Generasi Pewaris Khilafah |
Dah Masuk Sekolah Menengah Tak Reti Baca Quran ?? Posted: 14 Jan 2013 08:00 AM PST Assalamualaikum .. Salam Mesra buat semua Malam nie saja nak kongsi dengan semua sahabat reader yang sudi menyinggah ke blog ambe yang tak seberapa hebat nie mengenai situasi yang melanda anak remaja kita sekarang. Minggu lepas kawan berkesmpatan untuk mendengar dan menyemak bacaan para pelajar baru yang baru saja memulakan sesi persekolahan untuk tingkatan 1. Apa yang membanggakan ambe, walaupun masih baru tapi mereka jelas menunjukkan kesungguhan untuk menuntut ilmu tapi ade terdapat juga kekurangan yang masih perlu kita sama- sama perbaiki dan kita sama-sama muhasabah balik. Apa yang ingin ambe sentuh ialah kita selalu sangat berbangga dengan kejayaan akademik yang dicapai dan dicipta oleh anak-anak kita, anak-anak murid kita bagi yang mengajar di sekolah tapi pernah tak kita tanya pada diri mereka berkaitan kejayaan mereka dalam mendalami ilmu agama terutamanya dalam aspek ilmu Al-Quran, bahagian ibadat dan sebagainya. Pasti akan kita dapati yang kita kerap terlepas pandang dan terlupa pasal agama. Sebab kita berpandangan sedemikian, mungkin ada yang mengatakan alah umur masih muda dan dah tua esok baru lah belajar atau ade juga yang berpandangan alah ..muda-muda ni kita enjoylah dan tua esok dan dah tak larat nak enjoy baru lah kita taubat. Suka saya ingatkan disini bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, antara mafhumnya ialah tidak akan terlepas seseorang anak adam itu melainkan dia berjaya menjawab tiga persoalan yang utama, Iaitu mengenai masa muda dimana dia habiskan dan untuk apa dia habiskan, harta, dimanakah diperolehi dan dimana dan kemana ianya digunakan dan yang ketiga mengenai ilmu, dimana didapati dan kemana digunakan. Demikian lah apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW terhadap apa yang bakal kita tempuhi diakhirat nanti. Adakah kita bakal terlepas daripada menjawab persoalan yang diajukan atau kita terkantol daripada menjawap persoalan tersebut. Muhasabahlah diri kita kemana arah kita sebenarnya. |
You are subscribed to email updates from Minda Assirkami To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan