Sabtu, 12 Januari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Majlis Ramah Mesra IPF Bersama dengan PM di Semenyih...Jangan Terkejut Tengok Gambar

Posted: 12 Jan 2013 05:15 AM PST




Pengsan?

Kredit kepada tuan punya gambar.


Menurut maklumat di blog Omak Kau,  himpunan ini diadakan di Dataran Tesco, Semenyih, Selangor bermula pukul 9.30 pagi. Bagi yang tengok atau baca berita media perdana, mungkin tahu tentang perhimpunan ini.

Menurut blog OK, rakyat, khabarnya, diangkut dengan bas dari merata-rata tempat di sekitar negeri Selangor. Majoriti rakyat yang hadir adalah daripada kaum India, bersesuaian dengan majlis yang dianjurkan, iaitu Majlis Ramah Mesra IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia).

Namun perkara yang mahu ditonjolkan ialah bungkusan berisi beras, gula, tepung, dan tidbits yang telah diagih-agihkan kepada orang yang menghadiri majlis itu. Difahamkan, dua buah treler panjang digunakan untuk mengangkut onde-onde tersebut.

Suasana menjadi kelam kabut apabila orang ramai berebut-berebut mengambil onde-onde tersebut sehingga ada yang jatuh pengsan.

Untuk melayakkan orang ramai mendapatkan onde-onde tersebut, mereka dikatakan perlu memakai baju-T sama ada berwarna merah atau biru yang mempunyai lambang BN dan angka 1 dengan wajah PM.

Benarkah begitu? -DCM


 P/s: Lihat gambar dan nilai sendiri.  Klik di sini untuk perbandingan.


Kemas Kini:

Saya jumpa berita berkaitan:

IPF Janji Terus Sokong BN

[Bernama] SEMENYIH: Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) berjanji akan terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk M. Sambathan berkata IPF juga akan berusaha memastikan kemenangan calon BN, sekalipun jika mereka sendiri tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum itu.

"Kita (IPF) berjanji kepada Perdana Menteri bahawa IPF akan menyokong dan membantu kemenangan calon BN tanpa mengira parti, asalkan calon itu dari BN," katanya di sini Sabtu.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra IPF bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Tesco Bandar Rincang di sini, yang disertai kira-kira 15,000 anggota parti itu dan parti komponen BN.

Majlis turut dihadiri Najib yang juga Pengerusi BN.

Sambathan turut yakin usaha IPF untuk menjadi anggota BN akan menjadi kenyataan kelak susulan kehadiran Najib pada majlis IPF Sabtu.

"Ini merupakan kali pertama seorang Perdana Menteri menghadiri majlis mesrarakyat anjuran IPF, selain perhimpunan agung IPF. Ini memberi keyakinan kepadakami bahawa IPF akan diterima sebagai komponen BN, itu tujuan perjuangan selama21 tahun," katanya.

Pada majlis itu, Najib mengakui IPF memberi sumbangan besar dalam memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya sebelum ini.

"Hari ini saya hadir kerana nak iktiraf peranan IPF. IPF yang ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri M. G. Pandithan, telah menjadi rakan setia BN selama ini.

"Gelombang merah IPF telah beri banyak sumbangan kepada kejayaan BN dalam masa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sebelum ini. Saya yakin tuan-tuan pasti memberi sumbangan yang besar dalam PRU ke-13 nanti," katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai dan Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, serta Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.


Tambahan:

Bas-bas yang didakwa mengangkut tetamu majlis IPF


..

Sumber gambar di sini.
 
 

[PANAS] Berita Gembira untuk Najib

Posted: 12 Jan 2013 04:30 AM PST


Suaram : Najib Bakal Dipanggil Mahkamah Perancis

[Selangorku] KUALA LUMPUR, 12 JAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal dipanggil bagi memberi keterangan kepada mahkamah Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.

Anggota NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata hakim Roger Le Loire di Tribunal Grande Instance Paris yang mengendalikan kes tersebut telah menyenarai pendek nama saksi yang diberikan oleh Suaram sebelum ini.

Najib merupakan antara nama yang diterima hakim setelah mendengar hujah Suaram dan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham yang mewakili Suaram pada April tahun lalu.

"Perkembangan terbaru, Perdana Menteri, Najib Razak akan dipanggil dalam masa terdekat, tetapi bila, kita belum tahu lagi, kita tunggu," kata Cynthia.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira lebih 6,000 hadirin dalam Rapat Kemuncak Countdown #KL112 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Menurut Cynthia lagi, hakim Perancis itu turut memutuskan agar siasatan dijalankan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Altantuya merupakan penterjemah dalam urusan pembelian dua kapal selam berharga RM 4.85 bilion itu.

Harga RM 4.85 bilion itu bagaimanapun melonjak mencecah RM 7.3 bilion apabila Kerajaan Malaysia turut membayar yuran perundingan kepada Perimekar yang dimiliki pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

Kos tambahan itu melibatkan RM 570 juta untuk penyelengaraan, RM 600 juta peluru berpandu, RM1.1 bilion kos penyelarasan dan perkhidmatan bantuan dari DCNS bernilai RM 180 juta.

Pada 2010, Suaram telah memfailkan kes terhadap firma pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Kerajaan Malaysia pada 2002.


P/s: Saya katakan berita gembira kerana di mahkamahlah Haji Najib berpeluang membersihkan namanya. Tiada sebab berita ini membuatkan Haji Najib berasa sedih.

Kah kah kah!

Ingat peribahasa, berani kerana benar, takut kerana salah?



Peniaga UNTUNG Besar di HKR

Posted: 12 Jan 2013 03:30 AM PST




[HD] KUALA LUMPUR: Para peniaga yang membuka perniagaan mereka di perkarangan Stadium Merdeka hari ini mencatatkan untung besar.

Berbanding dengan perhimpunan yang kecoh sebelum ini, kali ini perniagaan berjalan dengan lancar apabila polis memberikan kerjasama penuh.

Sebelum ini, setiap kali selepas perhimpunan, media Umno dan BN melaporkan peniaga mengadu kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku.

Ini kerana, peserta perhimpunan terpaksa bertembung dengan polis.

Malaysiakini melaporkan, seorang peniaga Mansur Ahmad, 56, berkata, dia berjaya menjual 500 kebab hari ini.

"Hari ini, saya dapat untung lebih RM1,000," katanya gembira.

Malam tadi, Mansur membuka kedainya di Kelab Sultan Sulaiman, tempat perhimpunan para HKR112.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang menjual sop dan mee di sebelah gerai Mansor berkata, perniagaan mereka kali ini luar biasa keuntungannya.

"Kakak saya sudah mengaku kalah untuk memotong daging lagi. Dia sudah terlalu letih," katanya dengan senyuman gembira.

Faeza dibantu oleh enam adik beradiknya dalam perniagaan hari ini.

Selain itu, air dalam botol dan tin turut menjadi tumpuan peserta perhimpunan kali ini.


P/s: Jangan terkejut jika media pro-BN melaporkan peniaga rugi jutaan ringgit. Kalau boleh mereka mahu mendakwa negara hancur kerana HKR.

Contoh: 

Perhimpunan KL112 Jejaskan Perniagaan

[Bernama] KUALA LUMPUR: Peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Raja Laut mendakwa kerugian berikutan perhimpunan didukungi pembangkang hari ini menyebabkan ramai warga kota kurang mengunjungi kawasan beli-belah itu.

Malah, ada peniaga mendakwa kekurangan pelanggan hampir 80 peratus berbanding hujung minggu sebelum ini.
Pekerja sebuah kedai aksesori telefon di Jalan Raja Laut, Omiratna Abas, 19, berkata kedainya tidak dikunjungi pelanggan selepas dibuka pagi tadi.


"Pelanggan kami kurang hingga 80 peratus. Saya lihat kedai makan dan kawasan ini juga lengang sedangkan pada hujung minggu, selalunya pelanggan kami ramai," katanya.

Peniaga Sate Kajang Haji Samsuri di Medan Mara, Romi Yuli, 30, berkata perniagaannya pasti terjejas setiap kali ada perhimpunan seperti itu.

"Walaupun kedai dibuka tetapi kurang pelanggan," katanya yang mengusaha perniagaan itu sejak tiga tahun lepas.

Penjaja makanan, Charles Kato, 26, pula terpaksa sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi mencari pelanggan.

"Saya baru pulang dari Sabah...saya tidak tahu mengenai perhimpunan hari ini. Susah mahu berniaga kerana perhimpunan ini menjejaskan perniagaan saya," katanya.

Tinjauan Bernama di kedua-dua kawasan itu juga mendapati beberapa kedai menutup perniagaan kerana bimbang kemungkinan kejadian tidak diingini berlaku.............
 
 

[Gambar] Suasana Terkini di Stadium Merdeka, Suasana AMAT MENGHAMPAKAN...

Posted: 12 Jan 2013 01:30 AM PST

...UMNO dan BN. Kah kah kah!


Gambar kredit kepada blog MM.



Kronologi HKR:

[MK] 5pm: Anggota sekretariat penganjur Hishamuddin Rais mendakwa perhimpunan hari ini berjaya mengumpulkan 500,000 orang. 
4.51pm: Azan Asar berkumandang ketika acara sampai ke penghujungnya. Para peserta menyanyikan lagi Negaraku sebelum bersurai.

4.43pm: Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin bacaan doa bagi mengakhiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

4.38pm: MP PKR Datuk Saifuddin Nasution mengetuai bacaan Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengandungi 10 tuntutan yang diikuti para peserta perhimpunan di dalam stadium.

4.20pm: Ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad menjelaskan bahawa anggaran polis ke atas jumlah peserta perhimpunan pada hari ini adalah antara 40,000 hingga 45,000 orang.

Jumlah itu berkurangan hampir separuh daripada anggaran sebelumnya, sebanyak 80,000 yang diumumkan PDRM di Twitter.

Jumlah 80,000 itu menurut polis adalah "kesilapan teknikal".

"Dari bacaan saya, perhimpunan dihadiri oleh lebih kurang 40,000 hingga 45,000 orang," kata Zainuddin dalam sidang media petang ini.

Tambahnya, polis juga tidak melakukan apa-apa tangkapan ke atas mana-mana pihak berhubung perhimpunan tersebut.

"Sehingga kini, himpunan kebangkitan rakyat tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini. keselamatan di tahap yang terjamin.

"Semua polis yang ditugaskan dapat laksana tugas dan tanggungjawad dengan sempurna, tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini.

"Keadaan lalu lintas, cuma kesesakan sedikit di Jalan Maharajalela dan sekitar jalan tuju ke Stadium Merdeka. Walaubagaimanapun, Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Maharajalela tuju ke Dataran Merdeka masih ditutup," katanya.

4.14pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan. Beliau meminta agar orang ramai memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin kerajaan.

"Masa sekarang yang kita minta ialah beri peluang supaya ada suara rakyat menjadi suara keramat mentadbir negara ini. Suara rakyat, suara keramat," katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut mengulangi janji-janji Pakatan sebelum ini tentang Pembatalan PTPTN serta menurunkan harga minyak.

Beliau turut mengulangi akan mendengar dan peka dengan semua tuntutan rakyat.

4.10pm: Kalangan peserta yang berada di luar stadium mula beransur-ansur berjalan keluar dari kawasan stadium.

3.51pm: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan ucapan.

3.38pm: Polis membuat pindaan kepada pengumuman di Twitter sebelum ini - bahawa anggaran jumlah peserta seramai 80,000 adalah "kesilapan teknikal".

Tulisan terbaru di Twitter polis menyebut, jumlah berkenaan akan diumumukan oleh ketua polis Kuala Lumpur atau ketua polis daerah.

3.30pm: Sebagai respons kepada dakwaan bahawa peserta telah dibayar RM150 untuk menghadiri perhimpunan tersebut, pihak penganjur mula mengutip derma daripada orang ramai.

Ramai dilihat mengeluarkan wang dari poket mereka dan memasukkannya ke dalam beg plastik yang pegang oleh anggota Unit Amal.

3.30pm: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucapannya menyentuh isu kamera AES dan bayaran BR1M oleh kerajaan persektuan.

Beliau menyifatkan bayaran dan saman itu seperti "tangan kanan memberi, tangan kiri ambil balik".

3.29pm: Di luar stadium, sesetengah peserta dilihat bersalaman dengan anggota polis sebagai menghargai khidmat mereka. Satu peserta dari Sungai Petani dilihat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis sebelum bergegas untuk menaiki bas pulang. Polis membalasnya senyuman mesra.

"Pihak polis baik hari ini. Mereka tidak mengganggu perhimpunan kami berbanding masa lalu, "katanya.

3.22pm: Mohamad Sabu dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan perhimpunan hari ini, termasuk PDRM.

"Ini himpunan akhir sebelum kita ke Putrajaya," katanya yang disambut sorakan hadirin.

Beliau turut bertanya kepada orang ramai sama ada mereka menerima bayaran untuk hadir ke perhimpunan hari ini.

Dakawaan itu dikesan dalam satu SMS yang berlegar pada hari ini.

"Adakah anda dibayar RM150?", tanya Mat Sabu, sambil disambut laungan "Tidak" oleh para hadirin.

"Saya bukan nak bayar RM150 tapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Sekarang saya nak minta kutipan," kata timbalan presiden PAS itu lagi.

3.20pm: Pengerusi penganjur himpunan Mohamad Sabu ketika ditemui Malaysiakini berkata satu SMS yang dikesan tersebar hari ini sebagai satu "pembohongan".

SMS itu didakwa menggesa peserta himpunan untuk mendapatkan wang dari ibu pejabat PKR.

3.13pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk "Di atas padang sejarah".

Sebelum mendeklamasikan sajak, A Samad memberitahu bahawa beliau memang ingin melihat lautan manusia.

Beliau turut meminta ribuan yang hadir di Stadium Merdeka hari ini untuk "ubah".

"Dalam hidup saya yang sudah berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan lihat lautan insan.

"Yang ini... Ubah sekarang," katanya.

3.04pm: Para peserta di dalam stadium bergilir-gilir bangun dan membuat gelombang ombak ketika Ito daripada kumpulan Blues Gang menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk "Ubah".

3.00pm: Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap.

Sebelum berucap beliau melaungkan 'Undur Isa Samad".

Maslan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.

"Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan.

"Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya," katanya.

2.51pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.

2.50pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.

"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya.

2.40pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.31pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.

2.30pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.



P/s: BN mampu kumpulkan rakyat sebanyak ini? Tanpa tambang, tanpa makanan dan baju percuma, tanpa elaun dan duit, tanpa surat pekeliling, tanpa paksaan...

Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL / THE STAR



P/s: Kredit kepada pemilik gambar sama ada media, portal, individu ataupun blog dan laman sesawang.



[Gambar & Video] Stadium Merdeka Hampir Penuh, Kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 11 Jan 2013 10:38 PM PST







Laporan Khas oleh Afix Redzuan, Ezli Mashut, Siraj Mod Zaini, Hafizan Taib

[Selangorku] 2.10 tgh hari : Kapasiti Stadium Merdeka yang hampir penuh telah mengakibatkan peserta yang lewat sampai tidak boleh memasuki stadium.

1.40 tgh hari : Peserta HKR hampir memenuhi ruang Stadium Merdeka yang mempunyai kapasiti 30,000 orang.

Sementara menunggu acara yang seterusnya daripada penganjur, peserta Islam mengambil kesempatan menunaikan solat Zohor di atas padang dan ruang lapang stadium tersebut.

Suasana riang menyelubungi hadirin dan ada yang mengatakan ia tidak seperti himpunan dulu yang sarat dengan perasaan tekanan dari pihak berkuasa.

1.15 tgh hari : Lebih kurang 10,000 mahasiswa sampai di stadium setelah mereka berarak dari Masjid Universiti Malaya.

12:35 pm : Perarakan Royalti dari KLCC bergabung dengan kumpulan Solidarti Anak Muda Malaysia di Lebuh Ampang. Jumlah peserta tersebut sudah mencecah 50,000 menuju ke stadium merdeka.

Manakala di Pasar Seni pemimpin Pakatan Rakyat seperti Exco Selangor Elizabeth Wong dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud sedang memberi taklimat kepada perserta tentang perarakan yang bakal bermula pada pukul 1 ptg.

Mereka juga mengingatkan lebih 300 peserta wanita berbaju ungu supaya membawa poster yang hanya mengandungi perkataan positif dan tidak melayan cubaan untuk mencetuskan provokasi.

Lebih 3,000 peserta perhimpunan dari kumpulan kedua berarak ke Stadium Negara dari Pasar Seni yang diiringi Unit Amal PAS sambil melaungkan slogan 'Hidup Rakyat'.

Sementara itu Pengerusi HKR Mohamad Sabu dan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah tiba di Stadium Merdeka.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga telah berada di dalam stadium.

12 pm Kira-kira 10,000 penyokong gerakan menuntut Royalti minyak mula bergerak dari KLCC ke Stadium Merdeka di ketuai Pengerusi ANAK Mazlan Aliman.



11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0.

Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus.



Berdasarkan lapuran ditujuh lokasi utama terdapat lebih 30,000 telah pun berada di ibu negara sejak jam 11.00 pagi tadi.

Tujuh lokasi yang menjadi tumpuan sebelum bergerak ke Stadium negara tersebut adalah KLCC,Brickfield, Masjid Universiti Malaya,Pasar Seni,

Himpunan yang di anjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat ini mensasarkan seramai mungkin rakyat turun untuk memberi sokongan selain memberi tekanan kepada BN.

Selain tiga komponen besar PR yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP beberapa parti bebas dari Sabah dan Sarawak juga dijangka akan menyertai himpunan yang mendapat permit dari pihak polis ini.

Turut serta dijangkakan juga beberapa NGO seperti BERSIH 2.0, Anti-Lynas, Anak, SAMM, Gamis, Muafakat, Kase serta beberapa lagi.

Orang ramai dari semua tujuh lokasi tersebut akan berarak ke stadium negara dimana majlis himpunan tersebut bermula jam 2.00 petang nanti

Dijangkakan hampir satu juta akan membanjiri Stadium merdeka.

Sementara itu pihak polis yang menyedia 50 Marshal untuk membantu pihak media juga kelihatan dibeberapa lokasi.

Sejak malam tadi pihak polis kelihatan berada dibeberapa lokasi yang bertugas sebagai pengawal trafik.

11.00 pagi – Selebriti Abby Abadi memilih untuk bersama penyokong Gerakan Menuntut Royalti 'R' sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, KL112 sebagai tanda sokongan bersama warga Kelantan dan Terengganu yang teraniaya selama ini.

Menurutnya sebagai warga Kuala Lumpur, beliau ingin menyambut kehadiran tetamu yang ingin menyatakan sokongan rakyat demi membawa perubahan kepada negara.

"Alhamdulillah saya diberikan sempatan untuk bersama mereka. Sebelum ini saya tidak berpeluang menyertai mereka.

"Saya harap kerajaan sudi untuk mengembalikan hak mereka sebelum rakyat membuat perubahan," katanya di hadapan KLCC.

Beliau berharap himpunan hari ini berlangsung aman dan tiada sebarang provokasi yang bakal mencemar kelangsungan KL112.

11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0.

Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus.

10.25 pagi .. Di Pasar seni dan Jalan Petaling.. orang ramai mula bergerak ke Stadium Negara dengan Laungan Takbir dan Reformasi.


 Gambar:






 


 

P/s: Kredit kepada pemilik gambar sama ada media, portal, individu ataupun blog dan laman sesawang.

. Gambar-gambar lain di sini.





[Gambar] Suasana Semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat, Deepak Turut Hadir

Posted: 11 Jan 2013 09:13 PM PST


Gambar-gambar lain daripada pelbagai sumber:















































 







P/s: Kredit kepada pemilik gambar sama ada media, portal, individu ataupun blog dan laman sesawang.





Isu Kalimah Allah: Hadi Betul dari Sudut Agama - Dr Asri

Posted: 11 Jan 2013 06:51 PM PST



[FMT] Pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu kalimah Allah adalah betul dari sudut agama, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Dari sudut agama, pandangan Hadi betul. Umat bukan Islam mempunyai hak memanggil Supreme Being sebagai Allah. Orang Yahudi dan Kristian juga boleh menggunakan kalimah Allah," kata Asri.

Beliau menambah bahawa pandangannya turut disetujui oleh ramai ulama Islam di peringkat antarabangsa seperti Yusuf Qardawi.

Beliau turut mengulas titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan menyifatkannya sebagai urusan pentadbiran.

"Ia seperti kelajuan kereta. Meskipun kereta tersebut milik anda, kerajaan ada hak untuk menghadkan kelajuan kereta," kata Asri.

Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam menjadi isu hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan oleh masyarakat Kristian pada bulan lepas.

Ekoran itu, Pakatan Rakyat turut mengambil pendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah. Sultan Idris Sharafuddin Shah bagaimanapun telah bertitah melarang nama Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam. Pendirian sama turut dipegang oleh para pemimpin Umno.

Terdapat segelintir pemimpin PAS yang turut sama menentang meskipun Hadi telah menyatakan bahawa bukan Islam boleh menggunakan nama Allah pada hari Selasa lalu.

Asri turut menjelaskan kebimbangan masyarakat Melayu Islam berkenaan penggunaan kalimah Allah.

"Orang Islam takut nama Allah akan digunakan ke atas berhala," katanya.

Malaysia beza dengan Timur Tengah

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju berasaskan faktor budaya.

"Budaya masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Timur Tengah. Mana ada kalimah Allah digunakan oleh masyarakat selain masyarakat Islam dalam kehidupan seharian," kata Fathul.

Beliau menambah bahawa bukan semua orang Kristian yang bertegas untuk menggunakan kalimah Allah.

"Terdapat 9.2 peratus orang Kristian di Malaysia. Majoritinya tidak membuat tuntutan sama.

Kristian Protestan tidak bersetuju.

"Tak pernah ada tuntutan dari Paus Benedict XVI agar masyarakat Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah," jelas Fathul.


Wanita Disamun, Dipukul, Dibogelkan, Cuba Dirogol Kutu Lepak

Posted: 11 Jan 2013 05:06 PM PST

 
[HM] Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.

Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.

"Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya.

"Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.

"Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras.

"Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
 
 
 
P/s: Jenayah semakin menurun? Malaysia negara paling selamat? 
 
 
 
 

Artis Bebas Tuduhan Edar Dadah

Posted: 11 Jan 2013 04:54 PM PST

ZACK New Boyz (tiga dari kiri) ceria bersama isteri (dua dari kiri) dan peguamnya selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.- Gambar: Kosmo

[Bernama] SHAH ALAM: Pemain bes kumpulan New Boyz iaitu Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack dilepas dan dibebaskannya oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.

Zack, 33, didakwa mengedar dadah kanabis seberat 1,321 gram di satu unit sebuah kondominium di Persiaran Surian, Petaling Jaya dekat sini, pada 9.20 malam, 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata tiada keterangan mengenai pemilikan dadah. "Walaupun dikatakan tertuduh yang buang (dadah) tetapi ia hanya menunjukkan pengetahuan bukan pemilikan (ke atas dadah). Justeru saya berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan," katanya.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhani Mohamad Adzhar mengemukakan tujuh saksi sementara pembelaan yang diwakili Puan Sri N Saraswathy Devi memanggil seorang saksi.

Zack ketika ditemui pemberita di luar mahkamah bersyukur kerana akhirnya keadilan berpihak kepadanya selepas hampir tiga tahun di reman di Penjara Sungai Buloh, di sini. Ditanya mengenai hubungannya dengan anggota New Boyz yang lain, beliau berkata rakan-rakannya sering melawat beliau di penjara dan sepanjang berada dalam tahanan beliau sempat mencipta 12 lagu baharu untuk kumpulannya itu.
 
 
 

Tiada ulasan: