Rabu, 23 Januari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Sumpah ROSMAH

Posted: 23 Jan 2013 04:00 AM PST




Persoalan tentang cincin itu di sini.


Penduduk Gantung Motosikal untuk Ajar Penyamun

Posted: 23 Jan 2013 02:00 AM PST



[HM] KUALA TERENGGANU: Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.

Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan.

Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang.

 
"Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.

"Bagaimanapun, mereka tidak sempat membawa bersama motosikal dipercayai milik salah seorang daripada mereka dan 10 tandan pisang yang cuba dicuri," katanya.

Katanya, lima lagi penduduk kampung tiba untuk membantu, tetapi mereka terlewat.

"Kami membuat keputusan membawa motosikal ke tepi jalan utama kampung dan menggantungnya pada tiang telefon sebagai pengajaran kepada suspek atau mereka yang mempunyai niat jahat di kampung ini.

"Kami biarkan motosikal itu pada tiang bersama pisang yang dicuri sehingga polis datang," katanya yang memberitahu membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini, pada jam 1.30 tangah hari semalam.

Sementara itu, pemilik kebun yang dicereboh, Mamat Dollah, 64, berkata, dia berada di warung berhampuran rumah apabila seorang rakan datang memberitahu kebunnya dimasuki pencuri.

"Saya tidak mampu ke kebun yang terletak 500 meter dari rumah kerana sakit kaki dan meminta Mohd Saudi pergi ke kebun untuk melihat apa yang berlaku.

"30 minit kemudian saya lihat penduduk membawa pulang membawa sebuah motosikal Honda EX5 bersama dua guni pisang sebelum menggantung kenderaan berkenaan pada tiang telefon," katanya.

[PANAS] Presiden Palestine KECAM Kunjungan Najib ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 11:53 PM PST

Sumber gambar: Manjung Mari (MM).

Laporan lain boleh dibaca di sini.

Kononnya mahu jadi hero, mahu menjadi orang tengah antara Hamas dengan Fatah, kononnya....kononnya...namun akhirnya menegangkan hubungan Fatah dengan Hamas. Lagi menarik, Malaysia diminta memberikan penjelasan tentang tindakan Najib ke Gaza.

Siapa yang mencadangkan Najib ke Gaza tanpa memikirkan impak politik terhadap Hamas dan Fatah dan hubungan Malaysia dengan Palestine? Zul Kulim? Nasharuddin Mat Isa?

Aduhai, berbuihlah mulut PM kita untuk menjawab kewajaran dan tujuan dia melawat Gaza. Walaupun berita media pencacai hangat memperkatakan kunjungan Najib ke Gaza semalam, hari ini, adakah media yang sama akan menyiarkan rasa tidak puas hati Presiden Palestine pada kaca TV atau media cetak masing-masing?

 Berita terdahulu di sini.

Kemas Kini:

Respons Najib:

Jangan salah tafsir lawatan ke Gaza: Najib
 
[BH] KAHERAH: Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan kunjungannya ke Gaza semalam adalah lawatan kemanusiaan dan tidak harus disalah tafsir sebagai campur tangan politik dalaman Palestin.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini, sebentar tadi
 





Gadis Mentah Rela Diratah ‘Atuk’ Teksi

Posted: 22 Jan 2013 10:23 PM PST

 
[HM] Rembau: Seorang lelaki terkejut apabila dimaklumkan rakan bahawa anak perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, sudah terlanjur beberapa kali dengan seorang lelaki berusia 64 tahun.

Sumber berkata, rakan lelaki itu mengetahui perkara itu apabila terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar mangsa kepada anak perempuannya pada 17 Januari lalu, mendakwa dia kerap melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki sejak 2011 sehingga penghujung tahun lalu.

Menurutnya, dalam SMS itu, mangsa turut mendakwa tidak bimbang mengandung apabila tubuhnya diratah lelaki berusia lebih separuh abad itu yang juga pemandu teksi selain tidak pernah menggunakan perlindungan.

"Bapa mangsa yang mendapat maklumat itu kemudian menyoal anaknya yang menafikan melakukan perbuatan berkenaan, tetapi mengakui lelaki itu hanya memegang bahagian bawah dan atas badan saja.

"Bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan penjelasan anaknya membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian itu. - myMetro 22 Jan 2013

PAS Tidak Tahu Nasharuddin Mat Isa Ikut Najib ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 09:52 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat kereta yang telah dibom oleh tentera Israel di Bandar Gaza, Rabu. Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza. - foto BERNAMA

[Mstar] PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.

Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.

"Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.

"Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana," katanya ringkas.

Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.

Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
 
 
 
 P/s: Kawan Nasha di Gaza, penentang tegar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat
 

Sehati sejiwa!

Mungkin selepas ini sehati, sejiwa, separti!

Kali ini apa pula alasan untuk "back up" bekas Timbalan Presiden Pas ini? 

 



[Video] Debat BN-PR: Dalih Zambry Enggan Debat dengan Nizar

Posted: 22 Jan 2013 04:41 PM PST




Berita terdahulu di sini.

P/s: Kalau tidak bersedia atau mungkin takut, jangan berdalih sehingga orang yang mendengar dalih itu tersengih atau ketawa berdekah-dekah!

Debat yang dianjurkan oleh PR ini bukan sahaja mahu memperkatakan isu tanah Kelantan, tetapi pelbagai isu kontroversi yang berlaku di Perak selepas BN pentadbiran negeri itu dirampas oleh BN. Bayangkan jika Zambry bersetuju mahu berdebat. Berapa banyak kelemahan dan salah laku pentadbiran BN terbongkar dan diketahui rakyat?



 


Tiada ulasan: