar .

[VIDEO] Penduduk Selangor Berdemo Desak SYABAS Berundur

Posted: 21 Jan 2013 07:10 AM PST


Meskipun bekalan air di beberapa kawasan Lembah Klang sudah kembali pulih, namun kemarahan orang awam terutama penduduk pangsapuri terhadap Syabas masih belum reda.

Hari ini, sekumpulan penduduk di kawasan Bandar Tun Razak berhimpun secara aman di hadapan Masjid An-Najihin bagi mendesak Kerajaan Selangor diberikan kuasa sepenuhnya mengawal operasi bekalan air.

Penyertaan hampir 30 penduduk setempat mendapat perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan sebagai tanda bantahan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal membekalkan air dengan cekap.

Mereka melaungkan slogan 'Syabas Tipu', selain membawa beberapa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan krisis bekalan air yang berlarutan lebih dua minggu.

Selain itu beberapa sukarelawan mengedarkan risalah maklumat bekalan air Selangor kepada pengguna jalan raya ketika mereka berhenti semasa lampu isyarat merah.

Penyelaras program yang juga Setiausaha PKR Cabang Bandar Tun Razak, Osman Karim nyata berpuas hati dengan reaksi yang diberikan penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya yang turut merasai kesan ketiadaan bekalan air.

Tegasnya, pihak bertanggungjawab diingatkan jangan terus bermain politik sehingga menyebabkan penduduk berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan air.

"Saya berpuas hati ramai yang turun kerana kita hanya memberikan petunjuk bahawa penduduk Bandar Tun Razak prihatin dengan apa yang berlaku.

"Kita tidak boleh dipermainkan kerana agenda politik sehingga menyebabkan rakyat yang susah," beliau berkata ketika ditemui.

Seramai setengah juta penduduk di Ampang, Gombak dan Cheras terputus bekalan air selama lebih dua minggu bermula Disember lalu, selepas rumah pam Wangsa Maju gagal berfungsi.

Siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Selangor mendapati Syabas yang mengendalikan operasi rumah pam tersebut gagal menyelenggara kelima-lima pam di fasiliti itu dengan baik.

Bekalan air dapat disambungkan semula pada minggu lalu setelah jawatankuasa itu campur tangan dan membantu Syabas memulihkan pam yang gagal.

"Dalam hal ini kami sudah bertungkus-lumus selama tiga minggu membekalkan air mentah dan minuman kepada penduduk yang terlibat.

"Adalah yang tidak adil tindakan Syabas. Kalau benar kerosakan berlaku, ternyata Syabas gagal menguruskan perkhidmatan air kepada penduduk Wilayah Persekutuan dan Selangor," ujar beliau lagi.

[HANCUR WARIYO] Saham Felda Jatuh Menjunam Hari Ini

Posted: 21 Jan 2013 04:43 AM PST


Harga saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) jatuh menjunam sebanyak 15 sen hari ini, satu kejatuhan paling besar dialami oleh saham tersebut semenjak disenaraikan.

Dibuka pada 4.560 pada awal dagangan, saham FGVH menjunam terus kepada 4.360 sebelum ia meningkat sedikit untuk ditutup pada 4.42.

Menariknya, harga saham FGVH ini menjunam selepas 2 minggu Felda menyaman ANAK dan 6 yang lain.

Felda saman Presiden Anak, 6 lain

KUALA LUMPUR – Felda hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.

Felda memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Felda (plaintif) menamakan Mazlan dan Mustafa sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.

Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas.

Felda mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Felda menuntut gantirugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan.

Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejen-ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak.

Selain itu Felda turut menuntut supaya Mazlan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

Sementara itu peguam Wan Azmir Wan Majib yang mewakili Felda memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menghantar writ saman kepada defendan-defendan dalam minggu ini.
– Bernama

Tiada ulasan: