Ahad, 6 Januari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perjuangan Leman Raja Lawak

Posted: 06 Jan 2013 05:57 AM PST

Mohd Sabri Said,


SEBERANG JAYA: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim (gambar) bertekad menjadi pekerja sepenuh masa untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Umum akan datang.

"Sekarang bukan masa untuk kita berpeluk tubuh, tetapi masa untuk perubahan kerana sikap dan kezaliman yang keterlaluan semua kepimpinan kerajaan.

"Sekarang saya tidak lagi berlakun sebaliknya bekerja untuk memastikan Umno dan BN tersungkur.  Itu kerja saya hari ini.  Sapa tanya pun saya akan jawab benda yang sama," terangnya ketika ditemui di program Perhimpunan Impian Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Sudah sampai masanya kata Leman, PAS perlu kuatkan semua saf dan jentera parti  kerana suasana pilihanraya umum sudah dekat.

Isu yang dimainkan oleh kepimpinan BN sekarang semuanya memakan diri sendiri ekoran parti dalam Pakatan Rakyat tidak mudah latah.

"Itulah yang memeningkan kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebab apa yang dinantiya tidak menjadi, " katanya lagi.

Skandal Raja Ropiaah: Wanita Umno kena tanggungjawab

Posted: 06 Jan 2013 05:49 AM PST

Harakahdaily,


(Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan)  Raja Ropiaah)

SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."

Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.

Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.

Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor.

"Sudah terang lagi jelas, rakyat perlu tolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin-pemimpin Umno lelaki dan wanita menggunakan kuasa untuk  kepentingan peribadi dan merompak harta rakyat tanpa rasa bersalah," kata Haniza (gambar) dalam kenyataannya.

Raja Popiah (ehh bukan) Raja Ropiaah dilantik oleh Najib sebagai senator setelah penggal Datuk Seri Shahrizat Jalil ditamatkan ekoran skandal NFC.

Negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa pendedahan isu dan skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno baru-baru ini.

Antara yang paling "menarik' perhatian  ialah isu jual-beli tanah yang melibatkan seorang ahli perniagaan Deepak Jakishan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Astanacanggih Sdn Bhd yang hangat dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, termasuklah  "The Star".

Dengan berita yang termuat sebagai "Bakti to buy stake in Astacanggih" dan pada waktu yang sama memuatkan berita "Deepak withdraws lawsuit over land", maka ia sangat jelas bahawa ada unsur-unsur yang boleh dicurigakan dan menjadi tanda tanya; iaitu bagaimana sebuah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings (M) Sdn, Bakti Wira Development Sdn Bhd membeli 80% saham Astacanggih pada harga RM30 juta sedangkan ia tidak mempunyai sebarang aset.

Dengan tiba-tiba pula Bakti Wira telah terbabit sekali dalam persetujuan pembelian tanah seluas  200 ekar di Bukit Raja Klang daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh  Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah,  Ketua Wanita Umno Selangor yang menelan belanja secara keseluruhannya RM130j uta!

Awan Megah adalah syarikat yang dianugerahkan kerja membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Baru saja reda isu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan projek NFC, kini seorang lagi pemimpin Wanita Umno terpalit dengan skandal projek kerajaan.

Syarikat Raja Ropiaah Raja Abdullah Ketua Wanita Umno Selangor telah mendapat projek bernilai RM27 juta dan mendapat tanah seluas 223 ekar, walaupun syarikatnya tiada aktiviti perniagaan dan pengalaman.

Akibat daripada itu, projek Puspahanas telah terbengkalai selama lima tahun sehingga di'alibaba'kan kepada syarikat lain.

Persoalannya, kata Haniza yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor, bagaimana Ketua Wanita Umno Selangor begitu mudah mendapat projek penting tanpa syarat layak melaksanakan projek tersebut.

Kedua, bagaimana tanah seluas 223 ekar dianugerahkan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapat tanah yang sekangkang kera.

Ketiga, Raja Ropiaah terus mengaut keuntungan dengan menjual sebahagian tanah tersebut, yang belum dipindahmilik kepada anak syarikat Boustead Holdings (M) yang merupakan sayap pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

SPRM tahan pembantu Timbalan Ketua Negeri Pulau Pinang dalam cubaan rasuah

Posted: 06 Jan 2013 05:40 AM PST



Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. — Gambar fail
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam percubaan merasuah seorang lelaki sebanyak RM30,000 bagi menarik balik laporan polis berkaitan gangguan seksual terhadap isterinya. 
Menurut laporan dari Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia, lelaki tersebut dikata hadir untuk menyerahkan wang suapan di sebuah restoran kira-kira 11 malam semalam.

"Lelaki itu hadir di restoran tersebut bersama dua lagi individu dan menyaksikan penyerahan wang yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.

"Ketiga-tiga lelaki itu kemudian ditahan oleh SPRM hasil maklumat awam," menurut sumber yang dilaporkan Mingguan Malaysia.

Selain pembantu khas Timbalan Ketua Menteri, dua lagi individu yang ditahan ialah seorang pegawai daerah berusia 52 tahun dan seorang pegawai bank yang berusia 40 tahun ditahan.

Menurut laporan tersebut, pengadu yang bekerja di sebuah pejabat daerah di negeri tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian gangguan seksual yang berlaku penghujung tahun lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri itu antara tiga yang ditahan semalam.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat," kata Mustafar yang dipetik dari laporan akhbar berbahasa Melayu itu.

Akhbar mingguan Sunday Star melaporkan pembantu terlibat bertugas di pejabat PKR di Permatang Pauh, iaitu kerusi parlimen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Bayaran BR1M dibuat Januari hingga Mac

Posted: 06 Jan 2013 05:32 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

IPOH – Pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 dijangka dibuat dalam tempoh Januari hingga Mac ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

"Januari kita tumpu kepada bantuan persekolahan yang membabitkan semua sekolah di negara ini. Februari kita akan buat bayaran BR1M 2.0.

"Kemudian kita akan buat pembayaran kepada bekas tentera yang tidak berpencen sebanyak RM1,000. Ini akan diuruskan Kementerian Pertahanan melalui Persatuan Bekas Perajurit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pembayaran Baucar Buku 1Malaysia untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar tingkatan enam dijangka dibuat pada Mac ini.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata kemungkinan terdapat bayaran yang perlu dibuat selepas tempoh yang ditetapkan berikutan faktor tertentu.

"Kita tak kata Mac sebagai tarikh akhir bayaran, umpamanya kita ada BR1M, kemungkinan bayaran dibuat lewat kerana permohonan datang lewat.

"Tetapi kita nak pembayaran itu mengikut jangka waktu setiap institusi seperti persekolahan, pelajar masuk Januari, jadi kita nak pastikan Januari dibayar. Bagi IPT pula sebahagian besar masuk pada Mac, jadi kita nak pastikan ia dibayar pada tarikh itu," katanya.

Beliau berkata tarikh akhir permohonan BR1M 2.0 masih belum ditetapkan.

"BR1M masih terbuka tempohnya (pendaftaran), hanya dulu saya kata kita berharap pendaftaran dapat dibuat sebelum akhir Disember kerana kita nak buat pembayaran pada Februari," katanya.

Beliau berkata semua pembayaran akan diselaraskan oleh Kementerian Kewangan dan mesyuarat penyelarasan pembayaran akan diadakan Selasa ini bagi menentukan tarikh setiap pembayaran tersebut. – Bernama

Projek Mentari : Bantu Selangor Lahir Generasi Muda Aktif Sukan

Posted: 06 Jan 2013 05:22 AM PST




Projek Mentari2

SUBANG JAYA : Dalam usaha melahirkan generasi muda yang aktif dan positif, Pangsapuri Desa Mentari mengambil inisiatif menyediakan pelbagai program menarik berunsurkan pendidikan dan hiburan.

Program yang dikenali sebagai Projek Mentari itu bermula seawal tahun 2007 dengan mensasarkan pelajar peringkat rendah dan menengah, berusia antara 7 hingga 17 tahun dan menetap di pangsapuri itu.

Projek Mentari 3

Pengurusnya, Nur Yasmin Osman berkata, Projek Mentari merupakan projek sukarelawan yang menawarkan kelas tuisyen secara percuma kepada semua peringkat pelajar bagi membina keyakinan diri.

Menurutnya, bagi memastikan pelajar tidak hanya terikat dengan pembelajaran semata-mata, pihak pengurusan Projek Mentari mengambil langkah dengan menganjurkan aktiviti "Play Your Game", khusus untuk mengasah bakat pelajar dalam acara sukan.

"Kita sedar bahawa golongan muda ini terutamanya lelaki mudah bosan dengan akademik. Ada di kalangan mereka yang pernah berdepan masalah sosial sebaik sahaja keluar daripada projek ini dan seolah-olah hilang hala tuju.

"Justeru, kita mengambil keputusan untuk mengajurkan aktiviti ini sebulan lalu supaya kita dapat membina persahabatan di kalangan mereka di samping memberi tunjuk ajar agar mereka kembali ke landasan yang betul dan melakukan perkara yang bermanfaat," katanya semasa sesi latihan bola "Play Your Game" di Padang Awam USJ 2, di sini.

Beliau berkata, penganjuran program itu berjaya membentuk sahsiah yang baik di kalangan pelajar, selain menerima sambutan menggalakkan sejak ia mula dianjurkan.

Jelasnya, melalui aktiviti "Play Your Game", pelajar yang terlibat akan menjalani latihan secara berkala iaitu seminggu sekali sebelum menyertai perlawanan persahabatan.

Projek Mentari1

Sementara itu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap supaya program ini akan diteruskan bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang berdedikasi serta menanam azam untuk lebih berjaya.

Beliau berkata, program ini telah mendapat pengiktirafan daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

"Respons daripada ibu bapa mendapati pelajar yang menyertai projek ini semakin positif, malah pembelajaran juga bertambah baik. Saya ucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang menyertai program ini dan berharap orang ramai sama ada pihak persendirian mahupun korporat untuk menyumbang tenaga dan kewangan bagi menjayakannya," katanya.

Pada acara itu, Nik Nazmi turut menyerahkan sumbangan sejumlah RM6,000 kepada badan itu untuk membeli peralatan bola sepak bagi kegunaan pelajar.

Dalam pada itu, Mohd Hanif Hasan, 16, yang menyertai program itu melahirkan keseronokannya apabila terpilih sebagai salah seorang peserta untuk menyertai program itu.

"Memang seronok kerana dapat beriadah bersama rakan-rakan. Harap-harap ia akan diteruskan kerana aktiviti begini dapat mengasah bakat belia untuk bermain bola," katanya.

Najib Berdepan Krisis Tentukan Calon PRU-13 Yang Setia Kepadanya

Posted: 06 Jan 2013 05:17 AM PST


Rafizi SACC PKR

PETALING JAYA : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan Umno-BN berhadapan krisis menentukan calon Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan Datuk Seri Najib Razak cuba meletakkan mereka yang mampu setia kepadanya dan bukan berdasarkan kesetiaan kepada parti.

Menurutnya, usaha ini dibuat bagi memastikan kedudukan Najib masih selamat selaku Perdana Menteri sekiranya Umno kekal berkuasa meskipun beliau bakal 'disingkirkan' daripada jawatan Presiden Umno selepas PRU-13.

Percaturan ini dilihat sebagai usaha monopoli bagi 'mengikat' Ahli Parlimen BN supaya terus setia menyokongnya.

"Ini yang saya tidak pernah sebut secara terbuka Umno-BN kini ada masalah dan krisis menentukan calon kerana pimpinan Umno terutamanya sudah nekad untuk 'buang' Najib dan Rosmah selepas PRU-13.

"Dia (Najib) tidak akan menang dan Najib akan 'terpelanting'. Tapi kalau dia (Umno-BN) tipu pun dan menang, Najib akan 'terpelanting'.

"Kalau lima tahun menjadi perdana menteri cincin Rosmah sudah muat satu dewan, kalau bagi dia lima tahun lagi, lepas ini memang habis Umno. Memang tidak wujud lagi Umno kalau terus bagi Rosmah menjadi Isteri Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Simulasi dan Taklimat Pilihan Raya PKR Selangor.

Jelas Rafizi lagi, pergeseran Umno-BN dalam meletakkan calon ini akan berlangsung sehingga PRU yang disifatkan 'tidak nampak bayang dan gelap gelita' sekaligus bakal memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

"Jadi walau bagaimanapun keputusan PRU-13 Najib akan 'terpelanting', masa dia sudah habis.

"Najib tahu Umno akan 'buang' dia selepas pilihan raya, Sebab itu dia minta mandat penuh daripada BN untuk dia tentukan calon supaya dia boleh pastikan semua calon BN adalah calon yang setia kepada dia dan Rosmah. Bukannya parti.

"Kalau Perhimpunan Agung Umno sekalipun letak undi tidak percaya dan mahu tukar Najib, kuasa sebagai Perdana Menteri bukan datang daripada undi parti sebaliknya ikut Perlembagaan (negara) datang dari sokongan Ahli Parlimen," ujarnya lagi.

Kerajaan Negeri Sumbang Tanah Komersial RM17 juta kepada SJK (C) Khe Beng

Posted: 06 Jan 2013 05:13 AM PST


sumbangan tanah sekolah cina kota kemuning 01

SHAH ALAM  : Pelajar dan guru SJK (C) Khe Beng kini tidak perlu lagi bersesak di ruang belajar yang sempit setelah Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah komersil bernilai RM 17 juta untuk pembinaan sekolah baru di Kemuning Utama.

Sebelum ini, 1,400 pelajar terpaksa belajar dalam ruang yang terhad dan sempit manakala guru-guru di sekolah itu terpaksa berkongsi kerusi dan meja sejak beberapa tahun yang lalu.

Tanah yang berkeluasan empat ekar itu diluluskan oleh mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) pada 18 Mei 2012 hasil laporan daripada Adun Sri Muda, Suhaimi Shafei.

Sekolah itu ditubuhkan pada 1929 di Jalan Bukit Kemuning dengan tanah tapak sekolah seluas 0.95 ekar didermakan oleh seseorang.

Namun, tapak tanah sekolah itu masih belum digazetkan oleh kerajaan negeri Umno-BN dahulu sedangkan bangunannya sudah didirikan berpuluh tahun lalu.

Setelah populasi pelajar bertambah setiap tahun pengurusan sekolah meminta tapak tanah baru namun ini ditolak oleh Kerajaan Selangor Umno-BN dahulu.

Suhaimi berkata proses permohanan tapak tanah sekolah yang baru itu mengambil masa kira-kira setahun setengah yang lalu.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana berjaya mendapatkan hak mereka yang sebelum ini dinafikan oleh pentadbiran sebelum ini.

"Mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan hak mereka walaupun terpaksa menghadapi pelbagai karenah birokrasi," katanya dalam ucapannya di Majlis Penyerahan Surat Pengesahan Tapak Sekolah itu.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud ; Pengerusi Lembaga Pengarah SRJK (C) Khe Beng, Datuk Ng Tiong Seng ; Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam Zon 12, Tan Ah Kow dan Pengarah Urusan Paramount Property, Datuk Ricque Liew.

Turut hadir Pengerusi dan Lembaga Pengarah SJK (C) Chung Hwa dan Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

Suhaimi menambah Pakatan Rakyat (PR) sangat mementingkan pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat. Oleh itu, bagi PR, perkara sedemikian tidak harus dipolitikkan.

"Kita yakin dengan kemudahan yang baik dan selesa ia akan dapat melahirkan generasi yang baik pada masa akan datang.

"Saya menyeru Kementerian Pendidikan meluluskan permit dan memberi peruntukkan sebanyak RM 8 juta daripada kos keseluruhan yang dianggarkan RM 12 juta bagi pembinaan sekolah baru ini," katanya.

Sementara itu, Ng mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Kerajaan Negeri.

Dalam majlis yang sama Suhaimi dan Dr Mariah turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 20,000 kepada SJK (C) Tun Tan Sie Lin, Putra Height dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Kemuning.

Dalam belanjawan 2012, Kerajaan Negeri sudah memberi peruntukkan sebanyak RM100,000 kepada SJK (C) Chung Hwa, Kota Kemuning, RM20,000 kepada SJK (C) Khe Beng dan SJK (C) Tun Tan Siew Sin.

sumbangan tanah sekolah cina kota kemuning 02

Tanah di Bukit Raja Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan Komersil

Posted: 06 Jan 2013 05:11 AM PST


MB PC Songkok 01

BANGIN : Tanah 200 ekar yang diambil di Bukit Raja oleh Kerajaan Selangor adalah untuk kepentingan awam, iaitu untuk membina kem tentera, dan adalah tidak adil jika ia digunakan untuk tujuan komersial.

Oleh itu, Kerajaan Selangor tetap dengan berpendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan awam.

"Kerajaan Negeri membuat surat mengambil alihan tanah itu. Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.

"Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.

"Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Lawatan Tapak di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sungai Tangkas, di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk mendengar sebarang cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan apa yang telah dirancang.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan agar tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.

Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan.

Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad.

Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera.

Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Akan tetapi, Kerajaan PR Selangor mempertikaikan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa.

Kuasai media amalan negara diktator- Kadir

Posted: 06 Jan 2013 05:04 AM PST

Oleh: Sidiqin Omar

Sekatan maklumat dan penguasaan terhadap media arus perdana adalah amalan negara diktator, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau berkata, negara demokrasi seharusnya mengamal kebebasan, sebaliknya berlaku di negara ini apabila media dikawal sepenuhnya Umno- BN.

Beliau merujuk  isu Amanat Haji Hadi yang dimanipulasi hampir sebulan di akhbar dan televisyen tanpa memberi ruang kepada Presiden Pas itu memberi penjelasan.

"Bila (Haji Hadi) nak jawab, minta sejam pun tak nak bagi, nak tapis. Mana boleh tapis. Nama sahaja demokrasi, tapi diktator!,"  tegas Kadir pada ceramah Jelajah Anak Muda ke Himpunan #KL112 di padang Flat PPR Kempas, Johor malam tadi.

"Kalau kita tengok TV sekarang, ia telah jadi alat propaganda paling rendah yang memperbodoh dan menghina rakyat Malaysia," katanya .

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, akhbar milik parti dalam Pakatan Rakyat turut dikawal apabila  ia dihadkan kepada ahli sahaja.

Kadir, antara menteri dalam kerajaan yang pernah menganjurkan program 'Debat Perdana di RTM pada 2004 hingga 2006. Program tersebut menghimpunkan ahli parlimen berdebat selama sejam dan disiar secara langsung di seluruh negara.

Menurut Kadir, jabatan-jabatan kerajaan perlu bersikap neutral tanpa mempergunakan jentera untuk berkempen bagi sebelah pihak.

"Tapi kita tengok sekarang, semua diperguna, Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat), Felda, Felcra, Jasa, JPM, cawangan khas, unit ATM, semuanya," tegas Kadir.

Justeru beliau memberi komitmen untuk bersama sejuta rakyat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari depan.

"Kita kena selamarkan negara kita. Kita kena ingat kembali perjuangan bapa-bapa kemerdekaan kita. Maka, saya sendiri akan turut bersama saudara semua di Himpunan Kebangkitan Rakyat," kata Kadir disambut laungan takbir hadirin.

Mahathir patut sedar Umno BN yang lingkupkan negara- Johari

Posted: 06 Jan 2013 05:02 AM PST

Oleh: Aliff Fikri

KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa Umno BN sebenarnya yang membawa kehancuran kepada negara, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir di blognya baru-baru ini, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memusnahkan negara sekiranya diberi peluang menjadi perdana menteri.

Johari berkata, kenyataan itu membayangkan ketakutan Mahathir terhadap salah laku beliau selama 22 tahun akan dibongkar jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara.

"Ya, memang benar, Anwar akan membawa kemusnahan, tetapi bukan kepada negara.  Anwar membawa kemusnahan kepada Umno BN, golongan yang mencuri duit rakyat,  merompak harta bangsa sendiri, memusnahkan nepotisme dan kronisme yang menjahanamkan negara," katanya ketika dihubungi.

 Menyifatkan kenyataan itu tidak berasas, Johari berkata, Mahathir sendiri suatu ketika pernah memberi kepercayaan kepada Anwar ketika masih di dalam kerajaan.

"Beliau sendiri tahu rekod cemerlang Anwar ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Sepanjang 8 tahun berkhidmat di kementerian kewangan, Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga berkembang pesat.

"Apa jadi kepada ekonomi negara sekarang? Siapa sebenarnya yang menjahanamkannya? Mahathir patut sedar Umno BN sebenarnya yang melingkupkan negara," tegasnya.

[BERGAMBAR] Tembok Kolej UPM Runtuh, 7 Kenderaan Rosak

Posted: 06 Jan 2013 04:55 AM PST


KELAB GREENBOC
 
Hujan lebat petang kelmarin menyebabkan tembok di Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang runtuh.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu turut merosakkan tujuh buah motosikal di tempat letak motosikal akibat dihempap tembok setinggi 1.5 meter itu.

Pakar kejuruteraan geologi UPM, Dr Husaini Omar berkata tembok tersebut dipercayai runtuh kerana tidak dapat menahan kapasiti air yang banyak akibat hujan berlarutan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya yang menerima panggilan turut menghantar enam anggota dan sebuah jentera dari balai Serdang untuk memantau keadaan. - Bernama

Poll Terbaru BN Selangor: UMNO Terkejut Beruk Rakyat Terus Pilih Pakatan

Posted: 06 Jan 2013 04:26 AM PST


KE;AB GREENBOC

Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT'.

Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.

Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.

PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara.

Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO.

Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13.

INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. -omakkau

Permohonan Papagomo Pinda Pembelaan Ditolak

Posted: 06 Jan 2013 04:23 AM PST

 
KELAB GREENBOC
 
Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.

Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.

Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.

"Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kes dalam kes ini secara keseluruhan," katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.

Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan.

Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau panglima tentera laut.

Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan.

Sebelum ini Husam memfailkan saman ke atas blogger Papagomo ekoran perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan, http://www.papagomo.com.

Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk "Gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China doll" yang disifatkan plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Husam juga mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger, Mohamad Salim Iskandar yang lebih dikenali dengan blog http://www.parpukari.blogspot.com.

Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel bertajuk "Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!" Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata, artikel tersebut menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengannya.

Naib Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.

Defendan terbabit juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur.

Bagaimanapun dalam satu lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan saksi-saksi yang akan ditampilkan berada di luar negara.

Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar negara menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat.

Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap defendan.

Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000.

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini, papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran.

'Mana pergi pampasan RM207 bilion landasan maut?'

Posted: 05 Jan 2013 04:24 PM PST


MALAYSIA KINI


 
Sehingga kini masih tidak diketahui ke mana perginya pampasan yang dianggarkan sehingga RM207 bilion daripada kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa landasan maut Siam-Burma semasa Perang Dunia Kedua, dakwa bekas menteri besar Perak.

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendakwa, tiada bayaran dibuat kepada mangsa atau waris walaupun kedutaan negeri matahari terbit itu mengesahkan menyerahkannya sekitar tahun 90-an, lapor Harakahdaily.

NONE"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa," beliau dipetik sebagai berkata.

"Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946."

Nizar yang mengetuai Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut itu berkata, pihaknya juga tidak tahu sama ada pampasan itu masih disimpan di Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tiada penjelasan dibuat oleh kerajaan.

Katanya, hasil pertemuannya, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia Takaharu Suegami mengesahkan penyerahan wang itu walaupun memaklumkan akan merujuk kepada Tokyo berhubung perkara itu.

Nizar yang juga anggota jawatankuasa Pusat PAS dilapor berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta pampasan.

"Banyak! Pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar web PAS itu.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit dilapor sudah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan itu.

Nizar baru-baru ini mengutarakan isu berkaitan buruh binaan landasan maut antara 1942 hingga 1946 itu dalam sidang Dewan Rakyat.

Bayar premium sejak '08 tapi tak dapat geran

Posted: 05 Jan 2013 04:23 PM PST


MALAYSIA KINI


 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mempersoal tindakan kerajaan negeri Selangor yang masih tidak memberikan geran tanah kepada 193 penduduk Kampung Seri Tiram Jaya di Tanjong Karang.

Sedangkan, katanya penduduk telah mendapat kelulusan permohonan tanah pertanian seluas 80.9 hektar ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Penduduk yang terlibat telah memohon untuk mendapatkan geran tanah pada 2004. Malangnya sehingga hari ini, tiada sebarang geran yang diberikan kepada mereka," katanya kepada pemberita ketika melawat kampung itu semalam.

Noh berkata penduduk membayar premium tanah sejak 2008 tetapi sehingga kini kerajaan negeri enggan memberikan geran kepada mereka.

"Apakah kerana tanah tersebut diluluskan permohonannya ketika pentadbiran BN sebelum ini atau pun pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang gagal melaksanakan tadbir urus yang baik kepada rakyat," katanya.

Salah seorang pemilik tanah Mohd Tahrir Mustar, 59, melahirkan rasa kesal kerana kerajaan negeri sekarang tidak berusaha menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata beliau telah membayar premium tanah sebanyak RM356 bagi setiap 0.4 hektar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor.

"Kami cuma penduduk kampung dan pendapatan kami bukan tinggi. Kami harap kerajaan negeri memahami masalah yang kami hadapi dan atasinya dengan segera kerana perkara ini sudah lama berlanjutan," katanya.
- Bernama

PM: Siapa boleh jamin askar Melayu tanpa k'jaan ini?

Posted: 05 Jan 2013 04:22 PM PST

MALAYSIA KINI


 
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masa depan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas-bekas perajurit dan kesinambungan perjuangan pahlawan terdahulu akan terus dipertahankan demi kelangsungan pembinaan negara bangsa.

Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan membangunkan negara menjadi lebih mudah kerana bekas anggota tentera bijak menilai dengan terus meletakkan kepimpinan kerajaan yang telah terbukti berjaya pada tempat sewajarnya.

Sambil menempelak pihak yang disebutkan sebagai 'puak sebelah sana', Najib berkata beliau tidak boleh memberi jaminan nikmat dan penghargaan yang diterima ATM dan bekas perajurit yang diterima ketika ini berkelangsungan sekiranya kerajaan yang ada ditukar.

"Sudah tentu perjuangan kerajaan ialah untuk membina sebuah negara bangsa yang dihormati, disegani, berjaya yang kejayaannya dilihat kerana perjuangan tentera mempertahankan kemerdekaan.

"Kita berjaya kerana anda meletakkan kepimpinan negara pada tempat yang sewajarnya yang tahu mengurus negara, yang tahu menilai pengorbanan para perajurit, yang ada agenda untuk membangunkan ATM akan mempertahankan maruah ATM," katanya.

Hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Berucap ketika merasmikan persidangan perwakilan PBTM ke-87 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini, Perdana Menteri berkata semangat 'Harimau Malaya' dan Force 136, yang tidak ingin melihat kuasa berpindah ke tangan yang lain dan ikrar untuk mempertahankan kerajaan yang ada perlu diteruskan walaupun mereka kini bergelar bekas tentera.

Najib juga berterima kasih kepada perajurit dan bekas anggota tentera yang terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan dengan kesedaran bahawa masa depan negara, ATM dan PBTM tidak boleh dipisahkan dengan kerajaan sedia ada.

"Siapa boleh jamin masa depan kita, siapa boleh menjamin kelangsungan Rejimen Askar Melayu Diraja tanpa kerajaan yang ada hari ini, tepuk dada tanya selera.

"... Dan inilah sebenarnya mengapa kita berjuang, mengapa kita meletakkan 'nyawa kita dihujung tanduk' sebagai para perajurit yang telah berjuang selama ini, sebab itulah negara terhutang budi pada anda semua," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak para perajurit dan PBTM yang dianggotai oleh lebih 200,000 untuk memperbaharui ikrar melangsung dan meneruskan perjuangan untuk membina negara kerana kini bukan masa untuk membuat percubaan atau bermain-main, kerana tindakan itu bakal memberi sesuatu kesan yang besar kepada negara.

"Kalau sebelum ini sebahagian daripada rakan-rakan kita telah terkorban di medan perang, mengenang mereka satu bab, tapi yang lebih penting ialah perjuangan mereka itu belum lagi berkesudahan dan perlu diteruskan walau kita telah menjadi bekas tentera," katanya.

Pada majlis itu Najib menyerahkan replika cek berjumlah RM224 juta kepada Ahmad Zahid yang kemudiannya menyampaikannya kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, sebagai simbolik pelancaran penyerahan sumbangan RM1,000 secara sekaligus kepada 224,000 orang veteran ATM tidak berpencen.- Bernama

'Hanya kerana keangkuhan...'

Posted: 05 Jan 2013 04:20 PM PST


MALAYSIA KINI


 
Selangor dukacita dengan tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang meminta bantuan daripada syarikat bekalan air daripada luar bagi tujuan pembekalan ke kawasan terjejas sebelum ini.

Sedangkan, menurut exconya Dr Xavier Jayakumar, kerajaan negeri dalam pelan bantuannya mengarahkan seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan lori tangki masing-masing.

"Apa yang SYABAS perlu lakukan ialah menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Datuk Khusrin Munawi untuk mendapatkan bantuan, tetapi disebabkan keangkuhan SYABAS itu tidak berlaku," katanya.

Bernama kelmarin melaporkan, SYABAS menggerakkan 40 lori tangki air dan menyediakan 174 tangki air statik ke kawasan terjejas akibat kerosakan di dua rumah pam, yang menjadi punca krisis air di ibu negara sebelum ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred dilaporkan berkata, sejak 2 Januari, SYABAS turut mendapat bantuan daripada Lembaga Air Perak (empat lori tangki), Syarikat Air Melaka Berhad (dua lori), Syarikat Air Johor (lapan lori) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (dua lori).

Langat 2: Jepun tak terlibat

Sementara itu, dalam kenyataannya semalam, Dr Xavier juga menolak kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar bahawa projek pembinaan loji takungan air Langat 2 itu disokong oleh kerajaan Jepun.

Menurut Dr Xavier, berdasarkan rekod, pihak Jepun hanya terlibat memberi pinjaman dana sebanyak RM2.4 bilion melalui Japan International Cooperation Agency (JICA) untuk kerja-kerja pembinaan terowong bagi penyaluran air dari Pahang.

Ini kerana hanya syarikat negara itu Shimizu-Nishimatsu yang mempunyai kepakaran dalam kerja mengerudi terowong 44km di bawah banjaran Titiwangsa, tambanya.

"Sebaliknya pihak Jepun tidak terlibat langsung dalam sebarang kerja-kerja pembinaan Loji Langat 2 itu sendiri.

"Adalah tidak wajar bagi Noh Omar mengatakan bahawa pihak Jepun menyokong pembinaan Loji Langat 2 itu," kata Dr Xavier.

Bekas ketua hakim: Yakini undang-undang Islam

Posted: 05 Jan 2013 04:15 PM PST


MALAYSIA KINI


 
Umat Islam perlu meyakinkan diri sendiri serta masyarakat bukan Islam di negara ini bahawa undang-undang Islam adalah adil dan saksama, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau berkata sayangnya hari ini umat Islam Malaysia begitu cuai dan alpa sehingga mengabaikan khazanah berharga yang diwarisi daripada para ulama Islam dan cendekiawan ilmu perundangan Islam.

"Kita harus mempelajari undang-undang Islam ini dan berikhtiar serta berjihad, jika perlu, untuk menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang kebangsaan di Malaysia," kata Ahmad Fairuz, yang merupakan Ketua Hakim Negara pada 2003 hingga 2007.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dihadiri kira-kira 1,200 peserta di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata beberapa langkah telah pun diambil Jabatan Syariah, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Serentak dengan itu juga, beliau berkata Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa turut ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan para penuntutnya untuk menerima dan mengemukakan undang-undang Islam sebagai undang-undang asas bagi umat Islam di negara ini.

"Tetapi ini adalah langkah permulaan sahaja dan banyak lagi langkah harus diambil untuk menghilangkan buruk sangka terhadap undang-undang Islam dan mengiktiraf serta menghormati undang-undang Islam di Malaysia.

"Undang-undang di negeri barat dengan secara langsung ataupun tidak, dan dengan diketahui atau tidak, telah banyak mengambil dan meniru undang-undang Islam. Di England sendiri, banyak pembaharuan telah dibuat yang membawa undang-undang itu (Common Law) lebih dekat dengan undang-undang Islam," katanya.

Ahmad Fairuz, yang juga Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata malangnya, di Malaysia sehingga hari ini kerap kali mencontohi pembaharuan undang-undang yang berlaku di England sungguhpun peruntukan yang setanding dengan undang-undang berkenaan atau yang lebih baik boleh dirujuk daripada undang-undang Islam.

"Kita sebagai orang Islam di Malaysia haruslah menyesuaikan diri dan menguatkan iman kita supaya layak menerima undang-undang Islam dan selepas itu bolehlah kita cuba memujuk jiran-jiran kita (masyarakat bukan Islam) di negara ini untuk bersama-sama menerimanya," katanya.

Ahmad Fairuz, dalam ucapannya turut memetik Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaldin dalam rencananya yang merujuk kepada kenyataan bekas pensyarah undang-undang Dr Aziz Bari yang dilapor sebagai berkata bahawa Malaysia bukanlah negara sekular.

Kenyataan Aziz itu berbunyi: "Pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam adalah agama persekutuan sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam."

Merujuk hal sama, Ahmad Fairuz berkata Perkara 3 (1) adalah kekuatan bagi umat Islam Malaysia kerana Islam termaktub sebagai agama persekutuan dan dalam masa sama agama lain boleh diamalkan selagi selari dengan prinsip keamanan dan kedamaian.

"Walau bagaimanapun, penganut agama lain mesti sedar bahawa agama mereka bukanlah agama persekutuan. Jadi berhati-hatilah membuat tuntutan kesamarataan.

"Perkara 3 (1) telah menjelaskan bahawa Islam itu agama persekutuan, mana boleh nak samarata?" katanya.

Memetik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden Umno bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional' pada Perhimpunan Agung Umno 2012, Ahmad Fairuz berkata umat Islam di negara ini sepatutnya beruntung kerana mempunyai kerajaan yang komited mempertahan dan memperkembang syiar Islam.

"Ini adalah jaminan daripada parti pemerintah untuk terus memperjuangkan Islam. Saya tak tahulah kalau parti lain yang memerintah (apa yang akan dilaksanakan)," kata Ahmad Fairuz.

Najib pada 29 Nov lepas berkata Umno komited untuk terus meninggikan martabat Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.

Najib berkata Umno, tanpa berbasa-basi, menegaskan bahawa parti itu, yang menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional, menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme.- Bernama

Pakatan anjur program pemanas badan untuk 12 Jan

Posted: 05 Jan 2013 04:14 PM PST



 
Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan beberapa siri program bermula Selasa ini sebagai pemanas badan untuk perhimpunan besar-besaran pada 12 Januari yang dirancang di tapak bersejarah Dataran Merdeka.

Program ini akan diadakan di pelbagai tempat, termasuk di Selatan, Utara, Pantai Timur dan kawasan tengah sebelum perhimpunan utama pada Sabtu depan.

NONEKetua Pemuda PKR  Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan)  juga memberitahu Malaysiakini, mereka juga sudah membentuk kumpulan sekretariat daripada ketiga-tiga parti dalam Pakatan untuk bertemu dengan pengurusan Stadium Merdeka pada Isnin ini untuk mempercepatkan kelulusan permohonan menggunakan tempat itu.

"Ini selari dengan permintaan Perdana Menteri Najib Razak supaya perhimpunan awam diadakan di stadium dan kami mahu memastikan pihak stadium mengeluarkan kelulusan dan ia mestilah dilakukan dengan telus tanpa sebarang masalah.

"Kami harap pihak stadium akan memberikan kelulusan memandangkan Pakatan sudah mengemukakan permohonan sebelum ini," katanya.

Dilaporkan Pakatan bulan lalu mengemukakan permohonan menggunakan nama sasterawan negara.

Robert Phang saman Musa Hassan RM100j

Posted: 05 Jan 2013 04:12 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE

SHAH ALAM - Bekas anggota Majlis Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, hari ini.

Saman itu difailkan melalui Tetuan S N Nair and Partners di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Phang mendakwa Musa telah memfitnahnya dalam satu sidang akhbar Mywatch, Dìsember tahun lalu.
- UTUSAN

Zamil yakin Anwar hanya jadi Perdana Menteri boneka DAP

Posted: 05 Jan 2013 04:08 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan dijadikan boneka oleh DAP setelah Ketua Pembangkang itu diangkat sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, andaian itu dibuat dengan mengambil kira keengganan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menarik balik kenyataan yang pernah dibuat pada 15 tahun lalu iaitu beliau mempunyai bukti kukuh Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.

Jelas beliau, kenyataan Karpal itu bukan sesuatu yang remeh kerana dakwaan itu dinyatakan di Parlimen dan direkodkan di dalam hansard.

"Dalam konteks ini, di sebalik keengganan Karpal menarik balik kenyataan beliau itu, ada muslihat di atas persetujuan untuk melantik Anwar menjadi Perdana Menteri.

"Ini memandangkan puak-puak DAP boleh menjadikan kes liwat Anwar itu sebagai satu ugutan untuk menghalalkan segala keputusan dan tindakan parti itu jika pakatan pembangkang memerintah negara.

"Keadaan itu sudah boleh dilihat ketika ini iaitu walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerintah Selangor atau Pas memerintah Kedah dan Kelantan, namun kebanyakan keputusan dasar negeri-negeri itu dipengaruhi DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertanggungjawab terhadap keengganan Karpal menarik balik kenyataan tersebut.

Menurut Azwanddin, jika Karpal enggan berbuat demikian, maka cadangan Anwar sebagai calon Perdana Menteri adalah satu pembohongan besar daripada DAP.

Dalam pada itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, bukti salah laku moral Anwar itu akan dijadikan senjata untuk kepentingan DAP sekali gus mampu menjatuhkan Anwar jika pakatan pembangkang berjaya memerintah.

Kata beliau, pada ketika ini, Anwar hanya menjadi harapan DAP untuk menyatukan ketiga-tiga parti di bawah pakatan pembangkang.

"Sekarang ini memang benar DAP menyokong pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri, tetapi apabila tiba saatnya nanti, mereka akan menggunakan bukti itu sebagai alasan untuk melantik orang lain memegang jawatan tersebut.

"Ini merupakan strategi DAP kerana mereka yakin akan lebih berkuasa memandangkan banyak kerusi dipertandingkan berbanding PKR dan Pas. Maka mereka berasakan lebih layak untuk melantik mana-mana pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri," katanya.-utusan.com

Najib: Jangan salahkan kerajaan jika berlaku musibah

Posted: 05 Jan 2013 03:53 PM PST

SINAR HARIAN

Puncak Setiawangsa bergegar
Keadaan benteng konkrit yang pecah sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tanah.
 
KUANTAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar rakyat tidak menyalahkan kerajaan apabila terjadi sesuatu musibah atau bencana alam seperti banjir baru-baru ini.

Beliau berkata terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya musibah banjir iaitu kedatangan musim tengkujuh dan masalah pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia ketika ini.

"Salah satu daripada fakta yang menyebabkan banjir berlaku adalah musim tengkujuh (yang berlaku saban tahun) di mana pada musim itu kita mendapat hujan yang lebat dari biasa.

"Ada juga unsur yang melanda dunia iaitu kepanasan global dan perubahan iklim di mana kesan fenomena ini sukar untuk ditaksirkan tetapi mengikut pakar kaji cuaca jika hujan turun ia akan akan turun lebih lebat dari biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyampaian sumbangan Wang Ehsan kepada 686 keluarga mangsa banjir di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) di sini, hari ini.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohd Saffian Ismail.

Najib dalam pada itu berkata kerajaan akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan membantu rakyat menangani fenomena perubahan cuaca ini.

"Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak sebab nak menghadapi masalah perubahan cuaca ini memerlukan usaha global yang belum ditangani secara berkesan oleh komuniti antarabangsa.

"Namun sebagai kerajaan kita akan berusaha berdepan dengan fenomena ini dan menguruskan bencana banjir dengan sebaik mungkin," katanya.

Katanya, kerajaan memberikan yang terbaik kepada rakyat berikutan pengurusan dan pentadbiran yang berkesan pertumbuhan ekonomi yang baik memberikan pendapatan lebih kepada negara.

"Jadi dengan hasil yang bertambah ini kita mampu menolong rakyat (sekiranya ditimpa musibah) dan kalau ada rezeki lebih lagi kita akan tolong lebih lagi," katanya.

Najib dan Rosmah pada majlis itu turut menyampaikan sumbangan wang ihsan berjumlah RM500 kepada keluarga mangsa banjir yang melanda Kuantan baru-baru ini.- Bernama

KLIA2 dibuka 28 Jun, kata Najib

Posted: 05 Jan 2013 03:52 PM PST

SINAR HARIAN
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
 
SEPANG - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa lapangan terbang penerbangan kos rendah yang baharu, KLIA2, akan dilancarkan pada 28 Jun ini, bersamaan dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1998.

Perdana Menteri berkata lapangan terbang itu dijadual siap pada Mei tahun ini, tetapi operasi tidak akan tergesa-gesa kerana terdapat beberapa isu untuk diselesaikan sebelum pembukaannya.

"Kita perlu menyelesaikan beberapa masalah dengan terminal baru dan apabila ia sedia, maka KLIA2 akan beroperasi sepenuhnya.

"Sebagai sasaran, saya memutuskan ia perlu sama dengan tarikh pembukaan KLIA. Mudah-mudahan, saya akan berpeluang untuk membuka KLIA2 pada 28 Jun," kata beliau.

Najib berkata demikian pada pada majlis pelancaran pesawat dengan seragam khas 1Malaysia AirAsia yang direka khas untuk memperingati permulaan Program Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia di LCCT (Terminal Penerbangan Kos Rendah) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Bashir Ahmad.

Bashir berkata MAHB mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri untuk tidak tergesa-gesa membuka KLIA2 dan bersamaan dengan tarikh perasmian KLIA.

Beliau berkata semua isu berkaitan dengan lapangan terbang baharu itu dijangka diselesaikan sebelum tarikh pembukaan untuk mengelakkan walaupun sebarang masalah kecil semasa operasi.

"Kita tidak mahu tergesa-gesa. Saya fikir Perdana Menteri mempunyai pemikiran yang sama. Kita telah melihat banyak lapangan terbang di seluruh dunia gagal kerana mereka tergesa-gesa beroperasi.

"Adalah sesuatu yang menarik juga jika tarikhnya sama (KLIA & KLIA2), kerana ia akan menjadi sambutan berganda bagi kami di MAHB," kata Bashir.

KLIA2 yang dibina pada RM3.6 bilion adalah untuk menampung pertumbuhan pesat  yang dijangka dalam perjalanan kos rendah, meliputi kawasan lebih 257,000 meter persegi dan dijangka mengendalikan maksimum 45 juta penumpang setahun.

Lapangan terbang itu akan mempunyai 60 pintu, 80 jambatan udara serta ruang perniagaan meliputi 32,000 meter persegi untuk 225 kedai runcit . - Bernama

Tiada ulasan: