DIALOG RAKYAT |
- Polis panggil Ibrahim Ali untuk beri keterangan
- Acara 'bakar Bible' di P Pinang tiada sambutan
- Rafizi kata akaun Facebook digodam, nafi mohon maaf
- SPR pertahan syarat untuk pengundi luar negara
- Pendakwah gesa Kristian gugur kalimah 'Allah'
- Majlis syura PAS sahkan Nasha digugur
- Anwar kecam rampasan tanah Pengerang, pindah kubur
- Jadikan kes Wiliam sebagai iktibar- Wan Azizah
- Kejayaan rakyat, pelabur terbesar Rapid Pengerang tarik diri
- Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Masjidil Aqsa
- Perkasa tidak berhasrat mahu bakar Injil lagi
- Khalid Samad : Masa Terbaik Kuasai Putrajaya
- Pembangunan Untuk Semua Kaum Bukan Untuk Pilihan Raya
- MB : Pastikan Pembangunan Batu Caves Secara Terancang
- Isu Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) & Rosmah Mansor Ke Gaza, Palestin. Ditemplak Presiden Palestin?
- Krisis menjelang PRU 13, Umno Johor berpecah
- Syabas gagal urus, kenapa Selangor dipersalah?
- Nasharuddin Mat Isa Digugurkan Dari Ahli Majlis Syura
- SPR: Syarat pengundian luar negara munasabah
- Isu Kalimah "Allah": Harussani "Kafirkan" Ulamak Muda UMNO, Fathul Bari?
- RCI: Najib Juga Perlu Disiasat- Anwar
- Altantuya dibunuh di tanah Bukit Raja Deepak-Ropiah? Ini sebabnya Boustead dilibatkan?
- Deepak vs Najib, Rosmah: Kegagalan pasangan utk menjelaskan diperhatikan Muhyiddin, Dr M
- Rafizi Kepada Zahid Hamidi: Jumpa Di Mahkamah, Lawan Tetap Lawan!
- PR Mampu Pertahan Selangor Dan Ambilalih Putarajaya
Polis panggil Ibrahim Ali untuk beri keterangan Posted: 27 Jan 2013 04:52 AM PST Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah. Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan. Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Abdul Rahim juga berkata polis menerima tujuh laporna polis berhubung kenyataan Ibrahim. | ||||
Acara 'bakar Bible' di P Pinang tiada sambutan Posted: 27 Jan 2013 04:50 AM PST Acara membakar bible yang didakwa akan berlangsung pada jam 10 pagi di Butterworth, Pulau Pinang hari ini didapati tidak berlaku seperti digembar-gemburkan. Wartawan hadir ke Dewan Datuk Ahmad Badawi – tempat acara itu didakwa akan dilangsungkan – sejak jam 9.30 pagi dan mendapati ia dikawal beberapa orang anggota polis. Setengah jam kemudian, seorang pegawai polis membertahu wartawan bahawa ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi akan mengadakan satu sidang media. "Sah, tak jadi (acara bakar Bible)," kata pegawai tersebut yang meminta wartawan menuju balai polis Butterworth untuk sidang media berkenaan. Abdul Rahim dalam sidang medianya selepas itu berkata beliau bersyukur kerana acara berkenaan tidak berlaku pada hari ini. Katanya beliau berterima kasih, terutama kepada masyarakat Islam Melayu kerana tidak menyertai acara berkenaan. "Sebagai (ketua polis negeri) yang bertanggungjawab ke atas keselamatan di sini, saya menggesa semua pihat agar tidak membangkita isu keagamaan dan kebudayaan yang boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya lagi. | ||||
Rafizi kata akaun Facebook digodam, nafi mohon maaf Posted: 27 Jan 2013 04:48 AM PST MALAYSIA KINI Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menafikan bahawa beliau membuat permohonan maaf kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Facebook hari ini.Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Rafizi berkata kenyataan palsu tersebut dimuatkan di laman Facebook beliau yang didakwa digodam. "Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. "Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia. "Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat," kata Rafizi. Kenyataan yang dimuatkan di Facebook tersebut, antara lainnya menyebut bahawa beliau berasa sangat bersalah atas tulisan bertarikh 29 Disember 2012 di blognya, bertajuk 'Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak'. Rafizi berkata kenyataan berkenaan dimuatkan di Facebook kerana pihak berkenaan berbuat demikian kerana tidak dapat lagi berdepan dengan pendedahan yang memalukan pemimpin BN. Rafizi juga mendakwa, laman Facebook timbalan presiden parti Azmin Ali turut menjadi sasaran. | ||||
SPR pertahan syarat untuk pengundi luar negara Posted: 27 Jan 2013 04:44 AM PST Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata syarat itu cukup ringan dan sesuai kerana negara-negara Komanwel seperti Australia dan Kanada turut menetapkan syarat sama manakala di Singapura menetapkan syarat tiga bulan. "Tiga puluh hari dalam tempoh lima tahun, bukan 30 hari sekali gus. Jadi, perkara ini adalah logik. Takkan lah rakyat Malaysia yang duduk di luar negara lupa langsung negara, tetapi bila tiba masa hendak mengundi, mereka hendak mengundi. "Mengundi ini bukan saja hak tetapi juga tanggungjawab kepada negara. SPR turut melihat satu sudut menampakkan kecintaan kepada negara dengan mempunyai pertalian dengan tanah air," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam rancangan 'Selamat Pagi Malaysia' terbitan RTM di Wisma TV, Angkasapuri di Kuala Lumpur hari ini. Wan Ahmad turut menjelaskan syarat penetapan tempoh itu telah dikemukakan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya (PSC) dan telah dipersetujui. Bagaimanapun, beliau berkata penetapan tempoh lima tahun dan tinggal tidak kurang 30 hari itu ditetapkan oleh SPR di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya. "Sebagai sebuah badan di bawah perlembagaan, SPR ada kuasa untuk tentukan syarat dan tatacara tertentu. Kita buat ini untuk kebaikan negara untuk pastikan rakyat ada bukti cintakan negara dan ada hubungan dengan tanah air," katanya membidas tindakan segelintir pihak mempertikaikan syarat itu dan mendakwa ia tidak dibincangkan di peringkat PSC. Sebelum ini, anggota Parlimen Rasah Anthony Loke dari DAP menggesa SPR mengkaji semula syarat itu dan membatalkannya memandangkan syarat itu adalah tidak adil dan menimbulkan kesulitan proses yang tidak sepatutnya. Anthony juga mempertikai tindakan SPR yang didakwa melengahkan pendaftaran pengundi luar negara hampir 13 bulan dari tarikh PSC yang menimbulkan keraguan terhadap kesediaan dan komitmen badan itu terhadap proses pilihan raya yang adil dan bersih. Wan Ahmad ketika menjawab dakwaan itu berkata persiapan rapi perlu dijalankan kerana perlu diadakan perbincangan dengan Kementerian Luar berikutan pelaksanaan undi pengundi luar negara turut melibatkan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sebagai wakil SPR. Selain itu, beliau berkata kerjasama Jabatan Imigresen juga perlu untuk menyemak rekod kepulangan ke Malaysia di samping menyediakan program latihan kepada petugas yang akan menjalankan tugas itu nanti. "SPR tidak mahu buat kerja lepas tangan. Kita kena rancang betul-betul termasuk menyediakan buku panduan serta CD latihan. "Selepas yakin untuk laksanakan, barulah kita umum dan kita buat pengumuman pada masa tepat kerana tempoh masa yang kita berikan untuk membuat permohonan adalah sehingga tarikh Parlimen dibubarkan," katanya. Peraturan membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mengundi secara pos telah diwartakan pada 21 Jan lepas berdasarkan tiga syarat. Syarat-syarat itu ialah mereka perlu menjadi pengundi berdaftar terlebih dahulu, pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa; dan menetap di luar negara kecuali mereka yang tinggal di selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan. Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing (pengundi tidak hadir) dibenar mengundi secara pos. Sementara itu, Wan Ahmad berkata sejak 21 Jan, SPR telah menerima 500 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Beliau berkata trend penghantaran borang permohonan kepada SPR melalui e-mel akan berterusan dan meningkat ekoran caranya yang mudah dan ringkas. Selain itu, Wan Ahmad berkata para pemohon boleh merujuk jawapan kepada soalan-soalan berkaitan yang sering ditanya (FAQ) sebagai kemudahan kepada pengundi untuk melengkapkan borang tersebut. "Peluang untuk mengundi (secara pos) kepada rakyat Malaysia (di luar negara) adalah satu transformasi politik, proses demokrasi yang paling saya anggap sebagai bersejarah dan satu lonjakan paling bermakna kepada rakyat. "Ini pertama kali dalam sejarah rakyat Malaysia di luar negara dapat mengundi secara pos. Jadi, kita (SPR) akan buat perkara yang terdaya dan sentiasa akan melakukan penambahbaikan," katanya yang berharap rakyat Malaysia akan menggunakan peluang dan hak yang diberikan kepada mereka sebaik mungkin.- Bernama | ||||
Pendakwah gesa Kristian gugur kalimah 'Allah' Posted: 27 Jan 2013 04:30 AM PST MALAYSIA KINI Seorang pendakwah Kristian merayu agar masyarakat agama itu di negara ini menggugurkan penggunakan kalimah "Allah" daripada digunakan di dalam Bible.BS Poh yang pernah ditahan ISA atas kegiatan keagamaannya berkata, orang Kristian harus berbuat demikian untuk menunjukkan kemuliaan hati nurani mereka. "Orang lain tidak boleh memaksa kita mengugurkan kalimah Allah. Kita sendiri yang perlu memilih untuk tidak menggunakannya," katanya. Katanya orang Kristian boleh berbuat demikian berdasarkan keyakinan ke atas kesusilaan dalam tindakan berkenaan. "Kebebasan hati nurani ialah kebenaran yang berharga. Hanya Tuhan sahaja yang paling mengetahui mengenai hati nurani manusia," katanya. Tambahnya, orang Kristian sudahpun berjuang dan memenangi hak untuk menggunakan kalimah Allah namun masih wujud usaha untuk menghalang penganut berkenaan daripada menggunakannya. "Masalah ini sudah berlarutan selama 30 tahun. Persoalannya, adakah kita perlu berkeras untuk menggunakan hak guna (kalimah Allah?," soalnya lagi dengan memetik beberapa bait ayat daripada Bible. Tambahnya, penganut Kristian juga kini tertekan dengan isu yang berlarutan itu. "Jadi bolehkah jika berusaha lebih keras untuk menunjukkan kecintaan orang Kristian dengan tidak menggunakan (kalimah) Allah?," katanya. Katanya, orang Kristian juga perlu menilai isu berkenaan dari segi alasan dalam kitab, alasan teologi dan juga linguistik. | ||||
Majlis syura PAS sahkan Nasha digugur Posted: 27 Jan 2013 04:28 AM PST MALAYSIA KINI Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab apabila setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. "Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut. Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan. Nasharudin beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Gaza. Menyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman berita itu berkata: "Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu tindakan peribadinya sendiri." Nasharudin pada pertengahan November lalu dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu. Nasharudin pada masa itu dilaporkan berkata ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya. Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia. Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharudin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi. Mesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut. Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam. Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri. Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun sebelumnya menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian". "Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran. "Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya. | ||||
Anwar kecam rampasan tanah Pengerang, pindah kubur Posted: 27 Jan 2013 04:26 AM PST PENGERANG : Pemimpin rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam rampasan tanah penduduk dan tindakan mengalihkan kubur untuk projek Rapid Pengerang yang disifatkan tidak bertimbangrasa. "Kerana apa mereka sanggup rampas tanah begitu saja? Kerana mereka fikir penduduk Pengerang hanya rakyat di bawah, suka hati mereka nak gali kubur semata-mata untuk projek pembangunan yang diberi kepada kroni," kata Anwar di Majlis Makan Malam dan Ceramah Jom Ubah dekat sini, semalam. "Kita bukan menolak pembangunan, tetapi perlu kah sampai mengenepikan rakyat begitu saja? Kenapa ada layanan berbeza antara orang mereka (Umno), yang kaya dengan rakyat miskin?" katanya. "Cuba kita tanya mana-mana Exco, Ketua Pemuda atau Menteri Umno, adakah antara mereka yang boleh benarkan kubur arwah datuk atau nenek mereka digali hanya untuk pembangunan? Tak ada!" tegasnya disambut tepukan 1000 tetamu yang hadir. Anwar pada Oktober tahun lalu menegaskan Pakatan Rakyat tidak menolak program pembangunan tersebut, namun membantah pelaksanaan projek berkenaan. Pertama, kawasan yang diambil alih seperti kampung tradisional dan tanah perkuburan, sedangkan ada kawasan alternatif. Kedua, projek tambakan laut yang menyebabkan nelayan tradisional Melayu mengalami kerugian besar. Beliau sebelum ini turut menegaskan Pakatan tidak yakin dengan keputusan kajian impak alam sekitar (EIA) yang sepatutnya memerlukan rundingan dengan penduduk terlibat. Dalam pada itu, Anwar berkata, Umno BN akan akan menabur pelbagai janji manis ketika pilihan raya umum akan datang. "Nak menang hati rakyat di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri), Parlimen sekalipun, paling penting dengar permasalahan rakyat, luahan mereka, bukan bila nak dekat pilihan raya baru sibuk nak bagi macam-macam," katanya lagi. | ||||
Jadikan kes Wiliam sebagai iktibar- Wan Azizah Posted: 27 Jan 2013 04:23 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Masyarakat digesa menjadikan kes kematian adik Wiliam Yau Zhen Zhon sebagai iktibar, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.Beliau merujuk tragedi menyayat hati menimpa Wiliam, 6 yang ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Januari lalu selepas seminggu hilang dari rumahnya di Putra Heights, Subang. Dalam kenyataan hari ini, Wan Azizah meminta masyarakat lebih peka dan mengambil sikap bertanggungjawab untuk memastikan tragedi ini tidak berulang. "Sebagai seorang ibu, saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kita. "Masyarakat setempat, ibu bapa dan penjaga haruslah lebih berwaspada dan sentiasa bersedia untuk memastikan anak-anak dalam keadaan selamat di mana jua," katanya dalam perutusan takziah kepada kedua ibu bapa Wiliam. Tambahnya, negara pernah bersedih dengan berita kematian Nurin Jazlin (2007), Sharlini (2008) dan terbaru, kematian ngeri Dirang yang dibakar di Johor baru-baru ini. "Mengenang kepada 3 peristiwa ini, sebak dan sayu pasti menyelubungi kita semua. Sikap prihatin sesama kita adalah tanggungjawab bersama," katanya. Dalam pada itu, Wan Azizah turut menggesa Polis Diraja Malaysia memberi keutamaan kepada agenda keselamatan terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak. "Keganasan rumah tangga, aktiviti pemerdagangan manusia, penculikan dan pembunuhan adalah kegiatan yang perlu diperhatikan oleh pihak keselamatan dengan serius dan tekad untuk membanteras," katanya. | ||||
Kejayaan rakyat, pelabur terbesar Rapid Pengerang tarik diri Posted: 27 Jan 2013 04:17 AM PST Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor. Setiausaha Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan. "Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia. "Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat. BASF pada kenyataan rasmi 21 Januari lalu membuat pengumuman rasmi untuk menarik diri dari projek yang dianggar bernilai RM60 bilion itu. Perjanjian Utama (HOA) ditandatangai kedua-dua pihak pada 5 Mac 2012 dengan BASF melabur RM4 bilion dalam projek Rapid. Mengikut terma perjanjian, sebuah entiti baru akan ditubuhkan dengan BASF memegang 60 peratus kepentingan manakala Petronas 40 peratus yang kini mencari rakan niaga baru. Kedua-dua pihak merancang untuk memiliki, membangun, membina, mengoperasi fasiliti pengeluaran produk petrokimia di Rapid. Pada kenyataan media itu, Hasnul bagaimanapun kesal berikutan kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan syarikat berkenaan. "Itu tanggungjawab mereka. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan," kata Hasnul. | ||||
Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Masjidil Aqsa Posted: 27 Jan 2013 04:12 AM PST Ismail Haniyeh bergambar bersama delegasi Yayasan Amal Malaysia dan disertai Prof Dr Syeikh Shuhada Swerki pada pertemuan ringkas di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City.
GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak. Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya. "Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini. "Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa," ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin. Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza. Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin. Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin. Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin. "Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam. "Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah," ujarnya. Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza. Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi. Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza. | ||||
Perkasa tidak berhasrat mahu bakar Injil lagi Posted: 27 Jan 2013 03:59 AM PST TERKINI KUALA LUMPUR — Selepas bantahan dari orang ramai mengenai ugutan membakar kitab Injil minggu lalu, kumpulan Melayu berhaluan kanan Perkasa berkata mereka tidak lagi mahu membakar buku suci itu. "Kami tidak bercadang lagi untuk bakar (kitab Injil)," kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memberitahu The Malaysian Insider hari ini. "Kami tak pernah bercadang untuk anjurkan (bakar kitab Injil)," katanya lagi. Minggu lalu, pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) menyeru umat Islam membakar kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah" atau sebarang kalimah Arab. Ugutan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin bukan Islam, terutamanya ahli politik dan agamawan, yang mengatakan pemimpin berhaluan kanan itu menimbulkan kebencian di kalangan agama dari kalangan dua agama terbesar dianuti di negara ini. Pada Selasa lalu, seorang paderi dari Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap dakwaan edaran risalah mengatakan pesta membakar kitab Injil berlangsung di Butterworth, yang sepatutnya berlangsung hari ini. Tetapi menurut The Star Online, tiada siapa yang menghadiri pesta tersebut. Syed Hassan berkata beliau mengetahui perkara ini, tetapi ahli Perkasa tidak ada niat untuk menghadiri pesta tersebut. "Ahli Perkasa tidak mendapat sebarang risalah, jadi saya rasa itu cuma khabar angin untuk membakar kebencian selepas kenyataan Datuk Ibrahim Ali," katanya lagi. Beliau menegaskan kenyataan Ibrahim cuma "amaran awal" untuk semua mengambil isu "Allah" secara serius. Syed Hassan juga melaporkan semalam Perkasa mungkin akan mengadakan rundingan meja bulat dengan gereja tempatan untuk membincangkan kenyataan Ibrahim. Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengecewakan pemimpin gereja dengan mengeluarkan khutbah Jumaat lalu yang menyeru umat Islam berhati-hati dengan "musuh Islam" yang cuba mengelirukan umat Islam bahawa semua agama berkongsi Tuhan yang sama. Pemimpin Islam dan Kristian saling bertikam lidah berkenaan isu kalimah "Allah", yang didakwa ekslusif untuk Tuhan umat Islam. Sebuah gereja dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pada 2009 bahawa umat Islam tidak mempunyai hak ekslusif ke atas perkataan "Allah". Debat mengenai isu ini dibangkitkan semula bulan lalu selepas setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang, menyeru agar Putrajaya membatalkan semula pengharaman kitab Injil berbahasa Malaysia di sebelah Borneo Malaysia. Sebuah kumpulan gereja Sabah berkata kebebasan bumiputera Kristian diserang, dan mengatakan majoriti penganut tersebut datang dari negeri tersebut dan menggunakan bahasa Malaysia. Kumpulan Buddha pula menyeru Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional, di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah kalimah "Allah" ini. | ||||
Khalid Samad : Masa Terbaik Kuasai Putrajaya Posted: 27 Jan 2013 12:50 AM PST SHAH ALAM : Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang keemasan untuk menguasai dan mengambilalih Putrajaya daripada Umno-BN dalam Pilhan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan rakyat kuat ketika ini. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, PR seharusnya menggunakan kesempatan yang ada kerana Umno-BN ternyata tidak dalam kedudukan selesa berikutan pilhan raya perlu diadakan dalam tempoh terdekat. "Ini adalah peluang terbaik bagi PR untuk mengambilalih pentadbiran di Putrajaya. Kalau kita melepaskannya, lima tahun kita akan menyesal dan kita tak tahu sama ada suasana seperti ini, boleh kita wujudkan kembali. "Sekarang ini masyarakat bersama kita. Kita yakin himpunan kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur. Kata seorang profesor matematik yang kita yakin dia lebih bijak dari Rais Yatim. Anggaran dia 700,000. Kita yakin inilah jumlah yang sebenarnya. "Maksudnya di sini sekarang adalah waktu terbaik untuk satu perubahan," katanya dalam ucapan meraikan jentera pilihan raya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi. Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tegasnya, apa yang perlu dilakukan PR ketika ini adalah memaklumkan kepada rakyat bahawa segala masalah berlaku seperti isu air di Selangor adalah dirancang demi memastikan kemenangan Umno-BN. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata, PRU13 kali ini adalah medan di mana Umno-BN terpaksa melawan kebangkitan seluruh rakyat. "Inilah pilihan raya yang menjanjikan satu perubahan besar untuk sebuah kerajaan yang paling lama memerintah di muka bumi ini. "Dia sudah terlalu banyak melakukan kesilapan lalu bukan saja PR tetapi seluruh rakyat bangkit untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN bersama dengan beberapa NGO seperti Anti-Lynas, Royalti, GMI dan yang lain," ujarnya. | ||||
Pembangunan Untuk Semua Kaum Bukan Untuk Pilihan Raya Posted: 27 Jan 2013 12:44 AM PST BATU CAVES : Pakatan Rakyat (PR) menjalankan pembangunan secara berterusan demi kepentingan rakyat semua kaum dan tidak sekadar menghadapi pilihan raya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apa dikatakan sudah dikotakan gabungan itu sejak mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008. "Pakatan Rakyat tunai janji sejak 2008. Kita buktikan kita bukan buat program kerana mahu pilihan raya. "Dari 2008 kita sudah janji mahu buat pembangunan untuk semua kaum dan kaum India sendiri kita telah berikan peruntukan untuk sekolah, kuil, tempat beribadat dan program kebajikan. "Ini bukan saja hari ini tapi ini adalah satu kerja yang berterusan", katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Thaipusam di sini malam tadi. Majlis tersebut dihadiri lebih 5,000 orang termasuk barisan pemimpin Pakatan Rakyat. Dalam majlis itu, Menteri Besar menyampaikan peruntukan Kerajaan Negeri kepada rumah ibadat bukan Islam (Hindu) Selangor sebanyak RM375,000 dan sekolah Tamil Selangor (RM927,500). Beliau berkata, rakyat boleh membuat perbandingan antara PR dan Umno-BN dalam tempoh lima tahun iaitu selepas 2008 dan sebelumnya iaitu kerajaan mana yang lebih mementingkan kebajikan rakyat. "Pembangunan bukan satu hari, satu bulan dan masa pilihan raya. Pembangunan masyarakat ialah pembangunan yang berterusan bertahun-tahun. "PR percaya apa yang dilakukan ialah asas pembangunan masyarakat. Gunakan peluang ini untuk kita berdoa supaya masyarakat Malaysia semua kaum dapat dibangunkan dengan baik, tiada rasuah, tiada salah guna kuasa dan memberi kebajikan kepada rakyat," katanya. | ||||
MB : Pastikan Pembangunan Batu Caves Secara Terancang Posted: 27 Jan 2013 12:44 AM PST BATU CAVES : Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan di kawasan Batu Caves di sini pada masa depan dijalankan secara betul dan terancang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu perlu berikutan supaya kawasan kuil bagi masyarakat India beragama Hindu yang terdapat di situ terpelihara dan tidak terjejas. Maka dengan itu, katanya, Kerajaan Negeri membuat keputusan membatalkan projek pembangunan kondominium 26 tingkat dirancang di kawasan bersebelahan kuil tersebut. "Kita mahu pembangunan di Batu Caves ini dibuat dengan betul supaya kaum India dapat merasakan bahawa mereka mempunyai satu pembangunan yang tidak ada masalah dari segi kelulusan dan kuil ini terus dijaga beratus tahun. "Maka sebab itu Kerajaan Negeri membuat keputusan supaya pembangunan di batu caves ini diteliti dengan betul," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Thaipusam di sini malam tadi. Majlis tersebut dihadiri lebih 5,000 orang termasuk barisan pemimpin Pakatan Rakyat. Abdul Khalid berkata, kuil kebanggaan masyarakat India perlu dipelihara dengan baik kerana ia terkenal di negara ini termasuk seluruh dunia. "Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dari segi pembangunan yang akan dilakukan," katanya. Sebelum ini, Kerajaan Negeri melantik lima profesional bagi menganggotai jawatankuasa bebas untuk meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya. Ahli-ahli profesional itu adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong. Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves mendapat tentangan yang hebat kerana kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat. Mengikut minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang(MPS), projek tersebut diluluskan pada 2007 ketika pentadbiran Umno-BN dahulu. | ||||
Posted: 27 Jan 2013 12:40 AM PST Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah Mansor telah melakukan lawatan kemanusian kerana ingin melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin termasuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerajaan Hamas di Gaza. Jadi….apa isu sebenarnya? Ia dilihat bermula, apabila kedatangan Perdana Menteri Malaysia bertukar kontroversi "yang cuba dibangkitkan" sehingga terpampang di akhbar-akhbar utama di beberapa buah negara termasuklah di negara haram Israel, Palestin dan juga Indonesia. Kalau diikutkan rancangan awalnya, Mahmoud Abbas yang sebenarnya mengajak Datuk Seri Najib Razak untuk datang Palestin dan berjumpa dengannya. Tetapi lain pula jadinya apabila Datuk Seri Najib memilih untuk menemui seteru utama Mahmoud Abbas (Presiden Palestin), Ismail Haniyeh (Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza) seolah-olah Najib Razak dilihat cuba membelakang Fatah yang didokong Mahmoud Abbas sendiri.
Mahmoud Abbas ini siapa? Mahmoud Abbas ini telah mengambil pendekatan mengiktiraf Fatah yang sama sekali tidak mendapat sokongan sebahagian besar rakyat Palestin sendiri pada Pilihanraya yang lalu. Dibelakang Mahmoud Abbas ini adalah Amerika dan sekutu kuatnya Israel. Sedangkan Hamas adalah kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin. Disebabkan Amerika bertindak tidak mahu mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah yang diangkat oleh rakyat Palestin, akhirnya Mahmoud Abbas dengan rela hatinya memlih untuk menjadi "kuda tunggangan" dengan mengikut apa sahaja telunjuk Amerika.
Dipendekkan ceritanya, Mahmoud Abbas memilih Fatah semata-mata untuk mengambil hati Amerika dan sekutunya. Video Ucapan Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) & Ismail Haniyeh (Perdana Menteri Hamas di Gaza)Jadi apa masalahnya, sehinggakan kami melihatkan sesetengah pemimpin politik terikut-terikut dengan cuba memperbesar-besarkan lawatan Datuk Seri Najib Razak? Pada pandangan dan pemerhatian kami, mengapa pula Mahmoud Abbas mahu melatah? Sedangkan tindakan Datuk Seri Najib Razak melawat Ismail Haniyeh bagi beliau telah melakukan tindakan yang betul kerana bertindak melawat rakan sejawatnya yang mewakili Hamas (kerajaan yang diiktiraf oleh rakyat Palestin). Lokasi manakah yang lebih penting untuk Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan melihatkan situasi yang berlaku di Palestin ketika ini?
Kami tidak faham masih dengan mentaliti individu seperti Mahmoud Abbas ini? Bukankah Datuk Seri Najib Razak pergi ke Gaza yang juga terletak di Palestin, di negara kamu juga? Nah…disebabkan mentaliti pemimpin Islam seperti inilah tidak hairanlah keluasan negara Palestin semakin kecil dan terus-menerus dirobek tentera Zionis laknatullah. Hanyalah dek kerana perkara seperti ini, isu yang tidak sepatutnya diperbesar-besarkan. Jikalau beginilah gayanya, senang-senang sahaja Israel melaga-lagakan pemimpin islam di negara-negara Arab sekarang. Dan, ya…..nampaknya Palestin secara keseluruhan belum benar-benar bersedia untuk merdeka. Sekarang ini kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf perjuangan Hamas dan lebih memilih untuk menyokong kerajaan haram Fatah. Dalilnya, di Malaysia tiada duta Hamas tetapi yang ada hanya duta Fatah semata sahaja. Jadi harapan kami, dengan pertemuan bersejarah ini bakal menyingkap lembaran baru bagi kerajaan Malaysia seterusnya membuka mata terhadap perjuangan sebenar Hamas. Mungkin? Koleksi Gambar Najib Razak & Rosmah Mansor di Gaza | ||||
Krisis menjelang PRU 13, Umno Johor berpecah Posted: 27 Jan 2013 12:24 AM PST Johor, kubu kuat Umno kembali menyaksikan pergeseran dalaman menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, akibat persaingan merebut jawatan menteri besar yang telah beberapa kali disebut-sebut akan berlaku peralihan. Pergeseran yang hangat menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 dahulu kembali hangat ekoran peningkatan pertembungan melibatkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, terutama ekoran penutupan bilik gerakan Umno di Pasir Gudang, kawasan Parlimen Khaled. Khaled dilihat menghadapi tekanan daripada Abdul Ghani dan Ahmad, dua pemimpin di Johor yang merupakan saingan kuat beliau, yang disebut-sebut akan menggantikan Ghani sebagai menteri besar sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-11 lagi. Khaled meningkatkan usaha mencabar Ghani sejak lebih setahun lalu, ekoran merasakan disabotaj secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan Ghani termasuk kelewatan meluluskan hak milik tanah di kawasan Khaled. Terbaharu, orang kuat Khaled, Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad memberi amaran kepada Ghani dan Ahmad, mendakwa Ghani tidak menunaikan janji, dipercayai sebagai membalas amaran Ahmad sebelum ini berhubung tindakan boikot oleh ahli Umno di Pasir Gudang itu. Kenyataan ini ialah kenyataan paling terbuka setakat ini melibatkan pertembungan antara kem Khaled dengan Ghani dan Ahmad yang semakin sengit pada masa ini. Serangan terbuka ini dilihat sebagai sokongan semakin kuat diterima Khaled dalam berdepan Ghani, dan turut dikaitkan sesetengah pemerhati dengan perubahan melibatkan istana. Perkembangan di negeri kubu kuat Umno ini meningkatkan lagi kebimbangan Umno terhadap sabotaj dalaman yang semakin dibimbangi terutama ekoran hasil Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. Khaled mendapat sokongan banyak pihak untuk menggantikan Ghani sebagai menteri besar, tetapi projek-projek besar seperti Iskandar dan Nusajaya dilihat mengukuhkan kedudukan Ghani sebagai menteri besar. Walau bagaimanapun, Khaled bukan satu-satunya yang dilihat berpotensi menggantikan Ghani, kerana beberapa nama lain turut disebut. Johor menyaksikan peningkatan kekuatan parti-parti Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum yang lalu, dengan parti-parti Pakatan Rakyat terutama DAP dijangka menambah beberapa kerusi lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Negeri ini walau bagaimanapun masih kekal sebagai kubu kuat Umno, disebabkan jumlah ahli dan pengundi tetap yang ramai dan kawasan-kawasan Felda yang masih dikuasai Umno. Perkembangan ini mendedahkan tekanan yang semakin meningkat dihadapi Umno, termasuk sehingga melibatkan negeri kubu kuatnya, yang bakal memberi kesan kepada keseluruhan Umno dan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dan masa-masa akan datang.http://siasahdaily.blogspot.com | ||||
Syabas gagal urus, kenapa Selangor dipersalah? Posted: 27 Jan 2013 12:22 AM PST KRISIS air sengaja dicipta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi meracuni pemikiran pengundi di negeri ini supaya menolak kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.Buktinya, dapat dilihat pada kawasan-kawasan yang mengalami keputusan bekalan air. Walaupun, rumah pam Wangsa Maju dilaporkan rosak pada 29 Disember 2012 lalu tetapi penempatan bandar padat penduduk di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat iaitu Ampang, Bandar Tun Razak dan Pandan antara kawasan yang menjadi mangsa percaturan politik jahat Umno-BN. Akibatnya, rakyat yang sudah sedia susah jadi mangsa pada ketika gaji Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga yang memiliki SYABAS mencecah RM425,000 sebulan selain sudah tentu mahligainya tidak pernah putus bekalan air. Misalnya, seorang surirumah dari Flat Taman Dato' Ahmad Razali di Ampang mengeluh kepada Harakah 21 Januari lalu, air di sana hanya ada pada waktu siang sahaja manakala setitis air pun tiada apabila tiba waktu malam. "Lori tangki ada hantar air tapi tak larat nak angkut air setiap hari," kata warga emas yang tinggal di tingkat 3 salah satu blok di flat empat tingkat tersebut. Projek Loji Langat 2 alasan paling popular Syabas danUmno-BN yang sanggup menzalimi rakyat di kawasan terbabit. Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Md. Salleh Ungku Abdul Jamal dalam Sinar Harian, 20 Januari lalu dipetik mendakwa isu air tersebut sebenarnya mudah diselesaikan tetapi baginya Menteri Besar Selangor sengaja mahu menyusahkan rakyat. Bekalan air yang terputus sejak berminggu-minggu itu kononnya boleh diselesaikan dengan pembinaan loji menyalurkan air mentah dari Pahang itu. Namun, bagi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gangguan bekalan air di Lembah Klang tiada kaitan langsung dengan cadangan Loji Langat 2. Sebaliknya, Syabas sendiri dilanda krisis pengurusan apabila tidak cekap mengawal 30 peratus bekalan air terawat yang dibazirkan. Sepatutnya, wang bagi projek bernilai RM8.6 bilion itu digunakan untuk memperbaiki kebocoran air dalam sistem pembekalan. Realitinya di ambang PRU-13, air telah dijadikan "senjata" Umno-BN bagi memburukkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat terbukti apabila Menteri Besar Pahang bersuara. Berita Harian, Ahad lalu juga memetik kenyataan Dato' Seri Adnan Yaakob sebagai berkata, rakyat Selangor harus berfikir untuk mengembalikan semula pemerintahan Selangor kepada Kerajaan Umno-BN jika ingin bekalan air sentiasa ada tanpa sebarang gangguan. Isu air di Selangor juga peluang Umno-BN tunjuk prihatin kepada rakyat. Misalnya, pada 13 dan 15 Januari lalu ratusan tong percuma diedar kepada penghuni Asrama Siswi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Taman Shamelin Perkasa, Cheras dan penduduk di Taman Dagang, Ampang oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Dato' Sohaimi Shahadan. Walhal, kelibat Sohaimi yang juga pemilik "iPad 1Malaysia" dikatakan muncul dalam penggambaran iklan propaganda masalah air di Selangor di Petaling Jaya. Malaysiakini dalam laman video YouTube melaporkan, penduduk yang mahu jadi pelakon tambahan beratur mengangkut tong air dari lori tangki Syabas diupah RM50! Bagi Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail pula, bekalan air di Lembah Klang akan berterusan terjejas sekiranya cadangan menambah baik dan menaik taraf loji tidak diluluskan kerajaan negeri. Walhal, Syabas gagal mengambil kira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naiktaraf, pemantauan berkala, sistem sokongan lebih efektif dan pengurusan berwibawa seperti pernah disebut Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin. Sikap Syabas yang berkeras membuat sabotaj air pada ketika kerajaan negeri hanya memegang 30 peratus ekuiti di dalamnya wajar dibalas dengan tindakan mahkamah. Hal tersebut diakui bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari setelah mendapati jalan rundingan menemui jalan buntu. Matlamatnya satu supaya penstrukturan semula industri air di negeri penjana ekonomi Malaysia itu dapat diselesaikan. Syabas gagal menunaikan tanggungjawab hakikinya membekalkan agihan air seperti yang termaktub dalam perjanjian konsensi termasuklah menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 30 peratus. Akibatnya, mekanisme agihan air terawat kepada pengguna tidak berjalan lancar dan mengundang gangguan bekalan air yang serius di Lembah Klang. Selagi Syabas gagal menurunkan kadar NRW selagi itu pengguna berdepan masalah kekurangan air terawat walaupun siap dibina Langat 2 misalnya. Isu masalah air ini menjadi bukti betapa tidak berupayanya Puncak Niaga dan Syabas mengendalikan pengurusan air. Bagaimana Syabas boleh tidak punya cukup wang dan gagal mematuhi perjanjian konsesi sedangkan syarikat itu memonopoli agihan air terawat kepada pengguna di Lembah Klang dalam konsesi selama 30 tahun 'anugerah' daripada Umno-BN? Sudah tiba masanya operasi air daripada syarikat konsesi itu diserah kembali kepada kerajaan negeri. Tanpa kerjasama kerajaan pusat dengan membenarkan kerajaan negeri mengambil alih operasi air masalah air di Lembah Kelang sukar diselesaikan. Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang lengkap memiliki data-data bekalan air dengan terperinci tanpa perlu bergantung pada Syabas bukti Pakatan Rakyat sudah mampu menguruskan air dengan berkesan. | ||||
Nasharuddin Mat Isa Digugurkan Dari Ahli Majlis Syura Posted: 27 Jan 2013 12:15 AM PST KELAB GREENBOC Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya. Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu. Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. -sanggahtoksago Ulasan GB Hal ini disahkan oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub di Jasin semalam sewaktu menghadiri Majli Munaqashah Ucapan Dasar Presiden. Berita ini sekaligus dapat menyembuhkan luka-luka ummah terutama ahli-ahli PAS yang sebelum ini mempertikaikan beberapa tindakan Nasharuddin yang dilihat kontroversi dan merugikan jemaah. GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya Nasharuddin perlu dilucutkan keanggotaaannya sebagai ahli Majlis Syura. (baca berita di bawah) Alhamdulillah, Allah mendengar dan memperkenankan doa GB. Namun sekalipun beliau bukan lagi ahli Majlis Syura, belau masih tetap ahli PAS, dan diharap beliau istiqamah bersama jemaah dan menjadi seperti Khalid Al-Walid yang terus berjuang di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan walaupun tidak dilantik apa-apa jawatan. klik untuk baca | ||||
SPR: Syarat pengundian luar negara munasabah Posted: 27 Jan 2013 12:07 AM PST KL TODAY KUALA LUMPUR— Syarat kelayakan pengundi luar negara yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), antaranya mesti pernah kembali ke tanah air dalam tempoh lima tahun terakhir dan tinggal tidak kurang 30 hari, adalah munasabah. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, syarat itu cukup ringan dan sesuai kerana negara-negara Komanwel seperti Australia dan Kanada turut menetapkan syarat sama manakala di Singapura menetapkan syarat tiga bulan. "Tiga puluh hari dalam tempoh lima tahun, bukan 30 hari sekali gus. Jadi, perkara ini adalah logik. Takkan lah rakyat Malaysia yang duduk di luar negara lupa langsung negara, tetapi bila tiba masa hendak mengundi, mereka hendak mengundi. "Mengundi ini bukan saja hak tetapi juga tanggungjawab kepada negara. SPR turut melihat satu sudut menampakkan kecintaan kepada negara dengan mempunyai pertalian dengan tanah air," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam rancangan 'Selamat Pagi Malaysia' terbitan RTM di Wisma TV, Angkasapuri di sini hari ini. Wan Ahmad turut menjelaskan syarat penetapan tempoh itu telah dikemukakan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya (PSC) dan telah dipersetujui. Bagaimanapun, beliau berkata, penetapan tempoh lima tahun dan tinggal tidak kurang 30 hari itu ditetapkan oleh SPR di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya. "Sebagai sebuah badan di bawah perlembagaan, SPR ada kuasa untuk tentukan syarat dan tatacara tertentu. Kita buat ini untuk kebaikan negara untuk pastikan rakyat ada bukti cintakan negara dan ada hubungan dengan tanah air," katanya membidas tindakan segelintir pihak mempertikaikan syarat itu dan mendakwa ia tidak dibincangkan di peringkat PSC. Sebelum ini, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dari DAP menggesa SPR mengkaji semula syarat itu dan membatalkannya memandangkan syarat itu adalah tidak adil dan menimbulkan kesulitan proses yang tidak sepatutnya. Loke juga mempertikai tindakan SPR yang didakwa melengahkan pendaftaran pengundi luar negara hampir 13 bulan dari tarikh PSC yang menimbulkan keraguan terhadap kesediaan dan komitmen badan itu terhadap proses pilihan raya yang adil dan bersih. Wan Ahmad ketika menjawab dakwaan itu berkata persiapan rapi perlu dijalankan kerana perlu diadakan perbincangan dengan Kementerian Luar berikutan pelaksanaan undi pengundi luar negara turut melibatkan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sebagai wakil SPR. Selain itu, beliau berkata kerjasama Jabatan Imigresen juga perlu untuk menyemak rekod kepulangan ke Malaysia di samping menyediakan program latihan kepada petugas yang akan menjalankan tugas itu nanti. "SPR tidak mahu buat kerja lepas tangan. Kita kena rancang betul-betul termasuk menyediakan buku panduan serta CD latihan. "Selepas yakin untuk laksanakan, barulah kita umum dan kita buat pengumuman pada masa tepat kerana tempoh masa yang kita berikan untuk membuat permohonan adalah sehingga tarikh Parlimen dibubarkan," katanya. Peraturan membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mengundi secara pos telah diwartakan pada 21 Januari lepas berdasarkan tiga syarat. Syarat-syarat itu ialah mereka perlu menjadi pengundi berdaftar terlebih dahulu, pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa; dan menetap di luar negara kecuali mereka yang tinggal di selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan. Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing (pengundi tidak hadir) dibenar mengundi secara pos. Sementara itu, Wan Ahmad berkata, sejak 21 Jan, SPR telah menerima 500 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Beliau berkata, trend penghantaran borang permohonan kepada SPR melalui e-mel akan berterusan dan meningkat ekoran caranya yang mudah dan ringkas. Selain itu, Wan Ahmad berkata, para pemohon boleh merujuk jawapan kepada soalan-soalan berkaitan yang sering ditanya (FAQ) sebagai kemudahan kepada pengundi untuk melengkapkan borang tersebut. "Peluang untuk mengundi (secara pos) kepada rakyat Malaysia (di luar negara) adalah satu transformasi politik, proses demokrasi yang paling saya anggap sebagai bersejarah dan satu lonjakan paling bermakna kepada rakyat. Ini pertama kali dalam sejarah rakyat Malaysia di luar negara dapat mengundi secara pos. Jadi, kita (SPR) akan buat perkara yang terdaya dan sentiasa akan melakukan penambahbaikan," katanya yang berharap rakyat Malaysia akan menggunakan peluang dan hak yang diberikan kepada mereka sebaik mungkin. — Bernama | ||||
Isu Kalimah "Allah": Harussani "Kafirkan" Ulamak Muda UMNO, Fathul Bari? Posted: 27 Jan 2013 12:04 AM PST KELAB GREENBOC Harussani: Jadi kafir jika biar pihak lain guna kalimah Allah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah. Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah. "Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita. "Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini. Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan. Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini. Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. - Bernama
| ||||
RCI: Najib Juga Perlu Disiasat- Anwar Posted: 27 Jan 2013 12:03 AM PST KELAB GREENBOC Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga perlu disiasat berhubung pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di Sabah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Najib, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) juga perlu disiasat, kerana ini projek terus menerus dari era Mahathir, dan tidak pernah berhenti IC terus diberikan," kata Anwar di Majlis Dialog bersama penduduk Batu Pahat di Hotel Garden, semalam. Anwar turut membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mahu menutup kesalahan beliau dengan mempertikai kewarganegaraan penduduk Cina dan India yang diberi Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. "Sekarang dia (Mahathir) nak salahkan 'Jus Soli' pula, nampak tak bagaimana dia pertikai kewarganeraan penduduk Cina dan India yang sememangnya layak menjadi warganegara? "Semua anak Cina, India, Kadazan, Dayak, yang lahir di tanah ini sebelum kemerdekaan adalah warganegara dan semua akan kita lindungi!" kata Anwar disambut tepukan 300 tetamu. "Kewarganegaraan ini kalau mengikut prosedur, undang-undang tidak menjadi isu, tapi ini melibatkan korupsi Perdana Menteri ketika itu," katanya lagi. Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk dipanggil ke suruhanjaya siasatan yang sedang berlangsung ketika ini. "Panggillah saya, saya tak kisah. Saya bersedia. Saya juga sudah 'check' dengan Datuk Chua Jui Meng dan Tan Sri Fadzir Sheikh Kadir, mereka pun selama dalam kabinet tidak pernah diberitahu apa-apa berhubung program itu, hanya Mahathir yang tahu," katanya lagi. Turut hadir dalam majlis itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali. -KD | ||||
Altantuya dibunuh di tanah Bukit Raja Deepak-Ropiah? Ini sebabnya Boustead dilibatkan? Posted: 27 Jan 2013 12:01 AM PST Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160 juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu, dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk mencegah dari dikenalpasti? Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah. "Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tetapi kami akan selidik," kata Rafizi kepada wartawan. Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin? Menurut kertas pertuduhan, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, sebuah daerah kecil di negeri Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009 selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara. Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang mengawal Najib dan isterinya Rosmah. Mereka telah mengemukakan rayuan bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya tahun ini. Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah membawa polis ke tempat kejadian. Polis menemui serpihan tulang, yang kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam. Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead. Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada Ropiaah? Dan mengapa? Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak, ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan". Setakat ini, Deepak yang telah dipanggil 'anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa. Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570 juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan Malaysia. Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah Deepak yang berusia 40 tahun telah mendapat 'mangsa' pertamanya. Najib dikhabarkan telah mengalami strok kecil kerana tekanan dan desakan terutama dari rakan-rakan Umno untuk menjawab kepada dakwaan rasuah yang dilemparkan kepada dirinya dan isteri. PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan menegaskan bahawa dirinya 'sihat'. Namun masih terdapat keraguan terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak. "Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. Najib hanya perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. Jika dia tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. Jika rakan-rakannya dalam Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia Chronicle di luar persidangan akhbar. Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di Singapura untuk 'berehat'. IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya" kemudian Penganalisis Umno telah memberi amaran akan berlaku perebutan kuasa dalaman, yang mereka jangkakan dimana kemuncaknya akan menyaksikan Najib berundur sebelum pilihan raya umum berlangsung, menyerahkan tampuk pimpinan kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya dengan menyatakan kesihatan yang kurang baik sebagai alasan. Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'? OPPORTUNITY KNOCKS AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim Mahathir, yang masih dianggap sebagai lelaki yang paling berkuasa dalam Umno, baru-baru ini dilaporkan memberitahu ahli-ahli Umno secara sulit tentang kontroversi yang melibatkan Najib, Presiden Umno sekarang. Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum sudah tamat. "Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …Apabila masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.Malaysia Chronicle | ||||
Deepak vs Najib, Rosmah: Kegagalan pasangan utk menjelaskan diperhatikan Muhyiddin, Dr M Posted: 26 Jan 2013 11:58 PM PST Maria Begum, Malaysia Chronicle Peniaga penuh kontroversi, Deepak Jaikishan membalas kenyataan Najib Razak yang memanggilnya "tidak mempunyai kredibiliti" dan menyebut tuduhannya berkaitan akuan sumpah dalam pembunuhan Altantuya adalah "tidak benar". "Saya merujuk kepada kenyataan PM sewaktu mensyuarat majlis tertinggi Umno dimana dia telah menyatakan bahawa saya, Deepak tidak mempunyai 'kredibiliti'. Jawapan saya kepadanya adalah berikut. Jawapan anda sama seperti jawapan 'tiada komen' yang diberi oleh peguam bergelar Tan Sri anda berkenaan SD2 (Akuan bersumpah 2), dan ia adalah jawapan yang tidak sesuai diberikan sebagai seorang perdana menteri Malaysia. Dan hanya selepas 2 bulan, adakah anda sedang tidur selama ini? Tulis Deepak didalam email kepada Malaysia Chronicle. Nampaknya, jawapan andalah yang tidak mempunyai kredibiliti kerana apa jua yang telah saya dedahkan dalam kes pembunuhan itu adalah benar. Saya sarankan anda sebagai perdana menteri sekarang menjelaskan kepada rakyat tentang SD2 dan bukan hanya hanya menerima tohmahan. Apa yang penting adalah kamu dan isteri kamu menjelaskan kepada rakyat secara terperinci kenapa dia mengarahkan saya untuk menerbalikkan SD2 dan kenapa anda berdua mengarahkan Dato Nazim, Tan Sri Cecil dan Suresh melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dengan menerbalikkan SD yang pertama dahulu? Bukankah ini kerana SD yang pertama adalah benar? " "Tidak benar" sahaja tidak cukup Bagaikan duri dalam daging pemimpin nombor satu dan isterinya, Deepak telah mendedahkan beberapa tuduhan rasuah selepas berpatah arang dengan pasangan pertama itu berkenaan perjanjian perniagaan yang melibatkan tanah kementeriaan Pertahanan dan perjanjian penswastaan yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Raja Ropiaah. Dahulunya merupakan teman akrab Rosmah, Deepak yang berusia 40 tahun telah memperolehi baru-baru ini mendapat pampasan bernilai RM 30 juta dari Boustead Holdings, firma yang tersenarai di bursa dan dimiliki secara majoriti oleh Wang Simpanan Persaraan Angkatan Tentera. Deepak telah berkata bahawa jumlah itu tidak cukup untuknya menyelesaikan masalah kewangan dan telah bersumpah untuk meneruskan dengan pendedahannya terhadap PM dan isteri. Najib telah berdiam diri untuk beberapa bulan apabila pendedahan Deepak hangat diperkatakan, mencetuskan spekulasi bahawa dia diserang strok akibat tekanan yang diberikan oleh partinya supaya dia meletak jawatan. Pada malam Khamis di sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat BN, dia menjawab pertuduhan. Tetapi, bukanlah jawapan "tidak benar" seperti yang dinanti-nanti, Najib tidak memberi sebarang pencerahan mahupun berterus-terang akan skandal SD-SD atau akuan-akuan bersumpah. "Tidak benar. (Deepak) bukanlah orang yang mempunyai kredibiliti. Ini bukanlah satu isu," Najib yang nyata lesu dan sedikit kurus memberitahu pemberita. Tidak ramai percaya pada SD2 tetapi semua mahukan SD1 disiasat pihak berkuasa SD pertama yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balakrishnan telah mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya Shariibu Altantuya merupakan penterjemah bagi rakan karib Najib, Razak Baginda yang juga telah dituduh menjadi proksinya dalam meraih sejumlah RM 570 juta atau 114 juta euro wang haram dari firma Perancis DCNS kerana membenarkan kerajaan Malaysia membeli dengan harga yang begitu tinggi iaitu RM 7.3 billion. Najib merupakan menteri pertahanan semasa pembelian itu dibuat pada tahun 2002. Altantuya telah dibunuh oleh 2 bekas pengawal peribadi Najib di hutan yang terletak di Selangor dan mayatnya telah diletupkan dengan menggunakan bahan letupan C4 yang telah didapati dari pihak tentera. Kedua-dua bekas polis ini sedang menunggu rayuan bagi hukuman gantung sampai mati yang pada masa yang sama tidak disambut baik oleh rakyat kerana mereka dan juga keluarga si mati percaya dalangnya yang juga pembunuh sebenar masih bebas. Apabila SD pertama dikeluarkan, rakyat begitu terkejut dan ini mengugat Najib untuk menamatkan peluangnya untuk menjawat jawatan tertinggi negara. Pada masa itu, dia merupakan timbalan perdana menteri yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan dari Abdullah Badawi. Pada masa itulah, menurut Deepak, Rosmah telah memanggilnya untuk membantu dalam penarikan semula SD yang pertama. Walaupun tindakan itu tidak mempunyai implikasi undang-undang, dan tidak membawa sebarang perubahan pada SD pertama walaupun yang kedua telah dikeluarkan dalam tempoh 24 jam oleh Bala dengan menarik semula apa yang dikeluarkannya dalam yang pertama yang membabitkan Najib dan pasangannya. Namun, SD yang kedua membolehkan Najib dan Rosmah mengisytiharkan diri mereka tidak bersalah dan hanya mangsa fitnah Bala semata-mata. Walaupun demikian, SD yang kedua tidak berjaya menyakinkan rakyat Malaysia kerana begitu banyak perkara yang tidak kena dan juga tidak boleh diperjelaskan. Bala sudah menghilangkan diri dari negara, pendedahannya bahawa dia telah ditawarkan RM 5 juta untuk meninggalkan Malaysia oleh adik Najib, Nazim yang merupakan seorang arkitek telah meninggalkan persoalan pada integriti Najib. Jika tiada api, masakan ada asap - Rafizi Kegagalan Najib untuk mengekalkan hubungan baik dengan Deepak telah sekali lagi memburukkan nama mereka suami isteri. Deepak telah menyokong dakwaan Bala bahawa Nazim telah menawarkan wang dan kemudian mendedahkan bahawa peguam terkemuka Cecil Abraham dan anaknya Suresh telah membantu dalam merangka SD yang kedua, satu tindakan, menurut pakar undang-undang, adalah menyalahi undang-undang. Dalam pada itu, pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang telah menawarkan pertolongan kepada Deepak atas usahanya memberi maklumat tentang korupsi peringakat atasan menegur Najib dan Rosmah kerana tidak berterus terang akan perkara itu dan memanjangkan skandal yang disifatkan Rafizi sangat penting bagi rakyat Malaysia kerana ia berkenaan integriti pejabat perdana menteri. Kenapa perkara tidak baik ini sentiasa berubah-ubah adalah kerana rakyat tidak puas hati akan sejauh mana kebenarannya dan fakta penuh telah dikemukakan. Mereka merasakan bahawa keadilan tidak dilakukan. Jika Najib dan Rosmah tidak bersalah, mereka sepatutnya dengan serta merta menyaman Deepak. Ambillah contoh dari ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, saman jika anda percaya bahawa diri anda difitnah atau dimalukan. Faktanya, jika anda tidak berani menyaman, orang akan kata, kalau tak ada api, masakan ada asap?" kata Rafizi kepada Malaysia Chronicle. Kegagalan Najib memberi penjelasan yang baik memberi peluang baik pada Muhyiddin-Mahathir Dengan pilihanraya umum negara yang semakin dekat, tiada pihak yang berani mengambil risiko. Namun, kegagalan Najib untuk menidakkan dakwaan Deepak akan melemahkan partinya. Kegagalannya untuk membidas skandal itu menjadikannya mangsa mudah bagi musuh dalam Umno untuk mengeluarkannya. Ketidak selesaan Najib begitu nyata melalui tindakannya menundakan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum. Pengkritiknya melihat tindakan melambat-lambatkan pilihanraya umum ke-13 adalah kerana kurang keyakinan diri. Namun begitu, walaupun tidak mahu memberitahu tarikh sebenar PRU ke-13, ada kemungkinan besar Najib akan membubarkan Parlimen pada bulan depan, untuk menyekat rancangan pesaingnya dalam parti sendiri, termasuk timbalannya, Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang mahu menggugurkannya supaya peluang Umno dalam pilihanraya menjadi cerah. Malaysia Chronicle | ||||
Rafizi Kepada Zahid Hamidi: Jumpa Di Mahkamah, Lawan Tetap Lawan! Posted: 26 Jan 2013 11:55 PM PST KELAB GREENBOC Rafizi tidak akan tarik balik kenyataan, lawan saman Zahid KUALA LUMPUR — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja. Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. "Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi. Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar. Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan. Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur. Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu. Pengarah strategi PKR itu berkata, beliau bersedia untuk ke mahkamah agar semua dokumen yang terlibat dapat disapina di mahkamah. "Kalau dia saman saya, baguslah, kita boleh sapina semua dokumen nanti. "Apa yang saya katakan, beliau selaku Menteri Pertahanan harus bertanggungjawab kepada dana awam," kata Rafizi lagi. Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari. Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya. Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.
| ||||
PR Mampu Pertahan Selangor Dan Ambilalih Putarajaya Posted: 26 Jan 2013 11:51 PM PST KELAB GREENBOC Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan Selangor berdasarkan sokongan rakyat ketika ini yang memihak kepada gabungan itu berbanding Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkembangan semasa di dalam negara membuktikan rakyat mula menaruh harapan kepada PR untuk terus mentadbir Selangor malah tidak terkecuali mengambilalih pentadibiran negara di Putrajaya. Menurutnya, kajian beberapa pihak juga jelas memberi gambaran sokongan rakyat lebih kepada PR berbanding Umno-BN. "Analisa dibuat seorang pegawai tinggi ekonomi Bank Islam yang tidak memihak kepada sesiapa, menyatakan kenyataan bahawa harapan PR menang dan memiliki Putarajaya adalah tinggi. "Kajian dibuat kumpulan daripada Universiti Malaya (UM) menyatakan harapan untuk PR juga tinggi. Kajian dibuat oleh Cawangan Khas, polis dan tentera menunjukkan PR boleh menang. "Daripada kajian dinyatakan bahawa rakyat sudah setuju untuk tukar kerajaan," katanya dalam ucapan meraikan jentera pilihan raya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi. Abdul Khalid berkata, PR pada masa ini bersetuju bersama rakyat bagi membuat satu gelombang baru iaitu rakyat menentukan kerajaan yang memerintah. "Gelombang ini sangat penting iaitu gelombang kedua dari 2008, bukan sahaja kita perlu mengukuhkan kerajaan di Selangor tetapi kita mengubah kerajaan di Putrajaya. "Rakyat mula percaya kepada kita," katanya.
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan