Jumaat, 11 Januari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video & Gambar] Kereta JPJ Dibakar...

Posted: 11 Jan 2013 08:24 AM PST


Kereta JPJ Dibakar Selepas Kemalangan 10 Buah Kenderaan
[MK] Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

NONETimbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.

Beliau juga mengesdahkan tidak ada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Seorang saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Saksi-saksi mendakwa kemalangan itu disebabkan oleh kereta peronda JPJ yang cuba memintas sebuah lori, tetapi ia dinafikan oleh Ahmad, yang berkata kereta peronda itu telah dilanggar oleh lori.

Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. Orang ramai kelihatan mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit mereka.

Malaysiakini telah cuba untuk mendapatkan komen Pengarah JPJ Perak Ramli Awang Seberang, tetapi seorang kakitangannya berkata sebaik mengetahui tentang kejadian itu, beliau telah meninggalkan mesyuarat yang dipengerusikannya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikutan itu, Malaysiakini telah meninggalkan nombor telefon dengan pejabat pengarah JPJ itu untuk dihubunginya dan mengulas kejadian itu.



Gambar dari MM:








































Identiti Mangsa Rogol & Campak di India Didedahkan kepada Umum

Posted: 10 Jan 2013 04:40 PM PST

Badri Singh Pandey
KOMPAS.com  yang memetik laporan DM melaporkan Badri Singh Pandey, ayah mahasiswi yang menjadi korban perkosaan kejam di New Delhi bulan lalu, mengizinkan media massa untuk menerbitkan nama anak kesayangan yang berusia 23 tahun itu.

Beliau yang ditemui di kampung halamannya di Billia,  Uttar Pradesh, mengatakan bahawa nama anaknya itu ialah Jyoti Singh Pandey. Gadis malang ini meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada 29 Disember 2012 setelah 13 hari bertarung nyawa.

"Saya bangga akan dirinya. Mengungkap namanya akan memberikan keberanian kepada perempuan lain yang mengalami nasib yang sama. Mereka akan menemukan kekuatan daripada anak saya," kata Badri.

Badri lanjutnya berkata bahawa beliau tidak mahu melihat wajah suspek yang memperkosa anaknya. Beliau hanya mahu kesemua suspek dihukum gantung.

"Hukum mati mereka semua. Mereka bukan manusia, mereka binatang," kata Badri.

"Mereka harus dijadikan contoh agar kejadian semacam ini tidak terjadi lagi," tambah Badri.

Badri Singh Pandey menceritakan bagaimana putrinya - yang dalam kesakitan kerana mengalami luka parah - masih mahu meneruskan  hidupnya. Saat dia tersedar daripada koma, Jyoti masih boleh berkomunikasi dengan keluarganya melalui catatan di kertas.

"Tiub yang digunakan untuk menyalurkan makanan menyulitkan Jyoti untuk berbicara," kenang Badri.

"Dia menulis di atas kertas. Dia mengatakan bahawa dia masih mahu meneruskan hidupnya bersama-sama dengan kami. Namun, takdir berkata lain," kata Badri. -DCM/Kompas/DM


Laporan awal di sini.


Tiada ulasan: